11 Mei 2013
BAITULHAM - Rakyat Palestin kini berpeluang mengundi presiden kesukaan mereka menerusi sebuah program televisyen (TV) realiti, The President.
Dipetik AP, juri rancangan, Kholoud Idabis berkata, The President yang disiarkan di TV Maan pada setiap minggu peserta diwajibkan memberi idea pembaharuan yang bakal dilakukan jika dilantik sebagai Presiden Palestin.
"Mereka (peserta) wajib menjawab soalan oleh barisan juri yang terdiri daripada ahli politik, cendekiawan dan usahawan sepanjang pertandingan dan pengundinya adalah penonton sendiri.
"Program ini juga salah satu medium yang dapat membentuk pemikiran rakyat dalam memilih pemimpin negara jika pilihan raya diadakan suatu masa nanti," katanya.
Kata Idabis, ribuan anak muda Palestin menyertai pertandingan itu dan kini ia berbaki 15 peserta yang bersaing sehingga ke garisan penamat pada penghujung Jun depan.
"Pemenang berpeluang melancong ke seluruh dunia sebagai Duta Palestin olok-olok selain dijanjikan sebuah kereta," katanya.
The President turut menjemput pegawai atasan Palestin, Hanan Ashrawi dan ahli Parlimen Arab-Israel, Ahmad Tibi mengadili pertandingan.
Sejak 20 tahun lalu, rakyat Palestin hanya berpeluang mengundi sebanyak dua kali iaitu pada 1996 dan 2005.

No comments:
Post a Comment