Sunday 10 August 2014

Israel terus bedil Gaza ketika rundingan gencatan senjata diadakan hari ini


2014/08/10 - 11:28:42 AM
BANDARAYA GAZA: Perunding Palestin memberi amaran bahawa mereka akan meninggalkan Kaherah sekiranya wakil Israel tidak hadir pada rundingan mengenai gencatan senjata hari ini, manakala Israel terus membedil Gaza dari udara mengakibatkan sembilan lagi rakyat Palestin terkorban.

Rundingan gencatan senjata itu sepatutnya disambung di Kaherah hari ini di mana perunding Palestin dan Mesir sedang menanti ketibaan wakil Israel.


“Kami mempunyai mesyuarat esok (Ahad) dengan Mesir (perunding). Jika kami dapat mengesahkan bahawa wakil Israel akan meletakkan syarat bagi kembali berunding, kami tidak akan menerima syarat mereka,” kata ketua perunding, Azzam al-Ahmed.

Seorang lagi perunding Palestin berkata mereka memberi wakil Israel itu sehingga jam 1 petang GMT (kira-kira 9 malam Malaysia) hari ini.

Britain, Perancis dan Jerman semalam menggesa Israel dan Hamas supaya menyetujui gencatan senjata dengan segera. - AFP 

No comments:

Post a Comment