Friday 7 June 2013

Kerajaan baru Palestin angkat sumpah

Kerajaan baru Palestin angkat sumpahKerajaan baru Palestin angkat sumpah
RAMALLAH - Perdana Menteri Palestin, Rami Hamdallah mengangkat sumpah kerajaan baru dengan disaksikan Presiden, Mahmoud Abbas, semalam.

"Ini adalah kerajaan saya dan anda semua berada di bawah perlindungan serta kepercayaan saya," kata Mahmoud kepada barisan Kabinet barunya di ibu pejabat presiden.

Terdahulu, Rami dilantik menggantikan bekas perdana menteri terdahulu, Salam Fayyad yang meletakkan jawatan pada April selepas gagal mengekalkan hubungan baik dengan Mahmoud.

 Lapor agensi Ma'an, barisan baru Kabinet Palestin kini disertai seramai 24 ahli.

No comments:

Post a Comment