Saturday, 10 August 2013

Perdana Menteri Palestin Desak pintu Rafah dibuka

GAZA - Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh menggesa Mesir membuka semula laluan di sempadan Rafah.

Beliau berkata, pintu laluan itu perlu dibuka bagi memudahkan penduduk Gaza mendapatkan semula kemudahan akses bagi membawa masuk makanan, pakaian dan perubatan.

“Sejak pintu itu ditutup, penduduk Palestin semakin sukar menjalani kehidupan harian. Cukuplah mereka ditindas oleh rejim Zionis dan sempena Aidilfitri ini kami merayu supaya Mesir dapat mempertimbangkan semula tindakan itu,” katanya.

Menurutnya kepada Press TV, sambutan Aidilfitri pada tahun ini di rai dengan penuh keperitan dan serba kekurangan.

Dalam perkembangan lain, beliau turut menyentuh proses rundingan dengan Israel.

“Keseluruhan proses berakhir dengan kegagalan kerana kami tidak akan bertolak ansur dengan Israel untuk melepaskan hak rakyat Palestin,” katanya. S.H

No comments:

Post a Comment