Saturday, 16 August 2014

Wujud jawatan kuasa boikot barangan zionis Israel


SALMAH MAT HUSAIN | .

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyokong seratus peratus tindakan boikot barangan zionis Israel yang kini sedang mengganas dan bermaharaja lela di bumi Palestin.

Bagaimanapun menurutnya, jenis barangan boikot perlu dikenal pasti oleh satu jawatankuasa yang ditubuh khas dalam mengenali produk Israel atau yang sekutu dengannya.

Katanya, dengan memboikot produk Israel bererti umat Islam khususnya di seluruh dunia dapat mengurangkan kekuatan rejim Israel.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan lawatan di Balai Seni Lukis  Kelantan untuk menyaksikan pameran kartun Gaza, semalam. (Foto atas oleh UKMB)

Pada masa yang sama, menurutnya umat Islam tanpa mengira bangsa setiap kali selepas solat mendoakan keselamatan umat Islam di Gaza dan semoga Allah memberikan petunjuk-Nya.

Beliau turut menyalahkan pihak Arab dari segi sejarahnya kerana membiarkan tanah Palestin itu dirampas zionis Israel walaupun telah mengetahui ia hak milik masyarakat itu.

“Kalau Yahudi nak tumpang duduk juga, duduk sama-sama dengan Arab tak boleh nak jadikan hak sendiri sehingga menghalau yang hak macam tu," ujarnya. - HARAKAHDAILY 16/8/2014

Israel guna 2.5 juta peluru, puluhan ribu roket bedil Gaza


HARAKAHDAILY | .
GAZA: Sekurang-kurangnya 2.5 juta butir peluru dan puluhan ribu roket digunakan oleh tentera zionis Israel semasa menyuerang Semenanjung Gaza sejak 7 Julai lalu.

Perkara itu didedahkan seorang pegawai tentera Israel Yedioth Ahronoth pada Khamis lalu.

Beliau berkata, Israel telah membekalkan lebih 4.8 juta peluru , 43,000 peluru meriam dan 39,000 peluru roket, dan sekurang-kurangnya 60 peratus daripadanya telah digunakan dalam serangan tentera di Gaza.

Sementara itu kenderaan perisai Israel, termasuk kereta kebal, meriam dan jentolak telah menggunakan sekitar 11 juta liter bahan api, manakala jet pejuang menggunakan kira-kira 50 juta liter.

Jumlah ini adalah dua kali ganda jumlah yang digunakan dalam serangan ke atas Gaza pada 2012, dan kos untuk semua itu dianggar USD1 bilion.

-HARAKAHDAILY 16/8/2014

Misi bantuan KP1M ke Gaza sedia hadapi kekangan


16 Ogos 2014


KAHERAH - MESIR. Misi bantuan kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) ke Gaza bersedia menghadapi sebarang kekangan yang bakal dihadapi sepanjang perjalanan sejauh kira-kira 500 kilometer dari bandar Kaherah ke pintu sempadan Rafah.

Duta Malaysia di Mesir dan Palestin, Datuk Ku Jaafar Ku Shaari berkata, pihaknya telah merancang koordinasi dan aturan keselamatan dengan kerajaan Mesir bagi memudahkan urusan misi bantuan itu.

Beliau berkata, antara cabaran yang bakal dilalui termasuk bilangan pos kawalan pasukan keselamatan yang banyak, kekurangan bekalan petrol serta liputan telekomunikasi yang terhad di sesetengah kawasan.

Bagaimanapun beliau yakin, pergerakan misi tidak akan menghadapi masalah, sebelum tiba di Ismailliyah, kira-kira 200km dari Kaherah.

