13/04/2013 4:03am
SILWAD - Berpuluh-puluh belia Palestin semalam ber tempur dengan tentera Israel untuk hari kedua di wilayah Tebing Barat yang dikuasai rejim Zionis.
Perkembangan itu berlaku selepas penduduk Palestin menuduh beberapa peneroka haram Yahudi membelasah seorang lelaki tempatan menggunakan batang paip.
Belia Palestin bertindak membaling batu ke arah beberapa buah jip tentera Israel dalam protes itu yang tercetus beberapa ratus meter dari penempatan haram Ofra.
Penduduk setempat berkata, sekumpulan peneroka Ya hudi memukul seorang bekas hakim berusia 60 tahun, Ahmad Al-Zir ketika dia sedang mengerjakan tanahnya kelmarin.
“Mereka berulang kali memukul kepala warga emas sambil mencacinya,” kata seorang saudara mara mangsa, Mahmoud Hussein yang menyaksikan serangan tersebut.
Sekumpulan belia Palestin kemudian mengejar pene roka-peneroka Yahudi itu dan membakar sebuah kediaman mereka.
Susulan insiden tersebut, askar-askar Israel dikerahkan ke lokasi kejadian lewat kelmarin.
Tentera Zionis melepaskan tembakan ke arah penduduk Palestin dengan dua penunjuk perasaan terkena peluru hidup termasuk seorang di dada. - Reuters
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0413&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_11.htm#ixzz2QI4A4pR9
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment