Tuesday, 4 November 2014

Aktivis Palestin Ikrar Pertahan Al-Aqsa


Diterbitkan: Selasa, 4 November 2014 9:47 AM
Aktivis Palestin mengadakan prostes di pekarangan Masjid al-Aqsa membantah rancangan penutupan bangunan suci dan bersejarah itu.

RAMALLAH: Aktivis Palestin memberi jaminan pihaknya akan terus mempertahankan al-Aqsa dan Baitulmaqdis Timur yang semakin terancam berikutan rancangan jahat Israel untuk merampas kota penuh bersejarah itu.

Sejak Khamis, kumpulan penunjuk perasaan mengadakan protes bagi membantah keputusan menutup Masjid al-Aqsa di mana  lebih 100 penduduk Palestin ditahan di pekarangan masjid itu.

Berikutan tindakan itu, pertempuran ganas berlaku antara penduduk Palestin dan pihak berkuasa Israel di Tebing Barat.

Terkini, sekurang-kurangnya seorang cedera dan beberapa lain mengalami sesak nafas akibat terkena gas pemedih mata dan bom tangan yang dilepaskan rejim Zionis.

Salah seorang aktivis Palestin, Esam Baker berkata, mereka tidak akan membiarkan kota lama itu dimusnahkan atau ditutup.

"Kami tidak akan berdiam diri jika ada pihak yang cuba mencemari kesucian al-Aqsa," katanya yang dipetik Press TV.

Difahamkan, pihak berkuasa Israel menutup pekarangan masjid itu selepas berlaku kejadian cubaan bunuh ke atas aktivis, Yehuda Glick yang didakwa mendalangi tindakan provokasi ke atas al-Aqsa.

Israel Lulus Bina 500 Rumah Baharu Di Timur Baitulmaqdis


Diterbitkan: Selasa, 4 November 2014 1:12 PM

BAITULMAQDIS: Jawatankuasa kerajaan Israel semalam meluluskan pembinaan 500 rumah baharu di timur Baitulmaqdis, kawasan penduduk negara Palestin
Kelulusan peringkat awal jawatankuasa Kementerian Dalam Negeri itu bagi pembinaan rumah baharu di Ramat Sclomo, di Tebing Barat, adalah langkah yang tidak diiktiraf oleh negara lain.

Minggu lalu, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mengarahkan supaya diteruskan rancangan untuk membina 600 unit rumah di Ramat Shlomo dan 400 lain di Har Homa di timur Baitulmaqdis.

Pegawai Palestin dan masyarakat antarabangsa menyatakan bantahan mereka dan menganggap langkah Israel itu sebagai halangan utama dalam usaha mencari perdamaian di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza serta menjadikan timur Baitulmaqdis sebagai ibu negaranya.

Seorang pegawai Israel berkata pihaknya berharap perkara itu tidak tidak dihebohkan ketika ia masih di peringkat perancangan dan perundangan, sebelum memulakan pembinaan.

Katanya, jumlah rumah di Ramat Shlomo dikurangkan atas sebab alam sekitar.

Di Washington, jurucakap Jabatan Negara, Jen Psaki berkata laporan itu bercanggah dengan matlamat Israel untuk mencari perdamaian.

Komplot jahat Yahudi cemari Baitulmaqdis


Komplot jahat Yahudi cemari Baitulmaqdis
CATATAN sejarah menunjukkan Baitulmaqdis merupakan sebagai sebuah kota yang aman dan suci bagi ketiga-tiga agama samawi (Islam, Kristian serta Yahudi).

Bagaimanapun, kesucian Kota Lama itu yang turut menempatkan Masjid al-Aqsa tercemar dengan insiden keganasan yang semakin meningkat sejak beberapa bulan lalu.

Jurang agama, perjuangan politik, perbezaan aspirasi, persaingan demografi dan geografi serta keganasan ke atas orang Islam menjadi faktor utama konflik berterusan di Baitulmaqdis hingga kini.

Protes di Baitulmaqdis Timur semakin meningkat sejak pelampau Yahudi membunuh remaja Palestin, Mohammed Abu Khdeir, 16, dengan membakar mangsa hidup-hidup sebagai tindak balas di atas kematian tiga remaja Israel, Jun lalu.

Ia terus berlarutan dengan beberapa siri pertempuran dan pencerobohan di al-Aqsa yang dilihat sebagai tindakan provokasi Israel untuk sengaja mencetuskan kemarahan penduduk Palestin.

Menurut ahli pertubuhan bukan kerajaan Israel (NGO), Ir Amim, ‘peta Baitulmaqdis’ kononnya dikelilingi tembok pemisah yang mencerminkan aspirasi kerajaan Tel Aviv untuk melaksanakan keseimbangan demografi demi mengekalkan majoriti penduduk Yahudi di kota suci tersebut.

Bagi merealisasikan agenda jahat tersebut, Israel telah mewujudkan sekatan dan cuba merampas Baitulmaqdis dengan cara meluaskan projek penempatan haram Yahudi dan melakukan penggalian di bawah al-Aqsa dengan tujuan untuk menghapuskan tinggalan sejarah Islam di bandar berkenaan.

Selain itu, beberapa pihak termasuk ahli gerakan pelampau didakwa cuba untuk mencemari kesucian al-Aqsa dengan rancangan untuk membenarkan penganut Yahudi melakukan upacara keagamaan mereka di kawasan kompleks Haram al-Sharif.

Adakah situasi yang semakin meruncing di Baitulmaqdis akan mengembalikan semula peristiwa kebangkitan pada tahun 2000?

Al-Aqsa jadi sasaran Israel


Al-Aqsa jadi sasaran Israel
SEJAK pendudukan Israel pada 1967, beberapa tindakan provokasi rejim Zionis dapat dilihat di Haram al-Sharif yang menempatkan al-Aqsa dan Masjid Kubah Batu.

Pada 21 Ogos 1969, seorang warga Australia, Denis Michael Rohan bertindak biadab membakar al-Aqsa hingga menyebabkan kemusnahan besar pada beberapa tinggalan sejarah termasuk Mimbar Solahuddin al-Ayyubi.

Insiden yang mencalar maruah umat Islam itu telah mencetuskan bantahan masyarakat dunia pada masa tersebut, sekali gus membawa kepada penubuhan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).

Ketika itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut mengeluarkan Resolusi 271 yang menggesa Israel supaya menghentikan rancangan untuk mencemari kesucian al-Aqsa dan mengubah status Baitulmaqdis.

Bagaimanapun, resolusi tersebut gagal untuk menghalang rejim Zionis daripada terus melakukan tindakan provokasi di masjid yang pernah menjadi kiblat pertama orang Islam itu.

Pada 27 Januari 1982, sekumpulan pelampau Yahudi sekali lagi cuba untuk membakar al-Aqsa, namun rancangan jahat itu berjaya digagalkan.

Kira-kira tujuh tahun selepas itu, beberapa Ahli Parlimen (Knesset) turut bertindak biadab dengan menceroboh masuk ke kawasan al-Aqsa untuk melakukan upacara keagamaan mereka dan kemuncak provokasi Israel adalah ketika bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon berkunjung ke al-Aqsa pada 28 September 2000 yang telah mencetuskan Intifada Kedua.

Peristiwa kebangkitan yang berlarutan kira-kira lima tahun itu telah meragut lebih 3,000 nyawa penduduk Palestin.

Jordan, Palestin kemuka resolusi


Jordan, Palestin kemuka resolusi
LEMBAGA Eksekutif Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) mengesahkan dua resolusi yang dibentangkan Jordan dan Palestin berhubung tindakan provokasi Israel di Baitulmaqdis.

Resolusi itu dikemukakan susulan gesaan pemerintah Jordan, Raja Abdullah II dan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas yang menuntut langkah segera diambil bagi melindungi al-Aqsa serta seluruh kota suci Baitulmaqdis.

Kandungan resolusi itu turut membantah kerja penggalian yang dilakukan secara berterusan di kawasan pintu Magharbeh dan menolak sekatan yang menghalang penduduk Islam memasuki masjid terbabit.

Selain itu, ia juga mengecam halangan berterusan rejim Zionis terhadap kerja membaik pulih masjid berkenaan yang tertangguh sejak sekian lama.

Pembentangan resolusi itu jelas menunjukkan Israel sememangnya telah melanggar resolusi PBB dan Unesco berkaitan Baitulmaqdis dan wilayah Palestin.

Intifada Ketiga bakal tercetus?


Intifada Ketiga bakal tercetus?
Intifada Ketiga bakal tercetus?
ISRAEL berterusan meluluskan projek perluasan penempatan haram Yahudi di Baitulmaqdis Timur dan Tebing Barat walaupun dikecam negara antarabangsa.

Rejim angkuh itu tetap meluluskan lebih banyak projek pembangunan di kawasan terbabit hingga mencetuskan kemarahan penduduk Palestin.

Sehingga kini, Israel tidak mahu membahagikan Baitulmaqdis yang kononnya dianggap sebagai pusat politik dan agama orang Yahudi berdasarkan Undang-undang Asas Israel.

Palestin pula terus memperjuangkan hak mereka untuk menjadikan Baitulmaqdis Timur yang pernah diduduki Jordan sebelum dikuasai Israel pada 1967 sebagai ibu negara selepas penubuhan negara itu.

Sejak kebelakangan ini, Palestin telah memberi amaran terhadap kemungkinan tercetusnya Intifada Ketiga susulan daripada situasi semakin meruncing di wilayah itu.

Bagaimanapun, kebangkitan seumpama itu memerlukan perpaduan nasional secara menyeluruh.

Beberapa faktor lain seperti pemisahan geografi Palestin dipercayai mungkin tidak dapat merealisasikan matlamat intifada pada kali ini.

Ketika kebangkitan pertama pada 1987, Gaza pernah menjadi pusat konfrontasi menentang rejim Zionis, namun penduduk kini berdepan kesukaran untuk bangkit semula akibat sekatan haram Israel.

Selain itu, perjuangan sebelum ini dikatakan mendapat sokongan sepenuhnya daripada pemimpin Palestin seperti Yasser Arafat, namun kini ia seakan ditolak oleh Pihak Berkuasa Palestin (PA) dan dakwaan itu turut diperkuatkan lagi dengan kenyataan Menteri Luar, Riad Malki.

“Intifada Ketiga tidak akan berlaku selagi Presiden Mahmoud Abbas memegang tampuk pemerintahan Palestin,” tegasnya.

Bantah penutupan Masjid al-Aqsa


Sekumpulan penunjuk perasaan Palestin berarak menuju ke pusat pemeriksaan Qalandia yang terletak antara Ramallah dan Baitulmaqdis.
Sekumpulan penunjuk perasaan Palestin berarak menuju ke pusat pemeriksaan Qalandia yang terletak antara Ramallah dan Baitulmaqdis.
RAMALLAH - PALESTIN. Pertempuran ganas sekali lagi tercetus antara penduduk Palestin dan pihak berkuasa Israel di Tebing Barat.

Sekurang-kurangnya seorang cedera dan beberapa lagi sesak nafas selepas rejim Zionis melepaskan gas pemedih mata serta bom tangan pegun ke arah kumpulan penunjuk perasaan yang mengadakan protes sebagai membantah keputusan penutupan Masjid al-Aqsa sejak Khamis lalu.

Aktivis Palestin, Esam Baker menegaskan mereka akan terus mempertahankan al-Aqsa dan Baitulmaqdis Timur yang kini semakin terancam akibat rancangan jahat Israel untuk merampas Kota Lama tersebut.

"Kami tidak akan berdiam diri terhadap segala bentuk tindakan yang bertujuan untuk mencemari kesucian al-Aqsa," tegasnya dipetik Press TV.

Difahamkan, Israel mengambil langkah drastik menutup pekarangan masjid itu selepas insiden cubaan bunuh ke atas aktivis Yehuda Glick yang didakwa mendalangi tindakan provokasi ke atas al-Aqsa.

Dalam perkembangan lain, lebih 100 penduduk Palestin ditahan susulan ketegangan yang semakin memuncak di pekarangan Masjid al-Aqsa sejak lebih seminggu lalu.

Marah Mahmoud ucap takziah

Baitulmaqdis: Presiden Palestin Mahmoud Abbas mencetus kemarahan pemimpin Israel apabila beliau menganggap lelaki yang maut ketika cuba membunuh seorang rabbi Yahudi sebagai syuhada.

Mahmoud menyelar tentera Israel yang membunuh lelaki itu, Muataz Hijazi, 32, dengan menyifatkan mereka sebagai ‘geng pengganas’ selain menghantar surat takziah kepada keluarga Muataz.
Muataz terbunuh minggu lalu ketika cuba menembak mati Yehuda Glick yang terkenal dengan kelantangannya mendesak supaya orang Yahudi dibenarkan memasuki pekarangan Masjid al-Aqsa.
Dalam suratnya, Mahmoud meluahkan kemarahannya serta menyelar perbuatan jenayah tentera Israel membunuh Muataz yang mati syahid kerana mempertahankan hak dan tempat suci umat Islam.
Surat itu dikecam Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 November 2014 @ 5:13 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/6402#sthash.aQcHvzzP.dpuf

Monday, 3 November 2014

Israel tutup sempadan


Sempadan Erez hanya dibuka untuk bantuan kemanusiaan kecemasan ke Genting Gaza.
Sempadan Erez hanya dibuka untuk bantuan kemanusiaan kecemasan ke Genting Gaza.
TEL AVIV - ISRAEL. Israel mengambil langkah drastik menutup dua laluan sempadan yang menghubungkan Genting Gaza dipercayai sebagai tindak balas terhadap roket yang didakwa telah dibedil ke selatan negara itu.

Akhbar Haaretz melaporkan penutupan itu berkuat kuasa bermula semalam sehingga notis lanjut dikeluarkan dan hanya bantuan kemanusiaan kecemasan dibenarkan memasuki Genting Gaza melalui sempadan Erez.

Langkah tersebut bakal memberi kesan besar kepada penduduk di wilayah Gaza yang menggunakan lintasan Kerem Shalom dan Erez sebagai laluan utama mereka.

Difahamkan, tiga lagi lintasan sempadan masih tidak beroperasi dan laluan sempadan Rafah terus ditutup sehingga kini.

Dalam perkembangan lain, Mesir didakwa akan meneruskan rancangan mereka untuk mewujudkan zon penampan di sempadan Genting Gaza selepas kerajaan mengambil langkah menutup sempadan Rafah susulan daripada insiden keganasan di Semenanjung Sinai.

Tindakan itu memburukkan lagi krisis kemanusiaan di Gaza selain menjejaskan usaha pembangunan semula wilayah terbabit yang musnah teruk akibat tindakan ketenteraan Israel pada 8 Julai lalu.

Israel tutup semula sempadan Gaza


PEMUDA dan remaja Palestin mengadakan tunjuk perasaan di Bandar Gaza ekoran tindakan Israel menghalang umat Islam daripada masuk ke kawasan masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis. - AFP


GAZA – Israel menutup dua sempadan ke Semenanjung Gaza selepas satu roket yang dilancarkan dari Palestin meletup di wilayah yang dikuasai oleh rejim Zionis berkenaan semalam, kata pegawai tentera.
“Pintu sempadan Erez dan Kerem Shalom yang merupakan pintu masuk kepada orang ramai untuk mendapatkan bekalan makanan kini ditutup sehingga arahan terbaharu dikeluarkan.
“Bagaimanapun, penutupan itu dikecualikan kepada urusan bantuan kemanusiaan,” kata seorang jurucakap tentera.
Katanya, tindakan itu diambil selepas satu roket ditembak dari arah Gaza dan mengenai kawasan Eshkol di selatan Israel pada Jumaat lalu. Tembakan itu bagaimanapun tidak menyebabkan kecederaan atau kerosakan.
Kejadian tembakan itu merupakan serangan pertama yang dilakukan ke atas wilayah Israel sejak gencatan senjata dicapai pada 16 September lalu, sekali gus menamatkan perang selama 50 hari antara Israel dan pejuang Palestin.
Perang tersebut menyebabkan 2,140 penduduk Palestin terbunuh dan 73 lagi di pihak Israel.
Baru-baru ini ketegangan semakin memuncak apabila Israel menutup kawasan masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis daripada dimasuki umat Islam yang dipercayai sebagai cubaan untuk menguasai kawasan masjid berkenaan. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1103&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3Hx3HXKwG 
Hakcipta terpelihara 

Israel digesa hentikan pendudukan di Baitulmaqdis


MEKAH 3 Nov. – Liga Arab hari ini memberi amaran, Israel sudah bertindak melampau batas selepas berlakunya pertempuran terbaharu di Baitulmaqdis dan menggesa badan antarabangsa memberi tekanan untuk menghentikan `keganasan’ di bandar suci itu.
Timbalan Ketuanya, Ahmed Ben Hilli berkata, Israel sudah bertindak keterlaluan melepasi `garis merah’ dan pendudukan di Baitulmaqdis harus dihentikan segera bagi menggelak sebarang perkara tidak diingini.
“Menyentuh Baitulmaqdis akan membawa kepada kesan yang tidak dapat digambarkan, pihak antarabangsa perlu segera menyelesaikan masalah ini,” jelas Ahmed. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/israel-digesa-hentikan-pendudukan-di-baitulmaqdis-1.19979#sthash.NUo5B2LC.dpuf

Status quo Masjid Al-Aqsa kekal

Seorang pegawai perubatan mengangkat seorang penduduk Palestin
Seorang pegawai perubatan mengangkat seorang penduduk Palestin yang cedera ketika bertempur dengan pasukan keselamatan Israeli semasa mengadakan tunjuk perasaan membantah tindakan pihak berkuasa Israel menutup Masjid Al-Aqsa di pusat pemeriksaan di Qalandia, Ramallah, Tebing Barat, semalam . – REUTERS
BAITULMAQDIS 2 Nov. - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menegaskan bahawa beliau tidak berhasrat untuk menukar status quo kawasan suci di Baitulmaqdis, walaupun berhadapan tekanan daripada aktivis Yahudi berhaluan kanan, yang mahu tapak itu dijadikan milik Yahudi.
Selain itu, Netanyahu turut menggesa anggota Parlimen Israel mengawal kemarahan berhubung isu perebutan Masjid Al-Aqsa yang menjadi punca ketegangan antara penduduk Palestin dan puak Yahudi sejak beberapa minggu lalu.
Dalam kenyataannya, Netanyahu juga mahu semua anggota Knesset (Parlimen Israel) meredakan ketegangan dan mengambil tanggungjawab bagi mengelakkan berlaku pergolakan yang lebih besar.
Kenyataan Netanyahu itu dilihat sebagai cubaannya untuk meredakan kebimbangan penduduk Palestin terhadap rancangan rejim Zionis Israel yang mahu menukar status quo Masjid Al-Aqsa, yang merupakan tapak ketika paling suci bagi umat Islam.
Di bawah peraturan yang ditetapkan untuk memasuki Masjid Al-Aqsa, yang ditadbir oleh pihak berkuasa Jordan, penganut Yahudi dibenarkan masuk ke kawasan suci itu tetapi dilarang untuk bersembahyang.
Bagaimanapun, sebaik-baik Netanyahu menyentuh isu tersebut, ketua kumpulan Yahudi yang berkempen mahu menukar status Masjid Al-Aqsa, Moshe Feiglin, yang juga anggota Parlimen daripada Parti Likud, mengeluarkan kenyataan berbaur provokasi dalam laman sosial Twitter untuk menyatakan hasrat beliau mengunjungi kawasan suci berkenaan, hari ini.
Kemelut di Baitulmaqdis yang semakin meningkat setiap hari turut mengundang kebimbangan Israel tentang kebangkitan (intifada) terbaharu penduduk Palestin selepas hak mereka sering digugat oleh pihak keselamatan rejim Zionis untuk memasuki Masjid Al-Aqsa.
Pertempuran antara penduduk Palestin dan pihak keselamatan Israel di Baitulmaqdis Timur dan kawasan sekitar Masjid Al-Aqsa sejak kebelakangan ini secara jelas menunjukkan kerapuhan status quo yang ditetapkan sebelum ini, ekoran provokasi terbaharu rejim Zionis Israel. – REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/status-quo-masjid-al-aqsa-kekal-1.19924#sthash.kEzVVuuO.dpuf

Sunday, 2 November 2014

Kekal hebat dan istiqamah berjuang.



Seorang warga emas Palestin yang buta serta uzur, Haji Abu Bin Ismail (97 tahun) kekal istiqamah untuk ke Masjid al Aqsa setiap hari bersama isterinya yang juga telah tua.

Tujuan mereka hanyalah untuk mengimarahkan kiblat pertama umat Islam ini dan juga untuk mempertahankannya daripada terus dirampas rejim Zionis Israel.

Bagaimana dengan kita?
 

Tutup Masjid Al-Aqsa seperti ‘isytihar perang’ – Abbas


pasukan keselamatan Israel berkawal ketika penduduk Palestin menunaikan
pasukan keselamatan Israel berkawal ketika penduduk Palestin menunaikan solat Jumaat di sebatang jalan di luar Bandar Lama di timur Baitulmaqdis, semalam. – AFP
BAITULMAQDIS 31 Okt. – Tindakan Israel menutup perkarangan Masjid Al-Aqsa kepada semua pengunjung ekoran kejadian tembakan ke atas seorang penganut Yahudi adalah sama seperti `pengisytiharan perang’, kata Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, semalam.
Bagaimanapun The International News melaporkan, Israel kembali membuka semula perkarangan masjid itu, hari ini, bagi membolehkan umat Islam menunaikan solat Jumaat dengan situasi di jalan-jalan di Baitulmaqdis timur kelihatan agak tenang selepas insiden penutupan kawasan tersebut, semalam.
“Konflik di Baitulmaqdis yang semakin memuncak adalah satu pengisytiharan perang ke atas penduduk Palestin dan tempat-tempat sucinya termasuk tanah Arab serta negara Islam.
“Kami mahu Israel bertanggungjawab, kerana mencetuskan situasi itu di Baitulmaqdis yang mencapai kemuncak dengan penutupan Masjid Al-Aqsa, pagi ini,’’ kata jurucakap Presiden, Nabil Abu Rudeina yang memetik kenyataan Mahmoud.
Perkarangan itu menempatkan tempat suci ketiga Islam, yang juga merupakan tempat paling suci bagi penganut Yahudi yang merujuknya sebagai Temple Mount kerana ia pernah menempatkan dua kuil Yahudi.
Walaupun bukan Islam boleh melawat kawasan itu, namun penganut Yahudi tidak dibenarkan bersembahyang di perkarangan masjid itu kerana dibimbangi mampu menjejaskan status quo kawasan tersebut.
“Keputusan itu amat berbahaya dan cabaran terang-terangan yang boleh mengakibatkan ketegangan dan ketidakstabilan dan juga mewujudkan situasi berbahaya dan negatif.
“Palestin akan mengambil langkah undang-undang bagi mendesak Israel bertanggungjawab dan menghentikan serangan itu,’’ kata Mahmoud. – AFP/AGENSI
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/tutup-masjid-al-aqsa-seperti-8216-isytihar-perang-8217-8211-abbas-1.19275#sthash.gINIPbiS.dpuf

Penduduk Palestin bertempur dengan polis


02 November 2014 2:12 AM
SEORANG penduduk Palestin melontar semula gas pemedih mata yang

SEORANG penduduk Palestin melontar semula gas pemedih mata yang dilepaskan pasukan keselamatan Israel semasa brlaku pertempuran di kem pelarian Aida berhampiran Baitullaham di Tebing Barat, kelmarin. – AFP

BAITULMAQDIS 1 Nov. – Penduduk Palestin bertempur dengan polis Israel sejurus selesai solat Jumaat di Tebing Barat, semalam tidak lama selepas rejim Zionis itu membuka semula Masjid Al-Aqsa selepas menutupnya sehari sebelum itu.
Sebuah roket turut dilancarkan dari Gaza dan mengenai kawasan selatan Israel, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Ia merupakan roket pertama dilancarkan ke Israel dari Gaza sejak 16 September.
Israel menambah jumlah anggota polis selepas membuka semula Masjid Al-Aqsa, dalam usaha mereka menghalang penduduk Palestin bergama Islam berumur bawah 50 tahun daripada bersembahyang di masjid itu.
Keadaan itu menyebabkan jumlah jemaah yang menunaikan solat Jumaat berkurangan daripada kebiasaan, namun solat Jumaat berlangsung tanpa insiden yang tidak dingini.
Ketua Badan Waqaf Islam, Azzam al-Khatib yang menyampaikan khutbah Jumaat menyifatkan penutupan Masjid Al-Aqsa pada Khamis, sebagai ‘hari hitam’ dan ‘satu malapetaka’.
Jurucakap polis Israel, Luba Samri dalam satu kenyataan berkata, tidak lama selepas selesai solat Jumaat, beberapa pemuda di luar Kota Lama membaling batu ke arah polis Israel yang segera bertindak menyuraikan mereka.
Di Tebing Barat, kira-ira 300 penduduk Palestin membaling batu ke arah pasukan keselamatan Israel di pusat pemeriksaan Qalandiya di utara Baitulmaqdis.
Polis bertindak balas dengan melepaskan tembakan peluru getah dan peluru hidup menyebabkan 12 penduduk Palestin cedera.
Masjid Al-Aqsa dan Kota Lama di Baitulmaqdis serta kawasan perumahan berhampiran menyaksikan keganasan selama berbulan-bulan selepas penduduk Palestin sentiasa berkumpul di kawasan perkarangan masjid itu bagi mempertahankan rumah suci itu selepas beranggapan penduduk Yahudi cuba menguasainya.
Sementara itu, Amerika Syarikat (AS) mengumumkan bahawa perbincangan antara Setiausaha Negara Amerika, John Kerry dan ketua perunding Palestin akan diadakan pada Isnin ini di Washington bagi membincangkan usaha untuk menghidupkan semula proses rundingan damai yang tergendala sebelum ini. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/penduduk-palestin-bertempur-dengan-polis-1.19527#sthash.e1V8yzT8.dpuf

Saturday, 1 November 2014

Ketegangan memuncak


Penduduk Palestin mengusung keranda jenazah Moataz Hejazi yang ditembak mati polis Israel, kelmarin.
Penduduk Palestin mengusung keranda jenazah Moataz Hejazi yang ditembak mati polis Israel, kelmarin.
RAMALLAH - PALESTIN. Situasi di Tebing Barat semakin tegang selepas rejim Israel menghalang penduduk Palestin yang mahu menunaikan solat Jumaat di Masjid al-Aqsa, semalam.

