Wednesday, 6 May 2015

Polis belasah askar Yahudi cetus huru-hara

Polis belasah askar Yahudi cetus huru-hara
Sebuah video viral menunjukkan seorang askar Yahudi minoriti Ethiopia dibelasah polis menjadi pencetus utama protes ganas sepanjang minggu lalu.

TEL AVIV - ISRAEL. Sebuah video viral yang menunjukkan seorang askar Yahudi minoriti Ethiopia dibelasah polis menjadi pencetus utama protes ganas sepanjang minggu lalu.

Menurut CNN, askar tersebut, Koperal Demas Fikadey, 21 sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya apabila beliau ditahan seorang polis.

Berdasarkan rakaman video litar tertutup (CCTV) polis tersebut merampas basikal dan telefon bimbit Fidakey sebelum bertindak ganas.

Seorang lagi polis turut kelihatan menyerbu dan membelasah Fidakey beberapa saat kemudian.

Peristiwa tersebut menyebabkan protes di merata-rata tempat di Israel sebagai langkah mengecam tindakan penindasan terhadap minoriti Ethiopia.

Sebuah protest di Rabin Ahad lepas bertugar ganas apabila penunjuk perasaan bertindak memecahkan cermin kedai dan merosakkan kereta polis.

Seramai 57 pegawai polis cedera manakala 43 penunjuk perasaan ditahan.

Difahamkan, penindasan terhadap minoriti Yahudi Ethiopia oleh polis dan pihak berkuasa telah berlaku selama beberapa tahun di Israel.

Mahkamah Israel arah rumah
penduduk Palestin diroboh

Gambar bertarikh 20 Januari lalu, menunjukkan sebuah jentolak
Gambar bertarikh 20 Januari lalu, menunjukkan sebuah jentolak merobohkan rumah sebuah keluarga Palestin di al-Dirat, selatan Kampung Yatta berhampiran Hebron, Tebing Barat. AFP
BAITULMAQDIS 5 Mei – Kira-kira 450 orang penduduk Palestin berdepan kemungkinan kehilangan tempat tinggal, selepas mahkamah Israel semalam meluluskan permintaan rejim berkenaan untuk memusnahkan penempatan mereka di Tebing Barat.
Laman web Press Tv me­laporkan, Mahkamah Agung Israel meluluskan permohonan Pejabat Pentadbiran Awam untuk memusnahkan khemah dan rumah di Kampung Khirbet Susiya, berhampiran bandar Hebron.
Ketua kampung, Jihad al-Nawajaa berkata, Israel mahu menghapuskan penempatan berkenaan untuk membina taman bagi penempatan haram, sambil menambah ini bukan kali pertama kampung mereka dihancurkan.
“Kami tidak akan menyerahkan tanah ini kepada rejim Zionis. Kami akan tetap tinggal di sini sama seperti 30 tahun lalu,” jelas Jihad.
Menurut Pejabat Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Israel telah memusnahkan hampir 42 buah bangunan milik penduduk Palestin di Ramallah, al-Quds, Jericho, dan al-Khalil sejak 20 Januari lalu.
Dalam perkembangan lain, sekumpulan tentera veteran Israel dalam satu pengakuan, hari ini menyelar tindakan ketenteraan yang dilakukan oleh rejim Zionis ketika menyerang Gaza tahun lalu, tindakan yang disifatkan sebagai menyebabkan banyak orang awam terkorban.
Pengakuan yang terkandung di halaman 237 dalam laporan yang dipanggil sebagai This is how we fought in Gaza itu, dihasilkan daripada temubual secara rambang bersama 60 orang tentera dan pegawai yang terlibat dalam peperangan 50 hari di Gaza.
Temubual berkenaan dijalankan oleh badan bukan kerajaan (NGO) Israel yang dikenali sebagai Breaking the Silence, yang juga merupakan rakan kepada saksi yang pernah menyaksikan dan terlibat dalam operasi ketenteraan menakluk Palestin.
Laporan itu turut menyatakan, terdapat lebih daripada 100 salah laku dilakukan semasa peperangan berlaku. – AFP/AGENSI
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/mahkamah-israel-arah-rumah-8232-penduduk-palestin-diroboh-1.88219#sthash.AmfMr3Pg.dpuf

Tuesday, 5 May 2015

Ramona ketemu jodoh dengan jejaka Palestin

Rami Alaskhar menyarungkan cinicn ke jari manis isterinya, Ramona
Rami Alaskhar menyarungkan cinicn ke jari manis isterinya, Ramona Zamzam selepas majlis akad nikah di Kayangan Heights, Shah Alam, Selangor, semalam.
SHAH ALAM 1 Mei – Hanya dengan sekali lafaz, pelakon Ramona Zamzam sah bergelar isteri kepada lelaki pilihannya yang berasal dari Palestin, Rami Alaskhar dalam majlis akad nikah di sini hari ini.
Pasangan ini dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan iaitu Mohd. Zamzam Mohd. Ashraff.
Ramona atau nama sebenarnya, Ros Ramona Qadira, 25, menerima mas kahwin sebanyak RM300 manakala nilai wang hantaran tidak didedahkan.

Pelakon itu berkata, dia dan Rami sememangnya mahu mempercepatkan majlis akad nikah kerana berasa kurang selesa bercinta tanpa ikatan yang sah bagi tempoh yang lama.
“Cukuplah tempoh dua tahun kami mengenali hati budi masing-masing dan kini sudah tiba masanya untuk fikirkan masa depan,” katanya.

Sementara itu, Rami, 27, yang menetap di negara ini sejak 2009, menganggap perkahwinannya sebagai satu takdir yang sudah tertulis.
“Kami tiada masalah untuk berkomunikasi kerana sudah mempunyai keserasian.
“Faktor berlainan bangsa tidak menjadi penghalang buat kami berdua melayari bahtera bahagia seperti pasangan lain dan berharap hubungan ini kekal hingga akhir hayat,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/ramona-ketemu-jodoh-dengan-jejaka-palestin-1.86968#sthash.2rQE5ga5.dpuf

Wednesday, 29 April 2015

Israel bertanggungjawab serang sekolah PBB


NEW YORK 28 April – Israel dilapor menyerang sebanyak tujuh buah sekolah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semasa perang Gaza tahun lalu yang membunuh sebanyak 44 penduduk Palestin yang mencari perlindungan di beberapa premis berkenaan.
Ban Ki-moon
Bagaimanapun, dalam ringkasan tentang laporan inkuiri serangan itu yang didedahkan badan dunia tersebut, kumpulan-kumpulan pejuang Pa­lestin turut didakwa menyembunyikan senjata di bangunan sekolah PBB dan melancarkan serangan daripada beberapa sekolah tersebut yang kosong.
“Saya kesal tentang hakikat ba­hawa sekurang-kurangnya 44 penduduk Palestin terkorban akibat tindakan Israel dan sekurang-kurangnya 227 lagi cedera di premis PBB yang digunakan sebagai pusat perlindungan kecemasan.
“Saya juga kecewa bahawa kumpulan pejuang Palestin mele­takkan sekolah-sekolah PBB dalam bahaya dengan menggunakan premis itu untuk menyembunyikan senjata mereka,’’ kata Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dalam sepucuk surat tentang ringkasan siasatan itu.
Lebih 2,000 penduduk Palestin dengan kebanyakannya orang awam terbunuh dalam konflik Gaza antara Julai dan Ogos lalu, manakala 67 tentera dan enam orang awam Israel di wilayah itu maut akibat bedilan roket serta serangan oleh pergerakan Hamas dan kumpulan pejuang lain.
Jurucakap pergerakan Hamas, Sami Abu Zuhri berkata, kumpulan itu akan meneliti laporan PBB dan tidak mempunyai maklumat tentang senjata yang disembunyikan di sekolah-sekolah PBB. – REUTERS
Jurucakap Kementerian Luar Israel, Emmanuel Nahson dalam satu kenyataan berkata, semua insiden dalam laporan itu yang membabitkan Israel ‘tertakluk kepada pemeriksaan teliti dan siasasatan jenayah dibuat dengan kes yang bersesuaian’. – REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/israel-bertanggungjawab-serang-sekolah-pbb-1.85633#sthash.O4oYpkbp.dpuf

Sunday, 26 April 2015

Israel tembak mati remaja Palestin

Baitulmuqaddis: Polis Israel menembak mati seorang remaja Palestin selepas mangsa didakwa cuba menikam anggota polis di barat Baitulmuqaddis, semalam.
Jurucakap polis Israel, Luba Samri berkata, remaja berusia 17 tahun itu menghampiri satu sekatan jalan raya di bandar ini pada awal pagi semalam.
Katanya, remaja itu tiba-tiba mengeluarkan pisau pemotong daging dan cuba menyerang anggota polis Israel yang bertugas.
Tambahnya, anggota polis Israel terpaksa menembak mati remaja itu selepas dia enggan membuang senjatanya.
Kejadian itu berlaku seminggu selepas seorang lelaki Palestin berusia 37 tahun merempuh sekumpulan penduduk Israel dengan keretanya.
Serangan yang berlaku berhampiran bandar itu menyebabkan seorang lelaki Israel terbunuh dan seorang lagi wanita cedera parah.
Sejak beberapa bulan lalu, serangan terhadap warga Israel oleh penduduk Palestin yang menggunakan kereta dan pisau sebagai senjata semakin meningkat.
Serangan semakin meningkatkan dibimbangi boleh mencetuskan semula kebangkitan penduduk Palestin di wilayah itu. - AP
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/46367#sthash.KQg3q8Sn.dpuf

Kereta kebal Israel serang kedudukan Hamas


GAZA CITY 25 April – Kereta kebal Israel melepaskan tembakan ke arah kedudukan pergerakan Hamas di Genting Gaza selepas sebuah roket dilancarkan ke selatan Israel dari wilayah Palestin itu.
Menurut satu kenyataan tentera, serangan sepanjang malam itu menjadikan kemudahan Hamas sebagai sasaran di utara Gaza.
Seorang jurucakap perkhidmatan kecemasan Gaza berkata, tiada kecederaan dilaporkan.
Seorang jurucakap tentera Israel mengesahkan kereta kebal Israel melepaskan tembakan sebagai membalas serangan roket Hamas dari Gaza, kelmarin.
Bagamainanapun, tiada kerosakan dilaporkan di pihak Israel.
Pada Disember lalu, pesawat Israel menyerang Gaza buat pertama kali selepas gencatan senjata dikuatkuasaka pada 26 Ogos lalu, selepas Hamas melancarkan roket ke arah wilayah Israel. Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan di kedua-dua pihak.
Jumaat lalu, dua penduduk Palestin di Gaza cedera apabila tentera Israel melepaskan tembakan di sempadan ekoran tindakan berpuluh-puluh remaja Palestin melemparkan batu ke arah tentera Israel di sempadan.
Di bawah sekatan yang dikenakan pihak Israel, penduduk Palestin di Gaza tidak dibenarkan berada dalam lingkungan 100 meter dari pagar sempadan. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/kereta-kebal-israel-serang-kedudukan-hamas-1.84748#sthash.FUVAJqdY.dpuf

Saturday, 25 April 2015

Pelarian Gaza tiada tempat tinggal

Pelarian Gaza tiada tempat tinggal
Ribuan penduduk di Genting Gaza hilang tempat tinggal selepas rumah mereka musnah dalam serangan tentera Israel. - Foto AFP

NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) di Asia Barat, semalam mendedahkan, tiada rumah yang dibina semula di Genting Gaza lapan bulan selepas Israel menamatkan perang di kawasan kepungan itu.

Jurucakap UNRWA, Chris Gunness berkata, setakat ini, 9,161 rumah pelarian Palestin musnah sama sekali, 5,066 rumah rosak teruk, 4,085 mengalami kerosakan besar dan 124,782 hanya rosak kecil.

"Tiada sebuah rumah pun yang dibina semula sejak serangan akhir rejim Zionis di wilayah bergolak itu pada musim panas tahun lalu," katanya.

Menurutnya lagi, agensi PBB telah menerima pembiayaan untuk membina semula 20 daripada 9,161 rumah yang musnah.

Dalam perkembangan lain, ribuan rakyat Palestin berkumpul di wilayah diduduki Israel sebagai memperingati ulang tahun ke-67 Hari Nakba (malapetaka), apabila tentera rejim memindahkan ratusan ribu penduduk dari tanah mereka. - Press TV

Thursday, 23 April 2015

NZ sedia bantu pulih rundingan Palestin-Israel


NEW YORK 22 April - New Zealand membuat per­se­diaan untuk mengemukakan usul di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi memulihkan rundingan damai yang tertangguh antara Palestin dan Israel.
Perancis telah memulakan pro­ses merangka pelan damai Palestin-Israel, tetapi New Zealand yang merupakan salah sebuah daripada 10 anggota tidak tetap Majlis Keselamatan bersedia menyokong usaha Perancis untuk menjayakan rundingan antara Palestin dan Israel.
Duta New Zealand ke PBB, Jim McLay berkata, Wellington boleh menyumbang peranan yang lebih besar memandangkan hubungan baiknya dengan kedua-dua pihak yang bertelagah itu.
Jelas McLay, proses menyambung semula rundingan tersebut memasuki waktu yang sesuai selepas Israel baru selesai melaksanakan pilihan raya umum dan sebelum pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) pada tahun depan.
“New Zealand mahu Majlis Keselamatan PBB memberi perhatian khusus terhadap rundingan yang lebih praktikal.
“Kami juga sedang merangka resolusi yang bertujuan memulihkan perbincangan antara kedua-dua pihak terlibat,” katanya.
Disember lalu, Majlis Keselamatan menolak resolusi untuk menetapkan tempoh selama dua tahun bagi memastikan kedua-dua pihak terbabit mencapai persetujuan serta membuka laluan kepada Palestin menjadi sebuah negara merdeka.
AS menentang keras resolusi berkenaan, tetapi tidak menggunakan kuasa veto disebabkan kegagalan mencapai jumlah sembilan undian dalam kalangan negara anggota untuk meluluskan resolusi tersebut. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/nz-sedia-bantu-pulih-rundingan-palestin-israel-1.83760#sthash.sDRRDjyp.dpuf

Wednesday, 22 April 2015

Tesco UK Rugi £6.38 Bilion, Yang Terbesar Dalam sejarah


Diterbitkan: Rabu, 22 April 2015 6:47 PM

LONDON: Tesco United Kingdom (UK) mengumumkan yang ia telah mengalami kerugian sehingga £6.38 bilion – iaitu yang terbesar dalam sejarah 97 tahun kewujudannya.
Ia juga adalah antara kerugian yang terbesar dalam sejarah korporat UK.
Bukan sahaja Tesco yang berhadapan dengan kerugian besar ini malah gedung-gedung peruncitan yang lain sekitar UK turut menyaksikan para pelanggan setia mereka telah beralih kepada pesaing yang menawarkan harga rendah seperti Aldi dan Lidl.
Mereka bersaing sengit untuk menjadi siapa yang mampu menawarkan harga paling rendah untuk barangan asas harian seperti susu, roti dan juga telur.
Ini sekaligus menjejaskan garis keuntungan.
Tesco UK pada Selasa telah mengumumkan bahawa keuntungan pra-cukai tahunan mereka sekitar £961 juta, turun 68 peratus walaupun jualan total tahunan di UK antara Februari tahun lalu sehingga Februari tahun ini adalah £44.6 bilion.
Jumlah ini adalah menurun 1.8 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Keuntungan urus niaga Tesco UK adalah sekitar £1.4 bilion, tetapi jumlah ini adalah jauh lebih rendah berbanding dengan apa yang dicapai pada tahun sebelumnya sebanyak £3.3 bilion.
Penurunan ini adalah untuk tahun yang ketiga berturut-turut.
Tetapi kerugian tahunan keseluruhannya adalah didorong menerusi item 'one-off' bernilai  £7 bilion termasuklah £3.8 bilion daripada kajian semula keseluruhan potfolio gedung ekoran penurunan keuntungan.
Ini termasuklah pembatalan projek yang sedang berjalan bernilai £925 juta ekoran keputusan Tesco Januari lalu untuk tidak meneruskan hasrat membina 49 gedung kecil dan besar baru di seluruh UK kerana pasaran yang lembab.
Tesco turut mendedahkan yang ia kini menanggung hutang bersih sebanyak £8.5 bilion dan defisit pencen bernilai £3.9 bilion.
Bekas pengerusi Persatuan Pembekal-Pembekal Makanan, Lord Haskins menyifatkan kerugian besar yang dialami oleh Tesco adalah kerana kegagalan mereka meneruskan pendekatan yang inovasi.
"Tesco adalah sebuah syarikat yang pernah dikenali sebagai syarikat inovatif...pada hari anda tidak lagi menjadi inovatif, anda akan mati," ujarnya.
Seorang pakar runding peruncitan, John Ibbotson pula berkata, keputusan kewangan tahunan ini adalah petanda berakhirnya era kegemilangan Tesco sebagai raja gedung peruncitan UK.
Bagaimanapun, ketua pegawai eksekutif Tesco yang baru, Dave Lewis menegaskan yang syarikat itu kini telah menggariskan sempadan antara kisah lama dan yang baru malah telah terdapat petanda yang menunjukkan mereka mampu kembali pulih.
"Pasaran yang ada hari ini adalah pasaran yang masih mencabar tetapi keutamaan kami kini adalah untuk memperbaiki perkhidmatan kami untuk pelanggan," ujarnya.
Katanya Tesco memerlukan perubahan dan itulah pendekatan yang sedang mereka ambil sekarang.
Para penganalisa berkata, sebahagian besar kerugian Tesco terletak pada bank tanah yang dimilikinya yang kini didapati nilainya jauh lebih rendah daripada apa yang mereka anggarkan sebelum ini.
Tesco menghabiskan berbilion wang untuk membina gedung-gedung besar tetapi kemudiannya mendapati para peruncit enggan membeli-belah lagi di tempat-tempat seperti itu sebaliknya memilih untuk menghabiskan lebih banyak masa di kedai-kedai runcit kecil dan sederhana.
Akibatnya, Tesco terpaksa membatalkan hasrat untuk membina lebih daripada 100 gedung baru malah di sesetengah tempat terpaksa menutup gedung besar sedia ada dan dalam kes yang lebih teruk terpaksa menjual tanah milik mereka kepada projek lain termasuk perumahan.
Mereka juga terpaksa memberhentikan kerja beribu kakitangan apabila mengambil keputusan untuk menutup gedung sedia ada. Dari ibu pejabat sahaja, sejumlah 6,000 kakitangan akan kehilangan pekerjaan.
Keseluruhannya Tesco bercadang untuk memberhentikan 10,000 pekerja mereka.
Kos hangus akibat pemberhentian kerja ini telah menelan belanja sehingga £300 juta sepanjang tahun lalu.
Sepanjang tiga tahun yang lalu, Tesco telah berhadapan dengan pelbagai isu dan krisis termasuklah skandal perakaunan yang menyaksikannya membuat deklarasi keuntungan yang tidak wujud berjumlah £263 juta.
Insiden itu menyaksikan sembilan eksekutif kanan Tesco sama ada digantung kerja atau dipaksa meninggalkan syarikat itu dengan segera.
Mereka turut mengantikan ketua pegawai eksekutif Philip Clarke dengan yang baru iaitu Dave Lewis September lalu yang diparacutkan dari Unilever.
Lewis buat masa ini telah memperbaiki hubungan Tesco dengan para pembekal dan terdapat juga tanda-tanda yang kejatuhan jualan berjaya dikurangkan.
Ketika puncaknya, Tesco adalah gedung peruncitan yang ketiga terbesar di dunia.
Tesco bagaimanapun masih menguasai 29 peratus daripada pasaran peruncitan UK.
Para penganalisa juga berkata yang Tesco juga berkemungkinan akan menjual gedung-gedungnya di Asia sebagai usaha untuk mengurangkan hutang dan beban semasa.

Monday, 20 April 2015

Budak 5 tahun lempar batu kepada rejim Israel


Budak 5 tahun lempar batu kepada rejim Israel
Melarikan diri selepas melontarkan baru - Foto AFP
RAMALLAH - PALESTIN. Dia nampak terlalu muda untuk berdepan dengan konflik yang melanda negaranya namun  ia tidak menghalang seorang kanak-kanak lelaki Palestin berusia 5 tahun melemparkan batu kepada rejim Israel.

Beberapa keping gambar tersebar menunjukkan keberanian seorang kanak-kanak lelaki Palestin melontar batu ke arah pihak berkuasa Israel semasa pertempuran yang berlaku di Tebing Barat Jumaat lalu.

Kanak-kanak yang berpakaian tentera dengan mengikat bendera Palestin dikepalanya melontarkan batu kepada pihak berkuasa Israel sebelum melarikan diri.

Ia berlaku semasa demonstrasi sempena Hari banduan Palestin yang diadakan setiap tahun sebagai tanda solidariti terhadap 6000 warga palestin yang dipenjara oleh Israel.

Pengajur perhimpunan, Abdullah Abu Rahman berkata, rakyat Palestin tidak akan meninggalkan tahanan Palestin keseorangan dalam penjara.

"Kami akan mempertahankan hak kami dan akan cuba sedaya upaya untuk membebaskan mereka kerana majoriti yang ditahan secara haram oleh rejimIsrael.

Tentera menggunakan gas pemedih mata dan peluru getah semasa perhimpunan tersebut yang menyaksikan 100 rakyat Palestin menyertai himpunan bantahan tersebut.

Sunday, 19 April 2015

Israel akhirnya tunduk

Rami Hamdallah
Rami Hamdallah
RAMALLAH - PALESTIN.  Kerajaan haram Israel akhirnya terpaksa tunduk dan mengalah terhadap tekanan agar, memulangkan semula cukai yang dikutip untuk Pihak Berkuasa Palestin (PA) membabitkan ratusan juta dolar yang dibekukan rejim Zionis sebelum ini.

Terdahulu rejim Zionis bertindak sedemikian kerana membantah kepada tindakan Palestin untuk menjadi anggota Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Menurut laporan AFP, Perdana Menteri , Rami Hamdallah memetik sebagi berkata , Israel berjanji dalam satu mesyuarat dengan pegawai Palestin untuk menyerahkan hasil kutipan cukai di antara Disember dan Mac yang bernilai setengah billion dolar.

Sementara menerusi laporan media Israel melaporkan, pemindahan wang 1.8 bilion shekel (RM1.6 bilion) akan dilakukan pada Isnin ini.

Penduduk Palestin sebelum ini mengancam untuk membawa perkara itu ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa selepas Israel pada awal Januari lalu bertindak membekukan pembayaran kutipan cukai berkenaan sebagai tindak balas penyertaan Palestin dalam ICC.

Dana tersebut merupakan dua pertiga daripada jumlah belanjawan tahunan Palestin, tidak termasuk bantuan asing.

Rami berkata, apabila PA menerima dana tersebut, pihaknya akan membayar dahulu gaji 180,000 pekerjanya untuk bulan ini, yang sebelumnya hanya menerima 60 peratus daripada jumlah pendapatan mereka sejak Disember lalu.

“Tunggakan gaji tersebut juga akan dibayar secepat mungkin,” ujarnya.

Israel tunduk tekanan 
bayar cukai Palestin

Rami Hamdallah
Rami Hamdallah


RAMALLAH 18 April – Israel akhirnya tunduk kepada tekanan memulangkan semua cukai yang dikutip untuk Pihak Berkuasa Palestin (PA) membabitkan ratusan juta dolar yang dibekukan rejim Zionis itu sebagai bantahan kepada tindakan Palestin untuk menjadi anggota Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
Perdana Menteri, Rami Hamdallah dalam satu kenyataan semalam, berkata, Israel berjanji dalam satu mesyuarat dengan pegawai Palestin untuk menyerahkan hasil kutipan cukai di antara Disember dan Mac yang bernilai hampir setengah bi­lion dolar.
Media Israel melaporkan, pemindahan wang 1.8 bilion shekel (RM1.6 bilion) akan dilakukan pada Isnin ini.
Penduduk Pa­lestin sebelum ini mengancam untuk membawa perkara itu ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa selepas Israel pada awal Januari lalu bertindak membekukan pembayaran kutipan cukai berkenaan sebagai tindak balas penyertaan Palestin dalam ICC.
Dana tersebut merupakan dua pertiga daripada jumlah belanjawan tahunan Palestin, tidak termasuk bantuan asing.
Israel bersetuju pada awal bulan ini untuk mengagihkan dana itu selepas menolak hutang membabitkan perkhidmatan elektrik, air dan perubatan namun tindakan itu ditolak Palestin yang bertegas mahukan pembayaran penuh.
Rami berkata, apabila PA menerima dana tersebut, pihaknya akan membayar dahulu gaji 180,000 pekerjanya untuk bulan ini, yang sebelum ini hanya menerima 60 peratus daripada jumlah pendapatan mereka sejak Disember lalu.
“Tunggakan gaji tersebut juga akan dibayar secepat mung­kin,’’ katanya. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/israel-tunduk-tekanan-8232-bayar-cukai-palestin-1.82284#sthash.UpX7kqln.dpuf

Thursday, 16 April 2015

Tentera Israel tahan 29 aktivis pergerakan Hamas

Pasukan keselamatan Israel melancarkan serbuan di utara Tebing
Pasukan keselamatan Israel melancarkan serbuan di utara Tebing Barat dan menahan 29 aktivis Hamas termasuk mahasiswa universiti dan seorang wartawan, semalam. REUTERS
BAITULMAQDIS 15 April – Pasukan keselamatan Israel menahan 29 aktivis Hamas dalam satu serbuan di utara Tebing Barat, semalam.
Sumber pertahanan Palestin mengesahkan “kira-kira 30 orang (aktivis Palestin)” ditahan sekitar bandar Nablus, kebanyakan mereka anggota Hamas.
Antara mereka yang ditahan adalah pelajar-pelajar universiti dan seorang wartawan.
Tentera Israel turut merampas komputer dan telefon bimbit daripada mereka.
Tentera Israel mengesahkan penahanan 29 orang penduduk Palestin itu, termasuk beberapa pemimpin Hamas serta bekas tahanan yang ditahan kerana terlibat dalam kegiatan Hamas, dalam satu operasi bersama melibatkan askar, polis, polis sempadan dan anggota perkhidmatan keselamatan dalam negeri Shin Bet.
“Penahanan tersebut dilakukan berikutan meningkatnya kegiatan Hamas di sekitar bandar Nablus yang bertujuan melakukan keganasan terhadap Israel”, kata satu kenyataan.
Tahanan-tahanan Palestin yang membiayai dan membuka cawangan Hamas di luar negara dihantar ke Shin Bet untuk siasatan, tambah kenyataan itu.
Dengan penahanan itu, sebanyak 49 anggota Hamas telah ditahan oleh Israel sejak 1 April, kata sumber tentera Israel.
Sejak kejadian culik dan pembunuhan tiga remaja Israel di selatan Tebing Barat pada Jun lalu, lebih 100 aktivis Hamas telah ditahan oleh tentera Israel. – AGENSI
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/tentera-israel-tahan-29-aktivis-pergerakan-hamas-1.81327#sthash.hP7GZhJT.dpuf

