Wednesday 14 May 2014

Bekas PM Israel dijel enam tahun



OLMERT (kanan) meninggalkan Mahkamah Daerah Tel Aviv di Tel Aviv semalam.


TEL AVIV - Bekas Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert semalam dihukum penjara selama enam tahun atas kesalahan menerima rasuah.
Ia merupakan hukuman pertama yang melibatkan sabitan jenayah ke atas seorang bekas ketua kerajaan di Israel.
Ketika perbicaraan sebelum ini, Olmert yang terkenal dengan usaha ke arah penyelesaian damai dengan Palestin menafikan menerima rasuah.
Dia didapati menerima rasuah semasa memegang jawatan sebagai Datuk Bandar Baitulmuqaddis.
Seorang peguam bela yang mewakili Olmert telah memohon kepada Mahkamah Daerah Tel Aviv di sini yang menjatuhkan hukuman ke atasnya dibebaskan buat sementara waktu.
Peguam bela itu meminta Olmert, 68, dibebaskan sehingga Mahkamah Agung memutuskan kes rayuannya yang diangka mengambil masa selama enam bulan.
Olmert didapati bersalah pada 31 Mac lalu.
Namun, hukumannya hanya diputuskan hakim semalam.
Dua tahun lalu, ahli politik veteran itu telah dibebaskan atas beberapa tuduhan rasuah lain dengan seorang ahli perniagaan dari Amerika Syarikat (AS).
Kes rasuah tersebut telah membuatkan Olmert meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada tahun 2008.
Hakim David Rozen mendapati Olmert terlibat dengan dua kesalahan rasuah.
Olmert didapati menerima rasuah sebanyak AS$144,000 (RM466,344) daripada pemaju pembinaan apartmen di Baitulmuqaddis.
Dia juga didapati bersalah menerima rasuah sebanyak AS$17,000 (RM54,926) dalam satu lagi kes hartanah lain. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0514&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz31dPyjOjH 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment