
Wednesday, 23 April 2014
Tuesday, 22 April 2014
Israel dah mula tanam pokok Ghorqod
April 22, 2014Tentera Israel tidak hanya menggunakan teknologi canggih seperti sistem anti peluru berpandu Iron Dome untuk menghadapi serangan roket dari Jalur Gaza. Mereka juga menggunakan cara yang lebih tradisional seperti menanam pokok.
Pohon-pohon ini ditanam di sekitar sempadan Israel dengan Genting Gaza untuk menghadapi serangan roket dari Semenanjung Gaza. Ia berfungsi untuk menghalang pandangan dari tentera yang ada di Semenanjung Gaza.
“Dengan cara ini warga Israel yang tinggal di sekitar Gaza dapat lebih dilindungi dan di sisi lain boleh juga menikmati pemandangan hijau,” ujar salah seorang pegawai tentera Israel, Brigjen Elkabetz
Tentera Israel sendiri menyatakan saat ini penduduk di sekitar sempadan dapat hidup lebih aman sejak diadakannya gencatan senjata dengan Hamas. Gencatan senjata tersebut dicapai setelah Israel menggempur wilayah Jalur Gaza dalam operasi ketenteraan yang diberi nama “Pillar of Defence” (Tonggak Pertahanan) November lalu.
Kaedah pertahanan dengan menanam pohon sebenarnya mempunyai sejarah panjang di Israel. Pada saat awal-awal penubuhan negara Zionis tersebut, Israel menanam banyak pokok di wilayahnya untuk menghalang tentera pasukan Arab yang berperang dengannya.
Ramalan Rasulullah
Rasulullah saw 14 abad yang lalu pernah meramalkan dalam hadis Bukhari dan Muslim kisah berlindungnya kaum Yahudi pada pohon Ghorqod pada peperangan melawan muslim.
Teks hadis itu berbunyi: “Tidak akan berlaku kiamat sehingga muslimin memerangi Yahudi. Mereka diperangi oleh muslimin sehingga orang yahudi bersembunyi di sebalik batu dan pohon. Batu dan pohon itu berkata: Wahai muslim, wahai hamba Allah, Ini dia yahudi berada dibelakangku, kemarilah dan bunuhlah dia. Melainkan pohon Ghorqod. Sesungguhnya ia adalah daripada pokok Yahudi ”
Israel pun sudah sejak lama menggalakkan penanaman pohon Ghorqod berdalih reboisasi. Inikah tanda kebenaran ramalan Rasulullah?
Wallahua’lam bish-showab. Hadis-hadis ramalan memang banyak bermuatan kiasan. Yang jelas, Rasulullah tidak berkata berdasarkan hawa nafsunya.
Monday, 21 April 2014
Israel tahan 16 rakyat Palestin
Baitulmaqdis: Polis Israel menahan 16 rakyat Palestin semalam selepas bertempur dengan penunjuk perasaan di pekarangan Masjid Al-Aqsa.
“Pagi tadi (semalam), selepas ia dibuka untuk kunjungan, suspek membaling batu ke arah polis dan mencederakan dua anggota,” dakwa jurucakap polis, Micky Rosenfeld.
Dia juga mendakwa, penunjuk perasaan berlindung di dalam masjid, kawasan yang tidak boleh dimasuki polis selepas mereka cuba disuraikan dengan letupan bom oleh polis.
Polis dalam kenyataan mereka tidak lama selepas itu memberitahu 16 penunjuk perasaan ditahan.
Pekarangan Masjid Al-Aqsa yang turut menjadi kawasan suci penganut Yahudi dan masjid ketiga paling suci umat Islam sering menyaksikan beberapa insiden tegang dan rusuhan antara penunjuk perasaan dengan polis Zionis sejak beberapa minggu kebelakangan ini.
Ramai rakyat Palestin cedera dalam pertempuran Rabu lalu selepas pengunjung Yahudi dibenarkan masuk ke pekarangan masjid itu.
