Sunday, 1 December 2013
Saturday, 30 November 2013
Tentera Zionis culik dua kanak-kanak
| Kanak-kanak terus menjadi mangsa culik Zionis. |
BAITULMUQADDIS - PALESTIN . Tiga orang termasuk dua kanak-kanak diculik tentera Zionis di sini, semalam.
Media tempatan melaporkan, kejadian tercetus selepas askar menyerang penunjuk perasaan susulan membantah kematian tiga rakyat Palestin yang ditembak mati di Hebron.
Saksi berkata, tentera menculik Rami Dandees dan Majdi Al-Hadra, masing-masing ,14, dan Bashar Al-Mashny berusia 27 tahun.
“Mereka semua digari dan ditutup mata, sebelum dibawa ke lokasi soal siasat di Salah Ed-Deen,” katanya dipetik dari laporan PIC.
Sementara itu, tentera terus bertindak ganas selepas menyerang puluhan rakyat Palestin di Al-Ezariyya dan Abu Dis.
Pada kejadian itu, askar melepaskan bom gas, peluru logam bersalut getah dan peluru hidup.
Tentera Zionis culik dua kanak-kanak
| Kanak-kanak terus menjadi mangsa culik Zionis. |
Media tempatan melaporkan, kejadian tercetus selepas askar menyerang penunjuk perasaan susulan membantah kematian tiga rakyat Palestin yang ditembak mati di Hebron.
Saksi berkata, tentera menculik Rami Dandees dan Majdi Al-Hadra, masing-masing ,14, dan Bashar Al-Mashny berusia 27 tahun.
“Mereka semua digari dan ditutup mata, sebelum dibawa ke lokasi soal siasat di Salah Ed-Deen,” katanya dipetik dari laporan PIC.
Sementara itu, tentera terus bertindak ganas selepas menyerang puluhan rakyat Palestin di Al-Ezariyya dan Abu Dis.
Pada kejadian itu, askar melepaskan bom gas, peluru logam bersalut getah dan peluru hidup.
Friday, 29 November 2013
Mahkamah Israel denda wanita kerana anak tidak dikhatankan
BAITULMUQADDIS - Sebuah mahkamah agama Yahudi mendenda seorang wanita kerana dia enggan mengkhatankan bayi lelakinya.
Mahkamah itu membuat keputusan pada minggu lalu bahawa wanita tersebut perlu membayar denda hampir AS$150 (RM484.87) setiap hari sehingga anaknya dikhatankan.
Wanita tersebut memberitahu mahkamah bahawa dia tidak mengkhatankan anaknya itu kerana tidak mahu kerosakan fizikal berlaku ke atas bayinya.
Keputusan itu adalah yang pertama kali dibuat oleh sebuah mahkamah agama di Israel.
Tidak ada undang-undang yang mewajibkan anak lelaki dikhatankan di Israel.
Bagaimanapun, ramai penduduk lelaki Yahudi yang berkhatan disebabkan amalan agama di negara itu.
Kementerian Kehakiman yang mewakili wanita itu akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan tersebut. - AP
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1129&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2lzyQgJBB
Hakcipta terpelihara
Thursday, 28 November 2013
palestin
Dengan ini para petugas Aman Palestin dan sukarelawannya mengucapkan takziah dan doa kepada Perdana Menteri Palestin Ismail Haniyeh dan anaknya Abdul Salam Haniyeh, di atas kematian satu-satunya cucu perempuan beliau(gambar) yang merupakan anak perempuan kepada anak beliau Abdul Salam Haniyeh.Semoga Allah memberi ganjaran di atas kesabaran dan ketabahan anda wahai sang pejuang. Abu Abid; Ismail Haniyeh.
Grafiti jadi medium suara
RAMALLAH - PALESTIN. Seni lukisan jalanan, grafiti terus menjadi salah satu medium utama untuk penduduk Palestin menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap penindasan rejim Zionis.
Aktivis tempatan, Muhannad berkata, perkembangan dunia teknologi telah menyebabkan kebanyakan golongan pemuda memilih grafiti sebagai cara untuk menzahirkan kebencian mereka terhadap kekejaman Israel.
"Selain itu, mereka turut menggunakan seni jalanan tersebut sebagai medium untuk menyatakan kekecewaan terhadap peranan Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang didakwa gagal membela nasib penduduk Palestin," jelasnya lagi.
Sementara itu, laporan dipetik dari Al-Jazeera, artis Ayed Arafah berpendapat grafiti kini mewakili suara majoriti masyarakat Palestin.
"Kebanyakan penduduk Palestin terpaksa berjuang untuk hidup walaupun ada pihak lain (PA) dapat menikmati kehidupan lebih selesa," katanya.
Tiga pejuang Palestin maut ditembak Israel
TEBING BARAT 27 Nov.- Pasukan keselamatan Israel menembak mati tiga pejuang Palestin selepas cuba menahan mereka berhampiran bandar Hebron di Tebing Barat di sini semalam.
Menurut kenyataan agensi keselamatan Israel, Shin Bet, dua daripada anggota pejuang itu, ditembak mati selepas didakwa berbalas tembakan dengan anggota keselamatan Yahudi ketika mahu ditahan.
Seorang lagi mangsa pula terkorban dalam satu insiden berbalas tembakan berasingan, juga dengan pasukan keselamatan Israel.
Menurut laporan AFP pula, tentera Israel mengepung lokasi kejadian dan berbalas tembakan dengan ketiga-tiga pejuang Palestin yang ketika itu berada di dalam sebuah kereta.
Penduduk tempatan menamakan tiga pejuang yang maut itu sebagai Moussa Abdelmajid Fanasheh dari Yatta, Mahmud Khaled Najjar dari bandar Dura dan Mohamed Neirukh dari Hebron yang masing-masing merupakan pelajar berusia lingkungan 20-an.
Dalam pada itu, tentera Israel memberitahu mereka telah menemukan dua pucuk pistol dan beberapa bahan letupan di dalam kereta berkenaan.
Sementara itu, bahagian Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pejabat PBB menyatakan, kematian tiga lagi pejuang itu menjadikan jumlah rakyat Palestin yang dibunuh oleh tentera Israel di Tebing Barat dan Gaza pada tahun ini meningkat kepada 24 orang. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131128/lu_06/Tiga-pejuang-Palestin-maut-ditembak-Israel#ixzz2lvFUrdZ9
© Utusan Melayu (M) Bhd
Wednesday, 27 November 2013
Tinggal di rumah beratapkan kadbod
SEORANG budak lelaki berdiri di dalam rumahnya yang diperbuat daripada bongkah batu dan beratapkan kadbod di Kampung Khirbet Zanuta, tebing Barat pada 4 November lalu.- AFP
BANDAR GAZA - Sejumlah keluarga Palestin di Kampung Khirbet Zanuta di Tebing Barat tinggal di dalam rumah yang mempunyai siling kadbod.
Dinding rumah itu pula diperbuat daripada bongkah batu dan didirikan di kawasan berdekatan dengan sebuah persimpangan sebuah lebuh raya.
Seramai 27 buah keluarga tinggal di kawasan tersebut.
Keluarga tersebut terlibat dengan kegiatan ekonomi menternak haiwan.
Bagaimanapun, semua keluarga itu yang terdiri daripada kira-kira 130 orang mungkin diusir keluar oleh tentera Israel.
Pengusiran itu akan dibuat kerana pihak tentera regim Yahudi mengarahkan semua penempatan di kampung tersebut dimusnahkan.
Kerajaan Israel mendakwa kawasan kediaman tersebut dibina secara haram. - Agensi
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1127&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2lns7FZiS
Hakcipta terpelihara
Tuesday, 26 November 2013
Netanyahu Berusaha Percepat Pembangunan Tembok Sempadan di Lembah Yordan

Surat kabar Zionis Ma'arev mendedahkan bahawa PM ' Israel ' Benjamin Netanyahu , di tengah - tengah krisis yang menerpa rundingan dengan Palestin seputar kawalan keselamatan di Lembah Yordan , bertekad mengeluarkan perintah dimulainya pembangunan tembok sempadan ( seperti tembok pemisah perkauman yang dibina antara Tebing Barat dan ' Israel ' ) di Lembah Yordan .
Menurut Ma'arev , pembangunan tembok di sempadan Lembah Yordan tersebut dilaksanakan setelah selesainya pembangunan tembok dan pagar sempadan di sepanjang sempadan Mesir - ' Israel ' . Dan di saat yang sama mempercepat pendirian tembok sama di datarang tinggi Golan .
Ma'arev berkata , pelbagai dinas kerajaan ' Israel ' terus memulakan langkah - langkah pemeriksaan awal dengan tujuan untuk membuat engineering plan untuk membina tembok tersebut . Sebab utama pembangunan tersebut di Golan adalah untuk menghentikan gelombang pelarian Syria , selepas kemasukan kira-kira 700 ribu pelarian Syria ke Jordan , dengan tujuan untuk menutup sempadan ' Israel ' .
Ma'arev berkata , Netanyahu menilai bahawa dengan sendirinya tembok tersebut menjadi mesej untuk pihak Palestin yang menentang kewujudan ' Israel ' di tepi Sungai Yordan , bahawa ' Israel ' bertekad melindungi sempadannya di timur di Lembah Yordan dan bukan bersiap untuk mengosongkan kawasan tersebut dalam setiap perjanjian di mada mendatang .
Tentera Zionis Yakini Ada Terowong Lain di Kedalaman Sempadan Gaza

Surat kabar Zionis Ha'aretz menerima sumber - sumber dari tentera penjajah ' Israel ' yang mengatakan bahawa walaupun terowong - terowong peperangan telah dimusnahkan hujung minggu lalu , namun tentera ' Israel ' terus meneruskan operasinya mencari terowong - terowong lain yang sampai ke wilayah ' Israel ' .
Selama sebulan terakhir ini tentera penjajah ' Israel ' telah mengerahkan usaha intensif dalam rangka untuk membetulkan terowong - terowong peperangan Palestin di sepanjang sempadan antara ' Israel ' Palestin dengan laluan Gaza .
Masih menurut akhbar Ha'aretz , pasukan dari korp enginer di tentera Zionis , sebelum meletupkan terowong terakhir , telah melakukan operasi pencarian terowong - terowong lain . Cara kerja yang ditempuh adalah dengan memberikan arahan kepada puluhan askar untuk merebak di kawasan sempadan dan berusaha mencari lubang - lubang terowong baru di bawah tanah .
Sumber - sumber tingkat tinggi di Komando Sektor Selatan Tentera Zionis berkata , " Kami sedang mengerahkan usaha besar dalam mencari terowong - terowong baru dan menemuinya . Kami akan terus meneruskan itu . Tujuannya adalah untuk mencari terowong - terowong tersebut dan memusnahkan ia . "
Menurut ramalan para perwira senior di Komando Wilayah Selatan Tentera Zionis , ada kemungkinan terdapat puluhan terowong yang digali oleh orang - orang Palestin dan membentang ke dalam wilayah ' Israel ' .
Seorang perwira Zionis pakar bidang pencarian terowong di tentera Zionis , mengatakan bahawa ada kemungkinan di sana terdapat terowong - terowong lain dengan kualiti tinggi seperti yang telah disebutkan dan dijumpai pada bulan - bulan terakhir ini .
Monday, 25 November 2013
PBB bimbang lebih sejuta rakyat Palestin berdepan krisis kemanusiaan
Pelarian Palestin menerima bantuan makanan daripada Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) di khemah pelarian di Jenin, Tebing Barat, semalam. - AP
GAZA CITY 23 Nov. - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran lebih sejuta rakyat Palestin di Gaza berdepan krisis kemanusiaan yang lebih meruncing, walaupun selepas setahun Israel dan pergerakan Hamas mencapai gencatan senjata untuk menamatkan perbalahan antara kedua-dua pihak.
Pegawai penyelaras PBB berhubung hal ehwal kemanusiaan Palestin, James Rawley berkata, kehidupan 1.7 penduduk Palestin di Gaza semakin teruk berbanding setahun lalu dengan krisis kekurangan minyak dan tenaga elektrik sebagai punca utama.
