Tuesday, 19 August 2014

Rancang anjur sidang penderma Gaza


  • Bandar Gaza musnah teruk akibat bedilan udara sejak bulan lalu. - Foto Ihsan: AFPBandar Gaza musnah teruk akibat bedilan udara sejak bulan lalu. - Foto Ihsan: AFP

OSLO - NORWAY. Mesir dan Norway merancang menjadi tuan rumah untuk persidangan penderma antarabangsa bagi membantu membangunkan semula Gaza selepas dibedil Israel sejak 8 Julai lalu.

Kementerian Luar Norway, dalam satu kenyataan berkata, persidangan dijangka diadakan di Kaherah turut meminta perjanjian gencatan senjata berkekalan dicapai antara kedua-dua pihak lapor media AFP.

“Kami melihat beberapa gencatan senjata terdahulu mendapat kesepakatan dan usaha untuk mendapatkan gencatan senjata kekal mungkin dapat dilakukan jika kedua-dua pihak mendengar permintaan negara antarabangsa,” katanya.

Oslo kini mempengerusikan kumpulan penderma antarabangsa bagi membantu rakyat Palestin manakala Kaherah menjadi pengantara rundingan antara Palestin dan Israel sejak bermulanya konflik. 

Rundingan buntu


  • Kanak-kanak antara mangsa paling ramai terkorban dalam serangan Israel sejak ia dipertingkatkan pada 8 Julai lalu. Foto: AFPKanak-kanak antara mangsa paling ramai terkorban dalam serangan Israel sejak ia dipertingkatkan pada 8 Julai lalu. Foto: AFP

KAHERAH - MESIR. Rundingan damai antara perwakilan Palestin dan Israel masih buntu sungguhpun tempoh gencatan senjata lima hari berakhir semalam.

Menurut laporan Agensi, sehingga semalam (8 malam waktu Malaysia) keduadua pihak masih berdegil dan saling berbalah apabila mereka saling memberi amaran tempoh perang yang panjang dijangka berlaku jika tuntutan mereka tidak dipersetujui.

Media melaporkan, pelbagai kebimbangan tercetus termasuk pertempuran antara kedua-dua pihak dijangka kembali tercetus jika mereka gagal mencapai kata sepakat.

Sejurus tempoh gencatan senjata tamat pada tengah malam semalam, ratusan pelarian mula berkumpul di perkarangan
pusat pengedaran makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Sementara itu, ketika rundingan itu berlangsung, kira-kira 2,000 penyokong Hamas berarak di Gaza dan Rafah bagi menyatakan sokongan mereka kepada perwakilan Palestin.

Mereka membakar bendera Israel selain melaungkan slogan anti-Zionis. 

palestin

GAZA CITY: menyelamat Palestin cuba untuk menggali keluar seorang lelaki yang cedera disekat di bawah runtuhan berikutan serangan udara Israel di sebuah rumah di Gaza City pada 19 Ogos 2014. serangan udara Israel membunuh seorang gadis muda dan seorang wanita 
Gambar oleh: Khaled Al Sabbah .

541 kanak-kanak antara lebih 2,000 terkorban di Gaza

ISNIN, 18 OGOS 2014 @ 4:56 PM

Seorang kanak-kanak Palestin mengangkat barangan keluarganya yang dijumpai di dalam kesan runtuhan berikutan serangan udara Israel di Beit Hanun semalam.
 
BANDARAYA GAZA: Jumlah kematian dalam peperangan di Semenanjung Gaza kini meningkat melebihi 2,000 orang, kata Kementerian Kesihatan.

Sejumlah 2,016 orang terbunuh dan 10,196 cedera. Dalam kalangan mereka yang terkorban, 541 adalah kanak-kanak, 250 wanita dan 95 orang tua, katanya. - AFP

Misi berjaya!

Itu kata Ketua Misi Kemanusiaan Malaysia ke Gaza, Datuk Abdul Rahim Abdul Azeez yang berjaya masuk ke Gaza bersama dua wakil misi, pagi semalam selepas meredah pertempuran antara tentera Mesir dan militan dekat sempadan.
Konvoi yang turut diiringi dua kereta perisai berantai membawa 10 tan barang bantuan selamat melepasi sempadan Rafah jam 11 pagi semalam (3 petang waktu Malaysia).

Azeez bersama Duta Besar Malaysia di Mesir dan Palestin, Datuk Ku Jaafar Ku Shaari serta Duta Besar Palestin di Malaysia, Dr Anwar Al-Agha berhubung dengan sekretariat Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) di Kaherah dari semasa ke semasa untuk memberi maklumat terkini kepada petugas media dan juga rakyat Malaysia.
Foto
PENDUDUK tempatan bantu punggah barang bantuan.

