Tuesday, 10 September 2013

Budak dipukul pendatang Yahudi

Budak dipukul pendatang YahudiGENTING GAZA - MESIR. Sekumpulan pendatang Yahudi di bawah perlindungan tentera Israel (IMF) menyerbu dan menyerang penduduk di kawasan kejiranan Tel Rumeida di Hebron.

Akibat perbuatan biadab itu, seorang kanak-kanak, Shatha Ramadan, 12, bersama bapanya mengalami kecederaan serius akibat dipukul oleh kumpulan tersebut.

IMF turut memberkas Raed Abu Rumaila, 42, selepas menahannya dua jam di sebuah pusat pemeriksaan berhampiran Masjid Ibrahimi.

Difahamkan menurut laporan Alray, Raed adalah salah seorang aktivis yang mendokumenkan kes pencabulan IMF terhadap penduduk Palestin.
    
Israel dilihat sengaja membiarkan pendatang Yahudi berterusan menyerang penduduk, harta dan tanah milik orang Palestin kononnya sebagai tindakan provokasi ke atas mereka.

No comments:

Post a Comment