Rakyat Palestin sudah sekian lama bimbang Israel akan merampas masjid itu yang kini berada di bawah pengawasan Jordan sementara pelampau Yahudi mendesak rejim Israel menguasainya.
Orang bukan Islam dibenarkan mengunjungi kawasan itu tetapi penganut Yahudi dilarang berdoa di situ.
- AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/21
PBB bimbang makanan di kem pelarian Palestin berkurangan
NEW YORK 20 April - Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangannya berhubung bekalan makanan yang semakin berkurangan dan mungkin kehabisan di kem pelarian Palestin di Yarmouk akibat kepungan berlarutan di kawasan itu berikutan perang saudara yang sedang melanda Syria.
Agensi Bantuan dan Kerja bagi Pelarian Palestin di Timur Dekat PBB (UNRWA) memberi amaran tentang kekurangan makanan yang begitu mencemaskan di kem Pelarian itu sehingga Sabtu apabila pertempuran antara pihak yang terlibat dalam perang saudara di Syria semakin memuncak dan sekali gus menyekat penghantaran bekalan yang amat diperlukan.
Menurut jurucakap UNRWA Chris Gunness, agensi itu tidak dibenar mengagihkan bantuan makanan pada 18 April di Yarmouk, tempat yang menjadi tumpuan lebih 20,000 orang awam bagi mendapatkan bantuan daripada PBB.
Gunness dengan penuh terharu berkata "ini hari kesepuluh berturut-turut UNRWA tidak dapat mengagihkan bantuan makanan di Yarmouk".
Katanya, memandangkan makanan yang dibekalkan UNRWA boleh bertahan paling lama hanya 10 hari, maka bekalan yang telah disumbangkan PBB kepada kem itu akan kehabisan.
Yarmouk menempatkan lebih 160,000 pelarian Palestin sebelum tercetusnya perang saudara di Syria pada Mac 2011.
Sejak Disember 2012, antara 140,000 dan 145,000 pelarian Palestin dilaporkan terpaksa meninggalkan kediaman mereka di Yarmouk apabila tentera puak penentang meningkatkan kehadiran mereka di kawasan itu dan tentera kerajaan pula menguasai kawasan sekelilingnya.
Gunness berkata, UNRWA "teramat bimbang" dengan keadaan manusia yang begitu memerlukan bantuan di Yarmouk dan ingin memaklumkan bahawa pertikaian bersenjata yang tidak putus-putus berlaku sejak sebulan lepas, mengganggu usahanya untuk meringankan penderitaan orang awam yang terperangkap di kawasan itu.
UNRWA dapat memasuki Yarmouk hanya sebanyak 10 hari dalam tempoh 30 hari antara 11 Mac dan 10 April dan oleh itu, hanya dapat mengagihkan 3,390 bungkusan makanan.
Gunness mengulangi harapan UNRWA agar semua pihak menamatkan permusuhan dan mencari penyelesaian terhadap perselisihan mereka secara aman dan agensi itu pula dapat memasuki kawasan berkenaan secara kerap dan terus menerus bagi menghulurkan bantuan kemanusiaan.
Dalam perkembangan berasingan, ketua Misi Bersama Pertubuhan bagi Pencegahan Senjata Kimia dan PBB (OPCW-UN) mengumumkan pada Sabtu bahawa sehingga 19 April, Syria telah membuang atau memusnahkan kira-kira 80 peratus bahan senjata kimianya.
Sigrid Kaag, penyelaras khas misi bersama OPCW-UN, dalam kenyataannya berkata hasil perbincangan yang diadakan dijangka dapat "mengekalkan momentum itu dan menyelesaikan sepenuhnya operasi pembuangan bahan berkenaan dalam masa beberapa hari lagi".
Beliau menyuarakan keyakinan bahawa langkah itu akan dapat memenuhi tempoh yang ditetapkan majlis eksekutif OPCW, termasuk tarikh akhir 30 Jun 2014 bagi memusnahkan sepenuhnya program senjata kimia Syria.
Kaag menyifatkan "pembaharuan fasa dalam gerakan itu" sebagai sesuatu yang "positif dan perlu dilakukan" bagi memastikan wujud kemajuan ke arah menepati tempoh yang ditetapkan.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya, Kaag berkata Syria juga selesai memusnahkan semua bekas gas mustard kosong dan mencapai kemajuan dalam menghentikan pengeluaran senjata kimia serta tempat penyimpanan senjata itu.
Pembuangan bahan paling kritikal bermula pada awal Januari, sejajar dengan persetujuan yang diatur Rusia dan Amerika yang mewajibkan Syria membuang bahan senjata kimianya dan menyertai Konvensyen mengenai Pencegahan, Pembangunan, Pengeluaran, Penyimpanan dan Penggunaan Senjata Nuklear 1992. - BERNAMA
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140420/lu_09/PBB-bimbang-makanan-di-kem-pelarian-Palestin-berkurangan#ixzz2zTfkqYcr
© Utusan Melayu (M) Bhd
Sunday, 20 April 2014
palestin
![]() |
| Apakah perasaan anda apabila datang seorang pemuda Gaza yang kurang upaya, sudah berkeluarga menyatakan hasratnya untuk memiliki kerusi roda eletrik hanya kerana untuk menunaikan solat subuh secara berjemaah. |
Zahar : Tiada Kompromi Dengan Penjajah
![]() |
| Zahar : Tiada Kompromi Dengan Penjajah Dr Mahmoud al- Zahar, anggota tertinggi pergerakan HAMAS berkata, HAMAS bersedia untuk melaksanakan perjanjian perdamaian dan menamatkan pembahagian politik antara Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, tetapi itu tidak bermakna HAMAS bersetuju untuk menyerahkan isu keselamatan di Gaza kepada penjajah Israel. Zahar berkata demikian semasa berucap pada majlis ulang tahun Hari Banduan Palestin dihadapan pengiat seni di Gaza, penyair dan artis, serta menegaskan HAMAS secara jelas tidak akan sama sekali membenarkan doktrin keselamatan diserahkan kepada penjajah Israel yang secara jelas menentang HAMAS dan semua pejuangan rakyat Palestin. Hamas hanya akan bersetuju untuk melaksanakan perjanjian perdamaian apabila ia menyentuh kepentingan keseluruhan rakyat Palestin sama ada di Gaza dan Tebing Barat tanpa campur tangan penjajah Israel yang tidak ada sedikitpun kaitan dan kepentingannya kepada rakyat Palestin yang telah dijajah lebih dari 66 tahun. Tiada kompromi antara perdamaian dan penentangan dengan penjajah, ini tidak bermakna Hamas akan terus menjadikannya halangan kepada jurang politik selama-lamanya, tetapi ia adalah sebagai satu pilihan strategik dalam berhadapan dengan penjajah Israel dalam merebut hak sebenar mereka, sambil menegaskan HAMAS akan kekal komited kepada asas-asas perjuangan rakyat Palestin, terutama isu pembebasan bumi Palestin dan menghalau penjajah Israel keluar dari tanah wakaf ini. |
Saturday, 19 April 2014
Masjid jadi sasaran vandalisme
19 April 2014
BAITULMAQDIS - Sebuah masjid di bandar Umm al-Fahm, utara Israel menjadi sasaran pihak tidak bertanggungjawab, menurut pihak berkuasa, semalam.
Imam Jamil Mahagna memberitahu keseluruhan dinding diconteng dengan grafiti dalam bahasa Ibrani dan pintu masjid berkenaan turut dirosakkan.
"Kejadian seperti ini sengaja mahu mencetuskan kekacauan di bandar ini. Saya berharap dalang yang bertanggungjawab dapat dibawa kemuka pengadilan secepat mungkin," katanya kepada AFP.
