Wednesday 3 July 2013

Remaja Palestin dirempuh jip Israel

Remaja Palestin dirempuh jip IsraelMangsa didakwa hanya mengibarkan bendera kebangsaan sebelum dirempuh secara tiba-tiba.
TEBING BARAT - Seorang remaja Palestin maut akibat dirempuh jip tentera Israel di kampung Dura, menurut jurucakap polis, semalam.

Insiden itu dilaporkan berlaku semasa pertempuran antara penunjuk perasaan dan tentera rejim Zionis yang menghalang demonstrasi membantah projek pembinaan 69 unit penempatan haram baru di Baitulmaqdis.

Menurut laporan PressTV, Datuk Bandar al-Khalil, Kamel Hamid berkata, mangsa, Moataz Sharawna, 19, tidak bertindak luar kawalan dan hanya mengibarkan bendera kebangsaan sebelum dirempuh secara tiba-tiba.

Bagaimanapun, ada laporan awal mendakwa remaja itu sebenarnya maut akibat ditembak tentera Israel.

Menurut laporan kumpulan hak asasi manusia, sekurang-kurangnya 16 penduduk Palestin dibunuh tentera Israel pada separuh tahun pertama 2013 manakala 1790 termasuk wanita dan kanak-kanak pula diculik. 

No comments:

Post a Comment