Wednesday, 21 August 2013

MESIR DAN SYRIA SEBAGAI HARGA MEMBUKA PALESTIN



Sejarah pembukaan Baitul Maqdis sudah pasti akan berulang kembali. Panglima tentera di zaman Umar al Khattab r.u yang dipimpin oleh Abu Ubaidah al Jarrah telah terlebih dahulu menguasai negara Syria (sebelah utara) dan Mesir (sebelah selatan) yang dipimpin oleh Amru al-Aas sebelum mereka berjaya membebaskan Baitul Maqdis dan Palestin secara keseluruhannya.

Sejarah yang sama turut berlaku di zaman Sultan Solahuddin al Ayyubi apabila beliau telah menguasai Mesir serta wilayah sekitarnya serta Syria (di bawah pimpinan Sultan Nuruddin Zinki) sebelum mereka berjaya membuka Baitu Maqdis dan Palestin.

Tidakkah anda memerhatikan bahawa sejarah ini juga akan berulang lagi di masa depan. Regim zalim Bashar al Assad sekarang sebenarnya adalah kroni kepada regim Zionis sejak sekian lamanya.

Apa yang berlaku di Mesir juga adalah harga yang begitu mahal yang perlu dibayar sebelum ketulinan perjuangan diperolehi oleh gerombolan generasi pembuka Baitul Maqdis dan Palestin yang diberkati.

Ya Insya allah, Baitul Maqdis akan dibuka semula melalui laluan Damsyik....

Dr Zainur Rashid Zainuddin

Hamas rayu bantuan roboh sekatan Israel

Hamas rayu bantuan roboh sekatan Israel - Global - Sinar Harian:

  • rejim ZionisSekatan dilakukan rejim Zionis semakin teruk bertujuan memberi tekanan kepada rundingan Israel-Palestin.

GAZA - Pergerakan Hamas merayu kepada seluruh rakyat bebas di dunia untuk menggunakan segala usaha yang mungkin dapat merobohkan kepungan di Semenanjung Gaza terutama sekali selepas penutupan lintasan Rafah dan kemusnahan kebanyakan terowong.

Jurucakap Hamas, Dr Sami Abu Zuhri dalam satu kenyataan berkata, pihaknya akan menganjurkan konvoi laut terbesar ke Gaza bagi memecahkan kepungan yang dilakukan tentera Israel.

Sejak 2006, Semenanjung Gaza dikepung rejim Zionis tetapi keadaan semakin tegang apabila tentera Mesir bertindak memusnahkan terowong Rafah sekali gus menyekat kemasukan barangan keperluan rakyat Palestin ke wilayah pantai pada 30 Jun lalu.

Dalam perkembangan lain, pergerakan Hamas mendakwa kepungan di wilayah Palestin merupakan kubur kemanusiaan terbesar di dunia.

"Rejim Israel bertindak sedemikian bagi menjatuhkan ekonomi Palestin dan keadaan lebih teruk apabila penduduk berada dalam tekanan sekali gus membolehkan mereka mendapat persetujuan rundingan memihak kepada Yahudi," katanya.  - PIC

Seorang hero (kanak-kanak) Palestin dan sebarisan tentera Israel. Sekeping gambar menceritakan segala-galanya.

Seorang hero (kanak-kanak) Palestin dan sebarisan tentera Israel. Sekeping gambar menceritakan segala-galanya. 

Allah telah memberitakan kisah ketakutan mereka melalui kalamNya dalam Surah A-li 'Imran, ayat ke 151: "Kami akan isikan hati orang-orang kafir itu dengan perasaan gerun, disebabkan mereka mempersekutukan Allah dengan benda-benda (yang mereka sembah) yang Allah tidak menurunkan sebarang keterangan yang membenarkannya. Dan (dengan yang demikian) tempat kembali mereka ialah neraka, dan itulah seburuk-buruk tempat tinggal bagi orang-orang zalim."

Tuesday, 20 August 2013

Hari ini dalam sejarah | Hari al Aqsa | 21 Ogos 1969 | (Remembrance of al Quds)



Hari al-Aqsa disambut secara rasmi oleh kerajaan Malaysia pada 21 Ogos setiap tahun. Apakah latarbelakang atau peristiwa yang melatari 21 Ogos sehingga tarikh itu dipilih sebagai hari al-Aqsa? Rencana ini akan melihat secara retrospek apakah signifikannya 21 Ogos yang pernah diraikan secara rasmi oleh kerajaan dan rakyat Malaysia terutama pada tahun-tahun 70’an dan awal 80’an.

