Wednesday 18 December 2013

Hari ini dalam sejarah | 17 Disember 1992 | Pengusiran 415 Pejuang Palestin ke Selatan Lubnan



Seramai 415 orang pejuang Hamas dan Jihad Islami di Gaza telah diusir secara paksa ke Marja Zuhur, Selatan Lubnan. Mereka adalah individu-individu penting dalam gerakan Hamas dan Jihad Islami yang telah berjaya dikenalpasti oleh pasukan perisik rejim Israel, Shin Bet. Antara individu yang diusir adalah Dr Abdel Aziz al-Rantissi, Dr Ismail Haniyeh, dan Dr Mahmoud Zahar.

Kerajaan Lebanon pada ketika itu enggan menerima para pejuang yang terusir ini dan menyisihkan mereka di Marja Zuhur tanpa tempat bergantung. Oleh kerana ia berlaku pada musim sejuk, penderitaan pejuang-pejuang ini telah mendapat perhatian warga antarabangsa. Ketokohan Dr Abdel-Aziz al-Rantissi terserlah apabila beliau menjadi jurucakap kepada kumpulan pejuang ini. Beliau mengutuk Palestine Liberation Organization(PLO); pertubuhan yang sepatutnya membela nasib rakyat Palestin, kerana tidak berbuat apa-apa apabila rakyat Palestin diusir secara terhina oleh regim Zionis Israel.

Pengusiran terancang ini sengaja dilakukan oleh rejim Israel dengan harapan mereka dapat melumpuhkan operasi Hamas dan Jihad Islami di Gaza. Kumpulan ini hanya dibenarkan pulang ke Gaza selepas termeterainya Perjanjian Oslo pada September 1993 antara PLO dan rejim Israel. Kini, Hamas tidak hanya berhadapan dengan kekejaman Israel tetapi terpaksa menderitai pengkhianatan PLO dalam perjuangan membebaskan Palestin. Persetujuan PLO untuk mengiktiraf kewujudan Israel dan meletak senjata adalah pengkhianatan terbesar dalam perjuangan memerdekakan Palestin.

Namun, ini tidak pernah membuat para pejuang yang terusir berputus-asa. Ternyata Dr Abdel Aziz al-Rantissi dan Dr Ismail Haniyeh kemudiannya muncul sebagai wira-wira Hamas yang dibanggakan oleh seluruh umat.

Pengusiran tidak akan pernah memadamkan semangat perjuangan ini hingga ke akhir waktu!

Ia malah memberi kekuatan kepada mereka dan membuka mata seluruh dunia akan keikhlasan HAMAS dalam memperjuangkan nasib Palestin!

[KJ]

No comments:

Post a Comment