Friday 18 July 2014

Dr M harap Mesir buka laluan Rafah


Shah Alam: Kerajaan Mesir perlu membuka semula laluan Rafah agar bekalan makanan dan bantuan barangan keperluan dapat dihantar dan disalurkan kepada penduduk Gaza.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berharap kerajaan Mesir yang kini di bawah pentadbiran Presiden Abdul Fattah As-Sisi membenarkan negara luar termasuk Malaysia membantu Palestin menyalurkan bantuan melalui Rafah.


Beliau berkata, hanya laluan itu saja cara yang dapat menyalurkan bantuan kepada Gaza, namun ia dapat dilakukan sekiranya kerajaan Mesir memberi kebenaran.



“Mereka (Mesir) ada kalanya tidak membenarkan sesiapa melalui kawasan itu dan jika mereka tetap dengan cara itu, ia menjadi masalah kepada Gaza.


“Saya berharap kerajaan Mesir memberi kerjasama (kepada sukarelawan) dengan menjalankan kebajikan kepada penduduk di Gaza (kerana ia) bukan bantuan ketenteraan,” katanya kepada pemberita pada Majlis perasmian “Drive for Gaza” oleh Proton bersama Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) di Bangunan Proton Holdings Berhad, di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/18

No comments:

Post a Comment