Penyelesaian Dua Negara? Proposal Penyelesaian Dua Negara yang dicadangkan oleh Amerika Syarikat adakah praktikal? Terkini, PM Israel, Benjamin Netanyahu meminta Amerika Syarikat mendesak Palestin mengiktiraf keabsahan negara Israel. 1. Palestine Liberation Organization (PLO) telah mengiktiraf negara Israel berdekad-dekad dahulu, tetapi Israel tidak pernah mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara yang sah, bahkan melobi sekutu-sekutunya tunduk kepada pendirian yang sama. 2. Tuntutan terbaru Netanyahu ini ibarat 'menaruh garam di atas luka lama' Palestin. Seolah-olah Palestin dipaksa menerima penghinaan ke atas mereka termasuk semua jenayah kemanusiaan yang dilakukan Israel dan bilangan pelarian Palestin yang terbuang. 3. Mengiktiraf 'negara Israel' umpama melupakan mana-mana usaha tuntuan hak rakyat Palestin di masa hadapan. Ia ibarat menafikan terus hak kewarganegaraan rakyat Palestin di negara mereka sendiri. 4. Tuntutan ini sendiri bermakna Israel membina jurang yang lebih jauh dari 'perdamaian' hakiki di antara kedua-dua pihak. Dengan maksud lain, ia bukan lagi penyelesaian dua negara sebagaimana yang dilaungkan. Netanyahu membuat tuntutan ini dengan sengaja kerana tahu pihak Palestin tidak akan bersetuju, sekaligus menjadi 'lesen' untuk Zionis Israel terus melakukan keganasan dan penindasan ke atas rakyat Palestin. |
Thursday, 15 May 2014
Penyelesaian Dua Negara?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment