Tuesday, 10 November 2015

Masjid Ibrahimi sasaran pencerobohan rejim Zionis


Masjid Ibrahimi sasaran pencerobohan rejim Zionis

9 NOVEMBER 2015
Masjid Ibrahimi sasaran pencerobohan rejim Zionis Penduduk Palestin dilarang memasuki Masjid Ibrahimi di Hebron, kelmarin.

RAMALLAH - PALESTIN . Tentera Israel melarang penduduk Palestin memasuki Masjid Ibrahimi di Hebron dan turut menahan pengarahnya, kelmarin.

Susulan itu, Menteri Wakaf dan Agama, Yousef al-Failat bertindak mengecam tindakan itu yang disifatkan berunsur perkauman.

"Masjid tersebut telah menjadi sasaran baharu pencerobohan rejim Zionis walaupun ia tiada kaitan dengan Yahudi," katanya.

Menurutnya lagi, pelampau Yahudi turut melakukan provokasi dengan membaling batu ke arah rumah penduduk Palestin berhampiran masjid di Tebing Barat tersebut.

Jumaat lalu, pertubuhan hak asasi manusia Israel, B'Tselem turut menyelar tindakan keganasan yang tidak bermoral dan melanggar undang-undang dilakukan rejim Zionis. - Press TV

Rejim Zionis bedil Gaza


Rejim Zionis bedil Gaza

10 NOVEMBER 2015
Rejim Zionis bedil Gaza Pertempuran antara rejim Zionis dan penduduk Palestin tercetus sejak beberapa minggu lalu. - Foto AFP

GENTING GAZA - PALESTIN. Tentera rejim Zionis dilaporkan membedil pusat kemudahan milik Hamas di selatan Genting Gaza di bawah tindakan keganasan terbaharu yang dikhuatiri akan meningkatkan lagi konflik di wilayah tersebut.

Saksi mendakwa serangan udara menyasarkan bandar Khan Yunis terbabit berlaku pada awal pagi semalam.

Sehingga kini, tiada laporan kematian dikeluarkan daripada pihak berkuasa Palestin atau Israel.

Menurut media di Tel Aviv, serangan itu dilancarkan kononnya sebagai respons terhadap bedilan roket ke selatan negara itu yang turut mencetuskan siren amaran, kelmarin.

Dalam perkembangan lain, pihak berkuasa rejim Zionis bertindak mengisytiharkan beberapa kejiranan di bandar Qalqiliya di utara Tebing Barat sebagai zon tentera.

Agensi berita Wafa melaporkan tentera Israel turut menutup beberapa persimpangan utama di wilayah tersebut dan penduduk Palestin juga akan diberikan permit khas untuk membolehkan mereka masuk atau meninggalkan kediaman masing-masing.

Difahamkan, arahan itu dikeluarkan selepas rejim Zionis meningkatkan usaha untuk memburu suspek serangan terbaharu yang menyebabkan seorang penduduk Israel cedera, lapor Press TV.

53 peratus penduduk Israel sokong pembunuhan penduduk Palestin

seorang penduduk Palestin yang mengadakan tunjuk perasaan menggunakan

Seorang penduduk Palestin yang mengadakan tunjuk perasaan menggunakan lastik gergasi untuk melontar batu ke arah tentera Israel dalam pertempuran berhampiran Shejaiya, sebuah daerah di timur Gaza City, pada 6 November lalu. AFP
TEL AVIV 9 Nov. – Kira-kira 53 peratus penduduk Israel melahirkan sokongan terhadap pembunuhan penduduk Palestin secara sewenang-wenangnya oleh pihak berkuasa Israel walaupun mangsa tidak mendatangkan ancaman.
Data yang diperolehi daripada tinjauan orang ramai yang diterbitkan Institut Demokrasi Israel itu sekali gus melambangkan sikap keras hati pendatang haram Yahudi ketika kekacauan terus merebak di Tebing Barat dan Genting Gaza.
Tinjauan itu yang dijalankan terhadap 600 orang responden dalam tempoh dua hari pada penghujung Oktober lalu, menilai sikap penduduk Israel sama ada Yahudi dan penduduk Palestin di Israel.
Lebih mengejutkan menurut laporan Al Jazeera, kajian itu mendapati sebanyak 80 peratus daripada responden percaya, kediaman keluarga individu Palestin yang melancarkan serangan, perlu dimusnahkan sama sekali.
Sejak Oktober lalu, tentera Israel atau peneroka haram Yahudi membunuh sekurang-kurangnya 77 penduduk Palestin dengan kematian terbaharu melibatkan seorang wanita yang didakwa melancarkan serangan pisau terhadap pasukan keselamatan di sebuah pusat pemeriksaan.
Keganasan sama turut mengakibatkan kematian melibatkan 10 orang penduduk Israel.
Rentetan serangan yang kebanyakannya menggunakan benda tajam mahupun kenderaan, pe­mimpin Israel meminta pihak berkuasa membunuh penduduk Palestin yang didakwa melakukan serangan dengan perkara itu diusulkan ahli Parlimen Israel, Yair Lapid dan Menteri Keselamatan, Gilad Erdan.
Malah di Baitulmaqdis, Ketua Polis Bandar, Moshe Edri berkata, setiap penduduk Palestin yang melancarkan serangan ‘berkemungkinan besar dibunuh’.
Bagaimanapun, langkah pembunuhan secara sewenang-wenangnya itu menerima tentangan kumpulan hak asasi manusia Israel yang mewakili sembilan pertubuhan bukan kerajaan.
“Ahli politik dan pegawai kanan polis tidak membantu untuk meredakan ketegangan dan mententeramkan orang ramai,’’ kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.
Dalam kejadian berasingan, sekumpulan peneroka haram Yahudi dilapor merampas tanah pertanian milik penduduk Palestin dalam kejadian di Kampung Jalbun, timur bandar Jenin.
Menurut sumber tempatan kepada Pusat Maklumat Palestin (PIC), peneroka haram bertindak membuang pagar besi di tanah itu sebelum menghalau petani Palestin dari situ.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/53-peratus-penduduk-israel-sokong-pembunuhan-penduduk-palestin-1.156763#sthash.7RWvBMsD.dpuf

