Wednesday, 10 December 2014

Israel lakukan jenayah perang


Status tersebut membuka peluang kepada Palestin mengheret Israel ke muka pengadilan.
Status tersebut membuka peluang kepada Palestin mengheret Israel ke muka pengadilan.
LONDON - BRITAIN . Kumpulan pemerhati hak asasi manusia, Amnesty International mendakwa Israel melakukan jenayah perang ketika Operasi Perlindungan Sempadan yang dilancarkan ke atas Genting Gaza pada 8 Julai lalu.

Menurut Pengarah Program Amnesty di Afrika Utara dan Timur Tengah, Philip Luther berkata, tindakan rejim Zionis memusnahkan bangunan dan kediaman di wilayah Gaza ketika peperangan selama 50 hari itu jelas melanggar undang-undang antarabangsa.

"Segala bukti menunjukkan kemusnahan yang dilakukan Israel telah dilakukan dengan sengaja dan tiada kaitan dengan tindakan ketenteraan.

"Beberapa bukti menunjukkan operasi itu dilancarkan kerana rejim Zionis mahu menghapuskan penduduk Gaza. Siasatan ke atas perkara itu perlu dilakukan secara telus dan mereka yang bertanggungjawab perlu dibawa ke muka pengadilan," jelasnya lagi.

Sebelum ini, Amnesty pernah memohon kebenaran untuk melakukan siasatan terhadap jenayah perang yang dilakukan Israel, namun mereka tidak menghiraukan tuntutan itu sehingga kini.

Dalam perkembangan lain, puluhan pelampau Yahudi dilaporkan sengaja mencetuskan provokasi dengan menyerbu pekarangan Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis.

Ketua Pengarah Pertubuhan Wakaf dan Hal Ehwal al-Aqsa, Sheikh Azzam al-Khatib memaklumkan kira-kira 50 penceroboh itu turut diiringi polis Israel, namun tiada insiden pertempuran dilaporkan. - Press TV

palestin

"Justified Resistance Tunnels" versus "Terrorism Tunnels"? 

palestin

ICC iktiraf Palestin sebagai pemerhati

Buka laluan untuk dakwa Israel atas kesalahan jenayah perang

Gambar bertarikh 23 Ogos lalu, memaparkan beberapa penduduk Palestin
Gambar bertarikh 23 Ogos lalu, memaparkan beberapa penduduk Palestin hanya mampu melihat bedilan tentera Israel ke atas sebuah rumah di Gaza City. – AFP
THE HAGUE 9 Dis. - Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) menerima status Palestin sebagai pemerhati di badan kehakiman antarabangsa itu, sekali gus membuka laluan kepada siasatan jenayah perang dilakukan Israel di wilayah tersebut.
Portal berita Al-Jazeera melaporkan, keputusan ICC merupakan satu kejayaan simbolik buat Palestin dan secara teorinya wilayah itu kini boleh mengemukakan tuduhan jenayah perang terhadap rejim Zionis untuk disiasat oleh badan kehakiman antarabangsa tersebut.
Pengarang Diplomatik Al-Jazeera, James Bays melaporkan, keputusan itu dibuat di sebuah mesyuarat terbuka Perhimpunan Negara-Negara Anggota ICC.
“Keputusan itu bermakna Palestin kini disenaraikan sebagai Pemerhati Bukan Negara Anggota, status sama seperti Amerika Syarikat (AS) atau Rusia dan negara-negara lain yang tidak menandatangani Piagam Rom.
“Dalam kata lain, ICC kini menganggap Palestin sebagai sebuah negara. Penerimaan itu hanyalah bersifat simbolik, tetapi menambah momentum ke arah pengiktirafan Palestin sebagai sebuah negara,’’ katanya.
Beliau berkata, jika Palestin memohon untuk menyertai Piagam Rom, negara-negara anggota ICC mungkin tidak boleh menolaknya.
“Penerimaan dalam Piagam Rom akan membolehkan dakwaan jenayah perang ke atas Israel dikemukakan,’’ katanya.
ICC merupakan satu pertubuhan antarabangsa bebas dan bukan sebahagian daripada sistem Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta diselia di bawah Piagam Rom.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/icc-iktiraf-palestin-sebagai-pemerhati-1.34777#sthash.ZOh6HwVC.dpuf

Tuesday, 9 December 2014

Israel lakukan jenayah perang - 'Amnesty International'

