2014/07/30
GAZA: Israel melepaskan tembakan menggunakan kereta kebal dan serangan udara menyebabkan sekurang-kurangnya 43 rakyat Palestin di Semenanjung Gaza awal hari ini ketika rejim Yahudi menyasarkan pejuang Islam di berpuluh lokasi seluruh kawasan pantai.
Sehubungan itu, perunding Mesir sedang menyediakan cadangan gencatan senjata baharu.
Jurucakap Kementerian Kesihatan, Ashraf Al-Qidra berkata, kereta kebal Israel dan serangan udara ke atas kediaman dan sekolah di Jebalya di utara Gaza menyebabkan sekurang-kurangnya 43 orang terkorban dan ramai yang lain mengalami kecederaan termasuk 20 yang berlindung di sekolah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Di antara yang terkorban ialah seorang ahli paramedik dan seorang bayi.
Selain itu, lapan orang termasuk lima sekeluarga terkorban di Jebalya akibat serangan lain. - Reuters
No comments:
Post a Comment