Monday, 9 November 2015

2 lagi korban keganasan Israel


Mayat seorang penduduk Palestin terbaring di atas jalan selepas mangsa ditembak mati tentera Israel di bandar Nablus, Tebing Barat, semalam. AGENSI
BAITULMADIS 8 Nov. – Dua rakyat Palestin termasuk seorang wanita menjadi mangsa terbaharu keganasan tentera Israel dalam dua kejadian berasingan di Tebing Barat hari ini.
Dalam kejadian pertama, seorang lelaki Palestin ditembak mati oleh pasukan keselamatan rejim Zionis selepas didakwa me­rempuh sekumpulan penduduk Yahudi di kawasan persimpangan di selatan Nablus, menyebabkan tiga orang cedera, dengan dua da­ripadanya parah.
Sementara itu di sebuah kawasan penempatan Beitar Illit, seorang wanita Palestin ditembak mati oleh askar Israel selepas didakwa melancarkan serangan pisau.
Dua kematian terbabit menjadikan angka korban dalam kalangan rakyat Palestin meningkat kepada 73 orang sejak keganasan tercetus di Tebing Barat dan Genting Gaza pada awal bulan lalu.
Dalam perkembangan be­­r­a­singan, tentera Israel semalam menyekat pintu keluar dari selatan Tebing Barat ketika pasukan tentera melancarkan usaha memburu individu terlibat selepas berlaku kejadian tembakan yang menyasarkan penduduk Yahudi dan tentera.
Menurut tentera, dua remaja Israel ditembak dan beberapa yang lain cedera di lokasi yang dikenali oleh penduduk Yahudi sebagai Makam Nabi Ibrahim, manakala penduduk Islam pula menggelar­nya Masjid Ibrahim.
Kira-kira 4,000 penduduk Yahudi membuat lawatan ke Hebron kelmarin dan semalam sebagai sebahagian daripada acara keagamaan.
Selain itu, seorang anggota tentera juga ditembak dan ce­dera berhampiran perkampu­ngan Pa­lestin di Beit Anon, utara Hebron.
Agensi Keselamatan Dalam Negeri Israel, Shin Bet memaklumkan, pihaknya menahan seorang remaja Palestin berusia 16 tahun dari Kampung Bani Naim, yang mengaku melakukan tembakan di Beit Anon. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/2-lagi-korban-keganasan-israel-1.156434#sthash.X6DBh786.dpuf

Sunday, 8 November 2015

YAHUDI SEKARANG SEMAKIN TAKUT AIR TASIK GALILEE MAKIN KERING









Hari ini (27/11/2011) telah genap setahun selepas akhbar harian Kosmo! (M) melaporkan beberapa pemimpin Israel mengadakan upacara memanggil hujan. Ia diadakan berikutan kebimbangan Yahudi di Israel terhadap paras air di Tasik Galilee yang dilihat semakin susut.


Akhbar Kosmo! bertarikh 27/11/2010 {1} itu antara lain menunjukkan beberapa orang lelaki Yahudi meniup alat muzik shofar sebelum majlis penyembahan meminta hujan yang diadakan di atas bot di tengah-tengah laut Galilee, utara Israel.


Tahukah anda pada hari ini (27/11/2011), berapakah paras air Tasik (juga disebut laut) Galilee? Menurut data yang MacJay.Net perolehi dari sebuah laman sesawang Save the Kinneret, yang bertanggungjawap melaporkan tahap paras air di Tasik Galilee - paras tasik tersebut kini berada di tahap -213.66 (24-27). Kali terakhir, ia berada pada paras -213.67 (12-24) iaitu penurunan sebanyak 0.01. {2}


APAKAH HUBUNGKAIT TASIK GALILEE DENGAN UMAT ISLAM ?


Sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang diterima dari Fathimah binti Qais dalam al-Fitan menyebut :
“Saya telah mendengar muazzin Rasulullah s.a.w memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah s.a.w. Selesai solat, Rasulullah s.a.w naik ke atas mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda tertawa dan berkata: “Jangan ada yang bergerak. Hendaklah semua duduk di atas sajadahnya.”

Kemudian berkata: “Tahukah kamu mengapa aku memerintahkan kamu jangan ada yang pulang?”

Kami menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.”

Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Demi Allah aku menyuruh kamu berkumpul di sini bukan ingin menakut-nakuti dan bukan memberi khabar gembira. Aku ingin menceritakan kepada kamu bahawa Tamim Ad-Dari adalah seorang Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada bercerita kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal."

"Kisah yang dia ceritakan itu sesuai dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu sebelumnya. Katanya dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut dengan menaiki kapal. Angin kencang datang bertiup dan ombak besar membawa mereka ke tengah-tengah samudera yang luas. Mereka tidak dapat menghalakan kapalnya ke pantai sehingga terpaksa berada di atas laut selama satu bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau menjelang terbenamnya matahari. Di pulau yang tidak ditempati orang itu mereka berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga tidak nampak mana jantina dan duburnya."

Mereka bertanya kepada binatang itu: “Makhluk apa engkau ini?”

Binatang itu menjawab: “Saya adalah Al-Jassasah.”

Mereka tanya: “Apa itu Al-Jassasah?”

Binatang itu hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu. Mereka pun pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh binatang itu."

Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yang sangat besar dan tegap. Ertinya mereka tidak pernah melihat orang sebesar itu. Dari tangannya sampai ke tengkuknya dikuatkan dengan besi, begitu juga dari lututnya sampai ke telapak kakinya.

Mereka bertanya: “Siapakah anda?”

Orang seperti raksaksa itu menjawab: “Kamu telah mendengar cerita tentang aku. Sekarang aku pula ingin bertanya: “Siapa kamu ini?”

Mereka menjawab: “Kami adalah manusia berbangsa Arab. Kami pergi ke laut menaiki kapal, tiba-tiba datang ombak besar membawa kami ke tengah-tengah samudera luas dan kami berada di lautan selama satu bulan. Akhirnya kami terdampar di pulau yang tuan tempati ini."

“Pada mulanya kami berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga kami tidak dapat mengenali jantinanya. Kami tanya siapa dia katanya Al-Jassasah. Kami tanya apa maksudnya dia hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu.”

Itulah sebabnya kami datang ke tempat ini. Sekarang kami sudah berjumpa dengan tuan dan kami ingin tahu siapa tuan sebenarnya.”

Makhluk yang sangat besar itu belum menjawab soalan mereka terus sahaja mengemukakan soalan: “Ceritakan kamu kepadaku keadaan kebun kurma yang di Bisan itu,” (nama tempat di negeri Syam).

Mereka menjawab: “Keadaan apanya yang tuan maksudkan?”

Orang besar itu menjawab: “Maksudku apakah pokok kurma itu berbuah?”

Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah, orang besar tadi berkata: “Aku takut pokok itu tidak berbuah.”

Orang besar itu bertanya lagi: “Ceritakan kepadaku tentang sungai Tabarah.”

Mereka menjawab: “Tentang apanya yang tuan maksudkan?”

Lelaki itu menjawab: “Maksudku airnya apakah masih ada.” Mereka menjawab: “Airnya tidak susut.”

Lelaki itu berkata: “Air sungai itu disangsikan akan kering.”

Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata: “Kalau begitu ceritakan kepadaku tentang Nabi Al-Amin itu, apa yang dia buat?”

Mereka menjawab: “Dia telah berhijrah dari Makkah ke Madinah.”

Lelaki itu bertanya lagi: “Apakah dia diperangi oleh orang-orang Arab?” Mereka menjawab: “Ya, dia diperangi oleh orang-orang Arab.”

Lelaki itu bertanya lagi: “Kalau begitu apa pula tindakan dia terhadap mereka?” Mereka ceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya.

Orang besar itu berkata lagi: “Memang begitulah, padahal mereka beruntung jika taat kepadanya.”

Kata orang besar itu lagi: “Sekarang aku terangkan kepada kamu bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal. Nanti aku akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Dalam masa empat puluh malam sudah dapat aku jalani semua, kecuali Makkah dan Madinah yang aku tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya.”

Kata Tamim Al-Dariy lagi, “Rasulullah s.a.w menekankan tongkatnya di atas mimbar sambil berkata: “Inilah negeri yang tidak dapat dimasukinya itu, iaitu Madinah. Saudara-saudara sekalian apakah sudah aku sampaikan cerita ini kepada kamu?”

Mereka menjawab: “Ya, sudah ya Rasulullah.”

Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Sememangnya hadis Tamim itu lebih meyakinkan saya lagi. Ceritanya itu bersesuaian dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah dan Madinah yang dikatakan tidak dapat dimasuki Dajjal. Cuma dia ada mengatakan di lautan Syam atau di laut Yaman. Tidak, bahkan ia dari arah timur. Ia dari arah timur,” kata Rasulullah s.a.w sambil menunjuk ke arah timur.
Perhatikan pada ayat di atas yang telah dihitamkan. Sungai Tabrah yang disebutkan itulah yang kini dikenali sebagai Tasik Galilee (juga disebut laut). Keadaan 'paras air' di Tasik Galilee ini telah pun disebut-sebut pada zaman Rasulullah SAW jika diperkirakan dari sudut hadith Tamim Ad-Dari ini.

Perhatikan pada ayat di bawah :

Lelaki itu berkata: “Air sungai itu disangsikan akan kering.”
Jelas sekali, Dajjal telah memberitahu kepada 'mereka' bahawa dia (Dajjal) bimbang paras air di Sungai Tabarah (Tasik Galilee) akan kering kerana berdasarkan apa yang telah dijanjikan, Dajjal akan dibunuh oleh Isa Ibn Maryam (Nabi Isa as) yang akan turun setelah keringnya air di tasik itu.


Hendaklah diingatkan bahawa hadith Tamim ad-Dari ini sememangnya terbukti sahih apabila ia diriwayatkan oleh Imam Muslim dan beberapa orang lagi yang tinggi martabatnya dalam Islam. Penulis buku "Membongkar Misteri Dajjal", Muhammad Nurani Maarif memberikan komentarnya berkenaan hadith ini dengan berkata :
Nabi (SAW) tidak hanya memiliki sifat cerdik di dalam memilih kata-kata, bahkan dia adalah seorang yang benar di dalam setiap tutur katanya. Dia membenarkan buah butir perkataan Tamim ad-Dari. Baginda seorang yang amanah dan tidak berselindung atau meninggalkan kata-kata tersembunyi. Baginda berusaha menjelaskan keadaan Dajjal yang dilihat oleh Tamim ad-Dari itu agar ia difahami dengan jelas dan terang.


Saya membaca dan meneliti hadith perihal Dajjal ini (hadith Tamim ad-Dari) secara berulang kali, bahkan melihat riwayat-riwayat yang lain untuk mendapatkan kepastian apakah benar Nabi SAW sekadar menyatakan sesuatu tetapi pada hakikatnya mempunyai makna yang berlainan. JELAS IA TIDAK BERLAKU DEMIKIAN.


Tamim ad-Dari menyebut: :... akulah Jasassah. Tak usahlag kamu bertanya lagi dan hendaklah kamu pergi menemui SEORANG LELAKI yang ada di tempat pertapaan (biara) kerana ia sangat mahu mendengar berita dari kamu. {4}


Jika Dajjal yang dimaksudkan itu adalah segolongan manusia, kenapa pada ketika itu Nabi Muhammad SAW tidak memotong kata-kata Tamim ad-Dari atau mengubahnya atau menghuraikannya semula dihadapan para sahabat yang khusyuk mendengar buah kata baginda? Adalah sesuatu yang pelik apabila Nabi (SAW) tidak bertangguh memanggil para sahabat yang jauh mahupun dekat untuk mendengar berita ini tetapi hanya diam dan bertangguh untuk membetulkan kesalahan fakta dan huraian tamim ad-Dari (jika ada). Bahkan Nabi SAW meng-ia-kan apa yang ditemui oleh Tamim ad-Dari adalah Dajjal.


....Oleh kerana Nabi (SAW) bersifat amanahlah maka baginda menyampaikan berita yang didengarinya tanpa menokok tambah dan baginda menggunakan laras bahasa yang mudah , terang dan jelas...{5}
Apa yang boleh kita fahami daripada komentar Muhammad Nurani Maarif di atas adalah mengenai logik dansahih-nya hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Fathimah bin Qais ini.Tidak mampu untuk kita selaku umat akhir zaman cuba menafikan kebenaran, dari petunjuk Nabi SAW ini hanya kerana kita takut menghadapi kemusnahan.


Tasik Galilee kini sedang mengering dengan pantas. Sekiranya diperhitungkan keseluruhan fakta-fakta saintifik yang diperolehi, diperkirakan dengan petunjuk-petunjuk Nabi SAW menerusi hadith-hadith baginda, kita akan dapati bahawa semuanya akan lengkap dalam tempoh 40 tahun saja lagi.


Sebelum kemunculan Imam Mahdi, akan terlebih dahulu munculnya Panji Hitam Dari Timur. Jarak kemunculan di antara Panji Hitam dan Imam mahdi adalah 72 bulan. Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanad daripada Muhammad bin Hanafiah dia berkata ;
"Akan muncul bendera hitam milik Bani Abbas (Bendera Syiah) kemudian akan muncul dari Khurasan bendera lain yang berwarna hitam,tutup kepala mereka hitam dan pakaian mereka putih..."hingga beliau berkata "Jarak antara kemunculannya dengan diserahkannya urusan kepada Al-Mahdi adalah 72 bulan."{6}
Ini bermakna, apabila "Panji Hitam" benar-benar memperlihatkan 'diri'nya maka, umat Islam hanya ada 72 bulan sahaja sebelum menyaksikan pengzahiran Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu. Kemunculan Imam Mahdi bakal disusuli dengan kemunculan Dajjal sebelum turunnya Nabi Isa as sebagai One Man To Unite Them All.


Masihkah anda ingat dengan berita kematian Putera Mahkota Arab Saudi, Sultan Abdulaziz yang menggemparkan hampir seluruh umat Islam sedunia? {7} Kegemparan yang berlaku dalam berita kematian baginda Sultan Abdulaziz bukanlah kerana Sultan Abdulaziz itu sendiri, tetapi muncul khabar angin yang mengatakan bahawa pemerintah Arab Saudi yang sedang memegang takhta negara arab itu kini yakni Raja Abdullah telah mangkat. Ramai yang sudah sedia maklum bahawa kesihatan Raja Abdullah sendiri tidak begitu baik sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Baginda Raja Abdullah dikatakan menerima rawatan dari masa ke semasa oleh doktor yang merawat sakit jantungnya.


Apa yang mengejutkan umat Islam mengenai berita khabar angin itu ialah 'khabar angin mengenai kematian Raja Abdullah' itu benar-benar berlaku di saat negara-negara Arab sedang dilanda Revolusi rakyat. Sebahagian daripada para pembaca pastinya sudah faham apa yang cuba saya perkatakan ketika ini. Yang dimaksudkan ialah salah-satu tanda saat pembaiatan Imam Mahdi sepertimana yang telah disebutkan :



Daripada Ummu Salamah, diriwayatkan secara marfu' :



"Akan terjadi perbezaan pendapat ketika wafatnya seorang khalifah. Kemudian salah seorang lelaki penduduk Madinah pergi keluar menuju Makkah. Penduduk Makkah menemuinya, memintanya keluar dari rumah, padahal ia tidak menyukainya. Kemudian mereka membai'ah lelaki itu di antara rukun (Hajar al-Aswad) dan maqam (Maqam Ibrahim). 


Kemudian datanglah satu pasukan dari Syam untuk memeranginya. Pasukan itu diserang di padang pasir yang tandus, yang terletak di antara Makkah dan Madinah. Ketika orang-orang soleh Syam dan sekelompok orang Iraq mengetahui itu, mereka mendatangi lelaki tersebut dan membai'ahnya (di antara Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim). Saat itu muncul seorang lelaki Quraisy yang memiliki garis keturunan daripada pihak ibu Bani Kilab. Lalu lelaki Quraisy itu mengirimkan pasukan untuk memerangi orang-orang yang membai'ah tadi berhasil mengalahkan pasukan yang dikirim lelaki Quraisy itu. 

Pasukan lelaki Quraisy tersebut bagaikan anjing. Merugilah orang-orang yang tidak menyaksikan rampasan perang Bani Kilab itu. Kemudian lelaki itu membahagikan harta itu. Dia menerapkan sunnah Nabi SAW sehingga Islam menjadi terhormat di muka bumi ini. Lelaki itu (al-Mahdi) memerintah selama tujuh tahun, kemudian wafat dan kaum Muslimin mensolatkannya." {8}


Mungkinkah kewafatan Raja Abdullah dari Arab Saudi yang dimaksudkan di dalam hadith diatas? Wallahualam bissawab. Berat hati saya untuk menafikannya apabila mengenangkan bumi Arab Saudi itu, adalah lokasi di mana terletaknya bumi suci, Madinah dan Makkah.
 Mudah-mudahan kita ditempatkan dikalangan orang-orang yang beruntung. INGATLAH BETAPA DEKATNYA KEDUDUKAN KITA (UMAT NABI MUHAMMAD SAW) DENGAN HARI AKHIR DUNIA.

AS perlu bertanggungjawab kerana bantu Zionis


WARTAWAN SINAR HARIAN
7 NOVEMBER 2015

AS perlu bertanggungjawab kerana bantu Zionis

AS perlu bertanggungjawab kerana bantu Zionis Seorang lelaki membawa mayat bayi berusia lapan bulan yang terbunuh selepas terdedah kepada gas pemedih mata dilepaskan tentera Israel di rumahnya. Foto: AFP

JAKARTA - INDONESIA. Amerika Syarikat (AS) perlu bertanggungjawab kerana membantu dan bersubahat dengan rejim Zionis dalam melakukan jenayah pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin, menurut peguam antarabangsa dan pengulas politik.

Barry Grossman yang berpangkalan di Pulau Bali, Indonesia, berkata, di bawah perjanjian sedia ada ditandatangani pada 2007 hingga 2017, Israel telah menggunakan kira-kira AS$3 bilion (RM13 bilion) bantuan ketenteraan setiap tahun.

Katanya, pada tahun ini Israel memohon kenaikan bantuan ketenteraan sehingga 60 peratus iaitu purata sebanyak AS$5 bilion (RM22 bilion) setahun bagi sepanjang tempoh 2018 hingga 2028.

"Setiap dolar yang disediakan oleh pembayar cukai AS untuk membiayai tentera, adalah dolar dari bajet Israel sendiri yang akan digunakan untuk merasuah ahli politik Amerika.

"Bantuan ketenteraan AS untuk sekutu dan negara lain diagihkan pada suku tahun, tetapi Israel menerima semua peruntukannya secara penuh pada awal tahun ini," katanya dipetik Press TV.

Menurutnya lagi, rejim Zionis turut diberi kelebihan membeli senjata lebih cepat dan boleh membuat tawaran secara langsung dengan pengeluar senjata," katanya.

Israel biarkan penunjuk perasaan Palestin mati


Gambar memaparkan sekumpulan tentera Israel berkawal di luar pintu
GAMBAR memaparkan sekumpulan tentera Israel berkawal di luar pintu masuk Pusat Kawalan Jalama di Baitulmaqdis, baru-baru ini. AGENSI
LONDON 7 Nov. – Sebuah organisasi hak asasi manusia antarabangsa mendedahkan bahawa pasukan keselamatan Israel telah membunuh 31 penduduk Palestin yang ditahan kerana mengadakan tunjuk perasaan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis, sejak berlakunya intifada ketiga pada Oktober lalu.
Laman web The Palestinian Information Centre memetik laporan kumpulan Pemantau Hak Asasi Manusia Euro-Mediterranean sebagai berkata, rejim Zionis itu dengan sengaja membunuh penduduk Palestin yang ditahan dengan membiarkan mereka berada dalam keadaan cedera untuk jangka masa yang panjang, sebelum meninggal dunia.
Salah seorang penunjuk perasaan Palestin terbabit adalah Mohamed Nazal, 17, di mana mangsa yang cedera dibiarkan tanpa rawatan selama 105 minit sebelum dibunuh.
Laporan itu menyebut Mohamed dibunuh oleh tentera Isarel pada 31 Oktober lalu di Pusat Kawalan Jalama, Baitulmaqdis.
Badan hak asasi itu turut mendedahkan bagaimana seorang wartawan, Iman Silawi yang tiba di tempat kejadian sejam selepas insiden pembunuhan itu, dihalang tentera Israel daripada mendekati mangsa.
“Mohamed terbaring di lantai kira-kira 100 meter dari pusat kawalan, di mana saya dan beberapa orang tentera Israel berdiri berhampiran pintu pagar pusat kawalan itu.
“Mangsa meninggal dunia selepas dipukul di kepala dan leher sebelum diheret serta dibogelkan,” kata Iman.
Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pasukan Palang Merah Palestin selepas disahkan meninggal dunia.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/israel-biarkan-penunjuk-perasaan-palestin-mati-1.155744#sthash.IS7AB8Xe.dpuf

Saturday, 7 November 2015

Mesir tembak 
mati nelayan Palestin


07 November 2015 1:12 AM



GAZA CITY 6 Nov. - Tentera Laut Mesir me­nembak mati seorang nelayan Palestin dan mencederakan beberapa orang penduduk Palestin yang lain di kawasan pantai berhampiran sempadan kawasan yang ditadbir pergerakan Hamas di Gaza dan Mesir, semalam.
Menurut jurucakap Kementerian Kesihatan Palestin, Ashraf al-Qudra, mangsa yang ditembak mati dikenali sebagai Faris Meqdad, 18.
Kementerian Dalam Negeri Gaza mengutuk tindakan tentera Mesir itu dan menuntut supaya siasatan dijalankan.
“Kami mengutuk tindakan yang dilakukan tentera Mesir sehingga mengorbankan seorang nelayan kami dan mencederakan beberapa orang yang lain. Siasatan perlu dijalankan,” jelas kementerian tersebut dalam satu kenyataan.
Sebelum ini, tentera Mesir se­ring melepaskan tembakan ke arah penduduk Gaza kerana didakwa menyeberangi sempadan maritim antara Mesir dan wilayah Palestin di Gaza.
Mesir kini jarang membuka pintu sempadannya dengan Gaza, dan wilayah Palestin itu turut dikenakan sekatan oleh Israel.
Sejak penyingkiran Presiden Mohammed Mursi pada 2013, beratus-ratus terowong haram yang digunakan oleh penduduk Palestin untuk membawa masuk barangan termasuk senjata dari Sinai ke Gaza telah dimusnahkan oleh tentera Israel dan Mesir.
Pergerakan Hamas yang mentadbir Genting Gaza kehilangan sekutu dan berdepan hubungan tegang dengan Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi, yang menyingkirkan Mursi. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/mesir-tembak-8232-mati-nelayan-palestin-1.155544#sthash.ee5vHbvU.dpuf

Friday, 6 November 2015

Rejim Zionis curi organ


Rejim Zionis curi organ

6 NOVEMBER 2015
Rejim Zionis curi organ Kandungan surat itu turut mengutuk tindakan kekerasan rejim Zionis ke atas penduduk Palestin. - Gambar kecil: Riyad

RAMALLAH - PALESTIN . Duta Palestin ke PBB mendakwa rejim Zionis mencuri organ penduduk Palestin yang terbunuh dalam insiden pertempuran dengan pihak berkuasa Israel.

Perkara itu didedahkan Riyad Mansour menerusi surat dihantar kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon, kelmarin.

Menurut Riyad, mayat mangsa dikembalikan dalam keadaan tidak sempurna yang mana sebahagian besar daripada kornea dan organ mereka telah diambil tanpa pengetahuan waris keluarga.

Difahamkan, kes curi organ oleh Israel pertama kali dibongkar oleh akhbar Sweden, Aftonbladet pada 2009.

Ogos tahun lalu, The New York Times turut melaporkan orang tengah yang mendalangi sindiket itu di Tel Aviv telah mengaut keuntungan berlipat ganda dalam kegiatan penyeludupan organ terbabit sejak tahun 2000.

Selain itu, beliau turut mengutuk tindakan ganas rejim Zionis termasuk penggunaan kekerasan dan penindasan melampau terhadap penduduk Palestin di Tebing Barat, Baitulmaqdis Timur serta Genting Gaza sejak beberapa bulan lalu.

Konflik semakin meningkat di wilayah itu selepas pihak berkuasa Israel mengenakan sekatan lebih ketat terhadap penduduk Palestin yang mahu memasuki pekarangan Masjid al-Aqsa pada Ogos lalu. - Press TV

Thursday, 5 November 2015

Lagi rumah penduduk Palestin dirobohkan


Lagi rumah penduduk Palestin dirobohkan

5 NOVEMBER 2015
Lagi rumah penduduk Palestin dirobohkan Keadaan rumah milik penduduk Palestin selepas dirobohkan oleh tentera Israel.

BAITULMAQDIS - PALESTIN. Tentera Israel terus bertindak kejam apabila membakar dan merobohkan beberapa rumah milik rakyat Palestin di kawasan kejiranan Beit Hanina di Timur al-Quds, menurut laporan agensi berita Ma’an Palestin.

Saksi memberitahu, pasukan keselamatan Israel menggunakan jentolak untuk merobohkan kompleks perumahan yang mengandungi tiga pangsapuri, termasuk semua barangan milik penghuni selepas memaksa mereka keluar dari rumah.

Runtuhan turut memotong bekalan air dan elektrik ke rumah berhampiran selain mengganggu beberapa kemudahan lain di sekitar kawasan kejiranan tersebut.

Penduduk tempatan juga memaklumkan, rejim Zionis tetap meneruskan perobohan itu walaupun mereka telah memperoleh perintah dari mahkamah Israel untuk menghentikan rancangan berkenaan. - Press TV

Monday, 2 November 2015

Lima remaja dibunuh Israel dikebumikan


AHLI keluarga lima remaja Palestin yang terkorban menatap wajah mangsa sebelum dikebumikan di Hebron, Tebing Barat kelmarin.


HEBRON – Satu keganasan tercetus kelmarin di titik pertempuran bandar Hebron, Tebing Barat ketika sekumpulan rakyat Palestin mengebumikan lima remaja yang terbunuh dalam gelombang serangan dan pertempuran dengan tentera Israel.
Remaja berkenaan ditembak mati oleh pengawal sempadan Israel di pusat pemeriksaan antara Tebing Barat dan Israel selepas dia didakwa cuba menikam salah seorang daripada mereka, kata polis.
Peningkatan pergolakan sejak awal Oktober lalu telah mencetuskan kebimbangan terhadap kebangkitan Intifada ketiga Pa­lestin ke atas pendudukan Israel oleh generasi yang dicengkam kekecewaan dan kemarahan terhadap usaha damai yang terhenti.
Seramai 66 penduduk Palestin, sembilan Israel dan seorang berbangsa Arab Israel telah terbunuh sejak keganasan tercetus bulan lalu.
Keganasan juga telah merebak ke Tebing Barat dengan protes dan serangan harian terhadap tentera rejim, manakala di Semenanjung Gaza berlaku pertempuran dengan tentera Israel di sepanjang sempadan wilayah itu.
Beribu-ribu rakyat Palestin yang sedih menghadiri pengebumian lima remaja berkenaan termasuk dua daripada mereka yang terkorban adalah perem­puan.
Mereka mengibarkan bendera Palestin sambil melaungkan slogan ‘Kami akan mati tetapi Pa­lestin akan terus hidup’.
Menurut sumber perubatan Palestin, pertempuran mula berlaku sebaik sahaja acara pengebumian berlangsung. Kebanyakan mereka bertindak membaling batu ke arah tentera Israel yang kemudian melepaskan tembakan menyebabkan 12 orang tercedera.
Ziad Natsheh yang kematian anaknya, Tareq, 17, dalam insiden tersebut menyifatkan itu satu pengebumian bermaruah.
“Hidup di dalam sebuah negara yang sentiasa bergolak, semua orang menjangkakan kematian, kecederaan atau kehilangan anak,” katanya. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1102&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3qHTALbJr 
Hakcipta terpelihara 

Israel ganggu acara pengebumian

penduduk Palestin mengibarkan bendera ketika acara pengebumian

Penduduk Palestin mengibarkan bendera ketika acara pengebumian lima remaja yang dibunuh Israel di Hebron, Tebing Barat, kelmarin. AFP
HEBRON 1 Nov. – Tentera Israel terus bersikap biadap apabila mengganggu acara pengebumian lima remaja Pa­lestin yang dibunuh rejim Yahudi itu di Hebron, Tebing Barat semalam, mengakibatkan 12 penduduk Palestin cedera.
Sumber perubatan menyatakan, tentera Israel melepaskan tembakan terhadap penduduk Palestin yang hanya bersenjatakan batu ketika acara pengebumian bermula.
Ribuan penduduk mengiringi jenazah mangsa termasuk dua remaja perempuan.
Mereka turut mengibarkan ben­dera Palestin sambil melaungkan slogan ‘Kami akan mati, tetapi Palestin akan terus hidup’.
Di Baitulmaqdis, seorang lagi penduduk Palestin yang menjadi korban kekejaman Israel turut dikebumikan.
Israel sebelum ini enggan mengembalikan jenazah-jenazah penduduk Palestin yang dibunuhnya, sebagai paksaan cuba mengawal keganasan terhadap pendatang ha­ram Yahudi.
Kelmarin, tujuh jenazah dise­rahkan kepada keluarga penduduk Palestin terlibat kononnya untuk meredakan keadaan.
Keluarga terlibat sebelum itu mendesak jenazah orang kesayangan mereka dikembalikan sambil menyifatkan tindakan tersebut sebagai satu bentuk hukuman yang tidak wajar.
Ziad Natsheh, yang mengebumikan anak lelakinya, Tareq, 17, berkata, dia akhirnya dapat memberikan pengebumian yang sepatutnya kepada remaja itu. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/israel-ganggu-acara-pengebumian-1.153249#sthash.vRGS1MbS.dpuf

Sunday, 1 November 2015

Bayi Palestin mati terhidu gas tentera Israel



DUA doktor memeriksa mayat Ramadan di sebuah hospital di Tebing Barat kelmarin.- AFP


BAITULMUQADDIS – Seorang bayi lelaki Palestin meninggal dunia kelmarin selepas sesak nafas akibat terhidu gas pemedih mata yang dilepaskan oleh askar rejim Zionis dalam keganasan terbaharu di Baitulmuqaddis dan Tebing Barat, kata beberapa pegawai Palestin.
Bayi berusia lapan bulan itu, Ramadan Thawabteh merupakan mangsa terbaharu gelombang keganasan yang meletus sejak sebulan lalu di Baitulmuqaddis.
Dalam pada itu, Baitulmuqaddis menyaksikan serangan pisau buat pertama kali sejak dua minggu lalu apabila seorang warga Palestin berusia 23 tahun menikam seorang pelancong Amerika Syarikat kelmarin.
"Mangsa mengalami cedera ringan, manakala penyerang itu ditembak mati," kata polis.
Menurut polis Israel, dua warga Palestin lain ditembak di bandar Nablus, Tebing Barat selepas mereka cuba menikam beberapa askar Israel di sebuah pos pemeriksaan.
Seorang warga Palestin itu meninggal dunia, manakala rakannya yang cedera ditahan.
Kematian itu berlaku ketika beratus-ratus belia Palestin menunjuk perasaan dengan membaling batu, bom api dan tayar ke arah askar-askar Israel di bandar Hebron, Tebing Barat.
Tentera Rejim Zionis kemudian bertindak balas dengan menembak gas pemedih mata dan getah peluru untuk menyuraikan mereka. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1101&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3qC9xKINU 
Hakcipta terpelihara 

Saturday, 31 October 2015

Lagi serangan pisau di Hebron


AFP - BEBERAPA askar Israel melihat mayat seorang warga Palestin yang ditembak mati selepas menikam seorang askar Yahudi di bandar Hebron semalam.


HEBRON – Dua serangan baharu menggunakan pisau di Tebing Barat menyebabkan seorang askar Israel cedera ringan semalam, manakala dua penyerang warga Palestin ditembak mati pasukan keselamatan, kata polis dan askar Israel.
Dalam satu kejadian, seorang warga Palestin menikam dan mencederakan seorang pengawal sempadan Israel dekat sebuah makam yang dikenali oleh orang Yahudi sebagai Gua Para Leluhur di bandar Hebron, Tebing Barat.
“Seorang warga Palestin me­nyerang dan menikam seorang askar. Pasukan keselamatan bertindak balas dengan menembak penyerang itu. Anggota tentera itu ha­nya cedera ringan,” kata askar Israel dalam satu kenyataan.
Sementara itu, jurucakap polis Israel, Micky Rosenfeld mengesahkan penyerang yang berusia 24 tahun tersebut telah meninggal dunia.
Dalam kejadian kedua pula, seorang warga Palestin cuba menikam seorang askar Israel di sebuah lokasi lain di Hebron. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1030&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3q5mZUSZv 
Hakcipta terpelihara 

Kumpulan berhaluan kanan gesa Israel tawan Masjid al-Aqsa


Beberapa orang penduduk Yahudi ortodoks dikawal oleh polis Israel ketika melawat kompleks al-Aqsa, Baitulmaqdis, baru-baru ini. AFP
BAITULMAQDIS 30 Okt. – Pemimpin politik dan organisasi berhaluan kanan Israel menggesa rejim Zionis supaya segera menawan Masjid al-Aqsa, ekoran tindakan rejim berkenaan menahan penduduk Yahudi Israel yang melakukan upacara keagamaan di masjid tersebut.
Laman web Al Jazeera melaporkan, ketua organisasi Returning to the Mount, Raphael Morris yang tidak berpuas hati dengan penahanan itu berkata, rejim Zionis mengenakan sekatan yang disifatkan sebagai ‘kejam’ terhadap penduduk Yahudi Israel.
“Kami belum bersedia untuk membiarkan keadaan menjadi lebih buruk. Kita (kerajaan Israel) perlu bertindak bukan sahaja untuk menamatkan permasalahan yang berlaku, tetapi perlu menegakkan hak penduduk Yahudi untuk memasuki Al-Quds,” jelas Morris.
Kumpulan tersebut turut mengumumkan akan membayar wang ikat jamin berjumlah AS$516 (RM2,214) terhadap penduduk Yahudi Israel yang ditahan ketika melakukan upacara keagamaan di Masjid Al-Aqsa.
Returning to the Mount dalam laman Facebooknya turut menggesa Israel memusnahkan Masjid Al-Aqsa dan menggantikannya dengan sebuah kuil untuk penganut Yahudi.
Gesaan tersebut dibuat ketika penduduk Palestin berterusan melancarkan tunjuk perasaan menentang peluasan pendudukan Israel, selain berang dengan beberapa polisi ‘keras’ rejim Zionis terhadap penduduk Palestin di Tebing Barat dan Gaza.
Penunjuk perasaan Palestin turut menerima layanan buruk apabila tentera rejim Zionis bertindak melepaskan tembakan peluru hidup dan peluru getah serta melepaskan gas pemedih mata dan bom tangan.
Sejak 1 Oktober lalu, pasukan keselamatan Israel dan penduduk di penempatan haram Yahudi telah membunuh seramai 66 orang penduduk Palestin termasuk penunjuk perasaan yang tidak bersenjata dan anggota kumpulan pemerhati.
Menurut Kelab Tahanan Palestin, lebih 1,000 orang kanak-kanak turut ditahan sepanjang bulan ini.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/kumpulan-berhaluan-kanan-gesa-israel-tawan-masjid-al-aqsa-1.152526#sthash.QiRp9Rgs.dpuf