Pada zaman Rasulullah SAW, ada seorang wanita yang menjadi kebanggaan para sahabat kerana menyumbang 3 orang anaknya sebagai mujahid dan seterusnya mati syahid kerana mempertahankan Islam. Di Palestin kini, umat Islam berbangga dengan seorang wanita yang turut menyumbang 3 orang anaknya pada jalan Allah.
MARYAM FARHAT dikenali sebagai Ummu Nidhal di kalangan pejuang Palestin di masyhur dengan gelaran Khansa’ Palestin. Dilahirkan setahun selepas pencerobohan pengganas Yahudi ke Palestin, iaitu pada tanggal 24 Disember 1949 dalam sebuah keluarga besar di Gaza. 10 adik beradik lelaki dan 5 perempuan.
Beliau adalah ibu tunggal kepada 6 anak lelaki dan empat perempuan. Semua anaknya terlibat dengan kumpulan pejuang Islam Hamas dan Kata’ib Al Qassam. Salah seorang anaknya dipenjarakan selama 11 tahun. Manakala 3 orang, Nidhal, Muhammad, Rawad disumbangkan sebagai syuhada’.
Pada Mac 2002, pengganas Israel melakukan serangan ke atas pelajar Palestin. 5 terbunuh, 23 orang cedera. Anaknya, Muhammad Farhat yang baru berusia 17 tahun turut terbunuh. Sebaik mendapat khabar berita pembunuhan anaknya, Ummu Nidhal bertakbir Allahu Akbar, dan mengedarkan halwa dan coklat kepada orang ramai sebagai tanda gembira dan bangga anaknya gugur syahid.
Anaknya Nidhal Farhat dibunuh pada Mac 2003 dalam serangan periuk api. Manakala Rawad Farhat di bunuh pada 2005 dalam serangan udara tentera Zionis ke atas kereta yang sedang membawa peluru berpandu Al Qassam.
Rumah Ummu Nidhal sering menjadi sasaran bedilan tentera Zionis. Sebanyak 4 kali rumah itu dibom oleh pengganas Israel. Masyarakat Paelstin sangat kagum dengan kegigihan ibu ini. Beliau dianggap sebagai figur dalam Ikhwanul Muslimin dan Hamas. Beliau menang dalam pilihanraya 2006 dan dilantik sebagai anggota parlimen.
17 Mac 2013, Hospital As Syifa’ menyaksikan pemergian Ummu Nidhal meninggalkan dunia yang fana’ ini buat selama-lamanya. Jenazahnya diiringi oleh 4000 orang umat Islam termasuk Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniyah. Semoga Allah menganugerahkan sebesar2 ganjaran kepada ibu para syuhada’ ini. Al Fatihah.
No comments:
Post a Comment