|
BEIRUT - Pergerakan Hezbollah semalam menyatakan bahawa Israel melakukan serangan udara ke
atas salah satu kedudukannya dekat sempadan Syria pada awal minggu ini.
Serangan itu yang belum disahkan oleh Israel merupakan serangan udara pertama dilancarkan rejim Zionis ke wilayah Lebanon sejak konflik Syria tercetus tiga tahun lalu.
Menurut kenyataan Hezbollah, serangan pada Isnin lalu itu menyebabkan kerosakan harta benda tetapi tiada kecederaan dilaporkan.
Pergerakan itu memberitahu, serangan tersebut berlaku dekat Kampung Jantan, timur Lebanon.
Tentera Israel sebelum ini berulang kali melepaskan bedilan artileri yang melintasi sempadan dan melakukan beberapa serangan udara ke dalam wilayah Syria.
Serangan-serangan itu dibuat untuk memusnahkan bekalan senjata api yang dihantar dari Syria kepada Hezbollah di Lebanon.
Hezbollah merupakan sekutu kuat Presiden Syria, Bashar Al-Assad.
Pergerakan itu turut menyertai peperangan saudara di Syria. - AP
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0227&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2uTUcbMF0
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment