Wednesday, 10 September 2014

Gambar Kenangan Tempat Penyembelihan Qurban Pada Tahun 2013.Kelihatan Ceo Aman Palestin Di Palestin Ir Omar Seyam (Berbaju Kelabu).

Gambar Kenangan Tempat Penyembelihan Qurban Pada Tahun 2013.Kelihatan Ceo Aman Palestin Di Palestin Ir Omar Seyam (Berbaju Kelabu).

a)Sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan".(Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

b) Sebagai penebus dosa- Sabda Rasulullah s.a.w kepada Sayyidatina Fatimah:
Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu".(al-Bazzar dan Ibnu Hibban)

c) Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah- Sabda Rasulullah s.a.w:
Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla."

Sumber: http://www.islam.gov.my/e-hadith/fadhilat-dan-hikmah-korban

Dr. Wahbah Az-Zuhaili dalam fatwanya menyebut:
"Dalam Waktu Sekarang Ini Penduduk Gaza Menjadi Golongan Utama Untuk Mendapat Haiwan Dan Daging Qurban Disebabkan Keadaan Mereka Yang Ditimpa Krisis.Hal Tersebut Dihukum Menyerupai Wajib"

1. Projek Qurban Aman Palestin telah bermula sejak tahun 2008.Kami Menawarkan Kemudahan Qurban Di Palestin Dan Syria.

2. Harga adalah seperti berikut:
2.1 Qurban 1 ekor lembu RM9,800 (berat minima lembu 400 kg)
2.2 Qurban 1 bahagian lembu RM1,400
2.3 Qurban 1 ekor kambing RM1,400 (berat minima kambing 50 kg)
2.4 Aqiqah 1 ekor kambing RM1,400
2.5 Sedeqah Operasi Qurban RM350

3. Bayaran hendaklah dibuat ke salah satu akaun bank berikut atas nama Aman Palestin Berhad:

Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
CIMB: 8600460353
Bank Muamalat: 12070005133717
RHB Bank: 21245760004907
Bank Rakyat: 220806195922

4. Penting !!Hubungi/Email/Wassap Slip Bank/Bukti Transfer Kepada Wakil Setiap Negeri Untuk Pengelasan Dana .Juga Butiran Seperti Nama Alamat Dan Nombor IC Untuk Tujuan Pengeluaran Resit Pelepasan Cukai LHDN

Aman Palestin Kedah
No:017-3663063 (Nazmi)
amanpalestinkedah@gmail.com

Aman Palestin Perlis
No: 013-4544015 (Mior)
No: 013-5950024(Hasnol)
amanpalestinperlis@gmail.com

Aman Palestin Pulau Pinang
No:019-5235592 (Budi)
amanpalestinpp@gmail.com

Aman Palestin Cawangan Perak
No:019-5745334 (Amin)
amanpalestinperak@yahoo.com

Aman Palestin Kemaman & Dungun
No:013-9811406 (Rahimi)
No:011-19827080(Syamizan)
ap.kemaman@gmail.com

Aman Palestin Terengganu
No:019--9131535 (Siroj)
No:012-3862742 (Kamarol)
amanpalestinterengganu@yahoo.com

Aman Palestin Kelantan
No:013-9841967 (Salmi)
ap_kelantan@yahoo.com

Aman Palestin Pahang Official
No:013-9315465 (Sabri)
No:014-8241732 (Hilmi)
amanpalestinpahang@yahoo.com

Aman Palestin Damansara page
No:0179684293
No:0135117091 (Akib)
damansara@amanpalestin@gmail.com

Aman Palestin Shah Alam KL & Selangor
No:013-351 3040(Farhan)
No:014-5578414 (Taqiyuddin)
shahalam@amanpalestin.net

Aman Palestin Melaka
No:013-5133315(Azlan)
amanpalestinmelaka@yahoo.com.my

Aman Palestin Negeri Sembilan (AP N9)
No:013-6391003(Isfahmi)
No:017-5748025(Mabrur)
amanpalestin.negerisembilan@yahoo.com

Aman Palestin Johor Official & Singapore
No:018-7910651(Ahmady)
No:012-7492400 (Syafiq)
amanpalestinjohor@gmail.com

Aman Palestin Labuan Official
No:019-3127573 (Shahir)
amanpalestin.labuan@gmail.com

Aman Palestin Sabah
No:019-8852165 (Jumriati)
No:013-8062506 (Nurti)
No:014-5696826(Hasan)
amanpalestin.sabah@gmail.com

Aman Palestin Sarawak (APSAR) & Brunei
No:019-4991610 (Zainizam)
No:0199955251 (Ayu)
sarawak@amanpalestin.net
 

Peperangan yang telah dilancarkan oleh Israel ke atas Hamas pada peperangan yang lalu telah mengukuhkan lagi kuasa politik Hamas .

Terkini | Gaza 2.32 pm

Menteri Luar Israel,Lieberman: Peperangan yang telah dilancarkan oleh Israel ke atas Hamas pada peperangan yang lalu telah mengukuhkan lagi kuasa politik Hamas .

Sumber: غزه الان

Tiada penerbangan dari Israel ke Saudi



Riyadh: Pihak berkuasa penerbangan awam Saudi (GACA) semalam menafikan lapangan terbang negara itu akan menguruskan penerbangan secara terus dari Israel pada musim haji tahun ini.

Jurucakap GACA, Khaled Al-Khaibari berkata, tidak akan ada penerbangan dari bumi Palestin yang dijajah rejim Zionis itu ke lapangan terbang Saudi untuk membawa jemaah haji.

Menurutnya, jemaah Palestin akan berangkat dari lapangan terbang Mesir atau Jordan.



Di samping itu, mereka juga akan berangkat untuk menunaikan rukun Islam kelima berkenaan menerusi jalan darat dengan merentasi Jordan.

Khaled berkata demikian selepas media Israel melaporkan kononnya akan ada penerbangan terus antara Israel dengan Arab Saudi untuk mengangkut jemaah haji, buat kali pertama dalam sejarah.

- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/10

Israel buat hal lagi


Gaza: Tentera laut Israel menahan empat nelayan Palestin dan merampas bot mereka semalam dalam tindakan yang dilihat sengaja dilakukan bagi mencetuskan kembali pergeseran selepas pertempuran berakhir bulan lepas.

Jurucakap Persatuan Nelayan Gaza, Nizar Ayyash berkata insiden berkenaan berlaku di Beit Lahiya.

Tentera Yahudi seperti biasa berkata, mereka akan menyiasat laporan itu.

Briged Izuddin Al-Qassam dan tentera Yahudi menghentikan pertempuran selama 50 hari pada 26 Ogos lalu dan bersetuju untuk melakukan rundingan gencatan senjata di Kaherah.

Sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui adalah Israel memperluaskan kawasan maritim antara lima dan sembilan kilometer, membolehkan nelayan Gaza beroperasi.

Mereka juga akan menimbang meluaskan lagi kawasan maritim itu dalam usaha membangunkan ekonomi wilayah itu.



- AP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/10

Ekonomi Israel merosot akibat perang


BAITULMAQDIS 9 Sept. - Kempen ketenteraan Israel ke atas Gaza selama tujuh minggu bermula 7 Julai lalu, mula menampakkan kesan kepada rejim Zionis itu apabila perkembangan ekonominya dilihat semakin merosot.
Agensi berita Xinhua melaporkan, pakar ekonomi menganggarkan perang itu akan menyebabkan kadar pertumbuhan ekonomi Israel menurun sebanyak 0.5 peratus.
Pusat Biro Perangkaan Israel berkata, pertumbuhan ekonomi Israel pada suku kedua tahun 2014 adalah sebanyak 1.7 peratus berbanding 2.8 peratus pada suku pertama tahun ini dan 2.5 peratus pada suku keempat tahun 2013.
"Kita sedang melalui fasa pertumbuhan ekonomi yang perlahan. Namun, kita masih membincangkan tentang masalah kelembapan dan bukannya kemelesetan," kata Amir Ayal, Pengerusi Infinity, kumpulan pengurusan pelaburan swasta terbesar di Israel.
Dekan Fakulti Ekonomi Interdisciplinary Center di Herzliya, Prof. Zvi Eckstein berkata, faktor peperangan menjadi salah satu punca berlakunya keadaan tersebut dan beliau menjangkakan pertumbuhan perlahan ini akan berterusan.
"Kadar pertumbuhan yang rendah di Eropah, yang juga merupakan rakan dagangan ketiga terbesar Israel memberi impak negatif kepada eksport Israel. Malangnya kerajaan tidak mengambil langkah segera seperti rangsangan peningkatan produktiviti, pelaburan atau menambah baik kecekapan," jelasnya.
Menurut Kementerian Kewangan Israel, kerajaan membelanjakan antara AS$2.2 bilion (RM7.03 bilion) dan AS$2.8 bilion (RM8.94 bilion) ketika melancarkan kempen ketenteraan ke atas Gaza yang meragut sekurang-kurangnya 2,100 nyawa penduduk Palestin dan 71 rakyat Israel.
Sementara itu, dua minggu lalu, kerajaan Israel bertindak meluluskan pemotongan peruntukan sebanyak dua peratus ke atas semua kementerian kecuali Kementerian Pertahanan dan Perkhidmatan Keselamatan Dalam Negeri Israel.
Bagaimanapun, Bank Israel mendakwa tindakan tersebut tidak memadai dan menggesa supaya cukai dinaikkan bagi mengelakkan berlakunya peningkatan dramatik terhadap defisit Israel.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140910/lu_06/Ekonomi-Israel-merosot-akibat-perang#ixzz3CrQdQkZK
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Turki enggan libatkan diri dalam projek gas Israel


ISTANBUL 10 Sept. - Turki tidak akan membuat sebarang perjanjian berkaitan gas atau pembinaan bangunan saluran paip gas dengan Israel sehingga situasi di Genting Gaza benar-benar aman, lapor Menteri Tenaga Turki, Taner Yildiz.
Israel sebelum ini menemui dua telaga gas di pesisir pantai dan membuat perbincangan dengan syarikat -syarikat swasta Turki, namun belum mencapai sebarang persetujuan dengan mana-mana pihak.
"Tanpa gencatan senjata yang kekal yang akan memuaskan hati semua pihak, kami tidak mahu mengadakan projek kerjasama dengan Israel," kata Yildiz yang dipetik oleh agensi berita Anadolu. - DPA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140910/lu_02/Turki-enggan-libatkan-diri-dalam-projek-gas-Israel#ixzz3CrGCFK00
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tuesday, 9 September 2014

Permulaan Pelancaran Intifadhah (Kebangkitan Palestin)

Tahukah anda?

Permulaan Pelancaran Intifadhah (Kebangkitan Palestin)

Percikan api intifadhah telah dilancarkan pada 8 Disember 1987 selepas insiden treler Israel melanggar secara sengaja dua buah lori kecil yang mengangkut para pekerja Palestin dari kem pelarian Jabaliya.Kemalangan tersebut telah mengakibatkan 4 orang terbunuh dan 9 yang lain cedera.Ekoran daripada itu,kekacauan telah berlaku.Ia telah merebak ke kem-kem pelarian di Tebing Barat dan akhirnya meliputi seluruh bumi yang dijajah.Ia telah mengumpulkan seluruh lapisan masyarakat Palestin. 

Metod Israel menghadapi Intifadhah.

1) Melaksanakan prinsip 'Rabin' untuk menghancurkan tulang kerangka intifadhah berdasarkan nasihat Amerika.
2) Mengusir beratus penduduk Palestin dari Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.
3) Menjalankan hukuman beramai-ramai seperti penyiksaan penduduk kampung ,sekatan perjalanan dan memutuskan sistem pengangkutan dan komunikasi.
4) Menggunakan peluru hidup yang diharamkan pihak Antarabangsa.
5) Menyekat keperluan asas dan mengurangkan pengaliran wang.
6) Penduduk awam Yahudi turut serta bersama tentera Israel dalam menggunakan senjata untuk menakutkan serta membunuh orang awam.

Sumber: Dunia Islam Kini, karangan Dr.Taufiq Yusuf Al-Waie

Raja Abdullah taja rakyat Palestin tunai haji

RAJA ABDULLAH
RAJA ABDULLAH
MAKKAH - ARAB SAUDI. Seramai 1,000 rakyat Palestin, yang anggota keluarga mereka terkorban dalam serangan terbaharu Israel ke atas Gaza, akan menunaikan haji dengan penajaan Raja Arab Saudi, Raja Abdullahm selaku Penjaga Dua Masjid Suci.

Arab News, menerusi www.arabnews.com, melaporkan dengan penajaan terbaharu itu, Raja Abdullah secara peribadi telah menaja 12,000 orang rakyat Palestin, yang anggota keluarga mereka sama ada telah meninggal dunia atau dipenjarakan, untuk mengerjakan haji.

Ia memetik Menteri Hal Ehwal Islam, Wakaf, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi,  Saleh Al-Asheikh, sebagai berkata bahawa kementerian itu  merangka program khas untuk menaja jemaah Palestin dan membantu mereka menunaikan ibadah haji dengan selesa.

Sementara itu, dua lagi penerbangan sewa khas Tabung Haji iaitu Penerbangan KT30 dan Penerbangan KT31 dijangka mendarat di Lapangan Terbang Putera Mohammed bin Abdulaziz di Madinah pada 2.35 petang waktu tempatan (7.35 malam waktu Malaysia) dan 10.35 malam waktu tempatan (2.35 pagi Selasa waktu Malaysia).

Penerbangan KT30 yang membawa 278 jemaah haji berlepas dari Terengganu pada 10.55 pagi dan Penerbangan KT31 membawa 273 jemaah haji berlepas dari Pulau Pinang pada 7.05 malam.

Dengan dua penerbangan itu, jumlah jemaah haji Malaysia yang tiba di Tanah Suci setakat ini ialah 10,166 orang termasuk 4,213 orang yang berada di Makkah. - Bernama

Bubar Kabinet Perpaduan

Askar Israel menyembur serbuk lada ke arah penduduk ketika protes di Tebing Barat. - Foto: AFP
Askar Israel menyembur serbuk lada ke arah penduduk ketika protes di Tebing Barat. - Foto: AFP
RAMALLAH - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas berhasrat memutuskan perjanjian dengan Hamas jika gerakan itu tidak membenarkan kerajaan yang ada sekarang beroperasi di Genting Gaza secara terbuka dan bebas.

Menurut Al Jazeera, beliau menyuarakan hasrat itu ketika menemui Presiden Mesir, Abdel Fattah Al Sisi di Kaherah untuk menyambung semula mesyuarat gencatan senjata dengan Israel.
“Kami sukar menerima situasi ini secara berterusan jika wujud sebuah lagi kerajaan bayangan di wilayah itu,“ katanya.

Di bawah terma perjanjian Kabinet Perpaduan ditandatangani April lalu, persaingan antara Hamas dan Fatah untuk menerajui kelompok Pihak Berkuasa Palestin yang berpusat di Tebing Barat perlu dihapuskan.

Pada 2 Jun lalu, beberapa wakil Kabinet secara rasmi meletak jawatan namun mereka masih mempunyai kuasa di Gaza.

Sementara itu, pasukan keselamatan Israel bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan selepas seorang remaja Palestin maut akibat ditembak ketika demonstrasi bantahan di timur Baitulmaqdis, kelmarin.

Jurucakap Polis Baitulmaqdis, Muhammad Abd al-Majid berkata, Sunuqrut, 16, parah selepas ditembak dengan peluru getah di kepala ketika protes di Wadi Joz.

"Kami sentiasa bersiap siaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Kejadian 8 Julai lalu tidak mustahil berulang jika situasi sebegini terus berlaku," katanya.

Penduduk Palestin di Baitulmuqaddis merusuh



BEBERAPA penduduk Palestin membaling batu ke arah polis Israel dalam rusuhan yang berlaku di kejiranan Wadi al-Joz di Baitulmuqaddis Timur kelmarin.


BAITULMUQADDIS - Sejumlah penduduk Palestin merusuh di Baitulmuqaddis Timur di sini kelmarin selepas mendapat tahu seorang remaja dari kejiranan mereka mati akibat kecederaan kerana ditembak polis Israel semasa menyertai tunjuk perasaan pada minggu lalu.
Penunjuk perasaan di kejiranan Wadi al-Joz, dekat Bandar Lama bertindak membaling batu, bom petrol dan sua ke arah kenderaan lalu-lalang manakala polis Israel bertindak balas dengan menembak peluru getah.
Pertempuran itu berlarutan selama beberapa jam.
Tiada laporan mengenai kecederaan parah dalam rusuhan itu.
Sebelum ini, seorang remaja berusia 16 tahun, Mohammed Sinokrot meninggal dunia akibat kecederaan di kepala ketika dia menyertai tunjuk perasaan di sini minggu lalu.
Bapa mangsa, Abdel-Majid berkata, anak lelakinya telah ditembak di kepala menggunakan peluru getah tetapi polis Rejim Zionis mendakwa bahawa Mohammed terjatuh dan kepalanya terhantuk selepas kakinya terkena satu objek yang dibaling ketika dia melarikan diri daripada polis.
Mayat mangsa dibawa ke Tel Aviv untuk bedah siasat.
Dalam satu lagi insiden, sejumlah penduduk Palestin menyerang sebuah stesen minyak di kejiranan Yahudi di sini.
Mereka merosakkan beberapa pam petrol dan cuba membakar kedai serbaneka di premis berkenaan.
Protes di sini tercetus pada Julai lalu selepas seorang remaja Palestin dibunuh dalam serangan balas dendam oleh tiga penduduk Yahudi yang kini dibicarakan.
Pembunuhan itu menyusul selepas kematian tiga belia Yahudi di wilayah Tebing Barat yang diduduki oleh Israel akibat dibunuh oleh militan Hamas. - Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0909&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3Clq6jVrY 
Hakcipta terpelihara 

