Monday 27 July 2015

Israel serbu al-Aqsa

Israel serbu al-Aqsa
Polis Israel mengasari seorang wanita Palestin berhampiran perkarangan Masjid al-Aqsa, semalam. Foto: AFP

TEBING BARAT - PALESTIN. Satu pertempuran antara penduduk Palestin dan pelampau Yahudi tercetus di perkarangan Masjid al-Aqsa, semalam.

Pertempuran itu dikatakan bermula apabila beratus-ratus orang Yahudi cuba memasuki kompleks masjid sempena cuti Tisha B'Av.

Susulan kejadian itu, polis Israel menggempur kawasan masjid dan menggunakan bom tangan pegun ke atas penduduk Islam Palestin, yang kemudian bertindak balas membaling batu ke arah pasukan keselamatan Israel.  

Polis Israel dalam satu kenyataan berkata, mereka bertindak menyerbu masjid itu selepas menerima maklumat penunjuk perasaan menyimpan stok bunga api dan bom petrol sebagai persediaan untuk merusuh.

"Perusuh bertopeng muka melarikan diri ke dalam masjid dan mula membaling batu dan bunga api ke arah polis. Dalam kejadian itu, beberapa anggota polis turut cedera," katanya.

Sementara itu, agensi berita Palestin berkata, ketegangan itu berpunca daripada rasa tidak puas hati penduduk selepas seorang kanak-kanak Palestin diserang pelampau Yahudi berhampiran salah satu pintu masuk ke Masjid al-Aqsa, kelmarin. - Al-Jazeera

GIDI paksa penduduk cat warna Israel

Jakarta: Gereja Injili di Indonesia (GIDI) yang bertanggungjawab membakar sebuah masjid di Tolikara, Papua ketika penduduk Islam menunaikan solat Aidilfitri baru-baru ini dilapor mendenda penduduknya yang tidak mengecat kediaman masing-masing dengan bendera Israel.
“Kami didenda Rp500,000 (RM150) jika rumah dan kedai tidak dicat dengan bendera Israel walaupun rumah dan kedai itu milik kami,” kata peniaga Agil Paweloi ketika ditemui wartawan Republika.co.id di tempat penginapan sementaranya di Tolikara, kelmarin.
Menurutnya, GIDI mewajibkan penduduk bandar itu mengecat kediaman mereka dengan warna biru dan putih dengan alasan menyambut ketibaan seorang rahib dari Israel.
Berdasarkan sepanduk yang digantung di ibu pejabat GIDI di Jayapura, seminar yang dianjurkan kumpulan itu dari 15 hingga 19 Julai lalu di Tolikara disertai rahib Israel, Benjamin Berger.
Tindakan mewajibkan mengecat rumah dengan warna Israel dilakukan ke atas semua penduduk, bukan yang beragama Islam sahaja.
“Saya akur dengan arahan itu kerana tidak mahu membayar Rp500,000,” kata Agil. - Republika
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Julai 2015 @ 7:32 AM


Beberapa rumah di Tolikara yang dicat dengan lambang Israel. (Gambar Republikca.co.id)
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/66436#sthash.DJAX42Kf.dpuf

Zionis pasang kamera awasi jemaah masjid


Ramallah: Rejim Israel dilapor menyiapkan pemasangan kamera pengawasan berkualiti tinggi di bandar Baitulmaqdis Timur yang dijajahnya dengan sebahagian kamera berkenaan meliputi seluruh Masjid Al-Aqsa.

Ia bertujuan membolehkan mereka mengenal pasti dengan jelas gambar jemaah yang keluar masuk masjid berkenaan.

Sekurang-kurangnya dua kamera dipasang di setiap pintu tempat pemegang permit rasmi Israel dibenar melaluinya sebagai tambahan kepada kamera yang dipasang di pintu masuk masjid itu sendiri.

Ketua Akademi Sains dan Warisan Masjid Al-Aqsa Dr Najeh Bakeerat membantah tindakan rejim berkenaan dan berjaya menghalang mereka memasang kamera di dewan solat, taman dan beberapa kemudahan masjid ketiga paling suci umat Islam itu.

Bagaimanapun, rejim penjajah itu berjaya secara paksa memasang kamera bersebelahan pos polis Israel yang terletak dalam perkarangan masjid dan di atas bumbung Qubbat As-Sakhrah.

Najeh berkata, umat Islam kini tidak bebas untuk beribadah di Masjid Al-Aqsa kerana pergerakan mereka diawasi dan dihadkan.

Menurutnya, penjajahan Israel di Baitulmaqdis Timur tidak dapat dihalang dan rejim berkenaan bukan saja mahu mengambil alih
landskap bandar raya itu, malah mahu menghapuskan kehidupan dan ekonomi penduduk Palestin di situ.

“Meyahudikan Baitulmaqdis, khususnya Masjid Al-Aqsa menjadi isu hidup atau mati Israel. Kerana itu mereka menjadikan usaha memusnahkan semua lambang kehidupan Islam di situ keutamaan mereka,” katanya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Julai 2015 @ 7:26 AM

Polis Israel masuk Masjid Al-Aqsa

Baitulmaqdis: Polis Israel memasuki Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis dengan alasan mengawal perbalahan antara penganut Yahudi yang memasuki kawasan masjid itu sempena Hari Ratapan dengan penduduk Palestin.
Polis Israel yang mendakwa penduduk Palestin melempar batu dan mercun, melepaskan tembakan bom kejutan selepas memasuki kawasan masjid itu sebelum masuk sekejap sejauh beberapa meter ke dalam Masjid Al-Aqsa, kononnya bagi menutup pintu bagi mententeramkan keadaan serta mengunci perusuh di dalam masjid.
Menurut jurugambar AFP, kira-kira 300 anggota keselamatan Israel memasuki kawasan masjid selepas perbalahan bermula membabitkan kira-kira 200 penduduk Palestin. Beberapa penduduk Palestin ditahan tetapi tiada penganut Yahudi ditahan.
Kementerian Luar Palestin mengecam tindakan Israel membenarkan pelampau Yahudi memasuki kawasan masjid yang dianggap sebagai provokasi.
Ia adalah kali pertama anggota keselamatan Israel memasuki masjid itu sejak November lalu, juga kerana berlaku perbalahan antara penduduk Palestin dengan penganut Yahudi.
Penduduk Palestin berang dengan tindakan penganut Yahudi melanggar persetujuan ketika memasuki kawasan masjid itu, yang juga tempat suci Yahudi. Mereka dibenarkan melawat masjid itu tetapi tidak dibenar bersembahyang.
Ketegangan juga meningkat selepas seorang wanita Yahudi mengeluarkan kenyataan menghina Nabi Muhammad minggu lalu.
Selepas polis Israel memasuki Masjid Al-Aqsa November lalu, Jordan memanggil pulang dutanya di Tel Aviv. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Julai 2015 @ 8:44 PM

anggota keselamatan Israel menahan seorang wanita Palestin selepas memasuki Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis dengan alasan mengawal perbalahan antara penganut Yahudi yang memasuki kawasan masjid itu dengan penduduk Palestin. - Foto AFP

Polis Israel ceroboh masjid Al-Aqsa


POLIS Israel menahan beberapa penduduk Palestin yang didakwa membaling batu dan botol ke arah pasukan keselamatan Zionis di Bandar Lama Baitulmuqaddis yang mengelilingi masjid Al-Aqsa semalam. - REUTERS


BAITULMUQADDIS – Polis Israel menceroboh antara tempat paling suci bagi umat Islam, masjid Al-Aqsa semalam untuk menangkap penduduk Palestin yang disyaki merusuh, kata sumber polis.
Kawasan masjid itu yang turut disanjung orang Yahudi, merupakan antara zon sengketa terbesar di Timur Tengah. Israel sering mengenakan sekatan kepada umat Islam yang ingin memasuki masjid tersebut.
“Perusuh bertopeng mela­rikan diri ke dalam masjid berke­naan dan mula membaling batu bata ke arah polis dari dalam masjid Al-Aqsa. Mereka juga membaling mercun ke arah polis.
“Memandangkan pertempuran dan tindakan perusuh yang semakin teruk, anggota polis masuk beberapa meter dan menutup pintu masjid berkenaan dengan perusuh di dalamnya bagi mengelakkan lebih banyak kecederaan kepada anggota kami,” kata sumber polis.
Pertempuran kecil terus berlaku di jalan raya dan lorong kecil bandar purba yang mengelilingi masjid itu dengan penduduk Pa­lestin membaling batu dan botol, menyebabkan empat anggota polis Israel cedera ringan.
Seorang wartawan agensi berita AFP mendedahkan, polis Israel membalas dengan tembakan bom grenad kejutan cahaya dan sekurang-kurangnya tiga penduduk Pa­lestin yang membaling batu telah ditahan. Polis Israel memaklumkan suasana kembali aman selepas mereka berundur dari masjid tersebut.
Jordan yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel memanggil pulang dutanya selepas polis Israel masuk ke dalam masjid Al-Aqsa pada November lalu.
Masjid itu merupakan tapak suci ketiga terpen­ting bagi umat Islam selepas Mekah dan Madinah tetapi juga menjadi tapak paling suci bagi penganut Yahudi. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0727&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3h4EadqpF 
Hakcipta terpelihara 

Tentera Israel gempur Al-Aqsa


Beberapa orang anggota polis Israel mengasari seorang penduduk
BEBERAPA orang anggota polis Israel mengasari seorang penduduk Palestin ketika menceroboh Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis, semalam. - AGENSI
BAITULMAQDIS 26 Julai - Sambutan Syawal di Masjid Al-Aqsa terjejas ekoran tindakan ganas pihak keselamatan Israel menggempur masjid itu untuk menangkap penduduk Palestin yang disyaki melakukan rusuhan awal hari ini.
Kekecohan tersebut dipercayai tercetus apabila penduduk Palestin berang dengan tindakan rejim Zionis memasang kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar masjid itu, selain tindakan seorang wanita Yahudi menghina Nabi Muhammad, baru-baru ini.
Dalam kejadian berkenaan, penduduk Palestin yang memakai topeng bertindak melontarkan batu dan menghalang polis daripada memasuki masjid berkenaan, menyebabkan berlaku pertempuran antara kedua-dua pihak.
Menurut laporan portal berita Palestine News Network, kira-kira 10 penduduk Palestin cedera akibat keganasan polis Israel dan enam yang lain ditahan susulan insiden tersebut.
Jelas laporan berkenaan, polis Israel turut merosakkan masjid itu dan melepaskan tembakan peluru getah terhadap remaja Palestin yang membantah tindakan tentera Israel menceroboh rumah suci tersebut.
“Polis Israel merosakkan sistem kebakaran di Masjid Al-Aqsa menyebabkan air membasahi keseluruhan bangunan itu.
“Kekecohan bertambah buruk ekoran tindakan 30 pendatang haram Yahudi memecah masuk masjid berkenaan menerusi pintu pagar Al Magharba,” tambah laporan tersebut.
Pendatang haram Yahudi sering mencetuskan provokasi dengan menceroboh Masjid Al-Aqsa dan tindakan mereka itu disokong oleh kumpulan Yahudi berhaluan kanan dan tentera Zionis.
Masjid tersebut yang terletak di Baitulmaqdis Timur dianggap sebagai tempat suci ketiga bagi umat Islam, tetapi Israel mendakwa lokasi yang sama merupakan kuil suci bagi penganut Yahudi. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/tentera-israel-gempur-al-aqsa-1.117349#sthash.bR2g1VaM.dpuf

Israel silap besar jika serang Iran – Kerry


John Kerry
John Kerry

WASHINGTON 26 Julai – Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry mengingatkan Israel bahawa mereka melakukan kesilapan besar jika berhasrat untuk mengambil tindakan ketenteraan ke atas Iran berhubung program nuklearnya pada masa depan.
“Perkara itu akan menjadi satu kesilapan besar, kesilapan yang akan memberi kesan buruk kepada Israel dan juga rantau berkenaan. Saya tidak rasa tindakan seperti itu perlu dilakukan,” jelasnya, ketika menjadi tetamu rancangan NBC Today, kelmarin.
Kelly berkata demikian selepas diajukan soalan tentang kemungkinan Israel mengambil tindakan ketenteraan dan melancarkan serangan siber terhadap Teheran, jika perjanjian nuklear Iran dimeterai.
Kerry memberi amaran, jika Kongres gagal meluluskan perjanjian itu, yang dipersetujui pada minggu lalu antara negara-negara kuasa dunia dengan Iran berhubung program nuklear Teheran, perkara itu dibimbangi akan memberi kesan kepada Israel.
“Saya bimbang jika Kongres menolak perjanjian berkenaan, Israel akan dipersalahkan dalam perkara ini.
“Kita juga tidak mungkin dapat mengambil sebarang tindakan ketenteraan ke atas Eropah, China atau Rusia pada masa depan kerana dari awal lagi kita sudah menolak program kita sendiri,” jelasnya.
Kongres AS diberi masa sehingga 17 September ini untuk melulus atau menolak perjanjian berkenaan.
Mengikut perjanjian berkenaan, AS, Kesatuan Eropah dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan menarik balik sekatan ke atas Iran sebagai pertukaran kepada pengawalan program nuklear Iran. – REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/israel-silap-besar-jika-serang-iran-8211-kerry-1.117355#sthash.etHWp9qb.dpuf