Awal bulan lalu, sekumpulan pelampau Yahudi dipercayai mengelar lebih 40 tayar kereta di timur Baitulmaqdis.
Thursday, 17 April 2014
Maut terhidu gas pemedih mata
| Pertempuran penduduk dengan tentera Zionis di Tebing Barat. |
BAITULAHAM - PALESTIN. Seorang wanita Palestin maut selepas terhidu gas pemedih mata dilepaskan tentera Israel (IDF) di sini, kelmarin.
Insiden itu dipercayai berlaku selepas IDF bertempur dengan kumpulan penunjuk perasaan berhampiran rumah mangsa di bandar Tebing Barat.
"Wanita berumur dalam lingkungan 40-an itu meninggal dunia sejurus tiba di hospital," menurut pegawai perubatan pada laporan Al-Arabiya.
Dalam kejadian berasingan di selatan Hebron, sebuah kampung di barat daya Idhna dilaporkan turut diserbu IDF selepas seorang penduduk Israel dari kawasan kejiranan berhampiran ditembak mati lelaki bersenjata.
Penduduk mendakwa IDF sewenang-wenangnya menggeledah rumah dan premis perniagaan di kawasan itu tanpa alasan kukuh untuk berbuat demikian.
Tangguh rundingan Israel-Palestin
Jerusalem: Pertemuan antara perunding damai Israel dan Palestin yang dijadualkan semalam ditangguhkan selepas seorang warga Israel mati dalam kejadian tembak-menembak di Tebing Barat.
Jurucakap Presiden Palestin Mahmoud Abbas berkata, sesi itu ditangguhkan ke hari ini atas permintaan Amerika Syarikat (AS). Washington sedang berusaha melanjutkan tempoh perbincangan yang semakin nampak menemui jalan kegagalan walaupun tarikh akhir untuk mencapai kata sepakat ditetapkan pada 29 April ini.
Seorang pegawai Israel mengesahkan mesyuarat berkenaan ditangguhkan, namun beliau enggan mengulas siapa yang meminta penangguhan atau tarikh ditetapkan untuk bertemu semula.
Dalam kejadian Isnin lalu, seorang anggota polis yang tidak bertugas maut manakala isterinya cedera selepas serangan terhadap kereta dinaiki mereka di Tebing Barat dalam perjalanan ke makan malam sempena upacara Passover.
Kejadian itu menimbulkan kemarahan penduduk Israel malah Kabinet Perdana Menteri Benjamin Netanyahu menggesa rundingan itu ditangguhkan sehingga majlis pengebumian mangsa, Baruch Mizrahi, diselesaikan semalam. - Reuters
Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/17
Tuesday, 15 April 2014
Drama diplomatik
MARLISSA MOHAMMAD KAMAL
15 April 2014
PROSES damai Palestin dan Israel yang berlangsung selama sembilan bulan dan sepatutnya berakhir pada akhir bulan ini terus mencetuskan persoalan sama ada ia akan berjaya atau tidak.
Sehingga kini, masih tiada kata putus dicapai kerana Israel dilihat sengaja mensabotaj usaha tersebut selain enggan mematuhi syarat rundingan.
Walaupun tempoh rundingan damai Timur Tengah dilanjutkan selepas tarikh akhir pada 29 April depan, banyak pihak dapat mengagak drama diplomatik yang tidak berkesudahan arahan Amerika Syarikat (AS)itu.
Percaya atau tidak, segala tenaga positif ketika rundingan Oslo pada awal 1990-an telah lama hilang akibat penangguhan demi penangguhan proses damai tersebut sejak dua dekad lalu.
Jika rundingan terbabit masih menemui jalan buntu, ia sekali lagi berpunca daripada dolak dalik dan alasan lapuk Israel yang merupakan sekutu rapat AS.
Tidak kira apa berlaku selepas rundingan itu, satu era baharu dalam konflik berkenaan telah tercetus akibat kempen diplomatik yang telah sekian lama dirancang dengan teliti oleh AS.
Washington didakwa mula merencanakan langkah seterusnya dengan merangka formula baharu ‘permainan’ terbabit yang hanya memberi kepentingan kepada mereka dan sekutunya.
Selain itu, sekutu rapatnya juga sudah merancang segala-galanya walaupun AS mungkin sudah ketandusan idea untuk memanipulasikan rundingan itu.
Selama hampir setengah abad, Israel berjaya menolak tuntutan Palestin dan negara antarabangsa untuk melepaskan cengkaman mereka ke atas Tebing Barat.
Ia jelas menunjukkan, dari sehari ke sehari Tel Aviv semakin biadab meneruskan niat jahat mereka untuk merampas Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.
Kelemahan usaha Setiausaha Negara AS, John Kerry telah digunakan sebagai batu loncatan kepada Israel bagi meningkatkan kempen sebelah pihak untuk menduduki kedua-dua kawasan terbabit secara kekal.
Sehingga kini, masih tiada kata putus dicapai kerana Israel dilihat sengaja mensabotaj usaha tersebut selain enggan mematuhi syarat rundingan.
Walaupun tempoh rundingan damai Timur Tengah dilanjutkan selepas tarikh akhir pada 29 April depan, banyak pihak dapat mengagak drama diplomatik yang tidak berkesudahan arahan Amerika Syarikat (AS)itu.
Percaya atau tidak, segala tenaga positif ketika rundingan Oslo pada awal 1990-an telah lama hilang akibat penangguhan demi penangguhan proses damai tersebut sejak dua dekad lalu.
Jika rundingan terbabit masih menemui jalan buntu, ia sekali lagi berpunca daripada dolak dalik dan alasan lapuk Israel yang merupakan sekutu rapat AS.
Tidak kira apa berlaku selepas rundingan itu, satu era baharu dalam konflik berkenaan telah tercetus akibat kempen diplomatik yang telah sekian lama dirancang dengan teliti oleh AS.
Washington didakwa mula merencanakan langkah seterusnya dengan merangka formula baharu ‘permainan’ terbabit yang hanya memberi kepentingan kepada mereka dan sekutunya.
Selain itu, sekutu rapatnya juga sudah merancang segala-galanya walaupun AS mungkin sudah ketandusan idea untuk memanipulasikan rundingan itu.
Selama hampir setengah abad, Israel berjaya menolak tuntutan Palestin dan negara antarabangsa untuk melepaskan cengkaman mereka ke atas Tebing Barat.
Ia jelas menunjukkan, dari sehari ke sehari Tel Aviv semakin biadab meneruskan niat jahat mereka untuk merampas Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.
Kelemahan usaha Setiausaha Negara AS, John Kerry telah digunakan sebagai batu loncatan kepada Israel bagi meningkatkan kempen sebelah pihak untuk menduduki kedua-dua kawasan terbabit secara kekal.
Punca kebuntuan rundingan damai didedah
| Beberapa keluarga pendatang Yahudi berpindah semula ke kediaman yang dirampas dari penduduk Palestin sambil dikawal tentera Israel. |
Menurut Tzipi Livni, beliau amat optimistik mengenai proses damai di Timur Tengah itu, namun ada beberapa pihak mahu mensabotaj usahanya.
"Ada musuh dalam selimut yang tidak mahu keamanan di rantau ini. Sebuah parti propendatang Yahudi pimpinan Naftali Bennett dan Menteri Perumahan Uri Ariel sedang cuba untuk menggagalkan rundingan tersebut," jelasnya pada Al-Arabiya.
Dalam perkembangan lain, Menteri Pertahanan Moshe Yaalon membenarkan pendatang Yahudi untuk kembali semula ke kediaman mereka di bandar Hebron, Tebing Barat yang menjadi pertikaian sejak tujuh tahun lalu.
Tindakan itu dibuat selepas Mahkamah Agung memutuskan pendatang Yahudi sebagai pemilik sah bangunan empat tingkat di kawasan tersebut, bulan lalu selepas mereka diusir pada 2008.
