Menteri Kerajaan Sivil Muhammad Fara menegaskan kekurangan bahan bakar yang dimiliki kerajaan - kerajaan tempatan di Semenanjung Gaza akibat sekatan menghalang kerja memberikan bantuan dan pemindahan warga di sebahagian perkampungan yang tenggelam akibat air hujan yang deras .Pelbagai jalan dan perkampungan yang mengalami kerugian dan kerosakan akibat air hujan yang deras fara menegaskan kerajaan - kerajaan tempatan di Semenanjung Gaza sangat memerlukan bahan bakar dan alat alat yang digunakan untuk mengatasi banjir tersebut . Terutama peralatan mesin disel pam air mengalami kerosakan akibat sekatan yang diterapkan Israel terhadap Jalur Gaza semenjak tujuh tahun yang lalu . Ia menegaskan , sekatan dan kekurangan bahan api dan bekalan elektrik yang terputus selama jangka masa yang panjang menyebabkan sukarnya pekerja menghadapi air hujan akibatnya sejumlah rumah warga berkenaan dengan air melalui saluran kebersihan . Ia berharap seluruh warga Gaza terutama di kawasan yang dataran rendah dan dekat lembah Gaza untuk berhati hati dan persiapkan menghadapi segala kemungkinan yang terjadi .
No comments:
Post a Comment