Wednesday, 15 April 2015

MBM Kecam Serangan IS Terhadap Kem Pelarian Palestin


Diterbitkan: Rabu, 15 April 2015 3:14 PM

KUALA LUMPUR: Majlis Belia Malaysia (MBM) mengecam sekeras-kerasnya serangan terkini kumpulan militan IS ke atas Kem Pelarian Palestin di Yarmouk, Syria.
Presiden Belia Malaysia Mua'mar Ghadafi Jamal Jamaludin berkata serangan tersebut jelas menggambarkan wajah sebenar kekejaman IS terhadap pelarian Palestin yang tertindas di kem tersebut selain mereka sudah terkepung selama lebih 600 hari di bawah pemerintahan kejam Rejim al-Assad.
"Kem pelarian itu didiami seramai 18,000 orang sebahagian besarnya adalah kanak-kanak dan wanita. Selepas mereka menjadi pelarian akibat kekejaman Zionis puluhan tahun yang lalu, kini mereka berhadapan pula dengan serangan IS dan pertempuran konflik Syria," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Mua'mar menggesa PBB dan masyarakat antarabangsa untuk melakukan campurtangan kemanusiaan bagi menyelamatkan nasib 18,000 pelarian Palestin yang masih terperangkap di kem tersebut.
Beliau turut menyeru rakyat Malaysia agar terus menyumbang melalui Tabung Pelarian Syria-Palestin yang dilancarkan bersama MBM dan Malaysia Line for Syria (MLLFS) di Akaun Salam Suriah Resources, Maybank (5645-5733-8496), (Bank Islam 12-133-01-005343-3) dan CIMB Bank (8602041215).
MBM konsisten dalam memerangi ideologi IS semenjak Kempen Belia Tolak Ekstremisme yang dilancarkan MBM pada 4 April lalu.

Tuesday, 14 April 2015

Kambing jantan keluar susu disembelih

Gaza: Pihak berkuasa Palestin di sini menyembelih seekor kambing jantan yang dianggap ajaib kerana boleh mengeluarkan susu selepas orang ramai percaya susu haiwan itu boleh menyembuhkan penyakit.
Media melaporkan, pihak berkuasa membayar pampasan kira-kira AS$680 (RM2,523) kepada pemilik kambing itu, Jassir Abu Al Saeed.
Pegawai di Kementerian Pertanian, Zakaria Al Kafarna berkata, kambing jantan itu disembelih selepas terdapat laporan mengatakan susu haiwan berkenaan boleh menyembuhkan banyak penyakit.
Katanya, selepas disembelih daging haiwan itu dijual kepada seorang penduduk kaya.
“Kami mengambil keputusan menyembelih kambing ini selepas ia mencetuskan kegemparan dan kekeliruan dalam kalangan penduduk,” katanya.
Menurutnya, kambing jantan itu mengeluarkan susu akibat masalah hormon.
“Susu yang dikeluarkan oleh kambing jantan ini tidak menyembuhkan sebarang penyakit sebaliknya ia boleh membahayakan kesihatan,” tegasnya.
Tambahnya, kementerian mengambil keputusan menyembelih kambing itu bagi menamatkan kekeliruan selepas haiwan berkenaan menjadi berita hangat akhbar dan media sosial sejak beberapa minggu lalu.
Sementara itu, Jassir, 45, berkata, dia membeli kambing berkenaan daripada seorang petani yang mengimport haiwan itu dari sebuah ladang di Israel. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 April 2015 @ 9:49 AM


JASSIR dan kambing jantannya yang mengeluarkan susu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/43626#sthash.7bIgtUO6.dpuf