Sebagaimana yang kita sedia maklum Malaysia adalah antara negara yang sangat vokal di dalam menyatakan solidariti bersama rakyat Palestin semenjak berlakunya pengusiran penduduk Palestin dari tanah air mereka pada tahun 1948 dengan berdirinya negara haram Israel dan pencerobohan ke atas Masjid al- Aqsa serta penaklukan Baitul Maqdis dan Tebing Barat pada tahun 1967 oleh regim Zionis Israel. Malah sebelum dan sejurus mencapai kemerdekaan lagi negara Malaysia telah mempamirkan rekod keprihatinan yang amat membanggakan di dalam perjuangan membela rakyat Palestin meski tanah air sendiri masih lagi bergelut dengan pelbagai masalah dalaman dan luaran, termasuklah gugatan Malayan Union, ancaman Komunis, dan kebangkitan untuk mencapai kemerdekaan dari penjajahan British. Sejarah telah membuktikan bahawa seorang tokoh pejuang kemerdekaan yang tersohor iaitu Ustaz Abu Bakar al Baqir telah menggerakkan satu inisiatif yang diberi nama MATA (Majlis Agama Tinggi) pada tahun 1947 yang antara lain turut memberi tumpuan kepada isu-isu antarabangsa umat Islam khususnya pejuangan rakyat Palestin dan Pattani yang tertindas.

Di samping itu perbahasan dalam Dewan Rakyat juga telah merakamkan penegasan prinsip yang digariskan oleh Professor Zulkifli Muhammad di dalam menentukan sikap terhadap pengiktiran entiti zionis Israel. Prof Zulkifli Mohamed mempersoal asas Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu ketika itu yang mengiktiraf negara Israel atas alasan ianya lahir dari ketetapan PBB 181 yang diterima pada tahun 1947 dengan sempadan yang terbentuk oleh The Rhodes armistice pada tahun 1949. Walaupun kerajaan Perikatan memberi justifikasi pengiktirafan itu tidak bermakna Persekutuan Tanah Melayu akan menjalin hubungan diplomatik dengan Israel, pengiktirafan itu sendiri sudah cukup untuk memberi dokongan moral kepada entiti haram Israel. Tidak bermakna PBB mengakui negara Israel maka kita tidak punya pilihan dan terpaksa turut mengiktiraf sebuah negara yang didirikan dengan menafikan hak rakyat asal Palestin, meskipun proses pengiktirafan itu dibuat melalui badan dunia tersebut.

Untuk mengukuhkan hujah-hujahnya, Profesor Zulkifli Muhammad meletakkan persoalan asas berdirinya negara Israel itu. Apakah ia mempunyai hak untuk menubuhkan negara ‘Zionis’ di atas wilayah Palestin. Meskipun ia sudah tertubuh dan diakui oleh PBB, itu tidak menjawab soalan samada ia mempunyai hak atau sebaliknya. Bagaimana mungkin satu bangsa mengambil alih sebuah negara dari penduduk asalnya dan mendakwa ia berhak untuk mendirikan negara Israel di sana. Oleh itu, hujah beliau “…dengan tidak adanya hak asasi yang kuat (untuk penubuhan negara Israel), maka tidaklah adanya keadaan (de facto) itu membolehkan kita dengan sendirnya menganggap negara itu sah.”

Pada persidangan PBB pada tahun 1964, Malaysia melalui inisiatif sendiri telah mengemukakan deraf resolusi (A SPC/L. 116) yang menggesa supaya suatu wakil rasmi (custodian) dilantik bagi pengurus hartanah pelarian di bumi Palestin yang terjajah. Wakil Malaysia berhujah bahawa tuntutan ini adalah selari dengan hak asasi di mana tidak ada sebab kenapa rakyat Palestin yang terusir tidak punya hak untuk menguruskan hartanah (samada rumah dan tanah) yang mana mereka dipaksa keluar oleh penjajah Israel. Menafikan hak rakyat Palestin dalam hal ini adalah merupakan satu diskrimasi agama dan kaum yang bertentangan dengan Piagam PBB dan prinsip-prinsip undang-undang antarabangsa. Sebagaimana yang diduga deraf ini ditentang oleh Israel. Dalam mempertahankan tuntutan tersebut, wakil Malaysia menegaskan bahawa ’persoalan kedaulatan Israel wajib dilihat dalam konteks prinsip-prinsip antarabangsa dan tanggungjawab yang diletakkan di atas entiti tersebut ketika ianya dilahirkan oleh resolusi PBB. Jika Israel enggan untuk melaksanakan tuntutan ini maka adalah menjadi tanggungjawab Persidangan Agung PBB memaksa Israel melakukannya.’ Pada bulan April 1969, atas inisiatif Kuala Lumpur, 23 buah negara Islam bertemu di ibu negara di dalam Konferens Islam Antarabangsa. Konferens ini meluluskan beberapa resolusi iaitu (1) mengutuk Israel kerana merampas wilayah Arab dan Palestin termasuk Baitul Maqdis Timur dalam pencerobohan pada tahun 1967, dan (2) menggesa negara-negara Islam mengadakan sidang kemuncak bagi menangangi keadaan yang amat genting natijah dari pencerobohan Israel dan kesannya ke atas Baitul Maqdis dari pelbagai aspek. Inisiatif yang dimulakan oleh Kuala Lumpur ini boleh dianggap sebagai langkah awal ke arah penubuhan OIC (Organization of Islamic Conference).

