Monday, 30 September 2013

Perisik Iran ditahan


Baitulmaqdis: Agensi keselamatan Israel, Shin Bet semalam mengumumkan penahanan seorang “perisik” Iran pada 11 September lalu kerana membawa gambar Kedutaan AS di Tel Aviv.

Kenyataan agensi perisikan Zionis itu berkata, suspek memiliki pasport Belgium dan dihantar ke Israel oleh pasukan keselamatan elit Pengawal Revolusi Iran. “Suspek ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion,” kata Shin Bet.


Lelaki itu dikenali sebagai Ali Mansouri, 58, dan menganggotai “unit operasi khas” Pengawal Revolusi “yang bertanggungjawab melakukan serangan pengganas di seluruh dunia.” Shin Bet mendakwa lelaki itu menyamar sebagai Alex Mans.

“Selepas disiasat dia mengaku dijanjikan bayaran AS$1 juta (RM3 juta) untuk menyamar sebagai ahli perniagaan dan membuka syarikat di Israel bagi pihak agensi perisikan Iran untuk membahayakan Israel serta kepentingan Barat,” kata agensi itu. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/30

No comments:

Post a Comment