"Selepas 12 bulan Israel dan Hamas mencapai gencatan senjata dan mengadakan rundingan, situasi Gaza semakin membimbangkan," katanya.
Ketua Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNRWA), Robert Turner berkata, keadaan bertambah buruk dialami oleh penduduk Gaza yang menerima kesan akibat kemusnahan terowong penyeludupan di sempadan Mesir, sejak bekas Presiden Mesir, Mohamed Mursi digulingkan pihak tentera pada Julai lalu.
Jelasnya, penutupan terowong berkenaan menyebabkan kejatuhan dalam hampir semua sektor pembinaan swasta yang turut dikenakan larangan mengimport bahan binaan oleh Israel.
"Penduduk Gaza terperangkap dengan larangan Israel yang turut menyekat bantuan daripada masyarakat antarabangsa, walaupun sepatutnya gencatan senjata membolehkan mereka memperbaiki taraf kehidupan.
"Nilai eksport dari Gaza merudum sebanyak separuh sejak tahun lalu, manakala golongan nelayan dan petani Palestin terus dihalang meraih hasil dari kawasan yang produktif," jelasnya.
Israel mengenakan sekatan laluan darat, udara dan laut ke atas Gaza selepas pergerakan Hamas menahan seorang askar rejim Zionis pada 2006.
Namun, sekatan berkenaan dilonggarkan pada 2010 selepas desakan antarabangsa ke atas Israel kerana melancarkan serangan berdarah ke atas enam buah kapal yang menyertai flotila misi kemanusiaan ke Palestin. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131124/lu_04/PBB-bimbang-lebih-sejuta-rakyat-Palestin-berdepan-krisis-kemanusiaan#ixzz2le7pxsmj
© Utusan Melayu (M) Bhd
Sunday, 24 November 2013
Pesakit menderita tiada ubat
Susulan laporan itu, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas didesak supaya campur tangan dalam usaha menyelamatkan ratusan pesakit dengan mengarahkan Kementerian Kesihatan di Ramallah untuk menyediakan bekalan ubat dengan segera.
Menurut laporan PIC, pesakit Rheumatoid Arthritis pula dilaporkan terputus bekalan ubat sejak lebih dua tahun lalu.
Menurut laporan itu , pesakit leukemia yang perlu mengambil ubat Glivec terpaksa membeli sendiri ubat di Farmasi Jabatan Darah di Hospital Shifa namun farmasi itu tidak menerima bekalan ubat mencukupi sejak tahun lalu dari Kementerian Kesihatan Ramallah.
Jurucakap Hak Asasi Manusia Palestin berkata, sebelum ini pihaknya bertanggungjawab mendapatkan bekalan tersebut namun pihak berkuasa Ramallah hanya menghantar 810 tablet sebulan.
Tribunal putus Israel, jeneral boleh kena tuduhan jenayah
2013/11/24
Kuala Lumpur: Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur (KLWCT) memutuskan wujud kes prima facie terhadap Israel dan Amos Yaron, jeneral tentera bersara Israel, atas tuduhan jenayah perang ke atas rakyat Palestin di Kem Sabra dan Shatila di Beirut pada 1982.
Presiden KLWCT, Tan Sri Lamin Mohd Yunus berkata, berdasarkan keterangan saksi, pihaknya berpendirian Israel dan Yaron perlu menjawab tuduhan itu.
Beliau mengumumkan keputusan berkenaan selepas mendengar penghujahan pihak pendakwaan diketuai Prof Gurdial Singh Nijar, di akhir kes pendakwaan di pejabat Yayasan Menjenayahkan Perang Kuala Lumpur (KLFCW) di sini, semalam.
Dalam penghujahan itu, Gurdial menggesa tribunal itu memutuskan Israel bersalah mengikut Konvensyen Genosid Antarabangsa 1948 dan Piagam Jenayah Perang Kuala Lumpur selepas pihaknya menunjukkan bukti melampaui keraguan munasabah.
“Dengan cara ini, rintihan rakyat Palestin untuk keadilan di Gaza, Tebing Barat dan diaspora yang lama diabaikan masyarakat dunia akan terbela akhirnya.
