Sunday 27 September 2015

Israel Tidak Boleh Dibiarkan Bebas Tanpa Hukuman


Diterbitkan: Ahad, 27 September 2015 1:02 PM

NEW YORK: Israel tidak boleh dibiarkan bebas tanpa hukuman berhubung tindakannya berterusan melakukan serangan dan pencerobohan di Al-Quds Al-Sharif, termasuk serangan baru-baru ini ke atas Masjid Al-Aqsa yang menyedihkan rakyat Palestin dan umat Islam di seluruh dunia.
Menegaskan tindakan pelanggaran hak secara provokotif dan terang-terangan oleh Israel itu langsung tidak boleh diterima, Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman berkata tindakan itu jelas melanggar pelbagai undang-undang antarabangsa, undang-undang hak asasi manusia antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
"Namun, pihak Israel terus melakukannya dan bebas daripada hukuman. Kita tidak boleh membiarkan ini berterusan tanpa sebarang tindakan undang-undang terhadap mereka," katanya.
Anifah berkata demikian semasa menyampaikan kenyataan Malaysia pada mesyuarat kedua Peringkat Menteri Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengenai Mempertahankan Perjuangan Palestin dan Al-Quds Al-Sharif di sini pada Sabtu.
Malaysia, katanya mengutuk sekeras-kerasnya pencerobohan oleh Israel ke atas  masjid itu dan serangan terhadap umat Islam.

No comments:

Post a Comment