Tuesday 19 August 2014

Tunjuk perasaan bantah perkahwinan Yahudi-Muslim



REUTERS
PASANGAN pengantin, Mahmoud dan isterinya, Maral kelihatan gembira pada majlis perkahwinan mereka di Tel Aviv kelmarin meskipun masyarakat Yahudi mengadakan tunjuk perasaan bagi membantah perkahwinan tersebut.


RISHON LEZION, Israel - Polis Israel kelmarin terpaksa mengadakan sekatan bagi menghalang lebih 200 penunjuk perasaan yang membantah perkahwinan seorang wanita Yahudi dengan lelaki Muslim.
Berpuluh-puluh anggota polis termasuk daripada unit elit terpaksa menahan perarakan masyarakat Yahudi yang melaungkan 'kematian untuk Arab' serta cuba merempuh pintu dewan di mana perkahwinan itu berlangsung.
Empat daripada penunjuk perasaan itu ditangkap dan tiada kecederaan dilaporkan.
Sebelum itu, peguam kepada pasangan itu, Maral Malka, 23, dan Mahmoud Mansour, 26, kedua-duanya dari Jaffa di Tel Aviv gagal mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang penunjuk perasaan.

REUTERS
SEBAHAGIAN penunjuk perasaan dalam kalangan masyarakat 
Yahudi yang membantah perkahwinan Mahmoud dan Maral di Rishon Lezion kelmarin.


Dia cuma mendapat bantuan daripada pihak polis bagi menyekat penunjuk perasaan kira-kira 200 meter daripada menghampiri lokasi perkahwinan pasangan berkenaan yang diadakan di sebuah dewan di Rishon Lezion.
Bantahan itu timbul ekoran ketegangan antara masyarakat Yahudi dan bangsa Arab di Israel yang tercetus lebih dua bulan lalu termasuk dalam isu penculikan dan pembunuhan tiga remaja Israel diikuti kematian seorang remaja Palestin di Baitulmuqaddis.
Pasangan berkenaan bagaimanapun memberitahu stesen televisyen Israel, Channel 2 TV bahawa bantahan itu tidak mematahkan semangatnya meneruskan perkahwinan.
"Kami menari dan bersuka ria sehingga matahari terbit, kami memilih untuk hidup bersama," katanya.
Malka yang berketurunan Yahudi memeluk Islam sebelum berkahwin dikecam sebagai pengkhianat Yahudi oleh penunjuk perasaan.
Bagaimana suatu yang mengejutkan, perkahwinan itu turut dihadiri oleh Menteri Kesihatan Israel, Yael German dan beliau menyifatkan penunjuk perasaan dan perkahwinan yang berlangsung sebagai ekspresi demokrasi.
- Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0819&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3Amv3Wuso 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment