Tuesday 5 July 2016

Turki hantar 11,000 
tan bantuan ke Gaza


05 Julai 2016 12:35 AM


Sebuah kontena diturunkan dari kapal Lady Leyla yang membawa bantuan

Sebuah kontena diturunkan dari kapal Lady Leyla yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza di Pelabuhan Ashdod di selatan Israel, kelmarin. REUTERS
TEL AVIV 4 Julai – Sebuah kapal Turki yang membawa kira-kira 11,000 tan bantuan kemanusiaan untuk penduduk Genting Gaza tiba di Pelabuhan Ashdod, Israel, semalam.
Ini merupakan kapal bantuan pertama Turki ke Gaza sejak 2010 apabila komando Israel me­nyerbu flotila bantuan yang mengakibatkan 10 aktivis Turki maut.
Insiden itu mengakibatkan pertikaian antara kedua-dua kerajaan sebelum Tel Aviv dan Ankara menandatangani perjanjian untuk memulihkan hubungan kedua-dua pihak, minggu lalu.
Kapal Lady Leyla lapor BBC membawa makanan, pakaian dan permainan dan dijangka tiba di Gaza ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri, Rabu ini.
Bantuan itu sudah diturun­kan di Ashdod sebelum dihantar mengikut jalan darat melalui Israel ke Gaza.
Jurucakap Israel, Oren Rosenblatt berkata, ini merupakan pelaksanaan segera perjanjian antara Israel dan Turki yang ditandatangani empat hari lalu.
“Terdapat usaha khas kerajaan untuk mempercepatkan proses penghantaran bantuan ini esok sebelum Gaza menyambut Hari Raya Aidilfitri,” katanya.
Perjanjian yang dipersetujui pada 27 Jun itu membenarkan Turki menghantar bantuan ke Gaza dan melaksanakan projek infrastruktur di wilayah tersebut.
Kedua-dua pihak juga akan melantik dua masing-masing di samping memulihkan hubun­g­an­ diplomatik.
Sementara itu di Turki, seba­nyak 13 suspek termasuk 10 rakyat Turki didakwa berhubung serangan bom bunuh diri di Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk, Istanbul yang diper­­ca­yai didalangi militan IS. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/turki-hantar-11-000-8232-tan-bantuan-ke-gaza-1.350440#sthash.c5GJA15X.dpuf

No comments:

Post a Comment