Monday, 5 August 2013

Israel bebas banduan mulai 13 Ogos

BAITULMUQADDIS - Ketua Perunding Palestin, Saeb Erakat kelmarin memberitahu bahawa Israel akan membebaskan kumpulan pertama banduan Palestin dan Arab Israel seramai 104 orang yang sudah lama menjalani hukuman penjara pada 13 Ogos ini.
"Pembebasan banduan akan dilakukan dalam empat kumpulan berasingan kerana Isreal enggan membebaskan mereka secara serentak.
"Untuk kumpulan pertama, Israel akan membebaskan seramai 26 orang banduan," kata Erakat dalam satu kenyataan.
Pembebasan tersebut diluluskan oleh Kabinet Israel pada minggu lalu. Nama banduan-banduan terbabit bagaimanapun masih belum diumumkan secara rasmi. Namun, laporan menyebut ramai militan yang dituduh membunuh warga Israel turut dibebaskan.
Menurut Israel, banduan-banduan tersebut akan dibebaskan mengikut kemajuan rundingan damai yang dimulakan kembali dengan Palestin baru-baru ini.
Mesyuarat pertama diadakan di Washington awal minggu lalu. Ketua Perunding Israel yang juga Menteri Keadilan, Tzipi Livni menyatakan sesi rundingan lain akan diadakan tidak lama lagi di Asia Barat.
"Rundingan akan dilaksanakan secara bergilir-gilir di wilayah Israel dan Palestin," kata Livni.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0805&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2b2jVTKJM 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment