Tuesday 2 July 2013

Remaja Palestin Terbunuh Dilanggar Kenderaan Tentera Israel

Tebing Barat, - Menyedihkan! Seorang remaja Palestin  terbunuh dilanggar  kenderaan tentera Israel dalam bentrokan di sebuah desa di wilayah Tebing Barat. Korban diketahui bernama Moataz Sharawna dan berumur 19 tahun.

Menurut Polis Palestin  dan saksi  seperti dilansir kantor berita AFP,Selasa (2/7/2013), remaja lelaki itu terbunuh setelah dilanggar jeep tentera Israel. Insiden ini terjadi beberapa jam setelah bentrokan antara para pelempar batu dan tentara Israel di Dura, yang terletak sebelah barat daya kota Hebron.

Seorang juru cakap tentera Israel membenarkan insiden di desa tersebut. Namun disampaikan bahawa para tentera Israel telah menembak seorang pemuda yang memanjat naik ke kenderaan tentera Israel.

"Semalam ada aktiviti di desa Dura dekat Hebron dan sekelompok warga Palestin  mulai melemparkan batu-batu ke pasukan yang berada di daerah tersebut," terang juru cakap tentera Israel itu. 

Dikatakannya, beberapa orang kemudian mencuba naik ke salah satu kenderaan tentera Israel. "Para tentera mengingatkan mereka dan menggunakan alat-alat antikerusuhan dan akhirnya mereka merespons dengan tembakan ke arah salah seorang tersangka yang berada di kenderaan itu," tutur juru cakap tersebut.
  sumber : detikNews

No comments:

Post a Comment