Penduduk Gaza terus jadi pelarian


GAMBAR bertarikh 3 September lalu merakamkan sebahagian pelarian Palestin yang ditempatkan di sebuah sekolah tajaan PBB di Gaza City. - AGENSI
GAZA CITY 8 Sept. - Beribu-ribu penduduk Palestin di Genting Gaza masih tinggal di sekolah tajaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang dijadikan pusat perlindungan, walaupun konflik Hamas-Israel sudah berakhir hujung bulan lalu.
Dalam lawatan ke sebuah sekolah di Gaza City, AP melaporkan, semua kelas dijadikan tempat tidur dan pakaian-pakaian disidai di dalam tempat belajar di sekolah itu.
"Hampir 100,000 penduduk Palestin di Gaza tidak mempunyai rumah setelah rumah mereka ranap dalam serangan Israel, dan sekolah milik PBB menjadi lokasi perlindungan mereka.
"Kerajaan tempatan berdepan kesukaran untuk menangani ma­salah itu memandangkan sesi persekolahan akan bermula dalam tempoh seminggu lagi," tambah laporan berkenaan.
Agensi berita AP melaporkan, serangan Israel selama tujuh minggu ke atas Gaza menyebabkan kemusnahan teruk di wilayah Palestin itu, menyaksikan beribu-ribu rumah ranap atau rosak teruk.
Jelas laporan berkenaan, projek pembangunan semula masih belum bermula ekoran sekatan yang dikuatkuasakan oleh Mesir dan Israel ke atas import bahan binaan dan simen, kerana rejim Zionis Israel mendakwa pergerakan Hamas akan menggunakan bahan tersebut untuk membina semula terowong dan roket.
Sementara itu, Barat mengancam untuk memulaukan kepimpinan Palestin jika bekas pegawai pergerakan Hamas masih menerima gaji.
Perdana Menteri Palestin, Rami Hamdallah berkata, beliau menerima amaran Barat akan menarik sokongan kepada kepimpinan Palestin, jika pihak berkuasa Palestin gagal menyelesaikan isu pemberian gaji kepada bekas pegawai Hamas.
Hamdallah yang mengetuai kerajaan Palestin di Tebing Barat dan Gaza bermula 2 Jun lalu, turut mengakui isu gaji itu menjadi masalah besar dan penghalang kepada pelaksanaan perjanjian damai antara kumpulan-kumpulan dalam Palestin termasuk antara Hamas dan Fatah.
Tambahnya, sejak menandatangani perjanjian perpaduan pada April lalu, Hamas menuntut kerajaan baharu Palestin mengambil tanggungjawab membayar gaji kepada 45,000 pekerja dan kira-kira 27,000 penjawat awam yang berkhidmat untuk Hamas yang memansuhkan pentadbirannya pada Jun lalu berikutan pembentukan kerajaan perpaduan itu.
Jika isu itu tidak diselesaikan, sistem perbankan Palestin akan berdepan masalah besar kerana dipulaukan oleh pihak antarabangsa terutamanya Barat.
"Kerajaan Palestin diberi amaran supaya tidak menyalurkan wang kepada mana-mana individu yang bekerja untuk Hamas selepas pergerakan tersebut disenarai hitam sebagai pertubuhan pengganas oleh Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.
"Rakyat Palestin bergantung kepada bantuan antarabangsa dan tindakan boikot itu boleh memberi kesan buruk kepada kewangan negara," katanya. - AP/AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140909/lu_03/Penduduk-Gaza-terus-jadi-pelarian#ixzz3CleOsrdB
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Abbas dikatakan cuba sabotaj usaha damai


GAZA 9 Sept - Pergerakan Islam Hamas semalam menuduh Presiden Palestin, Mahmud Abbas cuba untuk mensabotaj perjanjian damai di Palestin selepas dia menuduh pihak Hamas menggerakkan sebuah kerajaan bayangan di Gaza.
Ketika Hamas diserang hebat oleh Israel, Abbas pada Sabtu lalu mengancam untuk memutuskan perjanjian perpaduan melibatkan kumpulan yang sepatutnya mentadbir Semenanjung Gaza.
Namun kata-kata Abbas itu mencetuskan kemarahan dari Hamas melalui jurucakapnya, Fawzi Barhum yang menuduh Abbas cuba memusnahkan perdamaian dan menjadi rakan sekutu Amerika Syarikat dan Israel. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140909/lu_01/Abbas-dikatakan-cuba-sabotaj-usaha-damai#ixzz3Cle8Bcxh
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Monday, 8 September 2014

MESIR Cuba Ganti Tanah PALESTIN?

sisi-abbasPresiden Mesir , Abdel Fattah Sisi mengajukan proposal penggabungan wilayah Sinai utara seluas 1600 km persegi dengan Jalur Gaza menjadi negara bahagian Palestin kepada Presiden Mahmoud Abbas, seperti disiarkan Radio Angkatan Darat Israel hari Isnin (08/09). Menurut sumber pegawai Israel tersebut, proposal ini diajukan Mesir sebagai ganti atas tuntutan Abbas mengenai kembalinya wilayah negara Palestin sesuai dengan perjanjian 1967 dalam usaha negosiasi damai antara Palestin-Israel.

