Friday 23 January 2015

Shuhada Street kini menjadi Aparteid Street.




Rumah terakhir di Shuhada Street telah ditutup. Zionis secara suka hati mengimpal pintu rumah seorang warga emas, Puan Amal Hashem Dundeis di Al-Khalil sedangkan rumah tersebut telah diduduki secara turun-temurun.
Aktivis antarabangsa yang berada di tempat kejadian mempersoal tindakan zionis tersebut tetapi tidak berjawab. Puan Amal yang menghidap sakit jantung dan diabetes jatuh pengsan selepas diperlakukan sedemikian.
Beliau dikejarkan ke hospital, dan tiada maklumat terkini berkenaan keadaan kesihatan beliau. Shuhada Street kini menjadi Aparteid Street, mengikut aktivis antarabangsa di al-Khalil.
Kerana apa? Majoriti penduduk di Shuhada Street dipaksa berpindah, sedangkan dahulunya ia merupakan pekan yang sibuk dengan perniagaan masing-masing.

No comments:

Post a Comment