Kemudian satu peristiwa yang amat mengguris hati umat Islam di seluruh dunia berlaku pada 21 Ogos 1969 apabila seorang pelampau Yahudi telah membakar Masjid al Aqsa. Kesan dari pembakaran ini menyebabkan kemusnahan yang besar dan kerugian yang tidak dapat ditaksir dengan wang ringgit. Selain dari beberapa peninggalan sejarah yang tidak ternilai musnah dijilat api seperti mimbar yang telah digunakan oleh Salahuddin al-Ayyubi sejak 700 tahun yang lalu, lebih penting lagi umat Islam merasa tercabar kerana Masjid ketiga paling suci dalam akidah umat Islam cuba dimusnahkan oleh tangan-tangan jahat zionis yang telah lama menyusun strategi untuk merobohkan Masjid al-Aqsa dan merampas tapak masjid untuk mendirikan rumah ibadat mereka (Haikal Sulaiman). Perbuatan pelampau Yahudi yang bernama Michael Dennis Rohan berbangsa Australia ini bukanlah satu perbuatan persendirian yang terpencil. Malah ia merupakan satu konspirasi yang dirancang sebegitu rapi oleh ketua-ketua agama Yahudi yang fanatik dan pendatang Yahudi yang bersekongkol dengan regim zionis untuk mengancam dan memusnahkan Masjid al Aqsa. Konspirasi ini amat jelas apabila penduduk Arab yang berada berhampiran masjid dibiarkan untuk memadamkan api yang sedang marak dengan menimba air dan memadamkan sendiri kebakaran dengan bantuan dari perkhidmatan bomba Jordan dari Ramallah, al-Khalil dan Nablus tanpa sebarang bantuan dari pehak berkuasa Israel. Michael Dennis dibicarakan atas percubaan membakar al Aqsa, tetapi diputuskan oleh mahkamah sebagai tidak siuman. Kejadian ini mengingatkan kita kepada pembunuhan yang berlaku di masjid Ibrahimi (Hebron) beberapa tahun lalu. Pelampau zionis ini juga dibicarakan dan mahkamah Israel memutuskan beliau juga tidak siuman. Samada Michael Dennis siuman atau tidak yang pasti satu laporan rasmi yang diterbitkan dalam akhbar Yediot Aharanot bahawa kuil Yahudi akan didirikan di tapak Masjid al-Aqsa pada 21 Ogos 1969 dan laporan itu terbit pada 18 Ogos, tiga hari sebelum berlakunya kejadian pembakaran ke atas Masjid al Aqsa.

Tindakan jahat ini telah mencetuskan satu inisiatif yang digerakkan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj (mantan Perdana Menteri Malaysia), Raja Faisal Arab Saudi dan Raja Hassan II, Maghribi untuk mengadakan sidang kemuncak negara Islam di Rabat dari 22 hingga 25 September 1969. Sidang kemuncak ini memutuskan resolusi untuk menyatukan seluruh negara-negara Islam ke arah memastikan pengunduran Israel dari wilayah Palestin yang diduduki natijah dari perang 1967. Satu resolusi juga menegaskan bahawa sebarang penyelesaian Palestin yang tidak menjamin kedudukan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Palestin sebagaimana statusnya sebelum tahun 1967 akan ditolak oleh negara-negara Islam. Sehubungan dengan itu sebuah sekretariat ditubuhkan di Jeddah dan Setiausaha Agung (Sekretary General) yang pertama diberi kepercayaan dan penghormatan ialah YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Dengan ini rasmilah penubuhan OIC seperti yang diketahui pada hari ini. Sebaik selesai sahaja sidang kemuncak di Rabat, YTM Tunku Abdul Rahman bergegas ke Persidangan Agung PBB pada 7 Oktober 1969 sebagai mewakili ketua-ketua negara Islam bagi menegaskan semula kedudukan isu Palestin. Persoalan Palestin yang telah dikeluarkan dari agenda Persidangan PBB sejak tahun 1952 telah kembali diiktiraf oleh PBB hasil dari desakan dan aspirasi ketua-ketua negara Islam yang diungkapkan dengan penuh meyakinkan oleh YTM Tunku Abdul Rahman di dalam persidangan PBB sesi yang ke 23 tersebut Persidangan Agung PBB kemudiannya merubah perspektif mereka terhadap isu Palestin dengan mengiktiraf rakyat Palestin sebagai penduduk yang mempunyai hak di bawah Piagam PBB. Kedudukan rakyat Palestin yang terusir dari tanah air mereka dan hak mereka yang tidak boleh diganggu gugat ini terjamin di bawah Resolusi PBB 2535B (XXIV) yang diterima oleh Persidangan Agung PBB pada 10 Disember 1969. Sumbangan dari YTM Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj wajar dirakamkan sebagai batu tanda yang penting dalam perjuangan umat Islam di persada antarabangsa dalam isu pembelaan ke atas rakyat Palestin.

