|
BAITULMUQADDIS - Sebuah jet pejuang Israel mengebom terowong yang digunakan anggota-anggota pergerakan Hamas di Gaza, Palestin semalam.
Dalam serangan itu, tiga anggota pergerakan tersebut terbunuh selepas jet tentera Israel tersebut melancarkan serangan balas.
Serangan itu dilancarkan selepas lima askar Israel cedera ketika mereka cuba memusnahkan sebuah lagi terowong yang digunakan para pejuang Palestin daripada pergerakan Hamas.
Menurut Hamas, tiga anggotanya berada di dalam terowong tersebut semasa serangan itu berlaku.
Keganasan terbaharu itu mencatatkan angka kematian yang terbanyak selepas tentera Israel melancarkan kempen ketenteraan di Gaza pada November tahun lalu.
Pada tahun 2006, para pejuang Hamas menggunakan sebuah terowong untuk memasuki Israel dan membunuh dua askar regim Zionis.
Hamas memerintah Gaza sejak tahun 2007 dengan menyingkirkan pergerakan Fatah yang diketuai Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dalam satu pertempuran. - Agensi
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1102&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2jQZ9JFEz
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment