Friday 11 July 2014

Gesa masyarakat beri tekanan kepada Israel


11 Julai 2014

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM) hari ini menggesa masyarakat antarabangsa memberi tekanan kepada Kerajaan Israel bagi menamatkan serangan baharu ke atas rakyat Palestin.
 
PCOM dalam satu kenyataan di sini berkata, sudah tiba masanya untuk masyarakat antarabangsa mendakwa pemimpin Israel kerana jenayah perang mereka.
   
"Kami percaya kerajaan Israel melancarkan serangan ini dengan mengeksploitasi tempoh bertenang dalam keadaan serantau untuk melarikan diri daripada krisis politik dalaman serta untuk menggagalkan perdamaian Palestin yang dicapai baru-baru ini," menurut kenyataan itu.
 
PCOM juga menyeru semua puak Palestin untuk bersatu menentang serangan Israel demi menggagalkan percubaan untuk melemahkan negara Palestin yang bersatu.
 
"Hak mana-mana individu yang dijajah untuk menentang kependudukan asing adalah hak yang sah dan dijamin undang-undang dan norma-norma antarabangsa. Rintangan daripada Rakyat Palestin dengan apa cara sekalipun, tidak terkecuali daripada tujuan ini," menurut kenyataan itu.
 
PCOM turut menggesa pihak media agar secara objektif membuat liputan mengenai serangan dan mendedahkan jenayah Israel terhadap rakyat Palestin.
 
Bersandarkan dalil yang lemah, Israel telah melancarkan serangan ke atas rakyat Palestin dan membunuh lebih 85 orang awam rakyat Palestin serta mencederakan lebih 700 orang sejak Ramadan dan jumlah berkenaan terus meningkat.  - Bernama

No comments:

Post a Comment