Bagaimanapun, langkah terbabit dikecam perunding Palestin, Mohammed Shtayyeh yang mendakwa ia sebagai langkah provokasi menjelang tarikh akhir rundingan damai pada 29 April depan.
Sekat lelaki muda ke Masjid Al-Aqsa
| Penduduk Palestin melaungkan slogan menyokong perpaduan dalam isu Masjid Al-Aqsa di Khan Younis, di Semenanjung Gaza semalam. |
Jurucakap polis Micky Rosenfeld, berkata sebagai sebahagian langkah keselamatan, penduduk lelaki Baitulmaqdis akan dikenakan sekatan had umur.
Tanah Palestin dirampas lagi
Sekumpulan rakyat Palestin mengadakan bantahan aman berhubung tindakan tentera Israel membenarkan peneroka haram Yahudi berpindah ke sebuah bangunan empat tingkat milik penduduk Palestin di Hebron, Tebing Barat, kelmarin. - AFP
BAITULMAQDIS 14 April - Israel dilaporkan merampas lebih banyak tanah penduduk Palestin di Tebing Barat, langkah yang merumitkan rundingan damai antara rejim Zionis Israel itu dan Palestin, lapor akhbar Haaretz, semalam.
Menurut laporan akhbar berhaluan kiri itu, Kementerian Pertahanan mengumumkan pengambilan kira-kira 100 hektar tanah di blok penempatan di wilayah Gush Etzion, selatan Baitulmaqdis sebagai tanah negeri.
Bagaimanapun ketika dihubungi Reuters, pihak kementerian itu enggan mengulas lanjut namun menyatakan mereka akan membuat kenyataan berhubung perkara itu dalam beberapa hari lagi.
Pencerobohan tanah itu adalah yang terbesar sejak beberapa tahun lalu dan bakal menyaksikan pembinaan lebih banyak kawasan perumahan untuk peneroka haram Yahudi.
Menurut Haaretz, ketua-ketua kampung Palestin yang menuntut tanah itu sebagai milik mereka telah dimaklumkan tentang pengambilan tanah tersebut dan mereka diberi masa selama 45 hari untuk membuat rayuan.
Bagaimanapun masih tidak jelas sama ada pencerobohan tanah itu merupakan sebahagian daripada sekatan yang dikenakan Israel sebagai tindak balas terhadap tindakan Palestin menandatangani 15 perjanjian dan konvensyen antarabangsa.
Palestin mengambil tindakan itu sebagai reaksi atas kegagalan Israel membebaskan kumpulan terakhir 26 tahanan Palestin yang ditahan rejim tersebut.
Sementara itu, seorang daripada pasukan rundingan Palestin, Mohammed Shtayyeh berkata, langkah Israel tersebut menunjukkan rejim berkenaan lebih mementingkan untuk meluaskan pengaruhnya ke atas tanah di Tebing Barat daripada rundingan damai. - REUTERS
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140415/lu_06/Tanah-Palestin-dirampas-lagi#ixzz2ytz9LX5f
© Utusan Melayu (M) Bhd
Sunday, 13 April 2014
Rancangan jahat Israel cemari Al-Aqsa didedah
| Israel mendedahkan rancangan jahat mereka untuk membina kuil Yahudi di pekarangan masjid Al-Aqsa. |
Model kuil Yahudi yang ditunjukkan kepada umum untuk pertama kali itu turut dilengkapi dewan besar yang boleh memuatkan ratusan pengunjung pada setiap hari.
Susulan daripada itu, Yayasan Warisan dan Kebajikan Al-Aqsa bertindak menyelar langkah biadab tersebut dan ia turut disifatkan sebagai satu ancaman langsung terhadap masjid yang menjadi kiblat pertama orang Islam itu.
Organisasi terbabit berpendapat projek tersebut sebenarnya bertujuan mendapatkan sokongan tambahan bagi merealisasikan niat jahat mereka untuk merampas al-Aqsa.
Sebelum ini, aktivis Palestin telah memberi amaran berhubung projek penggalian dalam skala besar yang sedang giat dilakukan berhampiran pintu selatan masjid tersebut.
Menurut Press TV, sejak beberapa bulan lalu, pelampau Yahudi dan pihak berkuasa rejim Zionis berterusan meningkatkan tindakan provokasi dengan menyerbu pekarangan Al-Aqsa terutamanya selepas solat Jumaat hingga mencetuskan pertempuran dengan penduduk Palestin.
Saturday, 12 April 2014
Palestin sertai Konvensyen Geneva
Geneva: Pihak Berkuasa Palestin secara rasminya menyertai Konvensyen Geneva yang menetapkan peraturan perang dan operasi kemanusiaan di zon konflik.
Switzerland, penjaga perjanjian itu mengesahkannya semalam.
Jurucakap Kementerian Luar Sweden Pierre-Alain Eltschinger berkata, Pihak Berkuasa Palestin mengisytiharkan menyertai konvensyen berkenaan 2 April lalu dan diterima secara rasmi oleh Switzerland kelmarin.
Langkah itu adalah sebahagian usaha baru diplomatik yang dilakukan Presiden Palestin Mahmud Abbas.
Usaha itu diambil selepas rundingan damai dengan Israel hampir gagal.
“Mahmoud berkata, dia menerima surat daripada presiden Switzerland yang mengesahkan pendaftaran itu dan menganggapnya sebagai hari bersejarah untuk rakyat Palestin,” kata seorang pegawai kanan Palestin.
- AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/12
Friday, 11 April 2014
Kurangkan komunikasi
Tel Aviv: Perdana Menteri Israel semalam mengarahkan menteri rejim berkenaan mengehadkan hubungan dengan rakan sejawatan mereka dari Palestin.
Langkah itu dibuat sehari selepas Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry yang melancarkan usaha menyambung semula rundingan damai Julai lalu selepas buntu selama hampir tiga tahun menyalahkan Israel kerana melengahkan proses damai itu apabila mengumumkan pembinaan penempatan baru Yahudi di tanah Palestin yang dijajahnya.
“Sebagai tindak balas terhadap tindakan Palestin melanggar komitmen mereka dalam rundingan damai, kerajaan Israel diarah mengurangkan hubungan dengan rakan sejawatan mereka dari Palestin,” kata seorang pegawai rejim itu.
Menteri Buruh Palestin Ahmad Majdalani berkata, langkah itu tidak mendatangkan sebarang kesan.
Satu sumber kerajaan Palestin berkata, Israel mungkin turut bertindak untuk menyekat wang cukai yang dikutip rejim itu bagi Pihak Berkuasa Palestin.
Seorang pegawai Israel mengesahkan rejim itu mempunyai rancangan menyekat sebahagian wang cukai yang dikutipnya setiap bulan sebagai tindak balas terhadap tindakan Palestin.
Ia menyifatkan wang itu yang sebahagiannya diserahkan kepada keluarga warga Palestin yang ditahan Israel setiap bulan oleh Pihak Berkuasa Palestin sebagai satu bentuk sokongan terhadap keganasan.
Kira-kira 5,000 warga Palestin ditahan di penjara di Israel.
Israel pernah menyekat pembayaran cukai itu pada 2012 kerana mahu menghukum warga Palestin kerana kejayaannya dalam kempen untuk mendapatkan status pemerhati di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Di mesyuarat menteri luar Arab di Kaherah, Presiden Palestin Mahmoud Abbas berkata, Israel bertanggungjawab sepenuhnya kerana menyebabkan rundingan damai yang diusahakan Amerika Syarikat itu buntu.
Rundingan berkenaan sepatutnya berakhir 29 April ini.
Ketua Liga Arab Nabil al-Arabi menuduh Israel sengaja melengah-lengahkan rundingan damai itu dengan tujuan untuk menggagalkannya.
