Al-Khalil, 6 Jan - Lebih kurang 10.30 pagi pada waktu kejadian, sekurang-kurangnya 30 polis dan tentera sempadan Israel berdiri di luar pusat pemeriksaan no.29 dan melepaskan tiga bom tangan gas pemedih mata.
Bom tangan ini dihalakan ke arah sebuah sekolah, di mana ketika itu tiada seorang kanak-kanak pun yang berada di jalan raya dan tiada lontaran batu daripada mereka.
Polis sempadan Israel telah menahan tiga remaja Palestin, yang kesemuanya telah ditahan dan diperiksa selama lebih kurang 30 minit. Pada waktu yang sama, salah seorang daripada aktivis antarabangsa yang turut berada di pusat pemeriksaan itu ditendang oleh seorang pegawai polis sempadan dan kemudian ditolak ke tanah. Polis sempadan Israel kemudian merampas tanpa sebab pasport ketiga-tiga aktivis antarabangsa, termasuk dua ahli Christian Peacemakers Team.
Kira-kira 20 minit kemudian, seorang pegawai polis sempadan Israel berkata bahawa dia akan mengembalikan passport yang dirampas hanya jika para aktivis meninggalkan kawasan itu. Para aktivis yang bersetuju kemudian beredar dari pusat pemeriksaan walaupun masih dapat memantau tindakan-tindakan tentera Israel tersebut dari jauh.
Kanak-kanak dan remaja kerap diganggu di pusat pemeriksaan 29, terutamanya ketika dalam perjalanan ke sekolah pada waktu pagi. [Ph]
Sumber: palsolidarity
Terjemahan: NurAfira
Video amatur: http://www.youtube.com/
#aqsasyarif #shitaaemergencyrelief #SaveYarmoukCamp
***
Langgan 'Newsletter' kami di sini: http://goo.gl/CrSr6o
No comments:
Post a Comment