Foto
AZEEZ (dua, kiri), Duta Malaysia di Palestin, Ku Jaafar (kanan) dan Duta Palestin di Malaysia Dr Anwar (kiri) disambut beberapa menteri Kabinet Palestin.
Menurut Timbalan Presiden KP1M, Datuk Mohd Farid Hassan, Azeez memberitahunya bahawa tentera Mesir bersungguh-sungguh membantu misi dengan menghantar mereka sehingga ke pintu sempadan.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/19

Misi bantuan penuh ranjau


Kaherah (Mesir): Kata orang jika kita mahu melakukan kebaikan dan banyak halangannya, Itu tanda bahawa Allah menguji kekuatan hati kita. Justeru itu, meskipun hanya tiga daripada 83 sukarelawan dibenarkan meneruskan perjalanan Misi Kemanusiaan Malaysia Ke Gaza, apa yang penting bantuan dan sumbangan dapat disampaikan kepada mereka yang memerlukan.
Selama lima hari, 85 anggota misi terdiri daripada sukarelawan awam, doktor, petugas media dan wakil kedutaan yang mewakili harapan kira-kira 28 juta rakyat Malaysia menempuh pelbagai dugaan untuk membantu rakyat Palestin, khususnya di Gaza. 
13 Ogos (Rabu) 
5.10 pagi: Kumpulan ketiga misi seramai 43 orang bersama beberapa tan barang perubatan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah, Mesir jam 5.10 pagi (10.10 pagi waktu Malaysia) dan disambut Menteri Penasihat Kedutaan Besar Malaysia. 
Foto
DUTA Palestin di Malaysia, Dr Anwar Al-Agha sedih tidak dapat membawa semua sukarelawan masuk ke Gaza. FOTO Gaddafi Musli
"Boleh tahan juga jerebu di Kaherah ni," kata jurukamera Melaka Hari Ini, Sardi Mahorm yang pertama kali datang ke Mesir. 
7 pagi: Kami bergerak ke Dewan Abbasiah Malaysia untuk mendengar taklimat Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Datuk Seri Azeez Rahim selepas perbincangan bersama Duta Besar Malaysia di Mesir, Datuk Ku Jaafar Ku Shaari serta wakil badan bukan kerajaan (NGO) Mercy Malaysia dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam (MAPIM). Berdasarkan taklimat yang diberikan, segala urusan rasmi antara kerajaan Malaysia dan Mesir sedang dalam proses akhir dan kami dijangka bergerak ke pintu Rafah pada esok hari (Khamis). Jumlah terkini sukarelawan 85 orang termasuk wakil kedutaan. "Ini adalah misi kemanusiaan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira sempadan agama, kaum mahupun fahaman politik," kata Azeez dalam sidang media. 

3 petang: Kami mengunjungi sebuah hospital yang dibiayai Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin dikenali sebagai Hospital Palestin di Heliopolis, Kaherah. Saya bertemu seorang mangsa keganasan rejim Zionis, Mohd Salim berusia 19 tahun kudung kaki kiri dan kehilangan abang dalam serangan ke atas sebuah masjid di Khan Yunis, 12 Julai lalu. "Satu hari nanti semua umat Islam akan bersatu dan membebaskan bumi Palestin," kata bapa saudaranya Abu Salamah. Juga sempat melawat seorang kanak-kanak Badr Nabil, 4, yang ditembak tentera rejim. KP1M merancang untuk membawa Badr ke Malaysia bagi mendapatkan rawatan susulan. 

14 Ogos (Khamis) 
10 pagi: Kami dimaklumkan oleh ketua misi bahawa rancangan memasuki Gaza ditangguhkan berikutan faktor keselamatan di sepanjang laluan ke Rafah, namun peserta bersiap sedia untuk bergerak ke Rafah pada bila-bila masa. Saya sempat bersembang dengan seorang doktor pakar pembedahan kanak-kanak, Dr Syariz Izry dan saya bertanya kenapa dia berani tawarkan diri untuk sertai misi ini. "Saya takut pada hari akhirat kelak, jika Allah soal saya kenapa tidak bantu saudara seagama di Palestin, saya tidak dapat memberikan jawapan. Jadi tiada sebab untuk saya tidak menyumbang ilmu," ujarnya. 

2 petang: Kami dibawa melawat Hospital Al-Hilal dan Nasser Institute Hospital di mana terdapat pesakit yang dibawa dari Gaza. Saya bertemu dengan Ziyad Abu Zaid, seorang guru geografi yang kehilangan lapan ahli keluarga dalam serangan Israel pada hari raya pertama. Dua anaknya yang cedera ditempatkan di hospital Nasser Institute. 

15 Ogos (Jumaat) 
10 pagi: Ketua misi, Datuk Seri Azeez membawa khabar gembira dalam sesi taklimat pagi apabila memaklumkan kerajaan Mesir sudah memberi kelulusan setelah campur tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Sekretariat sedang menguruskan proses membawa keluar kargo bantuan seberat 10 tan. Misi dijangka bertolak ke Rafah sekitar jam 2 pagi. 

9 malam: Anggota misi diberitahu masa bertolak ditunda ke jam 9 pagi esok (Sabtu) atas sebab-sebab tertentu. Kami diminta untuk mengurangkan barang peribadi yang mahu dibawa supaya memudahkan pergerakan di Gaza. 

16 Ogos (Sabtu) 
9 pagi: Misi Kemanusiaan Malaysia ke Gaza yang diketuai KP1M bergerak ke Rafah menaiki dua bas. Saya membantu seorang sukarelawan, Hisham Ahmad Sabri mengangkat kotak-kotak berisi makanan kedalam bas. "Tak sabar rasanya mahu agihkan makanan ni kepada anak-anak Gaza," katanya. Hisham adalah antara 'orang lama' yang banyak membantu KP1M sejak penubuhannya. Dia yang berasal dari Kedah terkenal dikalangan peserta misi dengan gelaran 'Sham Boroi'. 

12 tengah hari: Konvoi terpaksa bermalam di bandar pelabuhan Ismailia yang terletak kira-kira 128 kilometer dari Kaherah kerana lori membawa barang bantuan belum tiba. Bandar ini terletak bersebelahan laluan kapal dagang terkemuka dunia iaitu Terusan Suez. 

10 malam: Ketua misi memberi taklimat akhir persiapan ke Rafah. Konvoi akan bertolak tepat 9 pagi ke Rafah. Ketua misi meminta semua perbanyakkan doa supaya misi berjalan lancar. "Jika dapat masuk esok, kita akan berada di Gaza sehingga Isnin dan keluar sebelum gencatan senjata tamat pada tengah malam. Kita akan lihat situasi semasa jika mahu melanjutkan misi," kata Azeez. 

17 Ogos (Ahad) 
9 pagi: Konvoi misi bertolak ke Rafah namun ditahan tentera Mesir di pengkalan feri Qantara sebelum dibenarkan menaiki feri melintasi Terusan Suez. 

9.40 pagi: Sekretariat misi mula berbincang dengan pegawai tentera di Qantara dan peserta tidak dibenarkan turun dari bas atas faktor keselamatan. Saya duduk berhampiran doktor pakar sakit puan, Dr Norshida Brahim yang kedengaran berdoa berzikir agar perjalanan dapat diteruskan. 

2.20 petang: Selepas perbincangan hampir lima jam, Ketua miss membawa berita sedih apabia hanya tiga anggota misi dan lori kontena dibenar meneruskan perjalanan ke Rafah disebabkan situasi keselamatan yang meruncing di Utara Sinai. Duta Palestin di Malaysia, Dr Anwar Al-Agha dilihat menangis teresak-esak sambil ditenangkan sukarelawan lain. "I'm sorry my friends. We have come this far but there is nothing i can do." (Maafkan saya rakan-rakan, kita telah pergi sejauh ini namun tiada apa lagi yang dapat saya lakukan," ujarnya dalam nada kesal. 

2.30 petang: Tiga individu yang akan mengiringi bantuan adalah ketua misi Datuk Seri Azeez, Duta Besar Malaysia Datuk Ku Jaafar dan Dr Anwar. Mereka menaiki kereta perisai tentera Mesir ke Rafah yang terletak kira-kira 260 km dari Qantara. Ada anggota misi yang menitiskan air mata ketika mengucapkan selamat jalan kepada wakil misi. 

2.35 petang: Anggota misi lain bergerak kembali ke Kaherah. Wajah anggota misi jelas sugul dan sedih terutama doktor. Antaranya doktor Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Selayang, Dr Haniff Muhammad yang terkilan tidak dapat menjejakkan kaki ke tanah kelahiran para nabi. "Saya redha dengan ketentuan ini. Pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku dan saya bersedia untuk menawarkan diri sekali lagi jika diberi peluang," tegasnya. 

5 petang: Dalam perjalanan ke Kaherah, Timbalan Presiden KP1M, Datuk Mohd Farid Hassan memaklumkan kami tiga wakil misi yang meneruskan perjalanan tidak dapat memasuki Rafah disebabkan pertempuran dekat sempadan. Mereka akan bermalam di Arish yang terletak kira-kira 45 minit dari pintu sempadan dan akan cuba memasuki Gaza lagi pada esok pagi (hari ini). 

8 malam: Sukarelawan tiba di pusat penginapan di Giza, Kaherah dan akan kembali ke Malaysia menaiki pesawat penerbangan Egypt Air secara berperingkat bermula esok (hari ini).
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/18

Lepas masuk ke Gaza


Kaherah (Mesir): Konvoi bantuan diketuai tiga wakil Misi Kemanusiaan Malaysia ke Gaza memasuki Gaza 10 pagi ini (3 petang Malaysia) diiringi dua kereta perisai ketika pertempuran semakin sengit di antara tentera Mesir dan pemberontak di kawasan berdekatan sempadan.
Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) yang juga Ketua Misi Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim; Duta Besar Malaysia di Mesir dan Palestin Datuk Ku Jaafar Ku Shaari; dan Duta Besar Palestin di Malaysia Dr Anwar Al-Agha yang menaiki sebuah daripada kereta perisai itu akan terus mengagihkan barang bantuan kepada penduduk Gaza sebaik tiba. 
Timbalan Presiden KP1M Datuk Mohd Farid Hassan yang sentiasa berhubung dengan konvoi berkata, tentera Mesir membuktikan kesungguhan untuk membantu misi bantuan itu dengan menghantar tiga wakil Malaysia sehingga ke pintu sempadan. 

"Ketua misi memaklumkan pihak tentera Mesir amat menghormati hasrat kita apabila sanggup membahayakan nyawa dengan meredah pertempuran yang sedang berlaku di sempadan Mesir-Gaza," katanya di sini, sebentar tadi.
Foto
FOTO Miorazlan Mior Kamarulbaid

Katanya, lagi masih berbaki kira-kira dua tan barangan bantuan di Terminal Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah yang sedang dalam proses untuk dihantar terus ke Gaza.

Semalam, tentera Mesir hanya membenarkan tiga daripada 83 anggota misi bantuan meneruskan perjalanan ke Rafah berikutan isu keselamatan dan situasi meruncing di utara Sinai. 
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/18

Rumah dua suspek bunuh tiga Yahudi diroboh


Baitulmaqdis: Tentera Zionis semalam merobohkan rumah dua rakyat Palestin yang disyaki terbabit dalam penculikan dan pembunuhan tiga remaja Yahudi di Tebing Barat Jun lalu.

Kediaman milik Hussam Kawasme dan Amar Abu Aysha di selatan Tebing Barat dimusnahkan sebelum Subuh dan tentera Yahudi menyita rumah seorang lagi suspek Marwan Kawasme.

Israel menuduh Hamas bertanggungjawab terhadap penculikan tiga remaja Yahudi Gil-Ad Shaer, Naftali Fraenkel dan Eyal Yifrah yang ditemui mati dua minggu kemudian di Tebing Barat.

Hamas tidak mengaku atau menafikan tuduhan itu.

Hussam, 40, yang menetap di Hebron ditahan 11 Julai lalu, namun dua lagi suspek masih bebas.

Penahanan itu mendapat perhatian ramai awal bulan ini apabila dokumen diperoleh dari mahkamah menyebut sama ada rumah milik Hussam dan dua lagi suspek perlu dirobohkan atau tidak sebagai hukuman.

Ia juga menyatakan Hussam mengaku membantu melaksanakan penculikan itu, menerima dana daripada Hamas dan membeli senjata diberikan kepada dua lagi suspek yang melakukannya.

Dia juga membantu menanam mayat remaja berkenaan di kawasan dibelinya beberapa bulan sebelum itu, Tentera juga memberitahu Mahkamah Tinggi Israel membenarkan hasrat mereka untuk merobohkan kediaman suspek dan menolak tiga rayuan difailkan keluarga tertuduh.



- Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/19

Angka kematian di Gaza meningkat kepada 2,016 orang


BANDAR GAZA - Jumlah kematian akibat peperangan di Semenanjung Gaza meningkat lebih 2,000 orang semalam, kata Kementerian Kesihatan.
Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan berkata, sebanyak 2,016 orang terbunuh dalam peperangan dengan Israel itu, manakala 10,196 orang cedera.
Antara yang terkorban ialah 541 golongan kanak-kanak, 250 wanita dan 95 warga emas.
Pada mulanya, jumlah kematian cuma mencatatkan sebanyak 1,980 orang, namun ia meningkat selepas beberapa orang mati semasa dirawat di hospital-hospital di seluruh Gaza, Kaherah dan Baitulmaqdis kerana mengalami cedera parah.
Sementara itu, pasukan perubatan menemui satu mayat yang berada lebih tiga minggu di bawah runtuhan di Shejaiya di timur Bandar Gaza, kata kenyataan itu.
Dalam pada itu perunding Israel dan Palestin masih berusaha di meja rundingan yang dikendalikan oleh Mesir dalam usaha menyambung tempoh gencatan senjata lima hari yang bakal berakhir. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0819&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3AmvRj2nq 
Hakcipta terpelihara 

Tunjuk perasaan bantah perkahwinan Yahudi-Muslim



REUTERS
PASANGAN pengantin, Mahmoud dan isterinya, Maral kelihatan gembira pada majlis perkahwinan mereka di Tel Aviv kelmarin meskipun masyarakat Yahudi mengadakan tunjuk perasaan bagi membantah perkahwinan tersebut.


RISHON LEZION, Israel - Polis Israel kelmarin terpaksa mengadakan sekatan bagi menghalang lebih 200 penunjuk perasaan yang membantah perkahwinan seorang wanita Yahudi dengan lelaki Muslim.
Berpuluh-puluh anggota polis termasuk daripada unit elit terpaksa menahan perarakan masyarakat Yahudi yang melaungkan 'kematian untuk Arab' serta cuba merempuh pintu dewan di mana perkahwinan itu berlangsung.
Empat daripada penunjuk perasaan itu ditangkap dan tiada kecederaan dilaporkan.
Sebelum itu, peguam kepada pasangan itu, Maral Malka, 23, dan Mahmoud Mansour, 26, kedua-duanya dari Jaffa di Tel Aviv gagal mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang penunjuk perasaan.

REUTERS
SEBAHAGIAN penunjuk perasaan dalam kalangan masyarakat 
Yahudi yang membantah perkahwinan Mahmoud dan Maral di Rishon Lezion kelmarin.


Dia cuma mendapat bantuan daripada pihak polis bagi menyekat penunjuk perasaan kira-kira 200 meter daripada menghampiri lokasi perkahwinan pasangan berkenaan yang diadakan di sebuah dewan di Rishon Lezion.
Bantahan itu timbul ekoran ketegangan antara masyarakat Yahudi dan bangsa Arab di Israel yang tercetus lebih dua bulan lalu termasuk dalam isu penculikan dan pembunuhan tiga remaja Israel diikuti kematian seorang remaja Palestin di Baitulmuqaddis.
Pasangan berkenaan bagaimanapun memberitahu stesen televisyen Israel, Channel 2 TV bahawa bantahan itu tidak mematahkan semangatnya meneruskan perkahwinan.
"Kami menari dan bersuka ria sehingga matahari terbit, kami memilih untuk hidup bersama," katanya.
Malka yang berketurunan Yahudi memeluk Islam sebelum berkahwin dikecam sebagai pengkhianat Yahudi oleh penunjuk perasaan.
Bagaimana suatu yang mengejutkan, perkahwinan itu turut dihadiri oleh Menteri Kesihatan Israel, Yael German dan beliau menyifatkan penunjuk perasaan dan perkahwinan yang berlangsung sebagai ekspresi demokrasi.
- Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0819&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3Amv3Wuso 
Hakcipta terpelihara 

Militan IS mula berundur


AP
SEORANG pejuang Kurdish meronda berhampiran Empangan Mosul kelmarin selepas berjaya menawan lokasi berkenaan daripada 
kumpulan militan IS.


KAHERAH - Pejuang Kurdish kelmarin berjaya menguasai semula Empangan Mosul daripada kawalan kumpulan militan Negara Islam (IS) selepas dibantu serangan udara tentera Amerika Syarikat (AS), kata seorang pegawai Kurdish.
"Pejuang Kurdish Peshmerga kini menguasai penuh empangan berkenaan," kata portal berita Alsumaria yang memetik satu sumber pegawai Kurdish yang enggan dikenali.
Pesawat AS terus mengebom posisi pejuang IS di sekitar empangan ketika pejuang Kurdish cuba menawan kedudukan berkenaan.
Pusat Kawalan AS mengesahkan jet pejuang dan dron negara itu melancarkan 14 serangan udara ke arah kedudukan IS berhampiran Empangan Mosul.
Serangan tersebut memusnahkan 10 kenderaan bersenjata, tujuh Humvee, dua kenderaan pembawa anggota dan satu pos kawalan. Bagaimanapun, tiada laporan kecederaan dilaporkan.
Seseorang ahli Kesatuan Patriotik Kurdistan, Abdel-Bari al-Zebari mengesahkan pengambilalihan oleh Kurdish.
"Pejuang Kurdish Peshmerga kini kembali menguasai empangan melalui laluan lain selepas laluan sebelum ini dipasang dengan periuk api oleh militan IS," kata al-Zebari kepada penyiar yang berpangkalan di Dubai.
Empangan tersebut dan kompleks diseklilingnya merupakan satu kawasan strategik kerana ia membekalkan tenaga elektrik serta bekalan air di sebahagian besar negara itu.
Kejayaan menawan semula empangan berkenaan merupakan kemenangan besar pertama pejuang Kurdish dan tentera Iraq sejak pertempuran sengit dengan militan IS.
Ia juga secara tidak langsung menaikkan semula moral pejuang Kurdish yang sebelum ini terpaksa berundur selepas militan IS menguasai Mosul.
Awal bulan ini, kumpulan serpihan Al-Qaeda tersebut menawan Empangan Mosul yang merupakan empangan terbesar dan strategik di Iraq yang terletak di Sungai Tigris yang mengalir ke Baghdad.
Terdapat kebimbangan kumpulan militan itu mengebom empangan tersebut sekali gus menyebabkan berlaku banjir di kawasan berdekatan.
Sebelum ini, seorang pegawai pejuang Kurdish dalam satu kenyataan memberitahu, mereka melancarkan serangan darat secara besar-besaran ke arah kedudukan militan IS di utara Iraq dan dibantu serangan udara AS.
Sebuah portal berita Kurdish, Bas News melaporkan, pejuang Kurdish berjaya mengambil alih beberapa kawasan kampung yang kebanyakannya dihuni oleh penduduk Kristian serta beberapa buah bandar lain berhampiran Empangan Mosul.
Laporan itu dibuat sehari selepas serangan udara oleh tentera AS terhadap kedudukan militan IS sekitar Empangan Mosul dan bandar Arbil.
Tentera AS mula melancarkan serangan terhadap kedudukan militan IS di utara Iraq sejak 10 hari lalu kerana bimbang pejuang Kurdish tidak mampu membendung kemaraan kumpulan berkenaan.
Sementara itu, seorang jurucakap tentera Iraq memberitahu bahawa pihaknya dan pejuang Kurdish sedang merancang untuk menawan semula bahagian utara bandar Mosul yang dikuasai IS.
"Kami berazam meneruskan serangan yang dibantu dengan maklumat risikan yang diberikan AS," kata jurucakap berkenaan.
Militan IS yang beroperasi di Iraq dan Syria menawan sebahagian besar bahagian utara Iraq selepas melancarkan satu serangan kilat pada Jun lalu.
Lebih 200,000 penduduk yang majoriti penganut Yazidi dan Kristian melarikan diri selepas militan berkenaan membunuh penduduk yang menentang mereka. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0819&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3AmuWJCPj 
Hakcipta terpelihara 