"Bila kita dah sampai ke Ismailliyah, kita naik feri dan seberangi jambatan (Terusan Suez), selepas itu baharulah kita perlukan kawalan keselamatan yang lebih rapi..ini telah diatur," katanya dalam taklimat kepada peserta misi, di sini, Jumaat malam. - Bernama

Rakyat Israel hentam Netanyahu


  •  Benjamin NetanyahuBenjamin Netanyahu

TEL AVIV - Dek kerana tidak berpuas hati dengan cara Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengendalikan pertempuran di Gaza, kira-kira 10,000 penduduk Israel mengadakan protes di Tel Aviv.
Memetik laporan Reuters, menurut rakyat Israel pertempuran yang tercetus sekian lama itu masih gagal diselesaikan oleh Netanyahu.
Dalam protes tersebut, kebanyakan penunjuk perasaan itu dibawa menggunakan bas dari pelbagai lokasi di Israel yang paling banyak diserang roket Hamas termasuk golongan dari kawasan perniagaan yang terbabit.
Gencatan senjata diadakan dua kali berturut-turut sejak Isnin yang dijangka berakhir pada 19 Ogos ini berjaya menghentikan tembakan untuk sementara waktu.
Namun, penunjuk perasaan bimbang pertempuran berlaku lagi sebaik gencatan senjata berakhir, malah menganggap tentera Israel sepatutnya menghapuskan tempat simpanan senjata Hamas di Gaza.
Ada antara mereka turut mendakwa rasa tertipu dengan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu yang sebelum ini menjanjikan peperangan itu boleh menjamin keamanan di selatan Israel, selain menghapuskan terowong bawah tanah digunakan Hamas.
Bagaimanapun, Netanyahu tidak dikritik secara peribadi sebaliknya ramai mengucapkan terima kasih kerana usahanya melawan Hamas.
Namun demonstrasi itu kritikan paling lantang setakat ini terhadap cara kerajaan Israel sejak pertempuran bermula pada 8 Julai lalu.

Tuntutan Palestin jelas, tiada kompromi


  • Penduduk Palestin hanya ingin Gaza bebas daripada kepungan Israel dan kembalikan keamanan di wilayah itu.Penduduk Palestin hanya ingin Gaza bebas daripada kepungan Israel dan kembalikan keamanan di wilayah itu.

GENTING GAZA - Pemimpin Hamas Ismail Haniyeh menegaskan tidak akan ada gencatan senjata kekal jika Israel tidak menamatkan kepungannya ke atas Gaza.

Menurut Middle East Monitor, dalam satu kenyataan yang disiarkan menerusi televisyen Al-Aqsa, Haniyeh berkata, pengorbanan, hak dan tuntutan rakyat Palestin adalah jelas dan tiada kompromi.

"Mengenai pihak Palestin yang kini sedang berunding di Kaherah, Mesir, saya percaya bahawa mereka tidak akan diugut,"katanya.

Sementara itu, mengulas tentang ancaman Perdana Menteri Luar Israel Avigdor Lieberman yang menggesa supaya Haniyeh dan pemimpin Hamas lain dibunuh sekiranya mayat dua tentera rejim Zionis tidak dipulangkan, Haniyeh berkata ancaman musuh itu sedikit pun tidak menakutkannya malah semakin meningkatkan kesabaran kumpulan mereka.

SubhanAllah !!!

Ketua Pembangkang Israel dari Parti Buruh, Yitzhak Herzog berkata:

Terkini | Gaza 12:22 am | Perang Hari ke-42



Saya sangat menyesal dengan sikap "bayi" Netanyahu yang tidak kuat dalam berhadapan dengan pejuang Palestin, bahkan mereka yang menjadi lebih kuat daripada kita. Kita telah menjadi ibarat periuk tertutup yang dihujani dengan letupan roket.

Sumber : شبكة قدس الإخبارية

#Pray4Gaza
#WeAreAllAlQassam
#GazaUnderAttack
#DedaunHancur
#البنيان_المرصوص
#غزة_تقاوم

Menderma ke Palestin bersama Aman Palestin ;
http://on.fb.me/1zoCkpO

Million Souls Fight For Gaza Petition :
http://www.gopetition.com/petitions/million-souls-fight-for-gaza.html

palestin



344 bayi dilahirkan oleh ibu-ibu di markaz (bangunan) UNRWA di Gaza

344 bayi dilahirkan oleh ibu-ibu di markaz (bangunan) UNRWA di Gaza setelah Israel menghalau mereka dan menghancurkan rumah-rumah mereka. Semoga kanak-kanak ini dapat menikmati kehidupan yang lebih baik daripada ibu-bapa mereka, hasil daripada perjuangan kemerdekaan dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh generasi mujahidin hari ini.
inilah Gaza yang cekal.

Tiada alasan untuk meninggalkan solat .


Lapangan terbang Gaza yang hancur menjadi tanda salah sebuah tuntutan dan syarat penting para pejuang dalam rundingan.

Add caption
Add caption
Add caption
Terkini |
Gambar hari ini; Lapangan terbang Gaza yang hancur menjadi tanda salah sebuah tuntutan dan syarat penting para pejuang dalam rundingan.
Gaza 12.26 am | Perang hari ke-42

Misi bantuan KP1M ke Gaza awal pagi Sabtu


  • Datuk Abdul Azeez Abdul RahimDatuk Abdul Azeez Abdul Rahim

KAHERAH - MESIR. Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) yang disertai Mercy Malaysia dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) ke Gaza, dijangka bergerak masuk ke wilayah bergolak itu melalui sempadan Rafah pada 12.30 pagi waktu tempatan (5.30 pagi waktu Malaysia) Sabtu.

Presiden KP1M, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, kelulusan untuk melalui Rafah diperoleh daripada kerajaan Mesir pada Khamis hasil perbincangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, setelah pelbagai usaha Sekretariat
KP1M sebelum ini berdepan kesulitan.

"Saya tak nak ganggu perdana menteri tetapi nampaknya susah (dapat kelulusan). Jadi, terpaksa minta beliau campur tangan. Akhirnya, semalam perdana menteri maklumkan kepada saya sendiri bahawa kelulusan (untuk melalui Rafah) telah dapat.

"Dan pihak Mesir telah menghubungi duta besar Malaysia di Mesir untuk buat persiapan rapi sebelum bertolak," katanya kepada pemberita selepas taklimat harian bersama sukarelawan Malaysia di sini, Jumaat.

Abdul Azeez, yang juga Pengerusi Biro Kebajikan Umno, berkata kerajaan Mesir hanya membenarkan 72 sukarelawan memasuki sempadan Rafah.

Berikutan itu, kumpulan misi kemanusiaan seramai 84 orang itu, yang turut disertai anggota Mercy Malaysia dan Mapim, akan dibahagi kepada dua kumpulan seperti perancangan awal, katanya. - Bernama

Tetap teruskan majlis perkahwinan


  • Heba dan Omar selamat diijabkabulkan di Kem Pelarian Shati.Heba dan Omar selamat diijabkabulkan di Kem Pelarian Shati.

GAZA - PALESTIN. Tempoh gencatan senjata 72 jam yang berakhir kelmarin memberi erti mendalam buat pasangan pengantin baharu, Omar dan Heba apabila mereka selamat diijabkabulkan kelmarin.

Difahamkan, sebelum ini pasangan itu terpaksa menunda tarikh perkahwinan mereka beberapa kali selepas situasi makin tegang di bandar Gaza, sejak sebulan lalu.

Majlis perkahwinan yang berlangsung sederhana itu tetap meriah apabila bangunan sekolah milik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang kini dijadikan kem pelarian tersebut dihiasi dengan belon berwarna-warni.

Rakan-rakan dan ahli keluarga mempelai turut hadir pada majlis itu dengan iringan muszik tradisional dalam laporan Al Arabiya.

Bendera Palestin gergasi di Batu 6


  • Pemuda Pas Bukit Tunggal menjahit sendiri bendera Palestin gergasi yang dikibarkan di bulatan Batu Enam sebagai tanda prihatin nasib rakyat Palestin di Gaza.Pemuda Pas Bukit Tunggal menjahit sendiri bendera Palestin gergasi yang dikibarkan di bulatan Batu Enam sebagai tanda prihatin nasib rakyat Palestin di Gaza.

KUALA NERUS – Jauhnya mungkin ribuan kilometer. Namun jarak bukanlah penghalang bagi rakyat di negara ini termasuk di Terengganu untuk berdiri teguh menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin yang ditindas rejim Zionis.
Atas kesedaran itu jugalah sekumpulan anak muda yang terdiri daripada ahli Pemuda Pas Bukit Tunggal bergotong-royong memasang bendera Palestin gergasi di tengah-tengah bulatan Batu Enam, di sini.

Lebih menarik lagi, bendera bersaiz 20x15 meter itu dijahit sendiri oleh kumpulan anak muda berkenaan dengan mengambil masa kira-kira empat hari untuk siap sepenuhnya.

Menurut Timbalan Ketua Pemuda Pas Dun Bukit Tunggal, Zulkarami Salleh, meskipun tinggal jauh daripada negara yang dizalimi Israel itu, namun ia bukan halangan untuk semua umat Islam menunjukkan keprihatinan terhadap rakyat di Gaza.

“Kita mempunyai pelbagai cara untuk menyokong Palestin, di mana untuk kita pergi dan berjuang di negara berkenaan mungkin agak mustahil, tapi dengan cara menyokong sebeginilah dapat membuktikan bahawa rakyat di Gaza tidak bersendiri.

“Malah aktiviti memasang bendera ini bukanlah kali pertama kita buat, sebaliknya tahun lalu juga turut melakukan aktiviti yang sama ketika hak dan kebebasan rakyat Palestin dicabuli Israel,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, bendera yang dipasang itu juga hasil sumbangan orang ramai yang turut sama menderma bagi membeli kain untuk dibuat bendera bersaiz gergasi itu.

Gaza kini

Gaza kini

Google keluarkan permainan video Bomb Gaza dari pasaran


Khamis, 7 Ogos 2014 @ 2:11 PM
LONDON: Satu permainan video dalam aplikasi telefon mudah alih yang membawa pengguna sebagai tentera Israel mengebom Gaza, dikeluarkan dari Google Play, demikian menurut jurucakap firma enjin carian terbesar dunia hari ini selepas menerima kecaman orang ramai.

Menurut data Google Play, aplikasi 'Bomb Gaza' yang dibangunkan untuk peranti telefon pintar dan tablet Android itu sudah dimuat turun sebanyak 1,000 kali.

Matlamat permainan video itu adalah untuk mengugurkan bom dan mengelakkan daripada pembunuhan orang awam.

Ia seolah-olah dibangunkan untuk menyinggung perasaan apabila permainan video itu menggambarkan konflik sebenar di Gaza di mana sekurang-kurangnya 1,800 rakyat Palestin sudah terbunuh.

Kebanyakan komen pada bahagian pengenalan permainan itu menyatakan kemarahan terhadap permainan yang dibangunkan pada tapak Google itu, walaupun ada beberapa pelayar internet mempertahankan kedudukan Israel.

"Sangat memalukan. Penduduk yang kebanyakannya kanak-kanak terbunuh di Gaza. Malah, ramai yang terselamat menjalani kehidupan dengan kecederaan, kehilangan orang tersayang dan hilang tempat tinggal.

"Kesengsaraan mereka adalah benar dan untuk menjadikannya satu gurauan, menunjukkan kegagalan kita sebagai seorang manusia. Ini amat memalukan kepada pembangun dan mereka yang bermain dengan permainan video ini," menurut seorang daripada pelayar internet, George Coote.

Pembangun permainan video berkenaan, PLAYFTW menyifatkan ia 'satu penambah baik' dalam pengenalan versi kedua yang membabitkan penambahan muzik tema Israel.

Ramai pelayar internet meminta Google supaya mengeluarkan permainan video itu dan mengarahkan pengguna ke butang laporan.

Selain permainan Bomb Gaza, terdapat judul lain pada Android store yang merujuk berterusan antara Israel dan Palestin. Terdapat juga permainan yang dinamakan 'Gaza Assault: Code Red' dan Iron Dome (sistem peluru berpandu kontroversi Israel yang dibiayai oleh Amerika Syarikat).

