Monday 24 August 2015

Penduduk Palestin, askar Israel bertempur


Penduduk Palestin, askar Israel bertempur

23 OGOS 2015
Penduduk Palestin, askar Israel bertempur Seorang askar Israel mengacukan senjata api ke arah sekumpulan remaja Palestin dalam pertempuran di Kafr Qaddum, kelmarin. - Foto AFP

BAITULMAQDIS - PALESTIN . Sekurang-kurangnya empat orang cedera termasuk tiga kanak-kanak dalam pertempuran antara penduduk Palestin dengan tentera Israel di utara Tebing Barat.

Kelmarin, puluhan penduduk Palestin mengadakan protes di jalan-jalan utama di Kafr Qaddum bagi menyatakan kemarahan mereka berhubung dasar merampas tanah dan penutupan jalan di selatan bandar berkenaan oleh pihak berkuasa rejim Zionis.

Pertempuran meletus selepas askar Israel melepaskan tembakan peluru getah terhadap penunjuk perasaan terbabit.

Serangan ganas askar Israel itu menyebabkan seorang budak lelaki berusia enam tahun, Abd al-Rahim Abd al-Salam mengalami luka tembakan di bahu kanan.

Manakala Mousaa Abd Lateef, 13 dan Jamil Helmi, 17 masing-masing ditembak di bahagian tangan dan paha.

Dalam insiden berasingan, puluhan penduduk Palestin mengalami sesak nafas dan pengsan apabila askar Israel melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan tunjuk perasaan yang mengadakan bantahan terhadap pembinaan tembok dan penempatan haram Yahudi di Bil'in. - Press TV

No comments:

Post a Comment