Pemerintah Amerika Syarikat dilaporkan menyetujui dan mendukung usaha pemerintah Mesir tersebut dalam menyelesaikan konflik Israel-Palestina
.
Selain Abbas, PM Benjamin Netayahu dilaporkan telah diberitahu pemerintah Mesir mengenai porposal tersebut, seperti disiarkan akhbar Globes dan Channel 2 Israel.

Hingga hari Isnin ini, pemerintah Abbas dilaporkan masih menolak rancangan proposal yang diajukan negara tetangganya tersebut. (Dostor/Ram) sumber


Read more: http://satuumat.blogspot.com/2014/09/mesir-cuba-ganti-tanah-palestin.html#ixzz3D15shfti

74 lagi penyokong Hamas ditahan


8 September 2014


RAMALLAH - PALESTIN. Sekurang-kurangnya 74 penduduk di Tebing Barat ditahan dalam tempoh 10 hari oleh Perkhidmatan Keselamatan Palestin. Jawatankuasa Keluarga Tahanan Politik memberitahu, lebih 30 penduduk menerima waran tangkap, namun mereka enggan menyerah diri. "Terdapat peningkatan ketara dalam penahanan politik dan saman susulan perhimpunan meraikan kemenangan Hamas di Genting Gaza. "Perkhidmatan Keselamatan Palestin kembali menggunakan polisi yang membenarkan penahanan terhadap penyokong Hamas di sekitar bandar di Tebing Barat," menurut kenyataan jawatankuasa itu.   Menurut Middle East Monitor, Israel tetap meneruskan hasrat untuk merampas sebahagian 400 hektar tanah milik penduduk Palestin di Tebing Barat. Kelmarin, rejim Zionis mengusir penduduk di lembah Wad Ben Zeid di selatan bandar al-Khalil bagi meneruskan rancangan perluasan projek penempatan haram di kawasan itu.

Israel sedia serang Hizbullah


8 September 2014


BEIRUT - LEBANON. Tentera Israel bersedia melancarkan perang terhadap Hizbullah di selatan Lubnan pada bila-bila masa mulai hari ini. Stesen televisyen Channel 2 Israel melaporkan, jurucakap tentera Israel Kolonel Dan Goldfus sebagai berkata, mereka perlu menggunakan 'kuasa besar' terhadap Hizbullah dan bertindak lebih tegas serta drastik. "Hizbullah membedil lebih 100,000 roket berhampiran sempadan Israel. Kami tidak menolak jika peluru berpandu jarak jauh di Beirut yang membawa peledak sehingga satu tan mampu membedil kawasan di sempadan itu", katanya dipetik Press TV. Menurutnya, Hizbullah juga mempunyai roket kedua dilengkapi dengan sistem panduan jitu yang boleh mendarat hingga ke Tel Aviv. Difahamkan, Hizbullah juga telah menggali terowong di sempadan Israel bagi melancarkan serangan dan Goldfus tidak menolak, kumpulan itu menggunakan strategi sama seperti Hamas ketika serangan di Genting Gaza.

1500 Budak Gaza yatim piatu

Majoriti Kanak-kanak Palestin kini mengalami tekanan emosi. Foto AFP
Tambah kapsyen
GENTING GAZA - PALESTIN. Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menunjukkan, kira-kira 1,500 kanak-kanak Palestin kini menjadi yatim piatu akibat kempen serangan selama 50 hari yang dilancarkan rejim Zionis ke atas wilayah Gaza.Susulan itu, Pengarah Rumah Anak Yatim Al-Amal. Iyad al-Masri memaklumkan, mereka bersedia menerima golongan tersebut memandangkan ia adalah satu-satunya pusat jagaan anak yatim di Genting Gaza."Kami sentiasa membuka pintu buat mereka dan pusat ini menjangkakan 250 hingga 300 anak yatim baharu bakal diterima dalam tempoh terdekat," katanya dipetik oleh Middle East Monitor.Menurutnya lagi, sekatan haram Israel menyebabkan pembinaan bangunan baharu di pusat jagaan itu tergendala dan ia mungkin menyukarkan usaha mereka untuk memberi perlindungan kepada lebih ramai anak yatim.Selain itu, data dikeluarkan PBB mendedahkan sekurang-kurangnya 373,000 kanak-kanak mengalami tekanan emosi selepas Operasi Perlindungan Sempadan tersebut berakhir 26 Ogos lalu.