Gencatan senjata di Gaza dilanjutkan 24 jam


BAITULMAQDIS 19 Ogos - Gencatan senjata di Gaza dilanjutkan selama 24 jam selepas pasukan perunding damai Palestin dan Israel bersetuju untuk melanjutkan gencatan senjata lima hari, beberapa minit sebelum berakhir tengah malam tadi (5 pagi waktu Malaysia), bagi membolehkan rundingan damai diteruskan.
Seorang pegawai Palestin berkata, kedua-dua pihak bersetuju untuk melanjutkan gencatan senjata selama 24 jam lagi. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140819/lu_14/Gencatan-senjata-di-Gaza-dilanjutkan-24-jam#ixzz3AsgRviBh
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Britain enggan label Ikhwan pengganas


LONDON 18 Ogos - Kerajaan Britain menangguhkan laporan berhubung Pergerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir selepas menteri-menteri dan pegawai-pegawai tidak mencapai persetujuan berhubung siasatan itu.
Akhbar Financial Times melaporkan Perdana Menteri David Cameron, yang menerima tekanan daripada sekutu-sekutunya di Teluk, telah meminta Duta Britain ke Arab Saudi, John Jenkins untuk menjalankan siasatan sama ada pergerakan itu perlu dikategorikan sebagai organisasi pengganas atau tidak.
Memetik sumber rasmi, akhbar itu melaporkan siasatan tersebut mendapati, Ikhwanul Muslimin tidak boleh dilabelkan sebagai organisasi pengganas dan tidak banyak bukti menunjukkan ahli-ahli pergerakan itu terlibat dalam aktiviti pengganas.
Bagaimanapun, kerana takut tindak balas daripada sekutu-sekutunya di Asia Barat, menteri-menteri berkenaan telah menangguhkan penerbitan laporan itu selama beberapa minggu. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140819/lu_10/Britain-enggan-label-Ikhwan-pengganas#ixzz3AmpXmtfI
© Utusan Melayu (M) Bhd 

AS bantu tawan semula Empangan Mosul


Seorang anggota kumpulan Kurdis, meronda di sekitar Empangan Mosul di bandar Chamibarakat, Iraq, kelmarin. - AGENSI
BAGHDAD 18 Ogos - Kumpulan bersenjata Kurdis yang dibantu pesawat gempur Amerika Syarikat (AS), menawan semula empangan terbesar di Iraq daripada kumpulan militan ketika Washington dan Britain kembali meningkatkan penglibatan ketenteraan di negara ini.
Ahli politik Kurdis, Ali Awni berkata, Empangan Mosul telah dirampas sepenuhnya daripada cengkaman militan Negara Islam (IS) yang melancarkan serangan besar-besaran di utara Iraq sejak Jun lalu sehingga menyebabkan pasukan keselamatan negara ini mengalami kekalahan teruk.
Kejayaan tersebut dicapai selepas pesawat tentera AS dan drone menggempur kedudukan militan yang menentang kemaraan kumpulan bersenjata Kurdis sejak kelmarin.
Pusat Perintah AS (CENTCOM) melaporkan, sebanyak 14 serangan udara dilancarkan semalam berdekatan empangan itu yang terletak di Sungai Tigris, kemudahan yang menyalurkan bekalan elektrik dan saluran air untuk kawasan tanaman di wilayah tersebut.
Jelas CENTCOM, serangan itu memusnahkan 10 kenderaan IS, tujuh kereta perisai Humvee buatan AS, dua kenderaan pengangkut yang dilengkapi senjata dan satu pusat pemeriksaan IS.
Presiden AS, Barack Obama memberitahu Kongres bahawa serangan 'terhad' yang beliau luluskan itu bertujuan menawan semula empangan tersebut daripada penguasaan militan dan kepentingan-kepentingan AS yang lain di situ.
"Kegagalan menguasai semula Empangan Mosul boleh mengancam banyak nyawa penduduk awam, kemudahan dan kakitangan AS termasuk Kedutaan AS di Baghdad, selain menghalang kerajaan Iraq menyediakan perkhidmatan penting kepada rakyat," katanya.
Sementara itu, akhbar The Times melaporkan, Britain menggunakan enam pesawat gempur Tornado dan sebuah pesawat pengintip untuk mengumpul maklumat pergerakan militan di wilayah Kurdis, sekali gus menunjukkan London mahu terlibat secara langsung dalam pertempuran di Iraq. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140819/lu_07/AS-bantu-tawan-semula-Empangan-Mosul#ixzz3AmoM429R
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Puak Yahudi konservatif ganggu majlis kahwin


