Saturday 28 December 2013

Lagi krisis bekalan elektrik di Gaza

Lagi krisis bekalan elektrik di Gaza28 Disember 2013

Loji jana kuasa tunggal di Genting Gaza hanya sempat beroperasi selama 12 hari.

GENTING GAZA - Wilayah Gaza, sekali lagi dilanda krisis bekalan kuasa elektrik selepas loji jana kuasa tunggal terpaksa menghentikan operasi akibat kekurangan bekalan bahan api.

Semalam menurut laporan Press TV, pengendali syarikat bekalan kuasa elektrik di Genting Gaza memaklumkan situasi terbaru itu berpunca daripada penutupan laluan Kerem Shalom oleh rejim Zionis.

Dua minggu lalu, sebanyak 450,000 liter bahan api yang dibiayai Qatar dihantar ke Gaza sebagai respons terhadap rayuan kecemasan selepas sebahagian besar bandar tersebut lumpuh akibat banjir.

Difahamkan, loji jana kuasa elektrik tersebut hanya sempat beroperasi selama 12 hari selepas ia terpaksa ditutup secara sementara selama kira-kira 17 minggu.

No comments:

Post a Comment