BAITULMAQDIS 8 Nov. - Polis sempadan Israel menembak mati seorang penduduk Palestin di satu pos pemeriksaan berhampiran Baitulmaqdis hari ini, insiden kedua dalam tempoh 12 jam.
Jurucakap polis, Micky Rosenfeld berkata, insiden berlaku tengah malam tadi (6 pagi waktu Malaysia), apabila seorang lelaki yang didakwa bersenjatakan pisau berlari ke arah seorang polis Israel yang sedang mengawal sempadan sebelum dia ditembak.
Mangsa dikenal pasti sebagai Anas al-Atrash, 23, dari Hebron, Tebing Barat.
Namun, ayah mangsa, Fuad al-Atrash berkata, polis Israel menahan dua anak lelakinya di pos pemeriksaan Wadi Nara dan mereka sedang menunggu untuk diperiksa ketika kejadian tembakan berlaku.
"Polis Israel kemudiannya datang ke kereta kami dan membuka pintu sebelum anak lelaki saya cuba untuk keluar, tetapi ditembak," katanya.
Insiden berlaku sehari selepas tentera Israel menembak mati seorang lagi penduduk Palestin berhampiran bandar Nablus, Tebing Barat. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131109/lu_03/Lagi-pemuda-Palestin-mati-ditembak#ixzz2k93WYKfC
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment