23 Mei 2013
MOORE - Operasi mencari dan menyelamat mangsa (Sar) selama 24 jam di pinggir Oklahoma yang musnah akibat dilanda puting beliung dilaporkan hampir selesai.
Ketua pemadam kebakaran di Moore juga dengan yakin percaya bahawa tiada lagi mayat atau mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan rumah.
Pihak berkuasa juga mendedahkan angka kematian sebenar adalah 24 orang termasuk sembilan kanak-kanak.
Menurut laporan AP, pasukan penyelamat sukar melakukan operasi Sar tersebut kerana mereka tidak dapat mengenal pasti kawasan kejiranan itu berikutan tiada papan tanda jalan.
Beberapa anggota keselamatan terpaksa menggunakan aplikasi telefon pintar dan alat sistem kedudukan global (GPS) sebagai panduan kepada mereka.

No comments:
Post a Comment