Ikrar dan tekad yang disuarakan sejak sidang kemuncak Rabat pada tahun 1969 terus dihayati oleh kerajaan Malaysia dan rakyatnya sejak 21 Ogos 1969 sebagai Hari al-Aqsa ataupun kini dikenali dengan lebih populor sebagai ROQ (Remembrance of al Quds). Demi memperbaharui komitmen Malaysia terhadap hari al-Aqsa maka setem-setem memperingati tarikh penting ini telah dikeluarkan pada tahun 21 Ogos 1978 dan sekali lagi pada tarikh yang sama pada tahun 1982. Berdasarkan kepada rekod sokongan dan solidariti rakyat Malaysia yang amat membanggakan ini maka adalah wajar bagi kerajaan Malaysia menghidupkan kembali hari al-Aqsa pada hari ini. Pengistiharan melalui pengumuman di dalam media massa cetak dan elektronik adalah suatu yang boleh menyemarakkan semula hari al-Quds. Dengan cara ini maka kesedaran rakyat Malaysia untuk membantu rakyat Palestin yang terus terjajah dan tertindas terutama dengan kepungan dan serangan biadap yang berlaku ke atas Gaza awal tahun ini akan terus bersemarak. Ia juga akan membangkitkan kesedaran dan dhamir umat Islam untuk membantu saudara-saudaranya di Palestin terutama dengan kehadiran bulan Ramadhan al-Mubarak yang penuh keberkatan yang kebetulan jatuhnya pada tarikh yang sama pada tahun ini.

Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengarah
PACE (Pusat Kecemerlangan Palestin)

Monday, 19 August 2013

Protes Tebing Barat, puluhan cedera - Global - Sinar Harian

palestin
Tentera Israel melepaskan gas pemedih mata ke arah peserta bantahan.
Protes Tebing Barat, puluhan cedera - Global - Sinar Harian: "RAMALLAH - Puluhan penduduk Palestin dan aktivis antarabangsa dilaporkan cedera, selepas menyertai bantahan penempatan haram di Tebing Barat serta menyokong tahanan Palestin yang di penjara Israel, kelmarin.

Sukarelawan hak asasi kemanusiaan memberitahu, peserta turut mengalami sesak nafas selepas tentera rejim melepaskan gas pemedih mata ke arah mereka.

Penunjuk perasaan membawa bendera Palestin sambil berarak di sekitar perkampungan dan melaungkan perpaduan negara serta pembebasan tahanan di penjara Yahudi.

Kumpulan itu turut menggesa pihak berkuasa Israel membuka semula jalan utama kampung Kafr Qaddum berhampiran Qalqiliya yang ditutup sejak 2003.

Dalam perkembangan lain, Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC), menyatakan kebimbangan terhadap keadaan kesihatan tujuh tahanan Palestin yang melancarkan mogok lapar di penjara Israel.

Dalam satu kenyataan, badan antarabangsa itu mengatakan sebarang penyelesaian perlu mengambil kira pemogok lapar tidak boleh dipaksa menerima rawatan perubatan atau makanan. -  Ma'an"

'via Blog this'

Sunday, 18 August 2013

Hak budak Palestin dinafikan -

Hak budak Palestin dinafikan - Global - Sinar Harian:
  • Hak budak Palestin dinafikanRejim elak beri suntikan vaksin kepada kanak-kanak Palestin.

BAITULMUQADDIS - Kementerian Kesihatan Israel menafikan hak lebih 4,000 kanak-kanak  Palestin daripada menerima suntikan vaksin polio  di Timur Baitulmuqaddis.

Penyelaras tempatan vaksin, Sameeh Abu Rumailah berkata, ratusan keluarga dari Kofr Aqab terpaksa pulang hampa apabila gagal mendapatkan vaksin itu selepas Kementerian
Kesihatan Israel mendakwa nama kanak-kanak tersebut tidak disenaraikan sebagai penerima suntikan.

“Israel menafikan hak lebih 20,000 kanak-kanak dari kumpulan umur satu hingga sembilan tahun untuk mendapatkan vaksin yang diklasifikasikan sebagai suntikan wajib dan sebahagian daripada hak asasi manusia global dengan alasan tidak logik,” katanya kepada PIC.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan menyatakan, mereka tidak menerima arahan untuk menyuntik kanak-kanak di kawasan itu yang didiami oleh lebih 80,000 penduduk. 

Thursday, 15 August 2013

palestin

palestin

Free the Palestinian political prisoners!

Kumpulan pertama tahanan Palestin dibebaskan


Lelaki Palestin yang ditahan selama 20 tahun oleh Israel, Ateya Abu Moussa, memeluk bapanya sebaik-baik tiba di rumahnya di Khan Younis, selatan Genting Gaza, semalam. - REUTERS
RAMALLAH 14 Ogos - Israel hari ini membebaskan 26 tahanan Palestin, beberapa jam sebelum kedua-dua pihak mengadakan rundingan damai secara langsung ketika Israel semakin rancak meningkatkan rancangan pembinaan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat.

Seramai 15 daripada 26 tahanan yang dibebaskan memasuki Genting Gaza pada pukul 1.40 pagi waktu tempatan (6.40 pagi waktu Malaysia) dan disambut oleh saudara mara mereka.

Pada masa yang sama, 11 lagi tahanan tiba di Ramallah, disambut Presiden Mahmoud Abbas beserta penyokongnya.

"Ini adalah kumpulan pertama yang dibebaskan dan kita akan pastikan kesemua tahanan dibebaskan daripada penjara-penjara Israel," katanya.

Kesemua tahanan yang dibebaskan itu merupakan kumpulan pertama daripada 104 tahanan yang akan dibebaskan secara berperingkat, sebagai sebahagian daripada persetujuan yang dicapai untuk menyambung semula rundingan damai antara kedua-dua pihak.

Bagaimanapun, rundingan damai hari ini dijangka memberi fokus terhadap rancangan Israel untuk membina lebih banyak penempatan haram di tanah milik Palestin.

Semalam, Israel meluluskan pembinaan hampir 1,000 unit kediaman baharu penduduk Yahudi di timur Baitulmaqdis, sekali gus menimbulkan ragu-ragu di kalangan penduduk Palestin berhubung rundingan damai yang akan dilakukan.

Pegawai kanan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Yasser Abed Rabbo berkata, kelulusan itu secara tidak langsung akan 'merosakkan' rundingan damai yang dirancang.

Sementara itu, Menteri Perumahan Israel, Uri Ariel hari ini berkata, kerajaan akan membina beribu-ribu lagi penempatan Yahudi di Tebing Barat pada masa akan datang. - AFP



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130815/lu_05/Kumpulan-pertama-tahanan-Palestin-dibebaskan#ixzz2bzbvLFRn
© Utusan Melayu (M) Bhd

Wednesday, 14 August 2013

Israel pintas bedilan roket dekat Sinai


GAMBAR fail 21 Ogos 2011 menunjukkan sebuah roket dilancarkan daripada sistem pertahanan anti-peluru pandu Israel yang dikenali sebagai Kubah Besi.


BAITULMUQADDIS - Israel memintas sebuah roket berdekatan Semenanjung Sinai semalam dan meletupkan senjata tersebut di ruang udara bandar Eilat, selatan negara itu, kata seorang pegawai tentera.
Beberapa saksi dan media Israel menyatakan tiada kerosakan atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut.
Laman web Israel, Ynet melaporkan, roket itu dipintas dan diletupkan menggunakan sistem pertahanan peluru berpandu rejim Zionis yang dikenali sebagai "Kubah Besi".
Pegawai tentera berkenaan enggan menyatakan lokasi sistem peluru berpandu dilancarkan.
Dalam pada itu, Israel menutup lapangan terbang di Eilat pada pada Khamis lalu sebagai langkah berjaga-jaga terhadap ancaman militan di Semenanjung Sinai.
Ia ekoran operasi untuk menghapuskan mereka yang dilancarkan oleh tentera Mesir.
Keganasan di Mesir meningkat sejak bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak digulingkan dalam kebangkitan rakyat pada 2011.
Pada masa pemerintahannya, Mubarak dianggap sebagai sekutu rapat rejim Zionis. - Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0814&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2bthrl8kM 
Hakcipta terpelihara 