Pihak berkuasa Israel telah mengerahkan pasukan keselamatannya berkawal di al-Aqsa, selepas mengeluarkan arahan menutup sepenuhnya kawasan masjid suci ketiga bagi umat Islam itu, kelmarin.

Jurucakap Polis Israel, Micky Rosenfeld berkata pasukan keselamatan akan terus berkawal di sekitar kawasan Masjid al-Aqsa sehingga situasi kembali tenang.

"Polis Israel akan berada selama yang mungkin di kawasan Masjid al-Aqsa sehingga keadaan menjadi reda," katanya

Penutupan Masjid Al-Aqsa itu diumumkan oleh Menteri Keselamatan Awam Israel, Yitzhak Aharonovich. Ia ditutup sehingga satu notis lanjut.

Tindakan Israel itu dibuat selepas seorang aktivis Yahudi, Yehuda Glick yang memperjuangkan akses lebih luas penganut Yahudi ke tapak suci itu cedera ditembak pada Rabu oleh seorang lelaki bermotosikal yang kemudian melarikan diri.

Suspek serangan itu, seorang warga Palestin, kemudian ditembak mati oleh polis Israel.

Sementara itu, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) berkata penutupan Masjid al-Aqsa oleh pihak berkuasa Israel merupakan provokasi secara terang-terangan terhadap umat Islam.

Setiausaha Agungnya, Iyad Ameen Madani berkata, OIC mengutuk tindakan yang mencabuli hak beragama umat Islam di salah sebuah masjid paling suci.

“Ini adalah satu pelanggaran semua perjanjian antarabangsa, konvensyen Geneva dan prinsip undang-undang antarabangsa,” katanya menurut laporan Press TV.

Kemusnahan Gaza bakar semangat Palestin



Oleh Syed Azwan Syed Ali
Jam tangan penulis menunjukkan tepat 4 petang, iaitu menghampiri waktu Maghrib di Gaza, ketika kami baru tiba di Zanna, sebuah perkampungan di timur Khan Younis yang teruk dibedil Israel dalam peperangan lalu. Dari dalam kenderaan, penulis dapat melihat kesan kemusnahan perang dengan runtuhan bangunan di kanan dan kiri jalan yang berdebu sepanjang perjalanan kami dari kesibukan Khan Younis di selatan Gaza hinggalah ke kawasan perkampungan itu yang rata dibedil Israel.
Bangunan ranap menyembah bumi
Ada bangunan yang mempunyai lubang besar kesan bedilan roket dan ada juga bangunan ranap menyembah bumi dibedil kereta kebal Israel yang menggempur kawasan itu dalam operasi darat rejim Zionis.
Kurang 15 minit perjalanan, kenderaan yang membawa penulis dengan penterjemah, Abdul Rahman Al Farra serta dua sukarelawan tempatan berhenti di kawasan runtuhan itu, ketika anak-anak kecil berlari melintasi bangunan runtuh selepas pulang dari sekolah sesi petang.
Penulis yang bergegas keluar dari kenderaan itu menyedari kebanyakan bangunan yang runtuh, sama ada rumah, sekolah mahupun masjid, dipacakkan bendera Palestin di atasnya, yang sesekali berkibar megah ditiup angin dari Laut Mediterranean di barat Gaza. "Ini tandanya Palestin tak akan jatuh, Palestin akan tetap bangun, walaupun kami diserang bertubitubi," kata Abdul Rahman ketika kami melewati deretan bangunan runtuh itu.
Dikepung segenap penjuru
Gaza yang dikepung di segenap penjuru oleh rejim Zionis, mengalami kemusnahan yang dahsyat dalam pertempuran selama 50 hari bermula 8 Julai lalu apabila diserang buat kali ketiga dalam tempoh lima tahun sejak Hamas menguasai wilayah konflik yang didiami 1.8 juta warga Palestin. Israel dilaporkan melancarkan operasi ketenteraan Protective Edge bagi melumpuhkan keupayaan kumpulan Hamas selepas rejim Zionis itu mendakwa bedilan roket dan mortar dilancarkan ke arah Tel Aviv.
Jika peperangan pertama pada penghujung tahun 2008 dan awal tahun 2009 menyebabkan 1,400 nyawa terkorban, dan perang pada lewat tahun 2012 membunuh 177 nyawa, pertempuran kali ini pula menyebabkan lebih 2,100 terkorbandengan kerosakan harta benda berbilion ringgit selain 108,000 penduduk Palestin hilang tempat tinggal.
Kritikalnya kesan kemusnahan dalam pertempuran kali ini hinggakan Pihak Berkuasa Palestin mengumumkan bahawa Gaza memerlukan AS$7 bilion (RM22.4 bilion) untuk dibangunkan semula. Kira-kira dua minggu lalu, masyarakat dunia pada persidangan khas anjuran Mesir dan Norway, berikrar menyalurkan AS$5.4 bilion (RM17.28 bilion) bagi membantu Gaza selepas lebih 18,000 rumah dilaporkan musnah dalam pertempuran lalu.
Ibrahim Abu Jama, 30, yang ditemui penulis ketika sedang membersihkan kawasan rumahnya di Zanna menyifatkan pertempuran kali ini merugikan kedua- dua pihak. "Ini adalah ibu segala pertempuran di Gaza," kata Ibrahim yang menjadi pelarian dalaman bersama ahli keluarganya selepas rumah mereka musnah dibedil jet pejuang Israel.
Ibrahim dan keluarganya kini menyewa di kawasan berdekatan dengan sewa bulanan AS$200 (RM640) iaitu separuh daripada gaji bulanan kakitangan kerajaan itu.
Zanna kurang dapat liputan
Penduduk di situ memberitahu Zanna kurang mendapat liputan selepas media antarabangsa lebih memberi tumpuan di kawasan Khujaa dan Shujaiya di utara bandar Gaza. "Di sinilah, Israel memulakan operasi darat dengan ketumbukan kereta kebal selepas jet pejuang mereka membedil seluruh Gaza," kata seorang penduduk tempatan yang enggan dinamakan atas faktor keselamatan.
Penulis tidak mengambil masa lama untuk menyaksikan betapa besarnya skala konflik pertempuran antara Hamas-Israel itu selepas berjaya memasuki Gaza pada petang 15 Oktober lalu selepas lebih seminggu menunggu dengan penuh debaran di Kaherah. Menerusi sempadan Rafah di bawah kawalan Mesir, penulis dan Pengarah Serantau Mercy Malaysia bagi Asia Barat, Afrika Utara dan Eropah, Norazam Ab Samah, memasuki Gaza bersama sekumpulan 13 sukarelawan dan doktor dari Algeria, sekali gus menjadi rakyat Malaysia terawal memasuki wilayah konflik itu selepas gencatan senjata tanpa had diisytiharkan 26 Ogos lalu.
Sebelum itu terdapat badan kemanusiaan dari Malaysia yang cuba memasuki Gaza lebih 12 kali, namun gagal selepas tidak mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa Mesir ekoran ancaman militan di wilayah utara Sinai. Ketika perang masih berlangsung, hanya tiga wakil Malaysia termasuk Duta Besar Malaysia ke Mesir dan Palestin, Datuk Ku Jaafar Ku Shaari dan Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dibenarkan meneruskan perjalanan ke Rafah dengan iringan konvoi tentera Mesir.
Masjid hampir runtuh dibedil rejim Zionis
Dari runtuhan bangunan di jalan utama di Zanna, penulis sempat memasuki sebuah masjid yang hampir runtuh dengan sebahagian dindingnya roboh dibedil kereta kebal rejim Israel. Dari bahagian pintu depan masjid itu, penulis dapat melihat dengan jelas dinding bel a k a n g m i m b a r ny a yang roboh, menampakkan kemusnahan di bumi Anbia itu.
Di Masjid Al-Hareth yang menaranya masih tegak berdiri itu, penulis menemui sekumpulan anak kecil seawal lima tahun hingga belasan tahun, membaca al-Quran dibimbing seorang ustazah. Nisma Quider, 22, ustazah yang tinggal tidak jauh daripada masjid itu memberitahu ada 35 kanak-kanak dan remaja yang belajar al Quran di situ dan mereka meneruskan pengajian sebaik pertempuran tamat. Ketika itu, penulis berasa amat sayu dan hiba apabila melihat anak kecil Palestin itu terus mengalunkan ayat suci al-Quran dalam masjid yang hampir roboh dengan penuh istiqamah, seolah- olah tiada apa yang berlaku.
"Mereka boleh menyerang kami, membedil kami, memusnahkan harta benda kami, malah mengambil nyawa kami, tapi mereka tidak boleh mengambil al-Quran dan Palestin dari jiwa kami," kata Nisma yang berpurdah. Dalam kalangan anak murid Nisma adalah Ala RoidAl Qadwa, 11, yang kematian bapanya dalam pertempuran lalu menyebabkan penulis bertambah pilu.
"Ayah menunggu saya di syurga," katanya yang mempunyai lapan beradik dan menjadi yatim piatu selepas bapa mereka mati terkena bedilan roket rejim Zionis ketika puncak pertempuran, akhir Julai lalu. Sebelum itu Ala Roid bersama rakan-rakannya membacakan surah Al-Balad yang bermaksud 'kota', sekali gus terdetik di hati penulis; sekiranya Gaza sebuah kota,
maka ia adalah kota yang tidak dibela.

Kerry desak Israel buka semula Masjid Al-Aqsa

REUTERS - SEORANG pemuda Palestin berdiri di hadapan sebuah kereta yang terbakar ketika menyertai tunjuk perasaan menentang tentera Israel di Baitulmuqaddis Timur kelmarin.
BAITULMUQADDIS – Amerika Syarikat (AS) menggesa semua pihak yang bertelagah di sini agar bertenang berikutan ketegangan yang semakin memuncak ketika negara kuasa besar itu bekerjasama dengan Israel, Palestin dan Jordan untuk mengembalikan ketenteraman.
Setiausaha Negara AS, John Kerry turut mengutuk serangan terhadap rabai Yahudi, Yehuda Glick yang memiliki kewargenegaraan Israel dan AS.
Pada masa yang sama, Kerry meminta agar Masjid Al-Aqsa di sini dibuka semula kepada umat Islam. Terdahulu, polis Israel menyatakan pekarangan masjid itu akan dibuka semula awal semalam bagi membolehkan orang Islam menunaikan solat subuh.
“Saya amat mengambil berat berhubung ketegangan yang meningkat di seluruh bandar ini terutamanya melibatkan Masjid Al-Aqsa,” kata Kerry dalam satu kenyataan.
Tambahnya, beliau yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin Israel, Jordan serta Palestin akan berusaha supaya ketegangan antara penduduk Pa­lestin dan Israel dapat diredakan.
Terdahulu, jurucakap Jabatan Negara AS, Jen Psaki berkata, Kerry dijangka menghubungi Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam tempoh masa 24 jam akan datang bagi membincangkan situasi di sini.
– AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1101&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3HlmiUBX3 
Hakcipta terpelihara 

