Tuesday, 19 August 2014

Lepas masuk ke Gaza


Kaherah (Mesir): Konvoi bantuan diketuai tiga wakil Misi Kemanusiaan Malaysia ke Gaza memasuki Gaza 10 pagi ini (3 petang Malaysia) diiringi dua kereta perisai ketika pertempuran semakin sengit di antara tentera Mesir dan pemberontak di kawasan berdekatan sempadan.
Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) yang juga Ketua Misi Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim; Duta Besar Malaysia di Mesir dan Palestin Datuk Ku Jaafar Ku Shaari; dan Duta Besar Palestin di Malaysia Dr Anwar Al-Agha yang menaiki sebuah daripada kereta perisai itu akan terus mengagihkan barang bantuan kepada penduduk Gaza sebaik tiba. 
Timbalan Presiden KP1M Datuk Mohd Farid Hassan yang sentiasa berhubung dengan konvoi berkata, tentera Mesir membuktikan kesungguhan untuk membantu misi bantuan itu dengan menghantar tiga wakil Malaysia sehingga ke pintu sempadan. 

"Ketua misi memaklumkan pihak tentera Mesir amat menghormati hasrat kita apabila sanggup membahayakan nyawa dengan meredah pertempuran yang sedang berlaku di sempadan Mesir-Gaza," katanya di sini, sebentar tadi.
Foto
FOTO Miorazlan Mior Kamarulbaid

Katanya, lagi masih berbaki kira-kira dua tan barangan bantuan di Terminal Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah yang sedang dalam proses untuk dihantar terus ke Gaza.

Semalam, tentera Mesir hanya membenarkan tiga daripada 83 anggota misi bantuan meneruskan perjalanan ke Rafah berikutan isu keselamatan dan situasi meruncing di utara Sinai. 
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/18

Rumah dua suspek bunuh tiga Yahudi diroboh


Baitulmaqdis: Tentera Zionis semalam merobohkan rumah dua rakyat Palestin yang disyaki terbabit dalam penculikan dan pembunuhan tiga remaja Yahudi di Tebing Barat Jun lalu.

Kediaman milik Hussam Kawasme dan Amar Abu Aysha di selatan Tebing Barat dimusnahkan sebelum Subuh dan tentera Yahudi menyita rumah seorang lagi suspek Marwan Kawasme.

Israel menuduh Hamas bertanggungjawab terhadap penculikan tiga remaja Yahudi Gil-Ad Shaer, Naftali Fraenkel dan Eyal Yifrah yang ditemui mati dua minggu kemudian di Tebing Barat.

Hamas tidak mengaku atau menafikan tuduhan itu.

Hussam, 40, yang menetap di Hebron ditahan 11 Julai lalu, namun dua lagi suspek masih bebas.

Penahanan itu mendapat perhatian ramai awal bulan ini apabila dokumen diperoleh dari mahkamah menyebut sama ada rumah milik Hussam dan dua lagi suspek perlu dirobohkan atau tidak sebagai hukuman.

Ia juga menyatakan Hussam mengaku membantu melaksanakan penculikan itu, menerima dana daripada Hamas dan membeli senjata diberikan kepada dua lagi suspek yang melakukannya.

Dia juga membantu menanam mayat remaja berkenaan di kawasan dibelinya beberapa bulan sebelum itu, Tentera juga memberitahu Mahkamah Tinggi Israel membenarkan hasrat mereka untuk merobohkan kediaman suspek dan menolak tiga rayuan difailkan keluarga tertuduh.



- Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/19

Angka kematian di Gaza meningkat kepada 2,016 orang


BANDAR GAZA - Jumlah kematian akibat peperangan di Semenanjung Gaza meningkat lebih 2,000 orang semalam, kata Kementerian Kesihatan.
Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan berkata, sebanyak 2,016 orang terbunuh dalam peperangan dengan Israel itu, manakala 10,196 orang cedera.
Antara yang terkorban ialah 541 golongan kanak-kanak, 250 wanita dan 95 warga emas.
Pada mulanya, jumlah kematian cuma mencatatkan sebanyak 1,980 orang, namun ia meningkat selepas beberapa orang mati semasa dirawat di hospital-hospital di seluruh Gaza, Kaherah dan Baitulmaqdis kerana mengalami cedera parah.
Sementara itu, pasukan perubatan menemui satu mayat yang berada lebih tiga minggu di bawah runtuhan di Shejaiya di timur Bandar Gaza, kata kenyataan itu.
Dalam pada itu perunding Israel dan Palestin masih berusaha di meja rundingan yang dikendalikan oleh Mesir dalam usaha menyambung tempoh gencatan senjata lima hari yang bakal berakhir. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0819&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3AmvRj2nq 
Hakcipta terpelihara 

Tunjuk perasaan bantah perkahwinan Yahudi-Muslim



REUTERS
PASANGAN pengantin, Mahmoud dan isterinya, Maral kelihatan gembira pada majlis perkahwinan mereka di Tel Aviv kelmarin meskipun masyarakat Yahudi mengadakan tunjuk perasaan bagi membantah perkahwinan tersebut.