LONDON: Pemantau hak asasi manusia, 'Amnesty International' berkata tentera Israel melakukan jenayah perang ketika melancarkan serangan di Gaza tahun ini dan perlu disiasat.
Dalam laporannya, kumpulan hak asasi manusia itu berkata kemusnahan yang diakibatkan ke atas bangunan empat tingkat ketika empat hari terakhir dalam peperangan selama 50 hari itu mencabuli undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
"Semua bukti yang kami ada menunjukkan pemusnahan besar-besaran itu dilakukan dengan secara sengaja tanpa alasan ketenteraan," kata Philip Luther, Pengarah 'Amnesty International' bagi Program Asia Barat dan Afrika Utara.
"Jenayah perang mesti disiasat secara bebas dan tidak menyebelahi mana-mana pihak dan mereka yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan," katanya.
Tambahnya, bukti termasuk kenyataan oleh tentera Israel menyatakan serangan itu dilakukan sebagai hukuman terhadap rakyat Gaza, bertujuan memusnahkan kehidupan mereka.
Setakat ini pihak berkuasa Israel masih belum memberi reaksi kepada kenyataan 'Amnesty International' itu.
Bagaimanapun, Baitulmaqdis enggan bekerjasama dengan siasatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai kemungkinan berlaku jenayah perang dalam konflik berkenaan dan menuduhnya sebagai berat sebelah.
Tentera Israel melancarkan beberapa siri siasatan jenayah berhubung beberapa kejadian dalam peperangan itu, termasuk pembedilan sebuah sekolah PBB yang mengorbankan sekurang-kurangnya 15 orang dan pengeboman pantai yang meragut nyawa empat kanak-kanak.
Lebih 2,100 rakyat Palestin, sebahagian besarnya orang awam, terbunuh dalam peperangan antara Israel dan Hamas itu yang berakhir pada 26 Ogos lalu.
Di sebelah pihak Israel, hanya 73 orang terbunuh, termasuk 67 askar. - AFP

Israel bom lapangan terbang Damsyik

Damsyik: Syria semalam menuduh Israel mengebom lapangan terbang antarabangsanya dan menggesa Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Ban Ki-moon serta Majlis Keselamatan badan dunia itu mengenakan sekatan terhadap rejim berkenaan.
Israel sering melancarkan serangan ke atas Syria sejak perang saudara meletus di negara itu pada 2011.
“Petang ini (semalam), Israel melancarkan serangan terhadap dua kawasan selamat di wilayah Damsyik, khususnya di kawasan Dimas dan Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik,” menurut kenyataan yang dikeluarkan tentera Syria.
Ia bagaimanapun mengaku serangan itu tidak menyebabkan sebarang kecederaan.
Setakat ini rejim Israel tidak memberi sebarang reaksi, tetapi tentera Syria mendakwa tindakan Israel itu membantu kumpulan penentang yang berusaha untuk menggulingkan Presiden Bashar al-Assad.
“Tindakan Israel dilaksanakan untuk membantu penentang kerajaan selepas tentera kami meraih kemenangan di Deir Ezzor, Aleppo and kawasan lain,” menurut kenyataan itu lagi.
Kumpulan pemerhati bagi Hak Asasi Manusia Syria yang mengawasi konflik di negara itu berkata, kedua-dua sasaran berkenaan digunakan untuk tujuan ketenteraan.
“Kedua-duanya kawasan tentera dan senjata disimpan di kawasan itu,” kata pengarahnya, Rami Abdel Rahman.
Sementara itu, lebih 30 kumpulan hak asasi manusia semalam merayu pelbagai negara supaya menerima 180,000 pelarian Syria. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Disember 2014 @ 7:44 AM


KEPULAN asap dapat dilihat berhampiran sebuah masjid di Aleppo ketika pertempuran meletus antara kumpulan penentang dengan tentera kerajaan, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/14825#sthash.plJi7ngu.dpuf

Sunday, 7 December 2014

Tindakan biadap pendatang Yahudi


7 Disember 2014
RAMALLAH - PALESTIN. Pendatang haram Yahudi didakwa menceroboh perkampungan Palestin di utara Tebing Barat, kelmarin.

Jurucakap pihak berkuasa, Ghassan Daghlas memberitahu mereka turut bertindak biadab menebang lebih 50 pokok buah zaitun di kawasan Juhr al-Dik dekat perkampungan Aqraba terbabit.

Susulan daripada insiden itu, satu aduan telah dikemukakan kepada pihak berkuasa Israel.

Difahamkan, laporan dipetik dari Press TV lebih 800,000 pokok buah zaitun yang menjadi sumber pendapatan penduduk Palestin dimusnahkan sejak pendudukan Israel pada 1967.

Saturday, 6 December 2014

Belgium iktiraf negara Palestin

Parlimen Belgium akan membentang usul bagi mengiktiraf Palestin
Parlimen Belgium akan membentang usul bagi mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara tidak lama lagi. – Agensi
BRUSSELS 5 Dis, – Parti Perikatan yang memerintah Belgium dilaporkan bersetuju untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara.
Portal berita PressTV melaporkan empat parti utama tersebut, Pergerakan Reformasi; Parti Liberal dan Demokrat Flemish; Parti Kristian-Demokratik dan Flemish; serta Perikatan Flemish Baharu, akan membentangkan usul di Parlimen bagi mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara.
Dokumen tersebut akan dibentangkan di Parlimen untuk kelulusan, namun tiada tarikh ditetapkan.
PressTV melaporkan usul tersebut akan dibentangkan pada ‘waktu bersesuaian’.
Portal berita, RT yang memetik akhbar bahasa Perancis Belgium, Le Soir melaporkan usul tersebut telah dirangka pada awal minggu ini.
Belgium mungkin menjadi negara Kesatuan Eropah (EU) kedua selepas Sweden untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara pada tahun ini.
Sweden secara rasmi telah mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara, walaupun beberapa Parlimen negara anggota EU turut meluluskan usul simbolik bagi menggesa kerajaan masing-masing mengambil tindakan sama.
Parlimen Sepanyol, Britain dan Ireland sebelum ini meluluskan usul simbolik itu yang tidak mengubah polisi kerajaan negara masing-masing.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/belgium-iktiraf-negara-palestin-1.33109#sthash.6HLrCXKW.dpuf

Thursday, 4 December 2014

Parlimen Perancis lulus usul iktiraf Palestin sebagai negara


AFP - SEBAHAGIAN Ahli Parlimen dari parti sayap kiri Perancis memberi tepukan selepas Parlimen negara itu meluluskan usul bagi mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara kelmarin.


PARIS – Parlimen Perancis kelmarin meluluskan usul bagi mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara dan mendesak penyelesaian damai segera terhadap konflik di Timur Tengah berkenaan.
Seramai 339 Ahli Parlimen menyokong dan 151 lagi menentang usul itu yang dicadangkan sebagai salah satu cara bagi mencapai penyelesaian mutlak perbalahan antara Palestin dan Israel.
Kerajaan Perancis tidak terikat untuk mematuhi usul berkenaan tetapi dianggap sebagai sangat simbolik dan salah satu cara untuk memulakan rundingan damai antara kedua-dua belah pihak yang tertangguh sebelum ini.
Undian serupa turut diluluskan di beberapa buah Parlimen di Eropah termasuk Britain, Sepanyol dan Sweden sekali gus mendapat kecaman keras daripada Israel.
Israel menganggap undian itu sebagai ‘langkah unilateral’ yang boleh mengancam rundingan damai di rantau berkenaan.
Menteri Luar Perancis, Laurent Fabius ketika membahaskan usul tersebut berkata, Paris akan secara rasmi mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara sekiranya usaha-usaha diplomatik masih gagal lagi.
Beliau juga mendesak satu penyelesaian berhubung konflik di Timur Tengah itu dalam tempoh dua tahun.
“Jika usaha ini gagal (diplomatik) dan jika usaha perbincangan terakhir berhubung penempatan semula turut gagal, Perancis terpaksa menjalankan tugasnya untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara.
“Kami tidak akan menangguhkan perkara itu dan bersedia untuk berbuat demikian,” katanya.
Sehingga kini sebanyak 135 negara termasuklah Britain, Rusia, Poland, Argentina dan Brazil telah mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1204&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3KsexJKQz 
Hakcipta terpelihara 

Wednesday, 3 December 2014

Ayuh! Sahut panggilan Jerusalem


Ayuh! Sahut panggilan Jerusalem

SEPERTI yang diketahui umum, isu pembebasan Jerusalem merupakan penyatuan seluruh umat Islam; sekiranya bandar itu bebas dan bermaruah, umat Islam pasti menjadi lebih kuat, tetapi jika ia terus diduduki pihak musuh, ummah akan lemah dan berpecah-belah.

Seandainya keutamaan ummah adalah untuk mengembalikan perpaduan dan kekuatan, Jerusalem pula terus berjuang untuk mengembalikan maruah dan kebebasan mereka.

Isu ini sekali gus menjadi medan terbaik untuk menyatupadukan umat Islam di seluruh dunia tanpa mengira budaya, fahaman politik, etnik dan perbezaan mazhab.

Berdasarkan sejarah terdahulu, Jerusalem dan kawasan suci sekitarnya tidak pernah diberi penghormatan sepertimana pada zaman pemerintahan Islam, yang mana sepanjang era khulafa Al-Rashidin, Umayyah, Abbasiyyah, Ayubids, Mamluk dan Uthmaniyah, umat Islam diberi akses sepenuhya dan bebas untuk beribadat di Jerusalem.

Ini tidak berlaku semasa pemerintahan lain.

Tentera salib, yang memerintah Jerusalem semasa Zaman Pertengahan untuk lebih satu abad, telah memperlakukan masjid sebagai kandang kuda!

British, yang memerintah Palestin dari 1917 sehingga 1948, telah menyeksa masyarakat Arab Baitulmuqaddis, malah Mufti Jerusalem turut diusir.

Sementara pihak berkuasa Israel, yang kini mengawal Jerusalem, telah bekerja siang dan malam untuk menjadikannya sebuah bandar Yahudi dan mengubah Masjid al-Aqsa menjadi kuil Yahudi.

Berdasarkan hakikat inilah, umat Islam bersama-sama dengan penganut agama lain seharusnya melakukan yang terbaik untuk menamatkan pendudukan Israel yang kejam terhadap kota Jerusalem.

Tidak perlu diragui lagi betapa rakyat Malaysia amat mengambil berat mengenai isu pembebasan Jerusalem sebagaimana rakyat Palestin itu sendiri, kerana membebaskan kota suci ini adalah tanggungjawab bersama tidak kira masyarakat Islam atau bukan Islam.

Terbaharu, berikutan serangan  Israel ke atas kota Jerusalem; termasuk penutupan bandar, pembunuhan dan penahanan penduduk Baitulmuqaddis serta perobohan rumah-rumah mereka, dan juga percubaan Yahudi untuk membahagikan Masjid al-Aqsa serta mengubahnya menjadi sebuah kuil Yahudi.

Justeru, beberapa tindakan praktikal perlu diambil untuk mempertahankan kota dan masjid suci tersebut.

Salah satu daripada langkah-langkah ini adalah dengan menganjurkan kempen "Save al-Quds (Jerusalem)" yang bertujuan untuk menghimpunkan sokongan untuk Masjid al-Aqsa dan Jerusalem dari  semua peringkat.

Sehubungan itu, pada Jumaat bersamaan 5 Disember 2014, sebuah gabungan terdiri daripada lebih 25 NGO Malaysia (termasuk PCOM, Quds Foundation, Aqsa Syarif, Abim, Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Perdana Global Peace, Viva Palestina, Ikram, Aman Palestin, Haluan dan lain-lain) akan mengadakan jamuan makan tengah hari bersempena kempen Malaysia untuk Jerusalem di Putrajaya.

Kempen di bawah naungan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ini bertujuan untuk mengetengahkan perpaduan dan sokongan semua rakyat Malaysia terhadap saudara Palestin.

Walaupun nasib Palestin seolah-olah hanya ditentukan menerusi siri intifada di Jerusalem untuk mempertahankan kota suci tersebut, mereka tetap meneruskan perjuangan dan berharap masyarakat seluruh dunia menyokong mereka.

Secara peribadi, saya amat yakin bahawa Jerusalem boleh terus bergantung harap terhadap Malaysia dan berani untuk memberi sokongan!


MUSLIM IMRAN
Pengerusi Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM)

Israel sekat bekalan simen ke Gaza


REUTERS - PENDUDUK Gaza memanaskan badan mereka berhampiran sebuah unggun api di timur Bandar Gaza kelmarin.


GAZA – Penduduk Gaza kini berdepan musim sejuk dalam serba daif berikutan simen dan bahan binaan lain lambat sampai ke wilayah Palestin tersebut kerana disekat oleh tentera Israel.
Sejak perang sebulan antara Israel dan pejuang Hamas di Gaza yang meragut lebih 2,100 nyawa penduduk Palestin dan membunuh 70 warga Israel berakhir pada Ogos lalu, tiada sebarang kemajuan dalam usaha membina semula wilayah yang musnah itu walaupun sumbangan dana AS$5 bilion (RM17.1 bilion) telah dijanjikan para penderma antarabangsa sebelum ini.
Israel pula mengawal ketat import bahan binaan dan peralatan yang masuk ke Gaza dengan alasan boleh digunakan untuk membina semula terowong bawah tanah yang digunakan pejuang Hamas untuk melancarkan serangan.
Beberapa pegawai Palestin dan pengkritik dasar Israel menyatakan, sekatan rejim Zionis menyebabkan usaha untuk membina semula Gaza adalah mustahil.
Keadaan tersebut menyebabkan 40,000 daripada 1.8 juta penduduk Gaza terpaksa tinggal di penempatan sementara manakala ribuan lagi berteduh di celah runtuhan bangunan ketika musim sejuk melanda wilayah itu.
“Simen dan pasir dikawal dan diperiksa rapi seperti bahan-bahan itu senjata nuklear,” kata Sari Bashi yang merupakan pengasas bersama sebuah pertubuhan bukan kerajaan Israel, Gisha.
– Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1203&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3Kmm7sQQk 
Hakcipta terpelihara 

Tuesday, 2 December 2014

Wanita Palestin tikam lelaki Israel ditembak


BAITULMUQADDIS – Tentera Israel menembak seorang wanita Palestin selepas dia menikam seorang penduduk Israel di sebuah blok penempatan haram di selatan Tebing Barat semalam.
Orang awam itu mengalami cedera ringan akibat ditikam berhampiran sebuah persimpangan di blok penempatan Gush Etzion, selatan Baitulaham, kata tentera Israel dalam satu kenyataan.
“Pasukan tentera yang berada di tempat kejadian telah menembak wanita itu sebelum membawa mangsa ke hospital untuk rawatan ke hospital untuk rawatan,” kata kenyataan itu.
Sementara itu, pihak polis pula berkata, siasatan mendapati wanita tersebut ditembak kerana menikam seorang tentera Isreal.
Kejadian itu dipercayai berlaku ekoran ketegangan yang semakin memuncak di sempadan Palestin dan Israel selepas beberapa serangan yang menyebabkan kematian di Baitulmuqaddis pada bulan lalu.
Pasukan keselamatan Israel menembak mati kebanyakan penyerang Palestin dalam beberapa kejadian yang berlaku. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1202&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3KhDjlkjI 
Hakcipta terpelihara 

Thailand iktiraf peranan Malaysia di selatan Thailand - Najib

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama rakan sejawatnya
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama rakan sejawatnya dari Thailand, Jeneral Prayut Chan-O-Cha yang mengadakan lawatan rasmi sehari ketika di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya, hari ini.--fotoBERNAMA
PUTRAJAYA 1 Dis. - Thailand mengiktiraf peranan Malaysia dalam proses damai selatan Thailand dan negara jiran itu berjanji akan memberikan komitmen kukuh ke arah usaha itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Beliau berkata, Malaysia dan Thailand juga bersetuju dengan tiga prinsip asas berhubung usaha damai itu.
Menurutnya, tiga prinsip itu adalah tempoh tanpa keganasan; semua pihak perlu diwakili dalam rundingan damai itu; dan semua pihak di selatan Thailand perlu bersetuju kepada satu permintaan bersatu yang akan dikemukakan kepada kerajaan Thailand.
“Berdasarkan tiga prinsip itu, Malaysia akan meneruskan (proses damai) dan kerajaan Thailand juga menyatakan secara mutlaknya bahawa Malaysia adalah satu-satunya negara yang ia mahu jalinkan kerjasama bagi proses damai itu,” kata beliau.
Najib berkata demikian kepada wartawan Malaysia selepas majlis makan tengah hari sempena lawatan rasmi Perdana Menteri Thailand Jeneral Prayut Chan-o-cha di Seri Perdana di sini. - BERNAMA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/thailand-iktiraf-peranan-malaysia-di-selatan-thailand-najib-1.31444#sthash.1jZm9wFX.dpuf