Selasa lalu, Kerry berkata, tindakan Israel meluluskan penempatan Yahudi di timur Baitulmaqdis 1 April lalu mencetuskan krisis baru dalam rundingan itu, dakwaan yang mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan pegawai Israel.
Menurutnya, rancangan Israel menangguhkan pembebasan tahanan Palestin disabotaj dengan langkah pembinaan penempatan itu.
Kenyataan Kerry itu diselar Menteri Ekonomi Israel Naftali Bennett yang juga ketua parti pelampau Yahudi, Jewish Home.
“Israel tidak akan meminta maaf kerana membina penempatan Yahudi di Baitulmaqdis,” kata Bennett.- Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/11
Thursday, 10 April 2014
Tukar dari Plastik ke Petrol di Gaza?

Ibrahim Soboh dari Gaza telah membina sebuah loji berteknologi
tinggi dengan hanya menggunakan peralatan asas untuk menukar plastik kepada minyak petrol. Beliau mengambil masa hanya 7 bulan untuk menyiapkan kilang mini beliau.
Pengepungan Israel ke atas Gaza telah menyebabkan kesusahan dan kesengsaraan kepada lebih 1.8 juta penduduknya dan sumber utama yang terjejas adalah minyak petrol. Kesempitan ini membawa kepada beberapa idea kreatif dari mereka sebelum ini dan ini adalah tekonologi terbaru yang dihasilkan.
Ibrahim Soboh enggan mendedahkan rahsia ciptaannya tetapi berkata idea itu datang apabila beliau mengetahui bahawa plastik dibuat dari bahan api dan hasil buangan di Gaza yang utama adalah plastik.
Menurut beliau lagi, setiap 1.5 kilogram plastik akan memberikan satu liter bahan api dan hasil ini dapat digunakan untuk menjana elektrik, kereta dan mesin-mesin yang lain. Beliau juga sedang mencari penderma untuk mendirikan kilang yang lebih besar dan percaya bahawa teknologi ini dapat menyelesaikan 2 masalah utama iaitu menggalakkan kitar semula dan membantu krisis bahan api di Gaza.
Hebat bukan?
sumber berita: http://bit.ly/1sDWEAV
Sumber : Aqsa Syarif
#PRAYFOREG529
#mesirkini
#R4BIA
Israel bunuh 1,500 budak
10 April 2014
RAMALLAH - Laporan terbaharu menunjukkan, lebih 1,500 kanak-kanak Palestin dibunuh manakala ribuan lagi cedera akibat kekejaman rejim Zionis sejak 14 tahun lalu.
Memetik laporan Press TV, pendedahan itu dibuat Menteri Hal Ehwal, Kamal al-Sharafi sempena Hari Kanak-Kanak Palestin, Sabtu lalu.
Selain itu, lebih 10,000 budak diberkas dan 200 daripada mereka kini ditempatkan di pusat tahanan Israel.
Tahun lalu, Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) menyuarakan kebimbangan terhadap tindakan Zionis terhadap golongan bawah umur di Palestin.
Menurut agensi tersebut, kira-kira 700 kanak-kanak dan remaja berumur 12 hingga 17 tahun di Tebing Barat disumbatkan ke dalam penjara setiap tahun.
Memetik laporan Press TV, pendedahan itu dibuat Menteri Hal Ehwal, Kamal al-Sharafi sempena Hari Kanak-Kanak Palestin, Sabtu lalu.
Selain itu, lebih 10,000 budak diberkas dan 200 daripada mereka kini ditempatkan di pusat tahanan Israel.
Tahun lalu, Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) menyuarakan kebimbangan terhadap tindakan Zionis terhadap golongan bawah umur di Palestin.
Menurut agensi tersebut, kira-kira 700 kanak-kanak dan remaja berumur 12 hingga 17 tahun di Tebing Barat disumbatkan ke dalam penjara setiap tahun.
Subscribe to:
Posts (Atom)








