Ramallah: Seorang remaja Palestin berusia 19 tahun ditembak mati tentera Israel, semalam menurut laporan sumber keselamatan dan perubatan.
Menurut sumber, mangsa dikenal pasti sebagai Mohammad Mubarak dari kem pelarian Jalazun.
Mohammad dikatakan bekerja sebagai buruh di sebuah projek USAID di kawasan itu.
Bapanya pula ketua kem terbabit.
Kejadian itu yang berlaku berhampiran penempatan Ofra disahkan tentera Israel dalam satu kenyataan yang mendakwa pihaknya melepaskan tembakan balas selepas diserang ‘pengganas’.
“Pengganas Palestin melepaskan tembakan terhadap tentera menyebabkan mereka membalas disebabkan keadaan yang membahayakan nyawa mereka,” kata kenyataan itu.
Kejadian berkenaan kali pertama seorang warga Palestin dibunuh tentera Israel tahun ini.
Sementara itu, menurut statistik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), tentera Israel menembak mati 27 warga Terbing Barat tahun lalu.
- AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/30
No comments:
Post a Comment