Ugut batal perjanjian dengan Hamas


Ramallah: Presiden Palestin Mahmoud Abbas memberi amaran untuk memutuskan perjanjian penyatuan dengan Hamas jika pergerakan itu tidak membenarkan kerajaan beroperasi di Semenanjung Gaza.

Kenyataannya itu dibuat menjelang perbincangan dengan Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi di Kaherah.


Dia juga dijadual memberikan ucapan kepada Liga Arab dua minggu selepas gencatan senjata dipersetujui mengakhiri peperangan selama 50 hari dengan Israel-Hamas.

“Kami tidak akan bersetuju berganding bahu dengan Hamas jika keadaan masih sama seperti sekarang dengan kerajaan bayangan yang berkuasa di Gaza sehingga menghalang kerajaan yang dilantik daripada mentadbir sepenuhnya,” katanya dipetik agensi berita rasmi Palestin, WAFA.


Mengikut terma perjanjian April lalu, kerajaan sementara dilantik terdiri daripada teknokrat seterusnya mengakhiri saingan dalam pentadbiran antara Hamas dan Fatah yang menguasai Pihak Berkuasa Palestin.


Kabinet baru itu yang berpangkalan di Ramallah, berkuat kuasa 2 Jun lalu manakala kerajaan Hamas secara rasmi turut berundur pada hari sama. - AFP

Artikel ini disiarkan pada: 2014/09/08

Sunday, 7 September 2014

Hamas tolak pelucutan senjata

Sayap tentera Hamas, Briged Al-Qassam digeruni tentera rejim Zionis.
Sayap tentera Hamas, Briged Al-Qassam digeruni tentera rejim Zionis.
7 September 2014
RAMALLAH - PALESTIN. Timbalan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh menolak tuntutan pelucutan senjata yang dikenakan oleh Israel sebagai syarat untuk menamatkan sekatan haram di Genting Gaza dan membuka semula lapangan terbang serta pelabuhan di wilayah itu. Haniyeh menegaskan Hamas tidak akan tunduk dengan gesaan mana-mana pihak yang menuntut supaya mereka berbuat demikian. "Kami tidak melancarkan perang, namun jika musuh mahu berperang, kami tidak teragak-agak untuk membuat serangan balas," jelasnya dalam  perhimpunan di bandar Gaza. Kenyataan tegas itu dikeluarkan selepas Tel Aviv sebelum ini pernah menyuarakan rancangan mereka untuk mendesak Hamas menerima syarat pelucutan senjata tersebut dalam rundingan susulan yang akan diadakan di Kaherah dalam masa terdekat.





Sementara itu, seorang pegawai kanan risikan Israel mendakwa mereka tersilap percaturan kerana memandang rendah terhadap keupayaan Hamas sepanjang perang 50 hari yang berakhir pada 26 Ogos lalu. "Kekuatan pejuang Gaza sememangnya tidak boleh disangkal lagi. Mereka bijak mengatur strategi untuk menangkis serangan rejim Zionis," katanya.

Dalam perkembangan lain, Israel didakwa sekali lagi membuat tindakan provokasi dengan mengeluarkan tender untuk kira-kira 300 kediaman baharu di penempatan haram di Tebing Barat. Pengumuman itu dibuat beberapa hari selepas Tel Aviv mengumumkan rancangan mereka untuk merampas kira-kira 400 hektar tanah milik penduduk Palestin di kawasan antara bandar Baitulaham dan Hebron. Menurut Lembaga Tanah Israel projek perluasan penempatan Elkana di barat laut Tebing Barat itu kononnya telah diluluskan sejak Januari lalu dalam laporan Press TV.

Nelayan mula keluar


Oleh Muhammad Nadir Al-Nuri Didah
Selepas lebih seminggu episod berdarah di bumi Gaza dihentikan berikutan termeterainya perjanjian gencatan senjata jangka panjang antara Hamas dan Israel, kehidupan sudah ‘dikembalikan’ kepada rakyat bumi ini.

Pelabuhan sudah dibuka semula.



Rakyat Gaza yang bergelar nelayan sudah kembali ke laut biarpun hanya dibenarkan mencari hasil laut sejauh enam kilometer dari pantai Gaza, namun ia sudah cukup memadai untuk membekalkan hasil laut kepada penduduk Gaza.

Maka, benarlah, rahmat Allah itu tidak terhitung, tidak kira di mana jua kita berada, jika ia rezeki, pasti kita akan menerima rezeki itu walaupun dalam apa jua keadaan sekalipun.

Itulah yang berlaku kepada nelayan di Gaza.

Mereka tidak punya peralatan sonar canggih untuk menjejak ikan mahupun peralatan perikanan terkini untuk memerangkap hasil laut, tetapi hasil tangkapan mereka jauh lebih lumayan daripada nelayan yang menggunakan teknologi ciptaan manusia.