“Ini akan membawa satu bentuk penyelesaian kepada bahagian pertama usaha mereka menuntut keadilan...batu loncatan untuk negara bertamadun dalam dunia bertamadun ini melaksanakan bidang kuasa sejagat,” katanya.
Yaron didakwa terbabit secara langsung dalam kapasitinya sebagai jeneral yang memerintah pembunuhan beramai-ramai pelarian Palestin di kem Sabra dan Shatila.
Kuorum hakim tribunal pada persidangan semalam ialah Tunku Datuk Sofiah Jewa, Prof Salleh Buang, Prof Datuk Shad Saleem Faruqi, Datuk Mohd Saari Yusof, John Philpot dan Tunku Intan Mainura, manakala pembelaan diketuai Jason Kay Kit Leon.
Seramai 11 saksi memberi keterangan kepada tribunal itu. - BERNAMA
Saturday, 23 November 2013
Krisis kemanusiaan meruncing di Gaza
Penyelaras bagi bantuan Kemanusiaan PBB, James Rawley memaklumkan tidak banyak perubahan dapat dilihat selepas insiden serangan ganas Israel kira-kira 12 bulan lalu.
"Situasi di Gaza semakin buruk selepas wilayah itu mengalami krisis bekalan kuasa elektrik yang berpunca daripada kekurangan bekalan bahan api," katanya pada laporan Press TV.
Dalam satu kenyataan, agensi bantuan antarabangsa, Oxfam turut menyelar sekatan yang dikenakan oleh rejim Zionis kerana ia telah menjejaskan urusan harian penduduk Palestin.
Selain itu, Rangkaian Pertubuhan Bukan Kerajaan Palestin (PNGO) yang mewakili lebih 130 organisasi awam di wilayah tersebut bertindak menggesa negara antarabangsa untuk memecahkan sekatan haram Israel terbabit.
Kebanyakan penduduk Gaza masih bergantung dengan bantuan kemanusiaan yang diberikan oleh negara antarabangsa.
Friday, 22 November 2013
Rindu Masjid Al-Aqsa

Inilah sebahagian dari keindahan senibina Masjid Al-Aqsa.
Ya Allah, bebaskanlah Masjid Al-Aqsa dari cengkaman musuh-musuhMu dengan usaha tangan, darah dan keringat kami.
Kurniakanlah kami kesempatan bersujud kepadaMu di dalam Masjid Al-Aqsa yang kami rindui.
Merdekakanlah bumi Palestin dan Baitul Maqdis dari penjajahan Yahudi Zionis.
Kembalikanlah keadilan Islam di atas muka bumi Mu!
120 Bocah Palestin Mendekam di Penjara Zionis
Pusat kajian tawanan dan HAM menegaskan, bersamaan dengan hari anak sedunia 20 Nopember semalam yang diperingati tiap tahun, pihaknya masih menahan 120 bocah Palestin dibawah penyiksaan dan soal siasat.
Pusat kajian tawanan Al-Ahrar dalam laporanya, semalam Rabu (21/11) mengatakan, ada sejumlah bukti yang menegaskan anak-anak Palestin ditangkap dan mendapat penyiksaan, pemukulan, provokasi dan intimidasi di dalam penjara. Anak-anak tersebut kini mengalami trauma mendalam akibat penangkapan dan penyiksaan tersebut.
Pengarah Al-Ahrar Fusat Khafasy mengatakan, Zionis menahan ratusan bocah Palestin di dalam penjara dengan ancaman senjata, seperti menimpa Yazid Abu Rabb asal Jenin yang ditempat serdadu Zionis saat penangkapan. Hingga kini ia pun masih ditahan di dalam penjara.
Thursday, 21 November 2013
Cucu PM Palestin tenat

Amal Abdul Salam Haniyah, cucu kepada Ismail Haniyah, Perdana Menteri Palestin dilaporkan tenat dan sedang mendapatkan rawatan di hospital akibat jangkitan kepada darah tanpa diketahui puncanya.
Mari bersama-sama kita doakan kesembuhan anak kecil ini, di saat rawatan perubatan sangat kritikal akibat bekalan elektrik yang tidak menentu, serta bekalan ubat-ubatan yang semakin terhad.
Subscribe to:
Posts (Atom)




