Friday, 12 July 2013

Pelampau Yahudi cemari al-Aqsa

Pelampau Yahudi cemari al-AqsaPencerobohan Masjid al-Aqsa semakin berleluasa walaupun pihak berkuasa Israel memperhebatkan kawalan di pintu masuk. Foto: AP
BAITULMAQDIS - Kira-kira 90 pelampau Yahudi bertindak biadab dengan mengotorkan Masjid al-Aqsa pada hari pertama Ramadan, menurut Yayasan al-Aqsa bagi Pembiayaan dan Warisan, kelmarin.

Dipetik PIC, pegawai kanan yayasan itu, Mahmoud Abu Ata berkata, tindakan provokasi oleh puluhan pelampau termasuk wanita itu sengaja dilakukan ketika ratusan penduduk Palestin sedang berada di pekarangan masjid tersebut.

Mahmoud turut memberi amaran insiden pencerobohan sama mungkin akan berlaku pada masa hadapan walaupun pihak berkuasa Israel memperhebatkan kawalan di pintu masuk al-Aqsa.

"Saya menggesa penduduk Palestin terus mengunjungi al-Aqsa terutamanya pada awal pagi bagi mengelakkan pelampau Yahudi terus berbuat sesuka hati di masjid yang menjadi kiblat pertama orang Islam itu," katanya lagi.   

Dalam perkembangan lain, kerajaan tempatan Genting Gaza menuntut Mesir membuka semula laluan sempadan Rafah kerana penutupannya memberi kesan kepada penduduk Palestin.

Mereka juga tidak berpuas hati dengan keputusan Mesir membuka sebahagian laluan tersebut hanya untuk beberapa jam sehari.

Selain itu, kerajaan turut mengutuk pencerobohan Masjid al-Aqsa yang didakwa berlaku dengan kehadiran pihak berkuasa. 

No comments:

Post a Comment