RISHON LEZION, Israel - Polis Israel kelmarin terpaksa mengadakan sekatan bagi menghalang lebih 200 penunjuk perasaan yang membantah perkahwinan seorang wanita Yahudi dengan lelaki Muslim.
Berpuluh-puluh anggota polis termasuk daripada unit elit terpaksa menahan perarakan masyarakat Yahudi yang melaungkan 'kematian untuk Arab' serta cuba merempuh pintu dewan di mana perkahwinan itu berlangsung.
Empat daripada penunjuk perasaan itu ditangkap dan tiada kecederaan dilaporkan.
Sebelum itu, peguam kepada pasangan itu, Maral Malka, 23, dan Mahmoud Mansour, 26, kedua-duanya dari Jaffa di Tel Aviv gagal mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang penunjuk perasaan.

REUTERS
SEBAHAGIAN penunjuk perasaan dalam kalangan masyarakat 
Yahudi yang membantah perkahwinan Mahmoud dan Maral di Rishon Lezion kelmarin.


Dia cuma mendapat bantuan daripada pihak polis bagi menyekat penunjuk perasaan kira-kira 200 meter daripada menghampiri lokasi perkahwinan pasangan berkenaan yang diadakan di sebuah dewan di Rishon Lezion.
Bantahan itu timbul ekoran ketegangan antara masyarakat Yahudi dan bangsa Arab di Israel yang tercetus lebih dua bulan lalu termasuk dalam isu penculikan dan pembunuhan tiga remaja Israel diikuti kematian seorang remaja Palestin di Baitulmuqaddis.
Pasangan berkenaan bagaimanapun memberitahu stesen televisyen Israel, Channel 2 TV bahawa bantahan itu tidak mematahkan semangatnya meneruskan perkahwinan.
"Kami menari dan bersuka ria sehingga matahari terbit, kami memilih untuk hidup bersama," katanya.
Malka yang berketurunan Yahudi memeluk Islam sebelum berkahwin dikecam sebagai pengkhianat Yahudi oleh penunjuk perasaan.
Bagaimana suatu yang mengejutkan, perkahwinan itu turut dihadiri oleh Menteri Kesihatan Israel, Yael German dan beliau menyifatkan penunjuk perasaan dan perkahwinan yang berlangsung sebagai ekspresi demokrasi.
- Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0819&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3Amv3Wuso 
Hakcipta terpelihara 

Militan IS mula berundur


AP
SEORANG pejuang Kurdish meronda berhampiran Empangan Mosul kelmarin selepas berjaya menawan lokasi berkenaan daripada 
kumpulan militan IS.


KAHERAH - Pejuang Kurdish kelmarin berjaya menguasai semula Empangan Mosul daripada kawalan kumpulan militan Negara Islam (IS) selepas dibantu serangan udara tentera Amerika Syarikat (AS), kata seorang pegawai Kurdish.
"Pejuang Kurdish Peshmerga kini menguasai penuh empangan berkenaan," kata portal berita Alsumaria yang memetik satu sumber pegawai Kurdish yang enggan dikenali.
Pesawat AS terus mengebom posisi pejuang IS di sekitar empangan ketika pejuang Kurdish cuba menawan kedudukan berkenaan.
Pusat Kawalan AS mengesahkan jet pejuang dan dron negara itu melancarkan 14 serangan udara ke arah kedudukan IS berhampiran Empangan Mosul.
Serangan tersebut memusnahkan 10 kenderaan bersenjata, tujuh Humvee, dua kenderaan pembawa anggota dan satu pos kawalan. Bagaimanapun, tiada laporan kecederaan dilaporkan.
Seseorang ahli Kesatuan Patriotik Kurdistan, Abdel-Bari al-Zebari mengesahkan pengambilalihan oleh Kurdish.
"Pejuang Kurdish Peshmerga kini kembali menguasai empangan melalui laluan lain selepas laluan sebelum ini dipasang dengan periuk api oleh militan IS," kata al-Zebari kepada penyiar yang berpangkalan di Dubai.
Empangan tersebut dan kompleks diseklilingnya merupakan satu kawasan strategik kerana ia membekalkan tenaga elektrik serta bekalan air di sebahagian besar negara itu.
Kejayaan menawan semula empangan berkenaan merupakan kemenangan besar pertama pejuang Kurdish dan tentera Iraq sejak pertempuran sengit dengan militan IS.
Ia juga secara tidak langsung menaikkan semula moral pejuang Kurdish yang sebelum ini terpaksa berundur selepas militan IS menguasai Mosul.
Awal bulan ini, kumpulan serpihan Al-Qaeda tersebut menawan Empangan Mosul yang merupakan empangan terbesar dan strategik di Iraq yang terletak di Sungai Tigris yang mengalir ke Baghdad.
Terdapat kebimbangan kumpulan militan itu mengebom empangan tersebut sekali gus menyebabkan berlaku banjir di kawasan berdekatan.
Sebelum ini, seorang pegawai pejuang Kurdish dalam satu kenyataan memberitahu, mereka melancarkan serangan darat secara besar-besaran ke arah kedudukan militan IS di utara Iraq dan dibantu serangan udara AS.
Sebuah portal berita Kurdish, Bas News melaporkan, pejuang Kurdish berjaya mengambil alih beberapa kawasan kampung yang kebanyakannya dihuni oleh penduduk Kristian serta beberapa buah bandar lain berhampiran Empangan Mosul.
Laporan itu dibuat sehari selepas serangan udara oleh tentera AS terhadap kedudukan militan IS sekitar Empangan Mosul dan bandar Arbil.
Tentera AS mula melancarkan serangan terhadap kedudukan militan IS di utara Iraq sejak 10 hari lalu kerana bimbang pejuang Kurdish tidak mampu membendung kemaraan kumpulan berkenaan.
Sementara itu, seorang jurucakap tentera Iraq memberitahu bahawa pihaknya dan pejuang Kurdish sedang merancang untuk menawan semula bahagian utara bandar Mosul yang dikuasai IS.
"Kami berazam meneruskan serangan yang dibantu dengan maklumat risikan yang diberikan AS," kata jurucakap berkenaan.
Militan IS yang beroperasi di Iraq dan Syria menawan sebahagian besar bahagian utara Iraq selepas melancarkan satu serangan kilat pada Jun lalu.
Lebih 200,000 penduduk yang majoriti penganut Yazidi dan Kristian melarikan diri selepas militan berkenaan membunuh penduduk yang menentang mereka. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0819&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3AmuWJCPj 
Hakcipta terpelihara 

Gencatan senjata di Gaza dilanjutkan 24 jam


BAITULMAQDIS 19 Ogos - Gencatan senjata di Gaza dilanjutkan selama 24 jam selepas pasukan perunding damai Palestin dan Israel bersetuju untuk melanjutkan gencatan senjata lima hari, beberapa minit sebelum berakhir tengah malam tadi (5 pagi waktu Malaysia), bagi membolehkan rundingan damai diteruskan.
Seorang pegawai Palestin berkata, kedua-dua pihak bersetuju untuk melanjutkan gencatan senjata selama 24 jam lagi. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140819/lu_14/Gencatan-senjata-di-Gaza-dilanjutkan-24-jam#ixzz3AsgRviBh
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Britain enggan label Ikhwan pengganas


LONDON 18 Ogos - Kerajaan Britain menangguhkan laporan berhubung Pergerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir selepas menteri-menteri dan pegawai-pegawai tidak mencapai persetujuan berhubung siasatan itu.
Akhbar Financial Times melaporkan Perdana Menteri David Cameron, yang menerima tekanan daripada sekutu-sekutunya di Teluk, telah meminta Duta Britain ke Arab Saudi, John Jenkins untuk menjalankan siasatan sama ada pergerakan itu perlu dikategorikan sebagai organisasi pengganas atau tidak.
Memetik sumber rasmi, akhbar itu melaporkan siasatan tersebut mendapati, Ikhwanul Muslimin tidak boleh dilabelkan sebagai organisasi pengganas dan tidak banyak bukti menunjukkan ahli-ahli pergerakan itu terlibat dalam aktiviti pengganas.
Bagaimanapun, kerana takut tindak balas daripada sekutu-sekutunya di Asia Barat, menteri-menteri berkenaan telah menangguhkan penerbitan laporan itu selama beberapa minggu. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140819/lu_10/Britain-enggan-label-Ikhwan-pengganas#ixzz3AmpXmtfI
© Utusan Melayu (M) Bhd 

AS bantu tawan semula Empangan Mosul


Seorang anggota kumpulan Kurdis, meronda di sekitar Empangan Mosul di bandar Chamibarakat, Iraq, kelmarin. - AGENSI
BAGHDAD 18 Ogos - Kumpulan bersenjata Kurdis yang dibantu pesawat gempur Amerika Syarikat (AS), menawan semula empangan terbesar di Iraq daripada kumpulan militan ketika Washington dan Britain kembali meningkatkan penglibatan ketenteraan di negara ini.
Ahli politik Kurdis, Ali Awni berkata, Empangan Mosul telah dirampas sepenuhnya daripada cengkaman militan Negara Islam (IS) yang melancarkan serangan besar-besaran di utara Iraq sejak Jun lalu sehingga menyebabkan pasukan keselamatan negara ini mengalami kekalahan teruk.
Kejayaan tersebut dicapai selepas pesawat tentera AS dan drone menggempur kedudukan militan yang menentang kemaraan kumpulan bersenjata Kurdis sejak kelmarin.
Pusat Perintah AS (CENTCOM) melaporkan, sebanyak 14 serangan udara dilancarkan semalam berdekatan empangan itu yang terletak di Sungai Tigris, kemudahan yang menyalurkan bekalan elektrik dan saluran air untuk kawasan tanaman di wilayah tersebut.
Jelas CENTCOM, serangan itu memusnahkan 10 kenderaan IS, tujuh kereta perisai Humvee buatan AS, dua kenderaan pengangkut yang dilengkapi senjata dan satu pusat pemeriksaan IS.
Presiden AS, Barack Obama memberitahu Kongres bahawa serangan 'terhad' yang beliau luluskan itu bertujuan menawan semula empangan tersebut daripada penguasaan militan dan kepentingan-kepentingan AS yang lain di situ.
"Kegagalan menguasai semula Empangan Mosul boleh mengancam banyak nyawa penduduk awam, kemudahan dan kakitangan AS termasuk Kedutaan AS di Baghdad, selain menghalang kerajaan Iraq menyediakan perkhidmatan penting kepada rakyat," katanya.
Sementara itu, akhbar The Times melaporkan, Britain menggunakan enam pesawat gempur Tornado dan sebuah pesawat pengintip untuk mengumpul maklumat pergerakan militan di wilayah Kurdis, sekali gus menunjukkan London mahu terlibat secara langsung dalam pertempuran di Iraq. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140819/lu_07/AS-bantu-tawan-semula-Empangan-Mosul#ixzz3AmoM429R
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Puak Yahudi konservatif ganggu majlis kahwin


Pengantin lelaki, Mahmoud Mansour, 26, dan isterinya, Maral Malka, 23, meraikan perkahwinan bersama ahli keluarga dan rakan-rakan di Jaffa, selatan Tel Aviv kelmarin. - REUTERS
RISHON LEZION, Israel 18 Ogos - Polis Israel semalam menghalang lebih 200 anggota puak Yahudi konservatif daripada mengganggu majlis perkahwinan antara wanita berketurunan Yahudi dan lelaki Arab beragama Islam, di sini.
Berpuluh-puluh anggota polis, termasuk anggota unit elit menghalang anggota daripada Pertubuhan Pencegahan Asimilasi di Tanah Suci (Lehava) yang mengadakan tunjuk perasaan sambil berteriak 'Kematian untuk Arab' daripada memasuki pagar dewan di mana majlis perkahwinan itu diadakan.
Polis turut menahan empat individu yang menceroboh kawasan itu.
Penunjuk perasaan turut mengutuk pengantin perempuan, Maral Malka, 23, yang memeluk Islam sebelum mengahwini Mahmoud Mansour, 26, dan menganggapnya sebagai pengkhianat bangsa Yahudi.
Tiada kecederaan dilapor dalam insiden itu.
Peguam kepada kedua-dua mempelai, gagal mendapatkan perintah mahkamah bagi menghalang tunjuk perasaan, namun berjaya mendapatkan bantuan polis untuk memastikan penunjuk perasaan berada dalam jarak 200 meter dari dewan majlis perkahwinan.
Kumpulan Lehava yang menganjurkan bantahan itu dilapor sering mengganggu pasangan Arab dan Yahudi sebelum ini dan membantah sebarang perkahwinan campur melibatkan kaum Yahudi dan Arab. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140819/lu_06/Puak-Yahudi-konservatif-ganggu-majlis-kahwin#ixzz3Amo2vzpm
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Delegasi Palestin beza pandangan


Sebahagian kapal nelayan, berlabuh di pelabuhan Gaza City yang kembali beroperasi seperti biasa sejak gencatan senjata dikuatkuasakan minggu lalu. - AFP
KAHERAH 18 Ogos - Pergerakan Hamas dan delegasi Palestin yang mewakili Presiden Palestin, Mahmoud Abbas yang menyertai rundingan dengan Israel mempunyai pandangan berbeza berhubung rundingan damai yang sedang diadakan di sini, ketika gencatan senjata selama lima hari berakhir hari ini.
Pegawai Palestin berkata, Hamas masih menentang sebarang kompromi dalam rundingan damai tajaan Mesir berhubung mengurangkan sekatan ke atas Gaza, manakala delegasi yang mewakili Presiden Palestin, Mahmoud Abbas pula dilihat bersetuju untuk berkompromi.
Pegawai Hamas berkata, mereka masih berharap mendapat lebih banyak konsesi dalam rundingan damai tersebut.
Rundingan damai itu diadakan bagi menamatkan serangan Israel ke atas Gaza yang menyaksikan lebih 2,000 penduduk Palestin terkorban dan lebih 10,000 orang lagi cedera sejak 8 Julai lalu.
Perbincangan yang menyaksikan Palestin dan Israel menggunakan wakil Mesir sebagai pengantara berlangsung sejak minggu lepas.
Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Palestin hari ini mengeluarkan angka rasmi kematian konflik terbaharu di Gaza dengan jumlah korban sebanyak 2,016 orang, sementara 10,196 orang lagi cedera.
"Jumlah tersebut meningkat daripada 1,980 orang, selepas sejumlah mereka yang cedera meninggal dunia di beberapa hospital di Gaza.
"Jumlah yang paling ramai terbunuh ialah kanak-kanak sebanyak 541 orang, 250 wanita dan 95 lelaki tua," kata kementerian itu dalam satu kenyataan. - AGENSI/AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140819/lu_05/Delegasi-Palestin-beza-pandangan#ixzz3Amnhg03a
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Monday, 18 August 2014

541 kanak-kanak antara lebih 2,000 terkorban di Gaza


Seorang kanak-kanak Palestin mengangkat barangan keluarganya yang dijumpai di dalam kesan runtuhan berikutan serangan udara Israel di Beit Hanun semalam.
 
BANDARAYA GAZA: Jumlah kematian dalam peperangan di Semenanjung Gaza kini meningkat melebihi 2,000 orang, kata Kementerian Kesihatan.

Sejumlah 2,016 orang terbunuh dan 10,196 cedera. Dalam kalangan mereka yang terkorban, 541 adalah kanak-kanak, 250 wanita dan 95 orang tua, katanya. - AFP

5 Pesanan Syeikh Ahmad Yasin kepada Pemuda & Pemudi





1) Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, menga
malkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.

2) Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.

3) Wahai para pemuda, aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kalian untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian. Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.

4) Wahai puteriku, aku ingin kalian berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kalian berjanji kepada ALLAH bahawa kalian akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kalian, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian. Haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.Kepada semua, aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang. Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan. Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar.

5) Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. Berpeganglah kepada agama kalian. carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada ALLAH.


sumber: http://on.fb.me/1nMNN04

-AKA-
 

Israel beri amaran

Pesawat pejuang AS digerakkan bagi membantu tentera Kurdis.
Pesawat pejuang AS digerakkan bagi membantu tentera Kurdis.
BAITULMAQDIS - ISRAEL. Israel memberi amaran awal sebarang perjanjian gencatan senjata jangka panjang akan ditolak jika delegasi Israel tidak diberi jaminan keselamatan tahap tertinggi sepanjang berada di Kaherah.

Rundingan gencatan senjata di Mesir sebelum ini dihentikan seketika kerana berada dalam tempoh gencatan senjata lima hari.

Perdana Menteri  Israel Benjamin Netanyahu berkata, delegasi beliau di Kaherah perlu diberi jaminan keselamatan termasuk kandungan perjanjian yang perlu memenuhi segala permintaan Israel terutama jaminan keselamatan penduduk di Tel Aviv.

“Kami hanya akan bersetuju jika ada jawapan yang jelas berhubung keperluan dan jaminan keselamatan di Israel," katanya dalam laporan Time of Israel.

Sementara itu, Israel membangunkan satu sistem sokongan baharu Iron Spade yang boleh mengesan kewujudan terowong milik Hamas.

Jurucakap tentera berkata, sistem ini dibangunkan oleh konsortium Elbit Systems iaitu pemaju aset ketenteraan terbesar milik Israel.

"Kami lakukan persediaan awal dan teliti untuk memusnahkan terowong binaan Brided Al-Qassam jika serangan perlu diteruskan selepas mendapat persetujuan perdana menteri," katanya.

Palestin, Israel sambung semula rundingan

Kumpulan delegasi Palestin tiba di Kaherah untuk menyambung semula rundingan gencatan senjata. Foto: AFP
Kumpulan delegasi Palestin tiba di Kaherah untuk menyambung semula rundingan gencatan senjata. Foto: AFP
GAZA - PALESTIN. Israel dan Palestin menyambung semula rundingan gencatan senjata bagi mendapat kesepakatan sebelum tamat senjata lima hari di Gaza pada tengah malam ini.

Mesir selaku perantaraan mengesyorkan kepada kedua-dua pihak supaya menerima gencatan senjata lima hari, iaitu lanjutan kepada tiga hari yang dipersetujui sebelum ini bagi memberi lebih banyak masa untuk perbincangan.

Difahamkan, rundingan itu juga berkaitan dengan tuntutan negara antarabangsa supaya kedua-dua kumpulan bertelagah  itu menerima usul gencatan senjata kekal.

Sebelum ini, rundingan antara Israel dan Palestin gagal selepas beberapa permintaan ditolak antaranya permintaan membuka semula Lapangan Terbang Gaza dan pelabuhan serta tuntutan membebaskan tahanan sebagai pertukaran kepada mayat tentera Israel yang kini berada di Gaza.
Sementara itu, Israel masih belum mencapai keputusan mengenai inisiatif gencatan senjata kekal seperti dicadangkan.

Amerika Syarikat terdahulu dilaporkan bersetuju untuk berkhidmat sebagai penjamin bagi Israel.

Bagaimanapun, Menteri Komunikasi Israel Gilad Erdan berkata, sejak rundingan berlangsung beberapa kali sebelum ini tiada perjanjian dapat dicapai dengan Hamas.

"Jika rundingan kali ini juga gagal adalah lebih baik tiada rundingan lanjutan selepas ini. Israel tidak akan menerima sebarang tuntutan yang boleh mengancam nyawa penduduk Israel," katanya.

Sementara itu, seorang delegasi Palestinm Azzam al-Ahmed berkata, Israel perlu menerima tuntutan Hamas kerana peperangan ini sudah terlalu lama buat rakyat Palestin hingga ribuan terbunuh dan banyak harta benda musnah.

"Palestin harus bangkit membina semula penempatan dan pusat komersial. Sekatan dan kepungan ini harus ditamatkan segera bagi membebaskan rakyat Palestin," katanya dalam laporan Agensi.

Seorang budak lelaki yang cedera menerima rawatan di hospital al-Shifa di Bandar Gaza,

Seorang budak lelaki yang cedera menerima rawatan di hospital al-Shifa di Bandar Gaza, pada 18 Julai 2014. Israel meningkatkan serangan tanahnya di Gaza dengan meriam, kereta kebal dan bot-bot tentera pada hari Jumaat dan mengisytiharkan ia boleh "ketara memperluaskan" satu Palest operasi .. pegawai .inian tersebut telah membunuh nombor yang pernah lebih besar daripada orang awam. Bot-bot tentera Israel menerangi langit dengan api mereka sebelum subuh manakala helikopter ditembak ke Gaza itu. 
الازهار تحتضر. . .... 
Gambar oleh: Khaled Al Sabbah

palestin

Beberapa remaja di Khan Younis, Gaza sedang menunaikan solat Asar



Beberapa remaja di Khan Younis, Gaza sedang menunaikan solat Asar di sebuah masjid yang telah dimusnahkan oleh tentera Israel.

#OperasiBadar 
#GazaUnderAttack
#ICC4Israel

Sumber: Team Palestina

[AKA]
 —