Tutup Masjid Al-Aqsa seperti ‘isytihar perang’ – Abbas

pasukan keselamatan Israel berkawal ketika penduduk Palestin menunaikan
pasukan keselamatan Israel berkawal ketika penduduk Palestin menunaikan solat Jumaat di sebatang jalan di luar Bandar Lama di timur Baitulmaqdis, semalam. – AFP
BAITULMAQDIS 31 Okt. – Tindakan Israel menutup perkarangan Masjid Al-Aqsa kepada semua pengunjung ekoran kejadian tembakan ke atas seorang penganut Yahudi adalah sama seperti `pengisytiharan perang’, kata Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, semalam.
Bagaimanapun The International News melaporkan, Israel kembali membuka semula perkarangan masjid itu, hari ini, bagi membolehkan umat Islam menunaikan solat Jumaat dengan situasi di jalan-jalan di Baitulmaqdis timur kelihatan agak tenang selepas insiden penutupan kawasan tersebut, semalam.
“Konflik di Baitulmaqdis yang semakin memuncak adalah satu pengisytiharan perang ke atas penduduk Palestin dan tempat-tempat sucinya termasuk tanah Arab serta negara Islam.
“Kami mahu Israel bertanggungjawab, kerana mencetuskan situasi itu di Baitulmaqdis yang mencapai kemuncak dengan penutupan Masjid Al-Aqsa, pagi ini,’’ kata jurucakap Presiden, Nabil Abu Rudeina yang memetik kenyataan Mahmoud.
Perkarangan itu menempatkan tempat suci ketiga Islam, yang juga merupakan tempat paling suci bagi penganut Yahudi yang merujuknya sebagai Temple Mount kerana ia pernah menempatkan dua kuil Yahudi.
Walaupun bukan Islam boleh melawat kawasan itu, namun penganut Yahudi tidak dibenarkan bersembahyang di perkarangan masjid itu kerana dibimbangi mampu menjejaskan status quo kawasan tersebut.
“Keputusan itu amat berbahaya dan cabaran terang-terangan yang boleh mengakibatkan ketegangan dan ketidakstabilan dan juga mewujudkan situasi berbahaya dan negatif.
“Palestin akan mengambil langkah undang-undang bagi mendesak Israel bertanggungjawab dan menghentikan serangan itu,’’ kata Mahmoud. – AFP/AGENSI
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/tutup-masjid-al-aqsa-seperti-8216-isytihar-perang-8217-8211-abbas-1.19275#sthash.r42it2Iv.dpuf

Friday, 31 October 2014

Abbas sambut baik keputusan Sweden iktiraf negara Palestin

Rakyat Palestin menandatangani bendera sepanjang 66 meter yang mengandungi 25,000 tanda tangan yang diterbangkan dari Kanada ke bandaraya Ramallah di Tebing Barat. Bendera itu pada mulanya dipamerkan di Ottawa dalam satu perhimpunan di Parlimen Julai lalu. - Foto AFP
RAMALLAH: Presiden Palestin Mahmud Abbas hari ini mengalu-alukan keputusan Sweden untuk mengiktiraf dengan rasmi Palestin sebagai sebuah negara.
"Presiden Abbas menyambut baik keputusan Sweden itu," kata jurucakap presiden Palestin itu, Nabil Rudeina.
Katanya, Presiden Abbas menyifatkannya sebagai 'keputusan berani dan bersejarah'.
Sweden adalah negara pertama di barat Eropah yang mengiktiraf Palestin.
Keputusan Sweden itu diumumkan oleh Menteri Luarnya, Margot Wallstrom dalam kenyataan yang disiarkan oleh akhbar 'Dagens Nyheter daily'.
"Ia adalah langkah penting yang memberi pengiktirafan kepada rakyat Palestin," katanya, sambil berharap ia menjadi ikutan negara lain.
Perdana Menteri baharu Sweden, Stefan Loefven mengumumkan dalam ucapan pertamanya di Parlimen awal bulan ini bahawa negaranya akan menjadi negara anggota Kesatuan Eropah (EU) pertama di barat Eropah untuk mengiktiraf negara Palestin.
Ketika Palestin menyambut baik langkah itu, Israel pula memanggil Duta Sweden sebagai tanda bantahan dan menyatakan kekecewaannya.
Israel mahukan Palestin memperoleh taraf negara yang dijanjikan kepada mereka menerusi rundingan terus dan bukan melalui saluran diplomatik.
Tujuh negara EU di timur Eropah dan Mediterranean sudah pun mengiktiraf negara Palestin iaitu Bulgaria, Cyprus, Republik Czech, Hungary, Malta, Poland dan Romania.
Negara bukan anggota EU, Iceland, adalah negara di barat Eropah yang memberi pengiktirafan kepada Palestin. - AFP