Monday 4 October 2010

Statistik: Israel Culik 485 Rakyat Palestin Bulan Lepas

Imej4 Oktober 2010 - Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Agung Kebangsaan Bantuan Tahanan melaporkan penangkapan yang dilakukan oleh tentera Israel terhadap penduduk Palestin telah meningkat pad September 2010. Bilangan individu yang ditangkap pada bulan lepas mencapai 485 orang, kebanyakkannya dari Baitulmaqdis.

Laporan yang dikeluarkan pada hari Ahad(3/10) menyatakan, jumlah penangkapan yang dilakukan pada bulan lepas sebanyak 485 orang di antara mereka adalah 3 orang wanita dan lebih kurang 90 orang kanak-kanak. Antara tahanan kanak-kanak yang paling muda ialah berusia 13 tahun yang ditahan reman selama 10 hari dan dikenakan hukuman ketenteraan di mana dia tidak boleh pulang ke rumah dalam tempoh 15 bulan.

Laporang itu juga menyebut, serangan penangkapan itu tidak mengira sesiapa malah ia melibatkan aktivis-aktivis asing di Palestin. Seorang aktivis Amerika dan Britain ditangkap ketika menjalankan aktivi-aktiviti mereka membantah pembinaan dinding pemisah dan perampasan tanah di Bil'ein.

Riyad al-Asyqar Ketua Media Jawatankuasa tersebut menjelaskan, pada bulan lepas beliau menyaksikan penindasan yang paling zalim di dalam penjara-penjara Israel. Penindasan ini dilakukan dengan mengabaikan layanan dan khidmat perubatan yang sepatutnya diberi kepada tahanan-tahanan yang menghidap pelbagai penyakit yang merebak.

Al-Asyqar memberi tumpuan pada senarai tahanan-tahanan 'otai' yang telah menghabiskan masa mereka lebih dari 20 tahun. Jumlah tahanan-tahanan sebegini telah meningkat sehingga sebanyak 123 orang sehinggakan terdapat tahanan-tahanan yang merengkok di dalam penjara Israel dalam tempoh lebih dari 25 tahun.

No comments:

Post a Comment