Pengantin lelaki, Mahmoud Mansour, 26, dan isterinya, Maral Malka, 23, meraikan perkahwinan bersama ahli keluarga dan rakan-rakan di Jaffa, selatan Tel Aviv kelmarin. - REUTERS
RISHON LEZION, Israel 18 Ogos - Polis Israel semalam menghalang lebih 200 anggota puak Yahudi konservatif daripada mengganggu majlis perkahwinan antara wanita berketurunan Yahudi dan lelaki Arab beragama Islam, di sini.
Berpuluh-puluh anggota polis, termasuk anggota unit elit menghalang anggota daripada Pertubuhan Pencegahan Asimilasi di Tanah Suci (Lehava) yang mengadakan tunjuk perasaan sambil berteriak 'Kematian untuk Arab' daripada memasuki pagar dewan di mana majlis perkahwinan itu diadakan.
Polis turut menahan empat individu yang menceroboh kawasan itu.
Penunjuk perasaan turut mengutuk pengantin perempuan, Maral Malka, 23, yang memeluk Islam sebelum mengahwini Mahmoud Mansour, 26, dan menganggapnya sebagai pengkhianat bangsa Yahudi.
Tiada kecederaan dilapor dalam insiden itu.
Peguam kepada kedua-dua mempelai, gagal mendapatkan perintah mahkamah bagi menghalang tunjuk perasaan, namun berjaya mendapatkan bantuan polis untuk memastikan penunjuk perasaan berada dalam jarak 200 meter dari dewan majlis perkahwinan.
Kumpulan Lehava yang menganjurkan bantahan itu dilapor sering mengganggu pasangan Arab dan Yahudi sebelum ini dan membantah sebarang perkahwinan campur melibatkan kaum Yahudi dan Arab. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140819/lu_06/Puak-Yahudi-konservatif-ganggu-majlis-kahwin#ixzz3Amo2vzpm
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Delegasi Palestin beza pandangan


Sebahagian kapal nelayan, berlabuh di pelabuhan Gaza City yang kembali beroperasi seperti biasa sejak gencatan senjata dikuatkuasakan minggu lalu. - AFP
KAHERAH 18 Ogos - Pergerakan Hamas dan delegasi Palestin yang mewakili Presiden Palestin, Mahmoud Abbas yang menyertai rundingan dengan Israel mempunyai pandangan berbeza berhubung rundingan damai yang sedang diadakan di sini, ketika gencatan senjata selama lima hari berakhir hari ini.
Pegawai Palestin berkata, Hamas masih menentang sebarang kompromi dalam rundingan damai tajaan Mesir berhubung mengurangkan sekatan ke atas Gaza, manakala delegasi yang mewakili Presiden Palestin, Mahmoud Abbas pula dilihat bersetuju untuk berkompromi.
Pegawai Hamas berkata, mereka masih berharap mendapat lebih banyak konsesi dalam rundingan damai tersebut.
Rundingan damai itu diadakan bagi menamatkan serangan Israel ke atas Gaza yang menyaksikan lebih 2,000 penduduk Palestin terkorban dan lebih 10,000 orang lagi cedera sejak 8 Julai lalu.
Perbincangan yang menyaksikan Palestin dan Israel menggunakan wakil Mesir sebagai pengantara berlangsung sejak minggu lepas.
Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Palestin hari ini mengeluarkan angka rasmi kematian konflik terbaharu di Gaza dengan jumlah korban sebanyak 2,016 orang, sementara 10,196 orang lagi cedera.
"Jumlah tersebut meningkat daripada 1,980 orang, selepas sejumlah mereka yang cedera meninggal dunia di beberapa hospital di Gaza.
"Jumlah yang paling ramai terbunuh ialah kanak-kanak sebanyak 541 orang, 250 wanita dan 95 lelaki tua," kata kementerian itu dalam satu kenyataan. - AGENSI/AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140819/lu_05/Delegasi-Palestin-beza-pandangan#ixzz3Amnhg03a
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Monday, 18 August 2014

541 kanak-kanak antara lebih 2,000 terkorban di Gaza


Seorang kanak-kanak Palestin mengangkat barangan keluarganya yang dijumpai di dalam kesan runtuhan berikutan serangan udara Israel di Beit Hanun semalam.
 
BANDARAYA GAZA: Jumlah kematian dalam peperangan di Semenanjung Gaza kini meningkat melebihi 2,000 orang, kata Kementerian Kesihatan.

Sejumlah 2,016 orang terbunuh dan 10,196 cedera. Dalam kalangan mereka yang terkorban, 541 adalah kanak-kanak, 250 wanita dan 95 orang tua, katanya. - AFP

5 Pesanan Syeikh Ahmad Yasin kepada Pemuda & Pemudi





1) Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, menga
malkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.

2) Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.

3) Wahai para pemuda, aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kalian untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian. Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.

4) Wahai puteriku, aku ingin kalian berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kalian berjanji kepada ALLAH bahawa kalian akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kalian, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian. Haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.Kepada semua, aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang. Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan. Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar.

5) Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. Berpeganglah kepada agama kalian. carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada ALLAH.


sumber: http://on.fb.me/1nMNN04

-AKA-
 

Israel beri amaran

Pesawat pejuang AS digerakkan bagi membantu tentera Kurdis.
Pesawat pejuang AS digerakkan bagi membantu tentera Kurdis.
BAITULMAQDIS - ISRAEL. Israel memberi amaran awal sebarang perjanjian gencatan senjata jangka panjang akan ditolak jika delegasi Israel tidak diberi jaminan keselamatan tahap tertinggi sepanjang berada di Kaherah.

Rundingan gencatan senjata di Mesir sebelum ini dihentikan seketika kerana berada dalam tempoh gencatan senjata lima hari.

Perdana Menteri  Israel Benjamin Netanyahu berkata, delegasi beliau di Kaherah perlu diberi jaminan keselamatan termasuk kandungan perjanjian yang perlu memenuhi segala permintaan Israel terutama jaminan keselamatan penduduk di Tel Aviv.

“Kami hanya akan bersetuju jika ada jawapan yang jelas berhubung keperluan dan jaminan keselamatan di Israel," katanya dalam laporan Time of Israel.

Sementara itu, Israel membangunkan satu sistem sokongan baharu Iron Spade yang boleh mengesan kewujudan terowong milik Hamas.

Jurucakap tentera berkata, sistem ini dibangunkan oleh konsortium Elbit Systems iaitu pemaju aset ketenteraan terbesar milik Israel.

"Kami lakukan persediaan awal dan teliti untuk memusnahkan terowong binaan Brided Al-Qassam jika serangan perlu diteruskan selepas mendapat persetujuan perdana menteri," katanya.

Palestin, Israel sambung semula rundingan

Kumpulan delegasi Palestin tiba di Kaherah untuk menyambung semula rundingan gencatan senjata. Foto: AFP
Kumpulan delegasi Palestin tiba di Kaherah untuk menyambung semula rundingan gencatan senjata. Foto: AFP
GAZA - PALESTIN. Israel dan Palestin menyambung semula rundingan gencatan senjata bagi mendapat kesepakatan sebelum tamat senjata lima hari di Gaza pada tengah malam ini.

Mesir selaku perantaraan mengesyorkan kepada kedua-dua pihak supaya menerima gencatan senjata lima hari, iaitu lanjutan kepada tiga hari yang dipersetujui sebelum ini bagi memberi lebih banyak masa untuk perbincangan.

Difahamkan, rundingan itu juga berkaitan dengan tuntutan negara antarabangsa supaya kedua-dua kumpulan bertelagah  itu menerima usul gencatan senjata kekal.

Sebelum ini, rundingan antara Israel dan Palestin gagal selepas beberapa permintaan ditolak antaranya permintaan membuka semula Lapangan Terbang Gaza dan pelabuhan serta tuntutan membebaskan tahanan sebagai pertukaran kepada mayat tentera Israel yang kini berada di Gaza.
Sementara itu, Israel masih belum mencapai keputusan mengenai inisiatif gencatan senjata kekal seperti dicadangkan.

Amerika Syarikat terdahulu dilaporkan bersetuju untuk berkhidmat sebagai penjamin bagi Israel.

Bagaimanapun, Menteri Komunikasi Israel Gilad Erdan berkata, sejak rundingan berlangsung beberapa kali sebelum ini tiada perjanjian dapat dicapai dengan Hamas.

"Jika rundingan kali ini juga gagal adalah lebih baik tiada rundingan lanjutan selepas ini. Israel tidak akan menerima sebarang tuntutan yang boleh mengancam nyawa penduduk Israel," katanya.

Sementara itu, seorang delegasi Palestinm Azzam al-Ahmed berkata, Israel perlu menerima tuntutan Hamas kerana peperangan ini sudah terlalu lama buat rakyat Palestin hingga ribuan terbunuh dan banyak harta benda musnah.

"Palestin harus bangkit membina semula penempatan dan pusat komersial. Sekatan dan kepungan ini harus ditamatkan segera bagi membebaskan rakyat Palestin," katanya dalam laporan Agensi.

Seorang budak lelaki yang cedera menerima rawatan di hospital al-Shifa di Bandar Gaza,

Seorang budak lelaki yang cedera menerima rawatan di hospital al-Shifa di Bandar Gaza, pada 18 Julai 2014. Israel meningkatkan serangan tanahnya di Gaza dengan meriam, kereta kebal dan bot-bot tentera pada hari Jumaat dan mengisytiharkan ia boleh "ketara memperluaskan" satu Palest operasi .. pegawai .inian tersebut telah membunuh nombor yang pernah lebih besar daripada orang awam. Bot-bot tentera Israel menerangi langit dengan api mereka sebelum subuh manakala helikopter ditembak ke Gaza itu. 
الازهار تحتضر. . .... 
Gambar oleh: Khaled Al Sabbah

palestin