Tuesday, 13 August 2013

4,979 rakyat Palestin berada di penjara di Israel

TEL AVIV 13 Ogos - Kira-kira 5,000 rakyat Palestin berada di penjara di Israel kerana kesalahan berkaitan keselamatan.
Menurut kumpulan hak asasi manusia Israel, BTselam dan persatuan penyokong tahanan Palestin Addameer, sehingga bulan Jun lalu jumlah keseluruhan banduan di penjara Israel adalah seramai 4,979 orang.
"Mereka terdiri daripada lapan orang ahli parlimen yang kebanyakan dari pergerakan Hamas yang menganggap Israel sebagai musuh dan organisasi pengganas," ujarnya.
Katanya lagi, mereka juga termasuk 15 orang wanita dan 238 orang kanak-kanak di mana 44 orang adalah terdiri remaja di bawah umur 16 tahun. - DPA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130813/lu_02/4979-rakyat-Palestin-berada-di-penjara-di-Israel#ixzz2braxfqeK
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Yahudi mahu cemari al-Aqsa


  • Yahudi mahu cemari al-AqsaIsrael bercadang membuka semua pintu masuk di Majid al- Aqsa untuk bangsa Yahudi.

NAZARETH - ISRAEL, Jawatankuasa Dalam Negeri Israel mengumumkan rancangan jahat mereka untuk membuka semua pintu masuk untuk bangsa Yahudi di Masjid al-Aqsa.

Cadangan bakal mencetuskan kemarahan penduduk Palestin tersebut diumumkan selepas mereka memfailkan tuntutan melakukan upacara keagamaan di masjid itu.

Sebelum ini, anggota kanan Pertubuhan Pembebasan Palestin, Ahmed Qurei ada memberi amaran berhubung rancangan jahat rejim Zionis untuk menghapuskan identiti Islam di Baitulmaqdis.

Beliau turut menyelar dasar Israel yang mahu memusnahkan tapak bersejarah di bandar tersebut

Yahudi mahu cemari al-Aqsa

Yahudi mahu cemari al-AqsaYahudi mahu cemari al-Aqsa - Global - Sinar Harian: "NAZARETH - ISRAEL, Jawatankuasa Dalam Negeri Israel mengumumkan rancangan jahat mereka untuk membuka semua pintu masuk untuk bangsa Yahudi di Masjid al-Aqsa.

Cadangan bakal mencetuskan kemarahan penduduk Palestin tersebut diumumkan selepas mereka memfailkan tuntutan melakukan upacara keagamaan di masjid itu.

Sebelum ini, anggota kanan Pertubuhan Pembebasan Palestin, Ahmed Qurei ada memberi amaran berhubung rancangan jahat rejim Zionis untuk menghapuskan identiti Islam di Baitulmaqdis.

Beliau turut menyelar dasar Israel yang mahu memusnahkan tapak bersejarah di bandar tersebut"

'via Blog this'

Monday, 12 August 2013

Sunday, 11 August 2013

Tindakan biadab Israel cemari Aidilfitri


  • Tindakan biadab Israel cemari AidilfitriKesemua tahanan dibawa ke pusat soal siasat di Atarot.

BAITULMAQDIS - Lebih 20 penduduk Palestin yang selesai menunaikan solat sunat Aidilfitri ditahan dalam satu sekatan lalu lintas yang diadakan di seluruh Baitulmaqdis.

Kumpulan hak asasi mendakwa tentera Israel membuat sekatan itu kononnya bagi memburu remaja Palestin yang menghabiskan malam 10 terakhir Ramadan untuk melakukan ibadat di Masjid al-Aqsa.

Tentera rejim Zionis turut menahan semua bas yang sedang menuju ke Tebing Barat dan memeriksa kad pengenalan kesemua penumpang serta menahan mereka yang memasuki Baitulmaqdis tanpa permit.

Dalam perkembangan lain, Ketua Perunding Pihak Berkuasa Palestin (PA), Saeb Erakat menyelar tindakan biadab Israel memberi kelulusan awal berhubung projek tambahan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat, Khamis lalu.

Menurut laporan PIC, menerusi surat yang dihantar kepada Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry Saeb menyifatkan itu jelas menunjukkan sikap sambil lewa dan niat jahat mereka untuk menggagalkan rundingan semula tersebut.

Difahamkan, rundingan itu akan disambung semula di Baitulmaqdis pada 14 Ogos depan selepas kedua-dua negara bersetuju untuk memeterai perjanjian dalam tempoh sembilan bulan.

