
Tuesday, 12 August 2014
Briged Al-Qassam telah berjaya menembak roket-roket mereka ke arah Tel Aviv
Mampukah Turki lindungi Gaza
WARTAWAN SINAR HARIAN
12 Ogos 2014
Erdogan (kanan) dan Mursi mempunyai persamaan kerana kedua-dua mereka berusaha membela nasib penduduk Palestin.
Mesir di bawah pimpinan Presiden Abdel Fatah Al-Sisi hanya menawarkan lokasi rundingan yang dikatakan penuh dengan agenda tersembunyi bersama sekutunya Amerika Syarikat (AS) manakala negara lain di seluruh dunia termasuk Malaysia pula mengecam tindakan kejam rejim Zionis dengan cara memboikot dan berdemonstrasi.
Erdogan, Mursi, Al Sisi
Kelmarin, Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan menawarkan penginapan dan bantuan kecemasan buat penduduk Palestin.
Beliau juga sebelum ini menawarkan kapal perang untuk mengiringi dan mengawal kapal bantuan seperti Freedom Flotilla ke Gaza dari diserang Israel seperti sebelum ini.
Erdogan dilihat mempunyai persamaan dengan bekas Presiden Mesir digulingkan Mohammed Mursi yang kini berada dalam tahanan.
Mursi sebelum ini pernah menghulurkan bantuan dengan menjadi perantara antara Hamas dan Israel selepas kedua-dua pihak bertelagah untuk menerima gencatan senjata kekal susulan daripada insiden Perang Lapan Hari pada November 2012.
Dua tahun kemudian, selepas Mursi digulingkan, Gaza kembali berdarah dengan penuh episod luka hingga sekarang.
Kini, dapatkah Gaza bebas semula seperti yang pernah diusahakan Mursi? Selepas konflik makin kritikal, AS, Liga Arab dan Kesatuan Eropah mula bersuara meminta Al-Sisi menjadi orang tengah bagi menyelesaikan kemelut itu.
Mereka berharap Al-Sisi dapat melakukan satu keputusan seperti mana yang dicapai oleh Mursi.
Namun, usaha itu dilihat gagal dan penuh dengan halangan ditambah pula dengan pelbagai helah Israel hingga menyebabkan 1,940 penduduk Palestin terbunuh.
Melihat keadaan itu, Erdogan dengan lantang melakukan tindakan sendiri dengan menawarkan bantuan yang disifatkan sebagai keputusan ‘berani mati’.
Sejurus diisytiharkan memenangi pilihan raya presiden pertama Turki semalam, Erdogan yang bakal meneruskan pemerintahannya dalam tempoh lima tahun berkata, misi utama beliau kini adalah membebaskan Gaza.
Kehadiran Erdogan mencemaskan semua pihak
Bagaimanapun, kredibiliti Erdogan dalam menangani masalah politik dalaman negaranya dipersoalkan banyak pihak.
Beliau dikatakan gagal menyelesaikan krisis dalaman negara sendiri tetapi kini sibuk untuk campur tangan dengan konflik di Palestin.
Percubaan beliau itu menimbulkan kemarahan banyak pihak terutama Israel dan Fatah.
Fatah dan Mesir melahirkan kebimbangan mengenai kedudukan Turki sebagai perantara kerana dengan jelas akan menyokong Hamas seperti yang dilakukan Mursi ketika peperangan tercetus pada 2012.
Beliau sebelum ini pernah menegaskan sokongan Ankara terhadap Hamas adalah bertujuan untuk mempertahankan perjuangan rakyat Palestin.
Realitinya ketakutan Israel semakin terserlah selepas insiden serangan kapal Mavi Marmara pada 2010 yang mengorbankan sembilan aktivis Turki.
Kejadian itu telah menyebabkan hubungan antara Tel Aviv dan Ankara menjadi lebih buruk serta sokongan terhadap Palestin semakin kuat.
Bagaimanapun, kedua-dua negara tersebut masih menjalinkan hubungan rangkaian ekonomi dan pesawat Israel masih boleh menggunakan Istanbul sebagai pintu masuk utama mereka kepada dunia luar.
Mampukan Erdogan?
Kemenangan beliau sebagai presiden selepas meraih 52 peratus undi menewaskan pesaingnya, Ekmeleddin Ihsanoglu dengan 38.3 peratus diikuti pesaing ketiga, Selahattin Demirtas dengan 9.7 peratus undi dilihat mampu memenuhi hasrat itu.
Beliau yang bercita-cita mengubah kerajaan Turki kepada satu landskap politik di mana presiden mempunyai kuasa eksekutif, dengan dirinya sebagai pemimpin negara itu diyakini mampu melaksanakan perubahan terutama dalam hubungan antarabangsa.
Walaupun beliau dibenci Israel dan AS selepas dengan lantang mengaku anti-AS, beliau tetap mendapat kepercayaan rakyatnya terutama dalam apa jua tindakan yang akan dilakukannya.
Reaksi awal selepas bergelar Presiden semalam, rata-rata rakyat bersetuju dan mengalu-alukan kehadiran mangsa cedera dari Gaza yang diterbangkan ke Ankara.
Apakah tindakan ini dilihat sebagai cabaran buat Israel atau satu gertakan awal Erdogan buat negara Barat?
Kempen BDS vs Israel
MARLISSA MOHAMMAD KAMAL
12 Ogos 2014
Masyarakat dunia kini bersatu melancarkan boikot besar-besaran ke atas produk keluaran Israel sebagai bantahan terhadap serangan terbaharu rejim Zionis ke atas Genting Gaza.
Kempen yang sedang giat dijalankan sejak bulan lalu itu bukan sahaja dilancarkan di negara Islam seperti Malaysia malah negara Barat turut menyokong usaha pemulauan secara besar-besaran tersebut.
Tel Aviv mengambil kesempatan meneruskan cengkaman mereka ke atas wilayah itu dengan meluaskan projek pembinaan penempatan haram Yahudi dan merampas tanah penduduk Palestin sejak pencerobohan pada 1948.
Perjanjian Oslo yang ditandatangani antara Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan Israel kira-kira 20 tahun lalu dilihat hanya memberi keuntungan pada sebelah pihak.
Susulan daripada itu, sebanyak 170 pertubuhan di Palestin termasuk kesatuan utama, pelbagai rangkaian peringkat akar umbi dan parti politik mewujudkan sebuah visi alternatif untuk mencapai kebebasan serta keadilan berdasarkan hak keseluruhan penduduk Palestin.
Pada 2005, gerakan boikot, lupus dan sekat Israel (BDS) ditubuhkan bertujuan memberi tekanan secara langsung kepada Israel untuk menghentikan penindasan ke atas penduduk Palestin.
BDS kini berjaya meraih sokongan daripada kesatuan sekerja, kumpulan keagamaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan gerakan peringkat akar umbi di seluruh dunia.
Ramai tidak sedar kempen yang digerakkan sejak sembilan tahun lalu telah mencapai objektif dan matlamatnya sejak akhir-akhir ini.
Apakah gerakan boikot, lupus, sekat?
Gerakan global untuk kempen boikot, lupus dan sekat (BDS) Israel itu bertujuan menuntut hak penduduk Palestin dan menggesa Tel Aviv mematuhi undang-undang antarabangsa.
Ia diselaraskan oleh Jawatankuasa BDS Palestin (BNC) yang ditubuhkan pada 2007.
BDS merupakan strategi memberi kesedaran kepada orang ramai supaya memainkan peranan berkesan bagi menyokong perjuangan penduduk Palestin.
Lebih enam dekad, Israel bertindak menafikan hak kebebasan dan kesamaan penduduk Palestin melalui pembersihan etnik, pencerobohan, diskriminasi kaum serta tindakan ketenteraan.
Walaupun menerima kecaman antarabangsa, masyarakat dunia masih gagal menghukum Israel dan kekejaman rejim Zionis terus bermaharajalela.
Kegagalan itu menyebabkan pertubuhan awam Palestin memutuskan untuk meraih sokongan masyarakat antarabangsa menerusi kempen BDS dilancarkan pada 9 Julai 2005.
Langkah itu dibuat kira-kira setahun selepas Mahkamah Keadilan Antarabangsa mengumumkan pembinaan tembok pemisah yang merentasi Tebing Barat adalah menyalahi undang-undang.
Susulan daripada itu, BNC menggesa masyarakat seluruh dunia supaya memboikot, melaksanakan inisiatif, menghentikan pelaburan dan mengenakan sekatan ke atas Israel sehingga penduduk Palestin mendapat semula hak mereka mengikut undang-undang antarabangsa.
Jejas ekonomi Israel
Bulan lalu, Menteri Kewangan Israel, Yair Lapid memberi amaran bahawa peningkatan kempen boikot di seluruh dunia didakwa boleh memberi impak besar terhadap ekonomi negara itu.
Menurut laporan akhbar Haaretz, pemulauan besar-besaran telah menyebabkan penurunan sebanyak 20 peratus dalam jumlah eksport Israel.
Sementara itu, Ketua Jawatankuasa Pertanian di Lembah Jordan, Zvi Avner memaklumkan, jualan hasil pertanian seperti lada dan anggur dieksport ke Eropah Barat menurun kepada kira-kira 50 peratus pada tahun lalu, sekali gus menyebabkan kerugian AS$29 juta (RM93 juta).
Difahamkan, ekonomi Israel mula terima kesan selepas Eropah yang mengimport pelbagai produk dari negara itu bertindak menggerakkan kempen boikot tersebut sejak 2009.
Sebelum ini, kerajaan Israel dengan angkuh menyatakan kempen boikot tersebut kononnya tidak masuk akal.
Bagaimanapun, kebimbangan Israel meningkat selepas usaha pemulauan itu mula memberi kesan kepada mereka.
Kisah benar yang terjadi di kem perlindungan Al-Barij
Kisah benar yang terjadi di kem perlindungan Al-Barij, bagaimana pengkhianat yang berkejasama dengan Zionis melakukan operasi mereka.Bagaimana perisik tentera Zionis mahu mengesan orang yang dikehendaki oleh mereka dan mengesahkan bahawa dia berada di rumah atau tidak.
Mereka menelefon rumah orang tersebut dan salah seorang anak orang yang dikehendaki itu mengangkat telefon. Lalu berlakulah dialog seperti berikut:
Anak: Assalamualaikum.
Perisik: Waalaikumussalam. Aku jiran kamu yang bernama ***** dan baru sahaja berlaku letupan berdekatan rumah aku dan kami terselamat. Adakah keluarga kamu, ayah kamu ada di rumah?
Anak: Jemputlah datang ke rumah kami. Ayah ada di rumah.
Dalam masa beberapa minit rumah orang yang dikehendaki oleh Israel itu meletup akibat serangan bom dan syahid lah beliau bersama dengan sebilangan keluarganya.
Israel meminta Briged Al-Qassam memberikan kepada mereka maklumat berkenaan tentera mereka, Aaron Shaul yang hilang
Terkini | Gaza 12:26 am | Perang Hari ke-37Channel TV2 Israel:
Israel meminta Briged Al-Qassam memberikan kepada mereka maklumat berkenaan tentera mereka, Aaron Shaul yang hilang. Sebagai balasan, Israel akan memberikan kepada Al-Qassam nama-nama perisik dan pembelot yang membocorkan maklumat ketenteraan yang ada di Gaza.
Sumber :شبكة قدس الإخبارية
palestin
Sisa-sisa pekerjaan semasa serangan Israel ke atas #Gaza . . Dijalankan oleh kanak-kanak di Gaza Gaza adalah kehidupan #AJAGAZA 12 Ogos 2014. Gambar oleh: Khaled Al Sabbah
Gencatan senjata baharu 72 jam
| Serpihan dan cebisan bahan letupanberterbangan di udara selepasserangan udara tentera Israel. |
Selasa, 12 Ogos 2014 @ 9:33 AM
Delegasi Israel tiba di Kaherah untuk berunding secara langsung dengan Palestin
BANDARAYA GAZA: Gencatan senjata baharu selama 72 jam antara Israel dan Hamas berkuat kuasa di Gaza semalam, membuka jalan bagi rundingan di Mesir bertujuan menamatkan konflik selama sebulan yang menyebabkan pertumpahan darah dahsyat.
Perjanjian itu, yang bermula jam 12.01 pagi waktu tempatan bertujuan mengekang keganasan yang sudah mengorbankan 1,939 penduduk Palestin dan 67 di pihak Israel sejak 8 Julai lalu.
Beberapa minit sebelum perjanjian bermula, sayap bersenjata Hamas mendakwa ia membedil beberapa roket ke arah Israel, termasuk satu ke Tel Aviv. Tiada laporan sebarang kerosakan.
Mesir menggesa Israel dan Palestin menjadikan perjanjian baharu itu untuk mencapai gencatan senjata menyeluruh dan kekal, selepas gencatan senjata sebelum itu selama tiga hari yang berakhir Jumaat lalu, tidak berpanjangan.
Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital dihttp://subscription.nstp.com.my/
Gaza kembali tenang
SEKUMPULAN nelayan menangkap ikan semasa gencatan senjata selama 72 jam berlangsung di Bandar Gaza semalam.
|
BANDAR GAZA - Gencatan senjata selama 72 jam di Gaza dikuatkuasakan semalam ketika wakil-wakil Palestin dan Israel mengadakan rundingan di Kaherah bagi mencari jalan penyelesaian jangka panjang untuk menamatkan pertempuran yang berlangsung hampir sebulan lalu
Gencatan senjata bermula selepas tengah malam kelmarin itu diadakan hasil usaha Mesir sebagai pengantara bagi menamatkan keganasan yang berlangsung lebih empat minggu lalu sehingga menyebabkan kematian 1,939 penduduk Palestin dan 67 warga Israel.
Sepuluh jam selepas gencatan dipersetujui, ruang udara Gaza kembali tenang, tiada keganasan dilaporkan daripada kedua-dua belah pihak dan tiada amaran kecemasan dihidupkan di kawasan yang dihuni 1.8 juta penduduk Palestin.
Kedai-kedai dan perniagaan di Bandar Gaza kembali beroperasi semula.
Di luar sebuah sekolah yang dikendalikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, deretan kereta dan keldai menunggu untuk membawa para pelarian pulang ke rumah mereka selepas berpindah semasa pertempuran meletus.
"Kami mahu balik dan melihat apa yang berlaku ke atas rumah kami," kata seorang pelarian, Hikmat Atta, 58, yang tinggal di selatan bandar Beit Lahiya.
Bagaimanapun, gencatan itu masih di peringkat awal dan dia tidak meletakkan harapan yang tinggi ia akan berakhir buat selama-lamanya.
"Kami cuma balik untuk sehari dan akan datang semula ke sini," katanya kepada agensi berita AFP.
Dalam pada itu, seorang nelayan, Sameer al-Hissi berkata, dia hanya dapat menangkap ikan-ikan kecil selepas dua jam berada di pesisiran laut.
Menurutnya, laut itu kini banyak dicemari dengan kumbahan berbau sejak Israel menyerang stesen jana kuasa yang membekalkan elektrik ke loji rawatan.
"Kumbahan yang mencemari laut menjejaskan hasil tangkapan ikan," kata seorang nelayan berusia 52 tahun itu yang menunjukkan dia hanya dapat menangkap 14 ekor ikan kecil.
Katanya, sebelum peperangan berlaku pada 8 Julai lalu, dia menangkap ikan menggunakan bot di pelabuhan Gaza dan boleh belayar sehingga tiga batu nautika seperti yang dihadkan tentera Israel.
Bagaimanapun kini, katanya, dia terpaksa menghabiskan masa dua jam setiap pagi di pesisiran pantai dengan menggunakan jaring kecil untuk membawa pulang hasil tangkapan kepada keluarganya. - Agensi
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0812&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3A8FIda3J
Hakcipta terpelihara
Kemenangan pasti datang!
OIeh Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman
Bumi Gaza kembali menangis. Dentuman bom saling bersahutan, namun syukur kepada Allah saya masih tegak berdiri meneruskan kerja amal. Menggali ilmu di bumi ini sangat memberi makna kepada saya kerana di tanah ini saya mengenali barisan belia yang menghuni syurga selepas gugur sebagai syuhada.
Mungkin juga saya masih bernafas berkat doa ibu bapa dan juga sahabat semua di Malaysia. Doakan saya terus kukuh berdiri melaksanakan misi menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan dan menjalankan amanah daripada penyumbang.
Di ruangan kali ini, sekali lagi saya ingin menceritakan mengenai inspirasi mujahidin Palestin yang berjuang di bawah panji Briged Izudin Al-Qassam.
Namanya Khader, 31, sejak mengenalinya saya tahu dia sudah menganggotai pasukan mujahidin itu sejak usianya 23 tahun.
Namanya Khader, 31, sejak mengenalinya saya tahu dia sudah menganggotai pasukan mujahidin itu sejak usianya 23 tahun.
AHLI keluarga meratapi pemergian seorang lelaki Palestin yang terbunuh akibat serangan Zionis di Deir al-Balah, semalam.
Bagi Khader, luka terkena serpihan bom rejim Zionis tidak menyakitkannya, namun dia lebih sakit melihat bumi Gaza terus diganyang, tatkala melihat golongan ibu terus menitiskan air mata.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Berjemaah di runtuhan masjid
Oleh Muhammad Nadir Al-Nuri Kamarulzaman
Tiada penghawa dingin, tiada permaidani empuk dan tiada bumbung menghalang terik sinaran mentari, namun rakyat Palestin masih utuh mendirikan solat berjemaah biarpun di sisi binaan masjid yang sudah menyembah bumi.
Dalam serangan rejim Zionis terdahulu, lebih 161 masjid menjadi sasaran mereka dan sebahagian daripadanya sudah pun menyembah bumi. Yang tinggal mungkin sisa binaan ataupun dewan solat, selebihnya sudah menyembah bumi akibat bedilan kejam tentera Israel.
Namun, biarpun terpaksa berpanas untuk seketika, rakyat Gaza masih terus mendirikan solat secara berjemaah, malah mereka tidak pernah menghiraukan panas mentari kerana mungkin mereka sedar, berjemaah itu akan mengukuhkan ikatan silatur rahim sesama mereka.
Itu rutin harian mereka di Gaza. Saya pernah bersolat dengan mereka di bawah runtuhan ini dan ia sebenarnya memberi keinsafan kepada saya betapa murni perjuangan rakyat Gaza dan penduduk di bumi ini.
Itu rutin harian mereka di Gaza. Saya pernah bersolat dengan mereka di bawah runtuhan ini dan ia sebenarnya memberi keinsafan kepada saya betapa murni perjuangan rakyat Gaza dan penduduk di bumi ini.
SOLAT berjemaah masih dilaksanakan penduduk Gaza walaupun masjid yang menjadi penaung menyembah bumi.
Jika di Malaysia, sudah pasti kita akan duduk di bawah bumbung masjid, berhawa dingin sambil mendengar khutbah atau menunggu bilal melaungkan azan. Kita juga akan duduk di atas sejadah serta permaidani yang empuk. Suasana itu selesa bukan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Impian lihat semula bapa berkecai
Mohamed Badran, sembilan, berharap dapat memeluk kedua-dua ibu bapanya dan bermain dengan enam adik beradiknya pada cuti tiga Aidilfitri baru-baru ini.
Walaupun keganasan Israel di Gaza memusnahkan harapan untuk menyambut perayaan itu dengan gembira, Mohamed masih menaruh harapan tinggi.
Tetapi, beberapa hari kemudian, dengan ibu dan bapa saudaranya berdiri di sebelahnya di Hospital Al-Shifa, Mohamed memberitahu wartawan: “Semua impian saya berkecai selepas keganasan Israel menggelapkan kehidupan saya dan mencederakan semua adik-beradik saya.”
Sejurus selepas solat Isyak pada hari terakhir Ramadan, Mohamed dan keluarganya tidur dengan aman di rumah mereka.
Sejurus selepas solat Isyak pada hari terakhir Ramadan, Mohamed dan keluarganya tidur dengan aman di rumah mereka.
MOHAMED
Sebelum itu, dia sudah aturkan pakaian baru yang dibeli ibu dan adik beradiknya yang lain.
Mereka masuk tidur dengan harapan ibunya akan mengejutkannya pada awal pagi. Dia tidak tahu bahawa matanya akan tertutup selama-lamanya selepas itu.
Dua bedilan kereta kebal Israel menyasarkan rumah mereka malam itu, memusnahkan bilik tidurnya dan mencederakan Mohamed serta enam adik beradiknya yang lain.
“Mereka tidur dengan nyenyak. Bapa mereka bersiap sedia untuk membawa mereka mengunjungi saudara mereka yang lain pada hari raya pertama. Tetapi mereka sebaliknya dibawa ke hospital,” kata bapa saudaranya.
Semua pakaian Mohamed dan adik beradiknya yang dibeli untuk sambutan hari raya terbakar. Mainan yang dibeli ibu bapanya juga hancur.
Kecederaan yang dialaminya menyebabkan dia tidak dapat melihat impian untuk bergembira pada hari raya terlaksana. Malah dia mungkin tidak dapat melihat lagi wajah ibu bapanya atau melihat warna mainan dan pakaiannya.
Mohamed dan seorang adiknya cedera parah. Walaupun tidak buta sama sekali, dia kehilangan kedua-dua belah mata.
Doktor berkata, terdapat sedikit harapan untuk membolehkan dia melihat semula menerusi mata yang didermakan atau mata palsu.
Selepas lima daripada adik dan abangnya pulang dari hospital, ibu Mohamed berbelah bahagi - antara mahu menemani anaknya itu atau bersama-sama dengan abang dan adiknya yang lain.
Sepanjang lebih sebulan keganasan Israel di Gaza, tentera rejim itu membunuh kira-kira 1,900 rakyat Palestin dan mencederakan kira-kira 9,000 lagi.
Kebanyakan mereka, menurut statistik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, orang awam. Sekurang-kurangnya 400 kanak-kanak adalah antara yang mati.
Kisah Mohamed menjadi terkenal dalam kalangan penduduk di Palestin dan di luar negara. Ramai doktor dan badan kebajikan menawar untuk merawatnya sehingga dia boleh melihat semula.
Ia memberi harapan kepada Mohamed bahawa satu hari nanti dia akan dapat melihat semula wajah ibu bapanya.
Tetapi ketika dia berangan-angan, tentera Israel membunuh bapanya pagi kelmarin ketika dia menunaikan solat Subuh di Masjid Al-Qassam di kem pelarian Al-Nusairat.
Sebuah pesawat F16 Israel menggugurkan bom ketika penduduk bersolat, menyebabkan lima orang terbunuh dan kira-kira 10 lagi cedera.
Bapa Mohamed, Nidal Badran, adalah antara yang maut. Kini harapan Mohamed untuk melihat wajah bapanya semula musnah sama sekali.
Gencatan senjata disambung lagi
Gaza: Akhirnya gencatan senjata dilanjutkan lagi selama 72 jam di wilayah ini semalam sementara perwakilan Israel dan Palestin kembali ke Kaherah bagi membincangkan penyelesaian jangka panjang bagi mengakhiri keganasan rejim Zionis.
Gencatan senjata yang bermula pada tengah malam waktu tempatan adalah hasil rundingan yang diselia Mesir bagi menghentikan peperangan yang sudah mengorbankan 1,939 rakyat Palestin dan 67 warga Israel, hampir semuanya tentera.
Sepuluh jam selepas gencatan senjata terbaru itu dilaksanakan, tiada sebarang pencabulan dilakukan kedua-dua pihak dan kelihatan orang ramai mula memasuki kawasan yang sebelum ini sepi.
Kedai dan perniagaan dilihat memulakan semula operasi mereka dan sebilangan penduduk boleh dilihat membeli-belah pada awal pagi.
Kedai dan perniagaan dilihat memulakan semula operasi mereka dan sebilangan penduduk boleh dilihat membeli-belah pada awal pagi.
KEADAAN Masjid yang dimusnahkan tentera yahudi dalam serangan yang dilancarkan di Khan Yunis.
| AHLI keluarga Ihsan al-Agha yang menjadi korban serangan udara Israel sebelum gencatan senjata dilaksanakan, gagal menahan emosi ketika majlis pengebumiannya di Khan Yunis. |
Di perkarangan sekolah kelolaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), beberapa kenderaan dilihat menanti untuk membawa pulang penduduk yang terpaksa melarikan diri apabila ia dibom tentera Israel.
Seorang penduduk, Hikmat Atta, 58, berkata, dia dan keluarganya mahu pulang dan melihat keadaan kediaman mereka di Beit Lahiya, namun terpaksa berhati-hati dan tidak mahu mengambil risiko untuk terus berada di kawasan itu.
“Kami hanya akan pergi ke sana pada waktu siang dan kembali ke sini sebelah malam,” katanya.
Mesir menggesa kedua-dua pihak menggunakan tempoh bertenang selama tiga hari itu bagi mencapai persetujuan untuk “gencatan senjata yang kekal dan menyeluruh”, selepas usaha melanjutkan tempoh gencatan senjata minggu lalu gagal berikutan serangan kejam yang bertali arus dilakukan tentera Israel.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon berkata, gencatan senjata itu itu sekali lagi “membuka peluang kedua-dua pihak untuk bersetuju mengadakan gencatan senjata berpanjangan.
Pemimpin Hamas, Khaled Meshaal berkata, mereka mendesak Israel menghentikan kepungan yang dilakukan selama lapan tahun ke atas Gaza dan itu adalah syarat utama bagi mereka bersetuju dengan sebarang perjanjian.
“Jika Israel cuba berlengah atau meneruskan serangan, Hamas dan kumpulan pejuang lain bersedia untuk menentang mereka di medan perang atau secara politik,” katanya.
Sementara itu, perunding veteran Palestin, Saeb Erakat tiba di Kaherah kelmarin bagi mewakili Presiden Mahmud Abbas untuk mengadakan rundingan dengan Mesir dan wakil Liga Arab manakala wakil Israel tiba semalam.
Kedua-dua pihak dijangka meneruskan rundingan yang tertangguh Jumaat lalu selepas Hamas menolak cadangan melanjutkan gencatan senjata kerana kedegilan Israel untuk menarik balik kepungan ke atas Gaza.
Ketua delegasi Palestin di Kaherah, Azzam al-Ahmed berkata, mereka lebih selesa jika pihak berkuasa Palestin mengambil alih urusan pembangunan semula Gaza dan menjalankan sebarang persetujuan yang dicapai dalam rundingan itu. - AFP
Remaja Palestin terkenal di Twitter
Farah Baker
GAZA 11 Ogos - Seorang remaja Pa-lestin berusia 16 tahun menjadi terkenal dalam laman media sosial, Twitter selepas dia mencapai sejumlah 166,000 pengikut berikutan mesej tweetnya yang menceritakan keadaan kronik di Gaza dan kesengsaraan yang ditanggungnya akibat serangan tentera Israel.
Farah Baker yang merupakan seorang pelajar sekolah tinggi tinggal berhampiran Hospital Shifa, membolehkan dia memberi gambaran sebenar tentang perang yang me-landa wilayah Palestin berkenaan.
Menerusi nama Twitter, @Farah_Gazan, dia juga sering merekod video bagi menunjukkan keadaan huru-hara akibat serangan tentera Zionis secara sepintas lalu.
"Saya cuba untuk memberitahu kepada dunia tentang perasaan saya dan apa yang sedang berlaku di tempat saya.
"Saya tidak menjangka akan menerima ramai pengikut. Saya cuma mempunyai sebilangan kecil rakan dalam laman web itu, dan jumlah pengikut semakin bertambah," katanya.
Farah berkata, dia juga ingin orang lain merasai pengalamannya berada di Gaza dan diserang oleh tentera Israel menerusi tweetnya.
"Saya rasa hanya dengan cara ini saya dapat membantu Gaza. Kadang-kala saya menangis kerana terlalu takut ketika menulis tweet, tetapi saya tidak akan berhenti," katanya.
Farah mengimpikan untuk menjadi seorang peguam dan berharap cita-citanya itu akan tercapai untuk membela penduduk Gaza yang tersepit ekoran penindasan Israel. - REUTERS
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140812/lu_04/Remaja-Palestin-terkenal-di-Twitter#ixzz3A8276Tru
© Utusan Melayu (M) Bhd
Gencatan senjata baharu di Gaza
Kubah sebuah masjid runtuh dan terbalik, sementara menara dan struktur lain rumah ibadat itu musnah sama sekali dalam serangan Israel di Khan Younis, selatan Genting Gaza, semalam. - REUTERS
BAITULMAQDIS 11 Ogos - Israel dan Hamas melaksanakan gencatan senjata baharu selama 72 jam di Genting Gaza bermula malam tadi waktu tempatan (5 pagi waktu Malaysia).
Tentera Israel berkata, tiada roket dilancarkan ke arah Israel hari ini dan tentera rejim Zionis itu tidak menyasarkan sebarang lokasi di Genting Gaza sejak pelaksanaan gencatan senjata tersebut.
Keadaan itu membenarkan rundingan damai disambung semula di Kaherah, Mesir yang menyaksikan kerajaan negara tersebut bertindak sebagai orang tengah.
Pasukan perunding Israel dilaporkan tiba di Kaherah hari ini bagi menyertai rundingan damai tersebut.
Hampir 2,000 rakyat Palestin terbunuh, sementara hampir 70 rakyat Israel maut dan beribu-ribu rumah musnah sejak konflik itu bermula pada bulan lepas.
Di Kaherah, Kementerian Luar Mesir menyatakan, gencatan senjata terbaharu itu akan membolehkan bantuan kemanusiaan dihantar ke kawasan perumahan di Gaza yang teruk diserang Israel selain membuka semula rundingan damai antara kedua-dua pihak bertelagah.
Hamas mahu Israel menamatkan sekatan ke atas Gaza, manakala rejim Zionis itu mahu pergerakan tersebut memusnahkan senjata termasuk roket.
Anggota delegasi Palestin, Qais Abdelkarim berkata, rundingan damai dengan Israel yang menyaksikan kedua-dua pihak bertemu pegawai Mesir secara berasingan itu bermula hari ini. - AGENSI/AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140812/lu_03/Gencatan-senjata-baharu-di-Gaza#ixzz3A81SoE3z
© Utusan Melayu (M) Bhd
Subscribe to:
Posts (Atom)










