Israel perlu keluar dari tanah Palestin
Palestin terus menggesa Israel menghentikan projek penempatan haram mereka tetapi tidak dihiraukan hingga kini.
AMMAN - JORDAN. Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menyatakan sebarang perjanjian damai dengan Israel pada masa hadapan akan melalui referendum.

Kenyataan Mahmoud yang disiarkan akhbar Al-Rai di Jordan itu turut memaparkan pendirian tegas beliau berhubung sebarang penyelesaian perlu dilakukan dengan memastikan Israel keluar dari tanah Palestin.

Menurutnya lagi, beliau mahu penyelesaian dua negara berdasarkan idea pentadbiran Amerika Syarikat (AS) itu dilaksanakan segera, namun sehingga kini masih gagal mencapai sebarang persetujuan.

"Penyelesaian politik ini harus dicapai untuk membentuk sebuah negara Palestin yang menjadikan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara mengikut garis sempadan 1967, " jelasnya lagi yang dipetik Middle East Online

Rundingan damai terakhir antara kedua-dua negara tersebut diadakan pada 2010 dan isu berkaitan penempatan haram Israel di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur dikatakan menjadi punca ia tertangguh hingga kini.

Sebelum ini, Israel dengan angkuh memberitahu mereka hanya akan memenuhi satu daripada syarat yang dikenakan Palestin iaitu membebaskan 80 tahanan manakala gesaan untuk menghentikan projek penempatan haram
Yahudi tidak akan diendahkan.