"Kami sudah mengeluarkan aplikasi itu dari Google Play yang melanggar polisi syarikat kami," kata jurucakap Google sambil mengesahkan bahawa permainan itu sudah dikeluarkan dari Google Play. - The Guardian

Cincin kemanusiaan


Teluk lntan: Sebentuk cincin emas belah rotan turut disumbangkan seorang wanita untuk tabung Kemanusiaan Palestin sebagai tanda sokongan terhadap perjuangan menentang kezaliman Zionis di Gaza.

Cincin dianggarkan bernilai RM500 itu disumbangkan ke dalam tabung yang diedarkan kepada orang ramai ketika majlis perjumpaan Aidilfitri di Kompleks Pentadbiran Agama Islam Hilir Perak, di sini semalam.


Dalam majlis anjuran Pejabat Agama Islam Hilir Perak itu yang turut diisi dengan sesi ceramah khas ‘Aqidah Sohehah’ oleh pendakwah bebas Ustaz Haryanto Rizal Rokaman, sebanyak RM3,534.40 wang tunai berjaya dikumpulkan daripada orang ramai.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/16

Impian tak tercapai



Kaherah (Mesir): Kisah tragis yang menimpa pemuda Palestin dari Gaza, Hassan Muhani, 25, pasti membuatkan hati sebak mengenangkan suratan hidupnya.

Bakal menamatkan pengajian Sarjana Muda Jurusan Pentadbiran di Universiti Gaza, dia menyimpan cita-cita untuk membina kehidupan yang lebih baik buat isteri dan anak kecil berusia dua tahun dengan menjadi usahawan buah-buahan.


Di sebalik cengkaman kuku besi Zionis di tanah kelahirannya, impian untuk menggenggam ijazah tidak pernah luntur.



“Bagi Hassan, tanpa pendidikan sukar untuk dia memberi kehidupan lebih selesa kepada keluarga, khususnya kepada anak kecil,” kata abang Hassan, Husam Muhani, 34, yang setia menemani adiknya di Hospital Al-Hilal, di sini.


Namun segalanya berubah dua minggu lalu apabila dia terkena serpihan peluru berpandu rejim Zionis Israel di bahagian belakang badan ketika dalam perjalanan ke rumah yang terletak di Bandar Gaza.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/16

Dibenar masuk Gaza


Kaherah (Mesir): Misi Kemanusiaan Malaysia Ke Gaza yang diketuai Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) sudah mendapat kelulusan kerajaan Mesir dan dijangka akan memasuki Gaza hari ini kira-kira jam 11 pagi waktu Malaysia.
Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) yang juga ketua misi, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, kebenaran itu diperolehi selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghubungi Presiden Abdel Fattah al-Sisi. 
Katanya, Kerajaan Mesir bersetuju membenarkan 72 sukarelawan terdiri daripada doktor, petugas media serta ahli badan bukan kerajaan (NGO) KP1M, Mercy Malaysia dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) untuk masuk ke Gaza melalui pintu Rafah. 

“Saya dimaklumkan mengenai kelulusan ini oleh Perdana Menteri sendiri dan pihak tentera Mesir juga sudah hubungi duta besar kita, Datuk Ku Jaafar Ku Shaari untuk urusan keselamatan,” katanya di sini, semalam.
Foto
PENGARAH Hospital Sungai Buloh Dr Khalid Ibrahim (kanan) melawat Ahmad Hamed, 17, yang patah kedua-dua kakinya akibat serangan kejaman Israel dan dirawat di Hospital Al Hilal, di Kaherah.

Katanya, pihak keselamatan Mesir akan mengiringi anggota misi menempuh perjalanan darat selama kira-kira empat jam dari Kaherah ke Rafah melalui Utara Semenanjung Sinai yang masih bergolak berikutan pertempuran antara tentera kerajaan dan militan.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/16