Dalam buku beliau "LAND QUESTION IN PALESTINE: 1917-1939" Bab 7, Kenneth W. Stein menyatakan 5 sebab bagaimana Israel dibina di atas tanah Palestin:

Dalam buku beliau "LAND QUESTION IN PALESTINE: 1917-1939" Bab 7, Kenneth W. Stein menyatakan 5 sebab bagaimana Israel dibina di atas tanah Palestin: 

"Tanah Yahudi berjaya diperoleh dengan jayanya kerana lima sebab. 

Pertama, tanah yang diwariskan oleh Khilafah Uthmaniyyah terdedah kepada manipulasi;

Kedua, masyarakat Arab Palestin telah dibahagikan secara sosial dan politik, sekaligus membolehkan pihak Zionis untuk bergerak di dalam Palestin tanpa tentangan yang nyata;

Ketiga, ekonomi dalam negara Palestin lemah sebelum, semasa dan selepas Perang Dunia I; Oleh itu, ia mudah terdedah kepada rundingan dengan Zionis untuk jual beli tanah;

Keempat, British bertindak hanya sebagai pengadil di Palestin dan melakukan sedikit untuk mengukuhkan keadaan rakyat Palestin;

Kelima, Zionis dapat menggunakan status istimewa mereka di bawah Mandat British untuk mengatur diri dalam usaha untuk mencapai matlamat mereka."

Saturday, 10 August 2013

KETAHUILAH HUBUNGAN BARCELONA & YAHUDI... (Barcelona Fc is Freemason Club)

Masihkan Anda Mengidolakan Club BARCELONA, setelah membaca Tulisan ini :
KETAHUILAH HUBUNGAN BARCELONA & YAHUDI...
(Barcelona Fc is Freemason Club)

FC Barcelona juga disebut Barça adalah sebuah club sepakbola terkemuka di dunia dg segudang prestasi club dan pemain yg berasal dari Barcelona Catalonia, Spanyol.

Didirikan pada tahun 1899 oleh 12 pemain bola sepak berasal dari Switzerland, United Kingdom, dan Spanyol dibawah pimpinan Joan Gamper. FC Barcelona mempunyai motto yaitu "Barca bukan hanya sekedar club biasa" (El Barça, és més que un club) serta memiliki gelar nama seperti "El Cant del Barca" yang diberikan oleh Jaume Picas and Josep Maria espinas. Stadium utamanya berada di Camp Nou, Barcelona.

sejarah awal mula Fc Barcelona Menjadi Anggota Freemasonry adalah Ketika Joan Gamper (Presiden Barca Tahun (1908-09, 1910-13, 1917-19, 1921-23, 1924-25) di datangi oleh Para Grand master Freemasonry. Joan di tanya ''apakan anda sepakat jika club yang anda pimpin ini menjadi Anggota Persaudaraan (Freemasonry)?''

Kemudian Joan Gamper Bertanya balik,'' Apa Keuntungan jika kami bergabung dengan anda?'', Lalu para Grand master Menjawab'' Kami akan Memberikan Kejayaan kepada anda, termasuk kejayaan mengalahkan Rival anda Real Madrid Fc''

Lalu Gamper bertanya kembali kepada Para Grand Master Freemasonry itu,'' Bagaimana Cara Anda Memberikan KEJAYAAN Kepada Fc Barcelona?'', Grand Master pun Menjawab,'' Anda tau FIFA, UEFA, dan Organisasi Wasit (pengadil lapangan) se- Dunia?, Gamper,'' Ya Saya tahu itu'', Grand Master Menjawab,'' Mereka itu semua juga Anggota Kami''.

**Tersebar luas foto bintang Barcelona Lionel Messi memakai topi Yahudi yaitu kibah sambil berdiri di depan Tembok Ratapan Jerusalem di jejaring sosial Facebook. Media Israel berharap dengan mengupload foto pemain terbaik dunia ini dapat meningkatkan imeage positif bangsa Israel di kalangan masyarakat Arab dan dunia.

Perdana Menteri Palestin Desak pintu Rafah dibuka

GAZA - Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh menggesa Mesir membuka semula laluan di sempadan Rafah.

Beliau berkata, pintu laluan itu perlu dibuka bagi memudahkan penduduk Gaza mendapatkan semula kemudahan akses bagi membawa masuk makanan, pakaian dan perubatan.

“Sejak pintu itu ditutup, penduduk Palestin semakin sukar menjalani kehidupan harian. Cukuplah mereka ditindas oleh rejim Zionis dan sempena Aidilfitri ini kami merayu supaya Mesir dapat mempertimbangkan semula tindakan itu,” katanya.

Menurutnya kepada Press TV, sambutan Aidilfitri pada tahun ini di rai dengan penuh keperitan dan serba kekurangan.

Dalam perkembangan lain, beliau turut menyentuh proses rundingan dengan Israel.

“Keseluruhan proses berakhir dengan kegagalan kerana kami tidak akan bertolak ansur dengan Israel untuk melepaskan hak rakyat Palestin,” katanya. S.H

Wednesday, 7 August 2013

Israel rancang hapus identiti Islam

Penempatan haram Israel
Penempatan haram Israel


BAITULMAQDIS - PALESTIN. Anggota kanan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Ahmed Qurei memberi amaran berhubung rancangan jahat rejim Zionis untuk menghapuskan identiti Islam di Baitulmaqdis.

Ahli Jawatankuasa Eksekutif PLO itu turut menyelar dasar Israel yang bertujuan untuk melanggar dan memusnahkan tapak bersejarah di bandar tersebut.

"Saya menggesa masyarakat antarabangsa supaya melindungi kesucian Baitulmaqdis terutamanya Masjid al-Aqsa yang kini semakin terancam akibat perbuatan biadab golongan Yahudi," tegasnya dalam laporan Press TV.

Sejak beberapa dekad lalu, Israel cuba untuk mengubah demografi Baitulmaqdis dengan membina penempatan haram Yahudi dan turut mengusir penduduk Palestin.

Difahamkan, rejim Zionis sengaja meluaskan projek penempatan haram mereka susulan daripada kejayaan Palestin menaik taraf status mereka kepada pemerhati bukan anggota di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), November lalu.

Pada 19 Julai lalu, Kesatuan Eropah (EU) mengeluarkan garis panduan melarang 28 negara anggotanya membiayai projek penempatan haram di Baitulmaqdis, Tebing Barat dan Bukit Golan yang diduduki Israel selepas Perang Enam Hari pada 1967.

Garis panduan itu adalah sebahagian daripada rangka kerja kewangan 2014-2020 melibatkan kerjasama EU dan Israel dalam pelbagai sektor termasuk ekonomi dan kebudayaan.

Tuesday, 6 August 2013

'Colombus Arab' buka puasa selepas 21 jam

'Colombus Arab' buka puasa selepas 21 jamPenduduk Palestin berbuka puasa di kawasan di antara Masjid Kubah Batu dan Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis. - Foto REUTERS Warga Muslim tunggal di Greenland tabah hadapi Ramadan

Nuuk: Ketika Ramadan semakin hampir ke penghujung, berita seorang lelaki berpuasa selama 21 jam di Greenland, memberi pengajaran tersendiri.
Satu laporan televisyen Arab menyiarkan kisah orang Islam tunggal di Greenland yang juga warga Lubnan, Wassam Azaqeer, berpuasa hampir sepanjang hari, di sini.


Tempoh puasa panjang

Masa berpuasa begitu panjang kerana lokasi geografi Greenland di antara Atlantik Utara dan Lautan Artik menyebabkan matahari jarang terbenam ketika musim panas.

Wassam yang digelar ‘Columbus Arab’, sudah lama tinggal di Greenland, lapor laman web, ummid.com.

Beliau menguruskan perniagaan iaitu sebuah restoran yang menerima kunjungan kira-kira 200 orang sehari.
Selepas berpuasa selama 21 jam, Wassam hanya mempunyai masa selama dua jam untuk bersahur selain menunaikan solat Maghrib dan Isyak.

Wassam berkata, beliau amat berbangga kerana menjadi orang Islam tunggal di sini dan dapat menunaikan ibadat puasa.

Katanya, beliau ada kalanya berfikir untuk pulang ke Lubnan ketika Ramadan tetapi membatalkan hasrat berkenaan dengan memberitahu diri bahawa tiada siapa akan berpuasa dan bersolat di Greenland, jika beliau tetap meneruskan hasrat terbabit.

Greenland adalah pulau terbesar di dunia dan mempunyai pentadbiran sendiri di bawah pemerintahan Denmark.

Waktu panjang sebelum berbuka juga berlaku di bandar utara Finland, Rovaniemi kerana matahari naik pada jam 3.20 pagi waktu tempatan sebelum terbenam pada jam 11.20 pagi.

Ini bermakna, warga Islam di negara berkenaan perlu berpuasa kira-kira 20 jam.

Matahari tak terbenam

Malah, dalam tempoh beberapa tahun lalu apabila Ramadan bermula pada musim panas, matahari tidak terbenam langsung.

Mahmoud Said, 27, yang menetap di situ selepas berhijrah dari Kenya tahun lalu, berkata orang Islam di negara terbabit biasanya menggunakan waktu berbuka dan sahur negara Islam terdekat iaitu Turki.

Katanya, terdapat 100 orang Islam di Rovaniemi, kebanyakannya berasal dari Iraq, Somalia dan Afghanistan. - AGENSI