Saya sempat melawat ke pelabuhan beberapa hari lalu.


Melihat tangkapan nelayan Gaza selepas lebih 40 hari dikepung rejim Zionis.

Alhamdulillah, saya lihat begitu banyak hasil laut yang ditangkap.


Ini semua rezeki Allah, tidak mengira tempat, jika itu rezeki rakyat Gaza, pasti ia milik mereka.

Saya lihat ada rakyat Gaza yang mengalirkan air mata ketika nelayan bumi ini pulang membawa hasil tangkapan mereka.

Ia satu suasana yang amat manis buat rakyat Gaza, selepas sekian lama hak mereka dinafikan oleh rejim Zionis.

Seorang nelayan yang saya temui Omer Yosuf, 36, turut menzahirkan rasa gembiranya terhadap suasana baru di Gaza dan menjelaskan bahawa ia suatu sinar harapan baru untuk pembinaan semula semenanjung itu yang lumpuh akibat peperangan lalu.

“Ini semua rezeki Allah bagi kepada rakyat Gaza, kami turun ke laut untuk mencari hasil ikan.

Matlamat kami hanya satu iaitu memberi bekalan makanan kepada semua penduduk Gaza.

Soal jual beli itu urusan kedua.

“Yang penting semua rakyat Gaza mendapat makanan yang secukupnya dan tidak ada yang kelaparan.

Mungkin sebab itu juga Allah bantu kami mendapat tangkapan hasil laut yang lumayan,” katanya ketika saya menemuinya berhampiran pelabuhan, kelmarin.

Bagi Omer, rakyat Gaza tidak meminta lebih, cukup jika diberikan ruang untuk membina semula Semenanjung Gaza dan rakyatnya diberikan hak untuk hidup bebas, sama seperti rakyat negara lain.

Kisah Omer adalah sebahagian coretan girang seorang nelayan yang diberikan hak semula untuk menuai hasil laut, banyak lagi kisah gembira yang sudah tercoret sejak gencatan senjata termeterai.

Rata-rata mereka berharap bahawa gencatan senjata yang termeterai dapat dipatuhi oleh kedua-dua pihak terutamanya rejim Zionis.

Mereka sudah lelah untuk melihat banyak lagi nyawa yang menjadi korban.

Saya secara peribadi turut merasa demikian.

Berkat doa seluruh umat Islam, keamanan di Gaza akan wujud dan bumi ini akan tertegak selepas runtuhnya kota lama mereka.

Artikel ini disiarkan pada: 2014/09/07

Saturday, 6 September 2014

Gaza perlukan RM25 bilion untuk baik pulih

Proses pembinaan semula Gaza mengambil masa lima tahun sekiranya sekatan ke atas wilayah itu dibuka sepenuhnya.
Tambah kapsyenProses pembinaan semula Gaza mengambil masa lima tahun sekiranya sekatan ke atas wilayah itu dibuka sepenuhnya.
GAZA - PALESTIN. Sekurang-kurangnya AS$7.8 bilion (RM25 bilion) diperlukan untuk membina semula Gaza selepas musnah dalam serangan Israel selama hampir tujuh minggu, menurut pakar di Palestin, semalam. Majlis Ekonomi Palestin bagi Pembangunan dan Pembinaan Semula Palestin, yang menerbitkan laporan itu berkata, proses pembinaan semula kawasan keseluruhan dan infrastruktur penting akan mengambil masa lima tahun. Bagaimanapun, proses itu bergantung jika Israel membuka sepenuhnya sekatan ke atas Gaza. "Gaza telah dilanda malapetaka yang dahsyat, dan mereka memerlukan bantuan serta merta,"menurut Mohammed Shtayyeh. Katanya lagi, sejumlah AS$2.5 bilion (RM8 bilion) adalah untuk membina 17,000 rumah yang musnah dalam serangan bom tentera Zionis. Laporan juga menyebut, sektor tenaga memerlukan AS$250 juta (RM796 juta) selepas loji kuasa Gaza musnah dibedil, manakala sektor pendidikan di Genting Gaza memerlukan kira-kira AS$143 juta (RM455 juta). Dipetik sumber Al Jazeera, penilaian turut memperuntukkan sebanyak AS$670 juta (RM2.1bilion) untuk lapangan terbang dan pelabuhan, seperti diminta Hamas selaku kumpulan yang mentadbir wilayah itu. Kos selebihnya adalah diperuntukkan kepada sektor kesihatan, pertanian dan pengangkutan yang juga mengalami kemusnahan teruk sepanjang perang berkenaan berlangsung.