Saturday 6 September 2014

Israel serlah sikap bongkak, degil


Tel Aviv: Israel semalam mengeluarkan tender untuk pembinaan 283 rumah baru di Tebing Barat, beberapa hari selepas mengumumkan rampasan terbesar tanah di wilayah Palestin yang dijajahnya sejak lebih 30 tahun lalu.

Peluasan penempatan Yahudi di Elkana yang terletak di barat daya Tebing Barat diluluskan Januari lalu dan pihak berkuasa tanah Israel mengeluarkan tender membina rumah itu, semalam.

Januari lalu, negara Zionis itu berkata, ia akan meneruskan pembinaan 5,000 rumah baru di wilayah dijajahnya di timur Baitulmaqdis dan Tebing Barat termasuk Elkana.

Langkah itu diambil sebagai jalan meredakan kemarahan penduduk Israel terhadap pembebasan tahanan Palestin seperti dipersetujui dalam rundingan damai yang dikelola Amerika Syarikat.



- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/06

No comments:

Post a Comment