Monday, 1 December 2014

Liga Arab mahu bentang draf negara Palestin

Liga Arab bakal membentangkan draf resolusi mengenai pembentukan
Liga Arab bakal membentangkan draf resolusi mengenai pembentukan negara Palestin dalam tempoh beberapa hari lagi. – AGENSI
KAHERAH 30 Nov. – Liga Arab bersetuju untuk membentangkan satu draf resolusi kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menetapkan jangka masa bagi pembentukan sebuah negara Palestin.
“Kami tidak boleh tunggu lagi. Kami tidak boleh hidup dengan status quo. Israel hanya mahu kami menjadi sebuah kuasa tanpa wilayah.
“Saya faham tentang risiko terhadap tindakan Majlis Keselamatan, tapi keadaan yang kami akan hadapi lebih berbahaya apabila kami kekal dengan status quo,” kata Presiden Palestin, Mahmoud Abbas yang dilaporkan portal berita Al-Jazeera.
Wartawannya, Nisreen El-Shamayleh melaporkan dari Ramallah di Tebing Barat, penduduk Palestin menjangka resolusi itu perlu berdepan kuasa veto Amerika Syarikat (AS), sekutu utama Israel di PBB.
“Jika AS memutuskan untuk mengambil langkah menghukum pemerintah Palestin, mungkin dengan menyekat bantuan barangan keperluan, tindakan itu tidak akan mampu bertahan bersendirian kerana tetap memerlukan sokongan daripada negara-negara Arab,” katanya.
Kementerian Luar Liga Arab semalam menubuhkan satu jawatankuasa dianggotai Kuwait, Mauritania, Jordan dan Ketua Liga Arab, Nabil al-Araby untuk memulakan kempen mendapatkan sokongan antarabangsa kepada resolusi tersebut.
Kenyataan itu bagaimanapun tidak menyatakan secara khusus bila resolusi tersebut akan dibentangkan, namun sumber diplomatik berkata, Jordan dan negara Liga Arab di dalam Majlis Keselamatan PBB, akan membentang draf berkenaan dalam beberapa hari lagi.
Langkah itu diambil selepas Palestin merangka satu resolusi bagi menyeru supaya ditamatkan pendudukan Israel menjelang November 2016, pandangan yang turut dikongsi oleh negara-negara Arab dan beberapa negara anggota Majlis Keselamatan secara tidak rasmi.
Teks itu belum lagi diedarkan secara rasmi kepada semua 15 negara anggota penuh Majlis Keselamatan.
Draf resolusi itu menggesa ‘pengunduran sepenuhnya Israel dari semua wilayah Palestin yang diduduki sejak 1967, termasuk Baitulmaqdis Timur dengan segera dan dilaksanakan sepenuhnya dalam rangka waktu tidak melebihi November 2016.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/liga-arab-mahu-bentang-draf-negara-palestin-1.31119#sthash.rVbyFkYv.dpuf

Israel bantah negara Yahudi

Sebahagian aktivis Yahudi berhaluan kiri menyertai demonstarsi
Sebahagian aktivis Yahudi berhaluan kiri menyertai demonstarsi membantah draf rang undang-undang kontroversi yang mentakrifkan Israel sebagai negara Yahudi di Baitulmaqdis, kelmarin. – REUTERS
BAITULMAQDIS 30 Nov. – Beratus-ratus penduduk Israel berhaluan kiri mengadakan demonstrasi membantah draf rang undang-undang kontroversi yang mentakrifkan Israel sebagai negara Yahudi.
Demonstrasi itu dianjurkan oleh badan pemantau penempatan haram Yahudi, Peace Now, di jalan-jalan raya berdekatan kediaman Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu.
Penunjuk perasaan membawa kain rentang tertera perkataan: ‘Kami tidak akan membenarkan anda musnahkan negara ini (Israel)’ dan ‘rang undang-udang kerajaan adalah demokrasi untuk Yahudi sahaja’.
Peace Now berkata, demonstrasi itu ‘merupakan peluang bagi penyokong demokrasi untuk menyuarakan pandangan’ terhadap rang undang-undang itu, yang bersifat ‘perkauman dan kekerasan’ dan mendakwa akan mengancam Israel.
Polis berkata, kira-kira 800 orang menyertai demonstrasi tersebut.
Ketika demonstrasi itu diadakan, sebuah sekolah Yahudi-Arab di Baitulmaqdis dibakar dengan sengaja dengan slogan anti-Arab diconteng di tembok sekolah tersebut.
Jabatan Bomba dipanggil untuk memadam kebakaran di sekolah berkenaan yang terletak berdekatan rumah Netanyahu.
Menteri Pendidikan, Shai Piruon menyifatkan kejadian itu sebagai yang paling ganas dan keji serta melanggar asas demokrasi Israel. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/israel-bantah-negara-yahudi-1.31114#sthash.fcltPxVj.dpuf

Sunday, 30 November 2014

Golda Meir di Hari Pembakaran Al-Aqsa

“KETIKA Masjidil Aqsa dibakar,” ujar Golda Meir, “aku tidak tidur semalam suntuk karena aku mengira bahwa bangsa Arab akan memasuki Palestina secara berbondong-bondong.”
Tapi Meir salah. Pagi harinya, ternyata tidak terjadi sesuatu. Tak ada orang Arab. Tak ada siapapun yang datang. Semuanya, buat Meir, baik-baik saja.
Meir membakar Masjid Al-Aqsa pada tanggal 21 Agustus 1969.
“Itu hari terberat dalam pemerintahanku,” ungkap Meir, Perdana Menteri Israel keempat dan menjadi Perdana Menteri perempuan Israel pertama kalinya, “namun itu adalah hari termudah dalam pemerintahanku.”
Meir adalah salah satu dari ke-24 deklarator berdirinya negara Israel.  “Itu adalah hari-hari yang kulalui pasca pembakaran (masjid Al-Aqsha) tersebut.”
Itu adalah hari Kamis. Hari yang begitu bersejarah. Itulah hari ketika salah satu kiblat pertama umat Islam itu dibakar. Ketika mimbar kebanggaan Sang Penakluk al-Quds, Sultan Shalahuddin, tak sempat lagi diselamatkan. Hangus bersama kobaran api yang melahap Masjid Umar, mihrab Zakariya, Maqam Arbain, tiga koridor masjid, dan kubah kayu bagian dalam masjid. 48 unit jendela masjid pun hancur berkeping-keping bersama ambruknya atap masjid. Dinding dan mihrab masjid langsung menderit hebat.
Api pertama kali dikobarkan oleh seorang zionis berkebangsaan Australia, Michael Dennis Rohan, dengan dibantu oleh orang-orang Yahudi lainnya.
Kobaran api pertama ini menandai proyek terpadu yahudisasi al-Aqsha dan Al Quds. Dari bawah digerogoti; puluhan galian dan terowongan Yahudi mengancam robohnya pondasi al-Aqsha. Di atas, gelegar jet-jet tempur Zionis dengan intensitas dahsyat suara memekakkannya selalu siap menggedor kekokohan bangunan masjid. Sementara di darat, serbuan gerombolan-gerombolan Zionis-Israel tak pernah mengenal kata henti. Berbagai rupa penodaan, penistaan, dan makar untuk menghancurleburkan al-Aqsha bertubi-tubi terus dilancarkan.
Golda Meir, ada di belakangnya, pertama kali. [dedih mulyadi/islampos]

Saturday, 29 November 2014

Henry Kissinger, Raja Faisal, dan Keinginan Shalat 2 Rakaat di Al Aqsa



Ketika Raja Faisal Saling pasokan minyak Hingga negara-negara Barat mengalami Krisis minyak Pada Oktober 1973, IA kalimat melontarkan Yang terkenal dan mengguncang Dunia: "Kami dan leluhur Kami Telah MAMPU bertahan Hidup Hanya mengandalkan kurma dan susu, dan Kami akan menghantarkan kembali Dengan Cara ITU lagi Untuk bertahan Hidup (Tanpa Bantuan barang-barang Masjid Barat). "

Henry Kissinger, Menteri Luar Negeri AS, langsung mengunjungi Raja Faisal dan mencoba membujuknya Untuk interesting keputusannya ITU.

Akan tetapi Raja Faisal berkata Hanya Dengan Wajah Penuh kebencian, "Hancurlah ISRAEL!"

Henry Kissinger mencoba melontarkan Sebuah Lelucon Untuk menghibur sang Raja: "Pesawat Jogja kehabisan minyak, berkenankah Yang Mulia memerintahkan orang agar mengisinya Dengan minyak kembali? Dan Kami siap membayarnya Dengan atuk international. "

Namun Sang Raja tak tertawa sedikitpun. Ia memandang Kissinger Sambil berkata: "Dan aku hanyalah Seorang lelaki tua Yang menginginkan untuk dapat selesai sembahyang doa rakaat di Masjid Al Aqsa rasaya aku Mati; maka maukah engkau (Amerika) mengabulkan permintaanku ini? "

Foto Di Atas tampak fasih menggambarkan Sikap Raja Faisal Yang tak menyukai Kissinger dan Kissinger Yang Berusaha interesting hati Sang Raja. [Dedih Mulyadi / islampos]

Zionis punca Hagel berundur

Washington: Seorang bekas perisik mendakwa kerajaan Amerika Syarikat (AS) di bawah kawalan Zionis memaksa Setiausaha Pertahanan Charles Timothy ‘Chuck’ Hagel (gambar) supaya meletak jawatan.
Scott Rickard berkata, keputusan Hagel berundur serta memaksa perubahan lain di Pentagon baru-baru ini menunjukkan betapa kuatnya pengarah kumpulan pemikir dan kompleks tentera-industri Zionis.
“Seorang yang berjiwa Demokrat akan sukar mengekalkan jawatannya disebabkan pendekatan media serta ahli politik yang dikawal Zionis terhadap rakyat AS,” katanya.
“Kebanyakan isu di sekitar peletakan jawatan Hagel ini sebenarnya berpunca daripada keengganannya bertindak lebih agresif.
“Dia lebih memihak kepada Demokrat sederhana.
“Tidak ramai orang seperti itu walaupun di dalam Parti Demokratik sendiri yang kini lebih menyerupai Parti Republikan,” katanya.
Hagel - seorang Republikan berhaluan sederhana - meletak jawatan Isnin lalu selepas hampir dua tahun mengetuai tentera AS.
Secara rasminya, pegawai AS mengatakan keputusan Hagel itu dipersetujui kedua-dua pihak, namun ada yang menganggap dia sebenarnya dipaksa berbuat demikian.
“Tidak syak lagi, dia dipecat,” kata seorang pegawai yang enggan dikenali. - AP
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 November 2014 @ 5:06 AM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/12426#sthash.9XlMTWDl.dpuf

Perancis akan iktiraf Palestin jika rundingan gagal


PARIS 28 Nov. - Perancis menegaskan akan mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara jika usaha antarabangsa berdepan jalan buntu dalam mencari penyelesaian dalam konflik yang melibatkan Israel dan Palestin, serta mencadangkan tempoh dua tahun lagi untuk menamatkan konfliks tersebut.
Ahli parlimen Perancis akan mengandakan simbolik undian Parlimen pada 2 Disember ini sama ada kerajaan Perancis perlu mengiktirafkan Palestin sebuah sebuah negara,tindakan Perdana Menteri Israel yang dipanggil ‘kesilapan besar’, tetapi tidak mahu mengubah dasar kerajaan Perancis.
“Jika usaha terakhir bagi mencapai rundingan penyelesaian antara kedua-dua negara gagal, kerajaan Perancis sudah bersedia untuk melakukan apa sahaja yang diperlukan dengan mengiktirafkan Palestin sebagai sebuah negara,”kata Menteri Luar Laurent Fabius. - REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/perancis-akan-iktiraf-palestin-jika-rundingan-gagal-1.30514#sthash.FHHG9Yhf.dpuf

Kesatuan Eropah dijangka iktiraf Palestin


STRASBOURG, Perancis 28 Nov. – Kesatuan Eropah (EU) dijangka membentangkan usul untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara berdaulat di Parlimen EU pada bulan depan, selepas isu tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penggubal undang-undang blok berkenaan.
Laman web Prestv.ir melapor­kan, perkara berkenaan dinyatakan ketika penggubal undang-undang EU berdebat tentang usul untuk mengiktiraf Palestin di Parlimen Eropah di sini, semalam.
Penggubal undang-undang EU percaya, pengiktiran itu bakal memberi mesej jelas kepada Israel bahawa tindakan rejim Zionis membunuh dan merampas tanah penduduk Palestin adalah satu perbuatan yang tidak boleh di-
terima.
“Mengapa perlu Parlimen Ero­pah mengambil tindakan ini? Ini semua ada kaitan dengan perasaan tidak lagi boleh bersabar dengan tindakan pencerobohan oleh Israel ke atas tanah milik penduduk Palestin dan jumlah korban membabitkan penduduk Palestin yang semakin meningkat saban hari,” kata anggota Parlimen Eropah dari Britain, Richard Howitt.
Ketua Polisi Luar EU, Federica Mogherini yang turut mengambil bahagian dalam perbahasan ber­kenaan menggesa Israel dan Pa­lestin untuk meneruskan run­di­ngan bagi menyelesaikan ma­salah antara mereka secara aman.
“Keamanan dan keselamatan tidak akan dicapai selagi Palestin tidak diiktiraf sebagai sebuah negara. Negara Palestin tidak dapat diwujudkan jika kita tidak menjanjikan ke­selamatan, kestabilan dan keamanan kepada Israel,” tegas Mogherini.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/kesatuan-eropah-dijangka-iktiraf-palestin-1.30384#sthash.OUolZmB6.dpuf