Wednesday 23 July 2014

Malaysia kecam serangan berterusan ke atas Gaza


KUALA LUMPUR 23 Julai - Malaysia mengecam tindakan tidak berperikemanusiaan tentera Israel yang berterusan menyerang Gaza termasuk serangan terbaru di bandar Shejaija dan Hospital Al-Aqsa, semalam.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, serangan tersebut yang telah meragut sekurang-kurangnya 100 orang awam yang tidak berdosa termasuk 17 kanak-kanak dan 14 wanita.
Menurutnya, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu memainkan peranan dengan mengambil tindakan drastik dalam menghentikan kekejaman tentera Israel terhadap penduduk Palestin di Gaza.
"PBB perlu membantu untuk mengamankan kembali Gaza. Serangan bertubi-tubi Israel terhadap orang awam yang tidak berdosa merupakan jenayah kemanusiaan yang tidak seharusnya dimaafkan," kata kenyataan itu semalam.
Sehingga kini, serangan tanpa henti tentera Israel ke atas Gaza telah mengorbankan 576 orang awam dan mencederakan lebih 3,500 orang, selain memusnahkan rumah dan kemudahan awam. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140723/dn_02/Malaysia-kecam-serangan-berterusan-ke-atas-Gaza#ixzz38F4GI700
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment