Hari ini dalam sejarah | 16 Jun 1933 | Pembunuhan Tokoh Ha'avara Haim Arlosoroff
Palestin berada di bawah penjajahan British melalui ‘Mandat British’ dari 29 September 1923 sehingga 14 Mei 1948. Dengan kelulusan yang diberikan oleh British melalui Deklarasi Balfour pada November 1917, tempoh Mandat British itu digunakan sepenuhnya oleh Zionis untuk mereka berimigrasi ke Palestin.
Dari 1923 sehingga 1948, pertambahan penduduk Yahudi di Palestin adalah sebanyak 483,000 orang.
Di antara tokoh Zionis yang memainkan peranan penting dalam Ha’avara (Perpindahan) besar-besaran ini ialah Haim Arlosoroff. Haim Arlosoroff merupakan seorang Yahudi yang dilahirkan di Romny, Ukrain dan mendapat pendidikan di Jerman. Pada usia 24 tahun, beliau beroleh PhD dalam jurusan Ekonomi dan mendapat tempat di Universiti Berlin, namun kerana visi Zionisnya untuk mewujudkan Eretz Israel (Israel Raya), beliau telah meninggalkan Jerman dan bergerak dalam politik bersama Parti Mapai (Parti Buruh).
Pada Januari 1933, sebaik selepas Hitler menjadi Presiden Jerman, beliau telah melaksanakan polisi yang melarang orang Yahudi memegang sebarang kedudukan dalam masyarakat Jerman. Orang Yahudi mula dipinggirkan. Yahudi sedunia terus melancarkan kempen boikot ke atas produk Jerman bagi menjatuhkan kekuatan ekonomi Jerman. Namun sebaliknya, Yahudi semakin ditindas di Jerman. Walaupun Yahudi hendak berhijrah keluar dari Jerman atas segala tekanan yang dikenakan ke atas mereka, mereka tidak dibenarkan untuk membawa bersama harta mereka.
Haim Arlosoroff lantas tampil untuk berunding dengan pimpinan Nazi termasuk Adolf Hitler untuk membolehkan Yahudi Jerman keluar dari negara tersebut. Suatu perjanjian diwujudkan iaitu The Ha’avara Agreement (Perjanjian Perpindahan). Melalui perjanjian ini, suatu syarikat yang dinamakan sebagai Ha’avara ditubuhkan dan melaluinya, pendapatan Yahudi dijana supaya mereka mampu untuk keluar dari Jerman. Perjanjian ini menguntungkan Jerman kerana dengan ini Yahudi dapat dinyahkan dari tanah air mereka dan dengan berunding dengan wakil Zionis, tekanan ekonomi boikot Yahudi sedunia dapat ditamatkan. Di pihak Zionis pula, 50,000 orang Yahudi Jerman dapat dipindahkan bersama-sama dengan jentera pembajak yang melancarkan lagi perancangan mereka untuk menakluk Palestin, ke arah tertegaknya Eretz Israel. Jentera pembajak membolehkan penduduk baharu dapat membina kehidupan mereka di Palestin.
Walaubagaimanapun, tidak semua pihak bersetuju dengan Haim Arlosoroff. Dua hari selepas pulang dari Jerman, Haim Arlosoroff telah ditembak mati di Tel Aviv. Sehingga kini, pembunuh dan motif pembunuhannya gagal dikenal pasti.
Dakwaan yang paling popular adalah Haim Arlosoroff telah dibunuh oleh dua orang Zionis Parti Revisionist yang tidak bersetuju dengan tindakan Haim Arlosoroff yang berunding dengan Nazi Jerman yang sangat kuat menentang Yahudi dan agenda Zionis. 2 suspek itu bernama Avraham Stavsky dan Ze’ev Rosenblatt.
Di mata Zionis, beliau mati sebagai pejuang dalam usahanya untuk menegaknya visi Zionis. Tempat-tempat di Israel dinamakan sempena namanya dan tugu didirikan pada tahun 2009 di tempat dia dibunuh bagi memperingati tokoh Ha’avara ini.
Kisah ini membuktikan bahawa Israel tidak ditegakkan dengan mudah. Selain tentangan yang dizahirkan oleh pimpinan-pimpinan arab di sekitar Israel, adanya persengketaan dalaman di antara sesama Zionis. Persengketaan itu berlaku sehingga mengakibatkan seorang Yahudi tergamak mengambil jiwa Yahudi yang lain.
Ummah perlu terus bersatu untuk menjatuhkan Zionis dan kezaliman yang dilakukannya. Sebagaimana sukarnya Israel ditegakkan, keyakinan perlu terus menebal bahawa kesusahan yang terpaksa dideritai pada hari ini adalah prasyarat kepada kemenangan yang pasti akan dirangkuli. Zionis bukannya suatu pertubuhan yang begitu tersusun dan sangat bersatu seperti mana yang dikarang dalam teori-teori konspirasi. Mereka mempunyai lompong dan mampu dikalahkan sepertimana kumpulan-kumpulan batil yang lain.
[AK]
Mari melanggan 'Newsletter' kami: http://goo.gl/kg05AJ #pacemalaysia#HIDSpacemalaysia

No comments:
Post a Comment