Monday 13 October 2014

Lebih RM3.64b dikumpul untuk Gaza

DARI kiri Menteri Luar Mesir, Sameh Shokri; Presiden Palestin, Mahmoud Abbas; Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi; dan Menteri Luar Norway, Borge Brende menghadiri pelancaran Persidangan Antarabangsa Kaherah Tentang Pembangunan Semula Gaza di Palestin, di Kaherah, semalam. - AFP
KAHERAH 12 Okt. - Sejumlah AS$1.12 bilion (RM3.64 bilion) berjaya dikumpulkan untuk pembangunan semula di Genting Gaza pada Persidangan Antarabangsa Kaherah Tentang Pembangunan Semula Gaza di Palestin, hari ini.
Daripada jumlah itu, sebanyak AS$212 juta (RM69.048 juta) disumbangkan Amerika Syarikat (AS), diikuti Qatar yang menyumbang AS$1 bilion (RM3.26 bilion).
Jerman pula mengumumkan sumbangan sebanyak 50 juta euro (RM205.61 juta), sementara Duta Britain ke Mesir, John Casson memberitahu, pihaknya menderma sejumlah A$32 juta (RM104.22 juta).
Pihak Berkuasa Palestin (PA) merayu bantuan sebanyak AS$4 bilion (RM13.03 bilion) untuk membangunkan Gaza selepas konflik baru-baru ini mengakibatkan sekurang-kurangnya 100,000 penduduk Gaza hilang tempat tinggal dan pelbagai kemudahan musnah.
Pada sidang sama, Setiausaha Negara AS, John Kerry mengulangi komitmennya untuk mencapai perjanjian damai di Asia Barat.
Bagaimanapun, usaha memulakan kembali rundingan itu masih samar-samar memandangkan Kerry tidak memberi butiran lanjut tentang bagaimana proses tersebut akan dilakukan.
"Kita bukan sahaja mengharapkan bantuan kewangan daripada persidangan ini, tetapi juga komitmen semua pihak ke arah perdamaian untuk penduduk Palestin, Israel dan seluruh rantau ini.
"Saya menjanjikan komitmen penuh Presiden AS, Barack Obama, diri saya dan AS untuk melakukannya," kata Kerry.
Dalam pada itu, Presiden Paletin, Mahmoud Abbas dalam ucapannya berkata, konflik terbaharu tersebut telah memusnahkan institusi kerajaan di Gaza yang memainkan peranan penting untuk pembangunan di wilayah berkenaan.
Beliau berharap, program pemulihan di Gaza dapat dilaksanakan memandangkan usaha itu menjadi syarat penting bagi membolehkan bantuan dibawa ke wilayah yang dikenakan sekatan oleh Israel itu.
"Gaza telah menderita tiga peperangan dalam tempoh enam tahun sehingga menyebabkan keseluruhan kawasan penempatan musnah. Kami memerlukan sumbangan yang besar bagi membina semula institusi kerajaan yang musnah akibat perang," katanya.
- AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20141013/lu_06/Lebih-RM364b-dikumpul-untuk-Gaza#ixzz3FybSs1X5
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment